Sabtu, 1 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Zul Kulim Gelap Mata Dengan Tawaran Macam Ni La..

Posted: 01 Oct 2011 12:05 AM PDT

ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti

ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.


Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata.



PAS perlu tokoh diterima semua untuk pimpin Putrajaya

Posted: 30 Sep 2011 08:23 PM PDT

"KEPALA BATAS, 1 Okt Hari ini PAS yang menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-60 dan malam tadi berlangsung program Forum Perdana di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lokasi Kepala Batas dipilih sempena tempat kelahiran parti Islam ini yang wujud enam dekad lalu. Forum turut dibarisi oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Panel, Naib Presiden PAS YB. Salehuddin Ayob dan Ustad Idris Ahmad.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas perlunya PAS ada satu tokoh yang boleh diterima oleh semua rakyat jika mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat kelak.

Menurutnya PAS sudah berada ditahap matang dalam arena politik, namun menurut bekas mufti Perlis itu, parti Islam tersebut perlu melahirkan ikon yang boleh diterima setiap lapisan masyarakat jika ingin terus kekal relevan.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini mengetuai PAS memerlukan tokoh ikon untuk mendapatkan kepercayaan rakyat berbilang kaum, seorang tokoh yang bukan sahaja diterima ahli PAS tetapi orang di luar PAS. Apa yang kita lihat terdapat 60 peratus pengundi yang belum membuat keputusan untuk melonjak dan menengahkan tokoh itu.

"PAS perlu seorang tokoh yang bukan sahaja disebut nama sudah dikenali macam Burhanuddin al-Helmy... hebat, bukan sebut nama orang dah kenal, tapi rakyat juga lihat dia layak untuk jadi perdana menteri," katanya.

Burhanuddin asalnya tokoh pejuang kebangsaan merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum memimpin Hisbul Muslimin dan kemudiannya PAS.
"Tokoh ikon perlu diwujudkan iaitu kalangan PAS sendiri yang akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya", katanya.

Hala-tuju politik PAS memerlukan kerangka politik yang baru, kerangka yang lebih besar... kerangka Malaysia bukan kerangka Kelantan. Beliau turut memberi cadangan agar kepimpinan tertinggi PAS tidak melibatkan diri dalam hal-hal remeh yang boleh diselesaikan di peringkat bawahan.

"Umno bukan piawaian untuk PAS buat perbandingan, PAS perlu berada di tempat lebih tinggi," katanya. Asri turut menekankan agar kepimpinan PAS terus mempertahankan dasar Islam walaupun dikritik pihak tertentu.

"PAS sudah mencapai usia matang kerana bersedia mendengar pandangan yang berbeza, saya melihat PAS telah berjalan di atas landasan sehingga dunia Islam menyedari tentang kebangkitan Islam.

"Pemimpin-pemimpin dalam PAS perlu terus mempertahankan dasar Islam, PAS perlu realistik dan ketepikan retorik politik, PAS juga perlu bergerak ke hadapan dengan lebih terbuka dan memahami Islam secara meluas," katanya.

Tambah beliau Pakatan Rakyat agar tidak "melambakkan" idea politik secara terus kepada rakyat, sebaliknya jelas Asri, kaedah terbaik adalah melalui dialog atau perbahasan untuk menjelaskannya kepada rakyat"



Aziz Bari Cabar Majlis Peguam

Posted: 30 Sep 2011 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mendakwa Majlis Peguam ketinggalan kerana melihat pelaksanaan hukum hudud dalam kerangka lama dan terus menganggap ia sebagai "retorik politik" semata-mata.

Sebaliknya kata beliau, masih ada ruang untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan oleh kerana negara pernah meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung imuniti raja-raja, maka tak mustahil sistem itu boleh digubal dan diperkenalkan.

"Wacana hudud adalah perkembangan sihat yang membuka minda kita, termasuk pengamal undang-undang. Kali ini umpamanya kita cuba melihat pelaksanaan di peringkat negeri; dalam kerangka jenayah syariah. Bukan dalam kerangka undang-undang jenayah konvensional di peringkat nasional.


"Ini merangsang minda; Majlis Peguam masih ketinggalan kerana melihat pelaksanaan itu dalam kerangka lama. Sebab itu, mereka kata ini retorik politik," kata beliau mengulas pendirian Majlis Peguam semalam.

Majlis Peguam menegaskan undang-undang hudud, yang kembali muncul sebagai isu kontroversi awal minggu lalu, tidak boleh dilaksanakan di negara ini buat masa sekarang ekoran kekangan peruntukan perundangan.

Presiden Majlis Peguam Lim Chhe Wee berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

"Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud," kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

Malah semalam, Aziz berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, adalah sesuatu janggal kerana Majlis Peguam tidak memberikan prinsip federalisme satu pertimbangan dalam kenyataannya berkaitan dengan isu hukum hudud.

"Prinsip (federalisme) adalah penting dalam membebaskan sistem (perundangan)," katanya lagi. Sehubungan itu kata beliau,

"apabila Perlembagaan membisu ataupun ada konflik seperti ini, maka undang-undang akan memberi laluan kepada negeri." "Kedua-dua undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah telah dimasukkan dalam senarai negeri, oleh itu persoalan besar adalah berkaitan dengan Akta Mahkamah Syariah 1965, yang mengehadkan kuasa Mahkamah Syariah," katanya lagi.

Kata Aziz, "sebagaimana saya katakan banyak kali ada negara di dunia yang menguatkuasakan sistem dan undang-undang yang pelbagai." "Dalam kes hudud, adalah sangat jelas bahawa ia hanya untuk Muslim dan Mahkamah Syariah... Majlis Peguam sendiri telah banyak kali mengatakan bahawa ia hanya bagi Muslim," kata beliau lagi.

Oleh itu kata beliau, apa yang diperkatakan sekarang bukan retorik tetapi satu usaha untuk membenarkan masyarakat Muslim hidup di bawah sistem perundangan mereka.

"Bagi bukan Islam, mereka tiada perundangan mereka sendiri seperti Muslim, jadi mereka boleh hidup di bawah undang-undang sivil negara ini," katanya lagi.

Aziz juga berkata, mandat politik akan membolehkan sesuatu yang difikir sebagai mustahil untuk diperkenal dan dilaksanakan menjadi kenyataan dalam jangka panjang.

"Ingat (peristiwa) 1993? Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan imuniti raja-raja difikir mustahil untuk dilaksana. Apatah lagi apabila hendak mengadakan satu mahkamah untuk membicarakan mereka.

"Tetapi perkara yang dianggap sebagai mustahil berlaku meskipun raja-raja ada kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menghalangnya. Mereka melakukan di sebalik sentimen popular," kata Aziz.

Oleh itu kata beliau, jika Kelantan boleh memperlihatkan kali ini ia pastinya akan berlaku memandangkan hudud hanya bagi Muslim dan "sesuatu yang tidak terhalang dengan jelas di bawah Perlembagaan."



Guan Eng memohon ampun - UMNO bila pula nak mohon ampun?

Posted: 30 Sep 2011 09:57 AM PDT

Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Menteri P Pinang, Lim Guan Eng kerana bertindak untuk memohon ampun kepada Sultan Johor kerana isu kenyataan beliau di Singapura baru-baru ini. Kenyataan beliau itu telah di isukan sebagai kenyataan yang memburuk-burukan negeri Johor serta Sultan yang menaungi negeri itu.

Guan Eng telah memohon ampun dan maaf kepada Raja yang menaungi rakyat dan negeri Johor. Beliau memohon ampun jika kenyataan yang belum tentu kesahihannya itu menyinggung perasaan kebawah Duli Tuanku Johor.

Tindakan Guan Eng ini melambangkan sifat gentleman beliau dan memahami yang negara kita mempunyai Raja-Raja Melayu yang rakyat patut menzahirkan ketaat setiaan kepada Raja-Raja Melayu sentiasa. Tindakan memohon ampun ini adalah satu sifat kepimpinan yang tinggi dan merendah diri yang ada kepada pemimpin muda ini.


Sekarang saya ingin pula menunggu bila pula UMNO untuk memohon ampun dan maaf kepada Raja-Raja Melayu kerana menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis Perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Sehingga sekarang UMNO belum lagi memohon ampun kepada Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kerana menelanjangkan kewibawaan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan itu.

Jika UMNO benar-benar parti yang melindungi orang Melayu dan Raja-Rajanya maka parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon maaf di atas sikap kurang ajar serta merendah-rendahkan mertabat Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu.

Perlakuan UMNO terhadap Raja-Raja semasa itu amat memalukan kerana UMNO menghina Institusi Raja yang menjadi teras kepada identiti dan maruah orang Melayu. Jika benar UMNO sudah sedar yang Institusi Raja itu penting parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon ampun daripada Raja-Raja Melayu kerana keterlanjuran itu.

UMNO sepatutnya mengikut langkah DAP dengan memohon ampun jika melakukan tindakan yang sangat mendhaifkan yang UMNO lakukan semasa krisis perlembagaan itu. Guan Eng tidak menunggu lama untuk memohon ampun walau pun beliau belum mendapati rakaman ucapan beliau di Singapura dalam 'private function' di Singapura itu. Yang penting bagi Guan Eng ialah beliau tidak mahu melihat Tuanku Sultan merasa tersinggung kerana pentingnya institusi itu dihormati dan disanjungi.

UMNO sepatutnya memohon ampun di atas kerana besar parti itu kepada Institusi Raja-Raja itu. UMNO patut mengadakan perhimpunan Agong Khas untuk memohon maaf kepada semua Raja-Raja Melayu.

Selagi UMNO tidak memohon ampun selagi itulah UMNO masih derhaka kepada Raja yang menaungi negara bertuah ini.

Aspan Alias



TERKINI - Umno Halang Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di UIA

Posted: 30 Sep 2011 07:21 AM PDT


msj dari Jkk : "PENGUMUMAN RASMI: Dukacita diumumkan program Talk Show Ustaz Azhar Idrus pada malam ini DIPINDAHKAN daripada SHAS Mosque kepada EXPERIMENTAL HALL. Aturcara akan tetap berjalan sepertimana dirancang. Walaubagaimanapun, pihak pimpinan Ma'ruf Club sedang berusaha mengadakan pertemuan dengan Puan Rektor untuk membuat rayuan.

Ustaz Azhar Idrus di halang dari memberi ceramah di UIA sebentar tadi.Anggota JKK KKKKK UIA yang anti dengan ceramah Ustaz mula "hanggin" dan berita ni bersambung sebentar lagi..ikuti maklumat terkini..

King Of Goblok



Najib Sokong Namewee.. Bloggers Pencacai Gerenti Bengang..

Posted: 30 Sep 2011 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penulis lirik dan pembikin filem yang kontroversial Wee Meng Chee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia meskipun banyak pihak mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit "Nasi Lemak 2.0" kerana didakwa mengkritik negara.

Presiden Umno berkata Wee (gambar), yang turut dikenali sebagai Namewee, seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.



Mahkamah Sahkan Utusan Memang Akhbar Fitnah Dan Sampah

Posted: 30 Sep 2011 05:23 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - adalah salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.


Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid (kiri), dari PAS, menamakan Utusan Malaysia dan ketua pengarang kumpulan
Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.



ISA Tak Mansuh Lagi.. Kena Masuk Parlimen Dulu ..

Posted: 30 Sep 2011 05:10 AM PDT

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mengemukakan usul untuk memansuhkan akta ISA 1960 ke parlimen pada Mac depan.

Sementara itu, usul untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1959 dan Akta Buang Negeri 1959 pula akan dibawa ke parlimen pada sesi bermula minggu depan, katanya lagi.

Selain itu, usul pindaan ke atas Seksyen 27 Akta Polis 1967 pula akan dibentangkan pada November, tambahnya.

"Minggu depan saya akan mulakan proses itu. Tetapi akta ISA, kita kata bulan Mac tahun hadapan sebab kita kena gubal dua akta baru. Yang lain, yang mana kita boleh buat cepat, kita akan buat cepat.


"Saya sendiri akan membentangkannya (di parlimen)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC petang ini.

Sehubungan itu, Najib berkata Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memberi sokongan terhadap pengumumannya pada 15 September lalu berhubung cadangan kerajaan untuk memansuhkan akta berkenaan.

"Majlis tertinggi berpendapat bahawa ini adalah merupakan pelengkap kepada tranformasi yang bermula dengan GTP, ETP dan kini PTP yang mana ini menunjukkan bahawa kita mempunyai agenda yang begitu komprehensif dan menyeluruh," katanya.

Ditanya mengenai reaksi akan umbi Umno berhubung cadangan kerajaan itu, Najib berkata "kebanyakannya memahami" hasrat kerajaan dan ramai pemimpin akan terlibat untuk memberi penerangan kepada mereka.



Tiada ulasan: