Ahad, 16 Januari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Pas Letak Calon Wanita Di Dun Tenang

Posted: 16 Jan 2011 11:22 PM PST

Tag : Isu Semasa

PAS meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang kerana mendapati wujudnya keperluan untuk membawa suara wanita di negeri Johor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan PAS Johor mengenai keperluan meletakkan calon wanita dan ianya mendapat sokongan akar umbi parti.

"Ini keperluan bagi negeri Johor dan kita melihat pandangan PAS Johor dan kita melihat golongan wanita juga adalah pengundi, bukan sahaja lelaki. Jadi mereka juga perlu suara di Dewan Rakyat dan Dun.

Baca lagi disini

Cari N3 lama-lama disini

Deretan Kereta Mewah VVIP malaysia

Posted: 16 Jan 2011 02:44 AM PST

Tag : Santai



Daripada sumber yang boleh dipercayai, saya dapat tahu yang Sultan dapat membeli kereta tanpa dikenakan sebarang cukai(memang ada peruntukan sebegitu). Kalau ikutkan deretan kereta mewah seperti di bawah, 

faham-faham jela tax kat Malaysia ni berapa, jadi mereka beli kereta mewah ini tidak sama harga dengan orang biasa beli. Lagipun sultan diberikan keistimewaaan mendapat 1 AP kereta setiap tahun.

Asyik-asyik politik dan isu semasa. Okey, kali ini  saya nak kongsikan beberapa gambar yang tersimpan  yang mana memaparkan koleksi kenderaan mewah yang dimiliki orang kenamaan(VVIP) di Malaysia.
4799001388 d0298284de [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Rasmi Memanda Menteri

4798369663 4f3ea2de52 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Land Cruiser Khairi Jamaludin(KJ)

4799001474 83e926f5d3 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Hummer ini milik Bos Mutiara Motors Datuk Md Kemin

4798369807 2b3f59276d [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Harrier ini milik Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam

4798369847 0a864c193b [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta rasmi Tuanku Mizan semasa di Terengganu

4799001570 5edb1bb2c1 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Hummer ini milik Anakanda Sultan Johor

4798369889 50bb3cd260 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Maybach ini kepunyaan Sultan Kedah

4799001642 de12a6fcc9 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Milik Anakanda Sultan Johor

4798369921 6ce58ed7bc [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Hummer ini Milik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin

4798369945 4df2977d01 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Sultan Johor dengan kereta Hummernya

4799001724 7b7e85f8cb [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Rolls Royce Phantom ini milik Sultan Selangor

4798370073 f452f7b655 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Bentley ini merupakan kereta rasmi Tuanku Mizan semasa di Kuala Lumpur

4799001778 30e2951b14 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Bentley Arnage adalah kenderaan rasmi Sultan Pahang

4798370121 a1634c7e5f [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Tengku Mahkota Pahang menggunakan Merc S-Class

4799001848 6a291a3a7e [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta milik Tengku Mahkota Johor &  Tengku Muda Johor

4799001872 1f53cef8c5 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Sultan Selangor

4798370219 83898afaab [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Kereta Pagani Zonda ini milik Dato Mokhzani. Kat Malaysia hanya 2 individu yang memiliki kereta ini. Seorang lagi, Tengku Muda Johor.


4798899392 2dd954caf3 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
Yang ini pulak kereta siapa? Ada siapa nak claim?

Sumber :


http://beritasemasa.com

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU AZAN - CADANGAN DR ASRI TIDAK MEMBANTU PERKEMBANGAN SYIAR ISLAM

Posted: 16 Jan 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA isu azan di sebuah masjid di Wilayah persekutuan menjadi hangat angkara `mulut gatal' seorang Non Muslim yang dikatakan dari MCA baru-baru ini, maka hiruk pikuk lah berbagai pihak dan ada yang cuba mencari kesempatan meraih sokongan politik. Beberapa NGO yang selama ini `beku' seperti berada di dalam peti sejuk tiba-tiba muncul untuk berjuang kerana agama, kununnya.

Ada seorang yang ingin menonjolkan diri sebagai `pejuang Islam' yang digelar Zul Kulim atau `firaun besar' menyalak sakan dengan isu ini. Beliau seorang Wakil Rakyat yang tidak malu menduduki kerusi Kulim Bandar Baru walaupun mereka yang mengundinya dahulu tidak lagi redha beliau menjadi Wakil Rakyat mereka. Kebodohan beliau dari semasa ke semasa semakin jelas oleh kita di dalam apa jua isu yang beliau sentuh. Termasuklah di dalam isu azan ini di mana beliau menuduh DAP di dalam hal ini sedangkan semua tahu peguam Non Muslim yang menimbulkan isu ini adalah dari MCA.

Beberapa NGO juga bangun membantah dan mengadakan perhimpunan kununnya membela Islam. Di dalam pada itu, niat mereka dapat dibaca apabila cuba melibatkan YB Nurul Izzah di dalam isu ini. Mereka takut untuk menyentuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mahupun Menteri Wilayah Persekutuan yang lebih berkuasa di dalam menjelaskan isu ini. Akhirnya, YB Nurul Izzah menunjukkan kebijaksanaannya dengan menyerahkan semua persoalan ini kepada yang berhak dan berkuasa di dalam hal-hal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Saya tidak bersetuju dengan cadangan dari Ustaz Dr Asri yang mahukan agar hanya azan sahaja dibenarkan untuk menggunakan pembesar suara. Cadangan beliau ini tidak salah, tetapi tidak bijak untuk perkembangan dan syiar Islam. Selama ini kita tiada masalah di dalam penggunaan pembesar suara di dalam apa jua aktiviti atau amalan di dalam masjid dan surau. Jangan kerana adanya kes terpencil seperti ini, maka kita mengalah sedemikian rupa.

Kita tidak boleh kalah dengan kehebatan hiruk pikuk yang lebih keterlaluan di dalam berbagai konsert dan hiburan yang sering dianjurkan oleh beberapa pihak. Program maksiat mereka kadangkala lebih hebat lagi sehingga ke awal pagi. Manakala, penggunaan pembesar suara di masjid atau surau bagi amalan syarahan agama, membaca Al-Quran dan juga azan amat terhad sekali. Memang benar, Nabi mengajar kita membaca Al-Quran jangan sampai menganggu orang lain. Persoalannya, selama ini berapa kerat yang merasa terganggu?

Tentulah tidak berhikmah dan tidak dibenarkan jika kita menggunakan pembesar suara diwaktu orang lain sedang tidur. Kebiasaannya masid atau surau akan memperdengarkan bacaan Al-Quran beberapa minit sebelum masuk waktu sembahyang dan azan. Program syarahan agama juga bukan diadakan pada setiap malam dan program tersebut pun kebiasaannya hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Tidak masuk akal ianya mengganggu orang lain.

Justeru itu, apa yang selama ini kita umat Islam lakukan di dalam aktiviti di masjid dan surau haruslah diteruskan. Pihak berkuasa masjid dan surau juga hendaklah peka dengan keadaan dan situasi setempat. Mereka mesti bijak mengatur apa jua aktiviti yang ingin dijalankan dengan penuh kesederhanaan. /wfauzdin.blogspot.com

PRK Dun Tenang - Isteri Jadi Calon, Suami diarahkan Bertukar 24 Jam?

Posted: 16 Jan 2011 08:20 AM PST

Normala Sudirman - Calon PAS di PRK Dun Tenang

SECARA rasminya, Normala Sudirman telah dipilih oleh PAS sebagai calon bagi mewakili PR di dalam PRK Dun Tenang. Ada khabar dipetik dari Tweeter di bawah menyebut suami beliau seorang guru di Tenang/Labis telah diarahkan bertukar 24 jam. Benarkah berita ini? Kita tunggu penjelasan lanjut selepas ini.

shamsuliskandar profile

shamsuliskandar Maklumat dr Tenang: Calon seorg guru wanita, Normala Sudirman. Suaminya juga guru di Tenang/Labis diarahkan tukar ke JB dgn notis 24 jam #fb 9 minutes ago · reply

FOTO - CERAMAH KEBANGKITAN RAKYAT DI TERENGGANU MALAM TADI

Posted: 16 Jan 2011 12:00 AM PST

1. Di sebelah siang...

















2. Di sebelah malam..











Sumber **lagi gambar di sini
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2011/01/himpunan-kebangkitan-rakyat-gambar.html

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ibu haramjadah .. "Suruh abang rogol saya"

Posted: 16 Jan 2011 03:07 PM PST

Lili bersama anaknya ... Hidupnya kini terumbang-ambing


KUALA TERENGGANU: "Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.

"Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya," katanya.

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

"Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.

"Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

"Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu," katanya.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.

Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

"Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.

"Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis," katanya.

Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.

"Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang," katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

"Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan," katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya. - myMetro

Tengok minah katek, tengok menteri Oman ni ... apa kata korang

Posted: 16 Jan 2011 08:56 AM PST


Kedua-duanya dipercayai beragama Islam, dan aku pasti yang dari Oman tu memang beragama Islam berdasarkan cara pemakaiannya, tapi yang sorang lagi tu susah nak cakap lah ... yang aku tahu si katek ni memang pemboros orangnya, kerja dia perabih duit negara -

Gambar di atas - Minah Katek bersama Menteri Pembangunan Sosial Oman, Dr Sharifa Khalfan - semasa minah katek bersama rombongan "perabih duit rakyat"nya ke Oman selepas ke Arab Saudi baru baru ni.
Maka keluarlah cerita dalam akhbar pencacai umno, lawatan minah katek ini demi merapatkan hubungan kedua negara. Siapa si katek ni? Menteri ke? TPM ke? Seingat aku belum ada perangai TAK SENONOH macam ni pada isteri-isteri PM yang lalu.

Memang SIAL ...

Apakah Menteri Agama - Jamil Khir - yang pandai sangat mengharamkan itu ini masih tak berani jua nak bercakap dengan tok ketua mereka yang bini nya masih tidak mengenal Halal dan Haram ...
Korang nak ke bini PM 1Malaysia macam ni punya perangai?
UNDI LAH BN KALAU MAHU TERUS HIDUP SENGSARA

CALON PAS PRK DUN TENANG

Posted: 16 Jan 2011 07:16 AM PST

Ketua Wanita PAS, Normala Sudirman dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor pada 30 Januari ini.

Bekas guru berusia 38 tahun yang juga ibu kepada tiga orang anak itu diumumkan sebagai calon di ibu pejabat PAS, Jalan Segamat di sini.

Turut hadir pada majlis itu adalah beberapa pemimpin Pakatan termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Normala juga adalah ahli exco sayap wanita PAS.

Spekulasi berhubung pencalonannya tersebar luas beberapa minggu lalu ekoran peletakan jawatannya secara mengejut bulan lalu dan beliau turut menyampaikan ceramah dalam aktiviti PAS di Tenang.

Penamaan calon PRK di Tenang ditetapkan pada Sabtu manakala pengundian dilakukan pada 30 Januari ini.

Apakah akan ada penafian dari umno? Ahli umno sertai PKR di Kemaman

Posted: 16 Jan 2011 01:40 AM PST

Sunday, January 16, 2011
Makin ramai orang Umno sertai PKR, terbaru di Kemaman 135 termasuk bekas orang kuat Umno sertai PKR


-KEMAMAN - Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu

Petang Sabtu menyaksikan seramai 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli dan penyokong PKR bersama Anwar dalam majlis minum petang yang dianjurkan PKR Cabang Kemaman.

Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman.

Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional.

Menurutnya, Barisan Alternatif gabungan antara PAS dan Keadilan pernah menumbangkan Umno dan BN pada tahun 1999.

Justeru, katanya, tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih pemerintahan Terengganu dan Putrajaya pada pilihanraya ke-13 akan datang.

Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin - PASPB

Bila Jalang Keluar Bilik, maka ...

Posted: 15 Jan 2011 11:30 PM PST


BARANGKALI pilihan raya umum ke-13 sudah dekat benar. Walaupun Najib Razak tidak mahu mengakuinya namun sudah ada tanda-tanda jelas menunjukkan 'hari raya' bagi golongan politik itu sudah menjelang tiba. Wapnya sudah pun ada.

Sebenarnya sesiapa juga tidak akan dapat menyembunyikan sesuatu yang terbungkus di dalam hatinya. Rahsia itu akan terdedah juga akhirnya. Gelagat dan perwatakan diri manusia itu akan mendedahkan apa yang ada dalam hatinya. Manusia boleh berbohong dengan batang kayu tetapi tidak boleh menipu cermin di depannya. Manusia juga boleh meludah dalam air keruh tetapi buruk padahnya kalau meludah di air jernih.

Demikian juga dengan pilihan raya umum. Ia tidak menjadi rahsia lagi. Pihak pembangkang sudah membuat persiapan awal menanti kedatangan hari keramat berkenaan. Persiapan secara rasmi, dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan demi perbincangan tertutup telah pun dibuat. Manakala individu yang ingin bertanding atau pun wakil rakyat yang kini sedang menyandang jawatan itu sibuk turun ke kawasan masing-masing. Kekerapan mereka berjumpa rakyat sudah mula meningkat. Makin banyak wakil rakyat mula menghafal nama kampung dan juga tok ketua-tok ketua kampung di kawasan masing-masing.

Lobi melobi juga sudah berlaku. Orang-orang yang dapat 'atawa' dipercayai boleh mempengaruhi ketua parti menentukan calon sudah mula dihubungi dan diajak minum tea tarik malam dan siang. Ini antara tanda-tanda pilihan raya semakin dekat. Seperti burung pepaka kalau sudah hampir musim kemarau ia akan berkokok dan berkokok kerana di musim inilah ia suka mengawan. Musim sekarang ini adalah musim orang politik mengawan.

Dan sudah lumrah alam maya ini, bila pilihan raya makin dekat para wakil rakyat, bakal calon jadi makin kurang tidur kerana memikirkan untung nasib diri masing-masing. Kalau yang sudah ada kerusi bermimpi untuk menang lagi bagi menyambung jawatan itu sekali lagi. Kalau menang jika sebelum ini tidak dilantik jadi MB atau Exco maka boleh berkira ke arah itu. Kalau pun tidak layak jadi Exco kerana kurang kelulusan maka bolehlah bermimpin untuk jadi speaker. (Sebenarnya kalau jadi Exco tidak layak, speaker juga tidak layak).

Sayang kerusi oi... sapa nak bagi RM15,000 hingga RM20,000 sebulan sebagai ahli Parlimen atau Exco? Bukan itu saja jadi wakil rakyat banyak kemudahan. Naik kereta api pun tidak perlu tikit hanya waran saja. Dan siapa bagi pencen RM3,000 sebulan untuk bekalan hidup untuk buat beli tembakau dan sireh di hari tua. Inilah yang difikirkan siang malam. Berfikir untuk pertahankan kerusi dan dapat calon bukan berfikir bagaimana nak mengubah nasib ummah dan agama. Politician munafik zindik.

Sebenarnya wakil rakyat yang berfikir demikian bukan wakil rakyat. Dia hanya wakil dirinya sendiri. Orang seperti ini mementingkan kehidupannnya dan keluarganya. Yang menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai kerusi untuk hidup. Sebab itu ada sambung menyambung dalam hal ini, dari bapak kepada anak kemudian kepada cucu, ipai duai, mertua dan menantu. Kerusi wakil rakyat telah dijadikan syarikat sendirian berhad ataupun pesaka turun temurun. Pengundi diperbodohkan untuk memberi kesenangan dan kegahan kepada mereka. Lupa akan tugas dan kuasa yang ada kepada mereka bila dibayar dengan hanya kain pelikat sehelai atau kambing patah tanduk seekor atau wang RM50 bervisi baru.

Jangan pertidakkan hakikat ini. Di kampung atau pekan mereka bergaduh nak jadi wakil rakyat kerana nak pencen. Kerusi wakil rakyat telah diperdagangkan sebagai kerusi cari makan. Sudah dijadikan sumber rezeki. Kalau hendak dibilang lebih separuh wakil rakyat yang ada hari ini adalah mewarisi kerusi itu dari bapak atau datuk nenek mereka!

Sudah melalut... kembali kepada mauduk asal mengenai pilihan raya. Kenapa saya kata pilihan raya sudah dekat. Sebab sudah ada berbagai tanda-tanda dan petunjuk tadi. Kerana pihak yang menentukan pilihan raya ini pihak parti pemerintah maka petunjuk dari mereka yang jelas dan konkrit. Kalau pun pembangkang berusaha untuk membubarkan Parlimen mereka tidak ada kuasa, hanya setakat mendesak dan melalak cuma.

Ada beberapa tanda jelas dan nyata menunjukkan pilihan raya sudah hampir tiba. UBN nampaknya sudah nak maksimumkan penggunaan senjata mereka. Semua senjata dan modal politik sudah pun dikeluarkan. Selain Najib mengumumkan pelbagai peruntukan atau pun dana ataupun insentif sebagai senjata dan modal pilihan raya, ada beberapa perkara yang mengarah ke arah itu.

Misalnya UBN sudah menggunakan semua orang untuk menyerang Anwar. Sepertilah dalam pilihan raya ini UBN hanya takut kepada Anwar seorang. Tenguk semua macam manusia digunakan untuk menghentam Anwar. Golongan akademis, profesional, penulis, penyair, ulama separuh iman, teknokrat, agensi kerajaan, penyepak kertas jalanan dan termasuk juga betina jalang. Semuanya digunakan oleh UBN. Wakil rakyat selumbar juga turut sama dipergunakan.

UBN yang menerima dasar dan konsep demokrasi sekular akan menggunakan apa saja perkakasan dan manusi tidak kira halal atau haram asalkan matlamaya mencapai kemenangan tercapai. UBN atau politician demorkasi sekular tidak akan mengira apakah kemenangan itu dicapai secara halal atau sebaliknya yang penting menang dan dapat kuasa.

Segala perkakas itu mereka akan bayar dengan jumlah yang lumayan. Misalnya kalau betina jalang jika perniagaan biasanya semalam hanya diperolehi RM5,000 sekali ditiduri datuk atau tan sri tua, tetapi kalau sedia jadi perkakas politik akan dibayar berlipat ganda sampai mencecah ratusan ribu bahkan jutaan ringgit. Bayaran bukan dengan note RM lagi tetapi menerusi porojek di luar negara termasuk mengusahakan projek pelancongan dan sebagainya.

Sebut saja berapa bayaran atau projek apa yang dikehendaki sedia dilunasi asalkan saja beitna jalang sanggup merekacipta fitnah yang boleh membelalakkan rakyat negara ini. Dan betina jalang itu pula kalau pun perlu telanjang dalam stadium, dia sanggup asalkan dapat wang. Beginilah busuk dan kohongnya dunia politik Malaysia. Ia bukan baru tetapi sudah berlaku sejak bermulanya dunia ini lagi. Perhatikan apa yang berlaku ke atas Hawa semasa didalam syurga, bagimana Hawa diperdaya oleh politik syaitan.

Kalau golongan ustaz yang berjubah carit atau pun kopiah lusuh pula bukan lagi diberi seratus dua seperti lazim diperolehi selepas menyampaikan kuliah atau ceramah di surau, tetapi direkmenkan projek perladangan di Kalimatan Indonesia dan sebagainya. Caranya menjadi ahli lembaga pengarah atau pun syarikat mengadakan usahasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji, Felcra, Felda dan sebagainya. Sayangnya murid yang taksub dengan hamis jubah guru mereka tidak pernah tahu dan mengambil tahu akan hal ini.

Orang yang jadi perkakas ini makin lama makin ramai. Bukan saja yang sedia ada hari ini, tetapi lepas ini macam-macam orang lagi akan tampil. Mereka akan membuat kenyataan dan dakwaan yang bukan-bukan. Soal fitnah atau haram apa peduli yang penting mereka dibayar, wang dan wang akan mengalirkan ke dalam akaun mereka dengan tenang.

Nah, kerana tanda-tanda itu sudah ada, perkakas UBN sudah mula menguatkan kerja, ia memberi gambaran pilihan raya umum sudah tidak lama lagi. Bila masa dan tarikhnya ia dalam tilikan para bomoh dan ahli paranomal penipu. Pemimpin sangat percaya kepada paranomal dan tilikan bomoh penipu. Makanya kalau sesiapa nak tahu tarikh pilihan raya menyamarlah jadi bomoh penipu terkenal nescaya anda akan dikunjungi para pemimpin UBN nak minta tarikh pilihan raya.

http://msomelayu.blogspot.com/2011/01/ahad-menghahad.html