Jumaat, 30 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Warga Sudan Dera Fizikal dan Seksual Anak Kekasih Sehingga Mati Dihukum Gantung

Posted: 30 Sep 2011 06:53 AM PDT

WARGA Sudan, Mohannad Taha Ismail (tengah) menerima hukuman gantung sampai atas pertuduhan membunuh seorang anak teman wanitanya oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA

Saya petik:


[Bernama] SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang bekas pelajar kolej warga Sudan selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya di sebuah kondominium di Cheras dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhi hukuman itu ke atas Mohannad Taha Ismail, 27, selepas mendapati pembelaan yang dibuat tertuduh tidak 'bermerit dan lesu', tidak masuk akal serta tidak melampaui keraguan munasabah.

Mohannad Taha didakwa membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3, di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, antara jam 7.30 malam dan 8.30 malam pada 12 Oktober 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin manakala tertuduh diwakili peguam Hisham Teh Poh Teik.

Mengikut fakta kes, seorang saksi iaitu pakar patologi forensik, Dr Abdul Karim Tajudin berkata terdapat 34 kesan kecederaan di seluruh badan mangsa dan kanak-kanak itu juga mengalami penderaan fizikal serta seksual.

Saksi itu juga mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan perdarahan teruk di bahagian selaput keras otak akibat goncangan yang kuat.
 
Ibu kanak-kanak itu, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang warga tempatan, dalam keterangannya pula berkata bahawa mangsa pernah mengadu ditumbuk dan dipukul oleh Mohannad Taha semasa ditinggalkan di bawah jagaan tertuduh.

Saksi itu juga mendakwa pernah melihat tertuduh memarahi dan memukul mangsa menggunakan penyangkut baju, pembaris serta tangan.

Aaliyah adalah anak hasil perkahwinan Ellina, dengan bekas suaminya Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.

Tertuduh kelihatan tenang selepas mendengar hukuman dan dibawa keluar dari mahkamah. 

[PANAS] Bajet PRU 13: Gaji Kakitangan Awam Dijangka Naik Sehingga 40%

Posted: 30 Sep 2011 01:25 AM PDT


Saya petik:
[TMI] Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai "bajet pilihan raya umum ke-13". 

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek). "Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
 
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, "langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred."

"Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat," kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu. "Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

"Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing," kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

"Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus," kata sumber itu lagi. Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi. The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat. Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini. Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
 
P/s: BN bagi ambil, tetapi undi PR! DCM menjangkakan PRU dalam tahun ini! BN pasti tidak mahu mensia-siakan memomentum Bajet PRU 13 ini!

[PANAS] Peguam DEDAH Skandal Scorpene di London Malam Ini - Lenakah Tidur Najib Malam Ini??

Posted: 30 Sep 2011 12:11 AM PDT

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Joseph Breham akan bercakap mengenai kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene di London malam ini.

Beliau akan menerangkan mengenai perkembangan kes itu kepada masyarakat antarabangsa, berhubung siasatan terhadap komisen yang dibayar oleh pembuat kapal selam berkenaan, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia.

Breham merupakan anggota kepada Kumpulan Peguam Hak Asasi Antarabangsa (SIHRG) yang dilantik Suaram bagi mewakili aduan yang difailkan terhadap DCN di Paris pada awal 2010.

Beliau dijangka menyentuh mengenai pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta bernilai RM7 bilion ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Komisen 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Transaksi berkenaan mengheret pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibu- perempuan simpanan Razak dan sebelum itu dikatakan turut mempunyai skandal dengan Najib.

Altantuya dibunuh dengan kejam pada Oktober 2006 apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring kepada Najib yang juga anggota Unit Tindakan Khas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu berkata, tidak ada keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat transaksi itu kerana ia telah diluluskan kementerian kewangan dan pembelian itu dibuat melalui prosedur pemerolehan.

Jawapan itu memaksa Suaram untuk membuat aduan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, kabel diplomatik Amerika Syarikat mendedahkan kepada WikiLeaks senarai kenalan Najib yang memainkan peranan dalam pembelian Scorpene.

Salah seorangnya ialah proksi kepada Najib iaitu Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd. Selain LTAT, Bousted Holdings memegang 20 peratus kepentingan dalam Perimekar, melalui KS Ombak Laut Sdn Bhd.

Menurut penyata kewangan Perimekar, Lodin adalah salah seorang dari lima pengarah Perimekar, disamping isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, Rohanan Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby, lapor Malaysia-Chronicle.
 
 
P/s: Kah kah kah!

Pendirian RASMI PAS Berhubung dengan HUDUD

Posted: 30 Sep 2011 12:03 AM PDT


Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 30 Sept: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.
"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.

Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

George Junius Stinney Dieksekusi di Kerusi Elektrik pada Usia 14 Tahun, Kini Ada Dakwaan Bahawa Dia Tidak Bersalah

Posted: 29 Sep 2011 08:35 PM PDT


Saya terharu sedikit apabila membaca berita tentang remaja bernama George Junius Stinney yang dikenakan hukuman mati di AS awal tahun 40-an. Cara penyiasatan dan pendakwaan umpama melepaskan batuk di tangga mungkin menyebabkan seorang budak yang tidak bersalah dihukum mati. 

Dia hanya setinggi 5 kaki 1 inci, berat 95 poun dan apabila polis membawa Stinney ke dewan hukuman pada tahun 1944, dia hanya berusia 14 tahun. Stinney didakwa orang termuda yang menerima hukuman mati di Amerika Syarikat

Semasa di dewan hukuman, pihak polis terpaksa meletakkan buku-buku besar di tempat duduk supaya kepalanya boleh mencapai elektrod pada kerusi elektrik.

Stinney dari Alcolu, South Carolina, didapati bersalah oleh mahkamah pada waktu itu kerana dakwaan membunuh dua orang kanak-kanak perempuan kulit  putih selepas pihak polis berkata dia telah mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Hari ini, menurut sumber yang dipetik DM, seorang peguam bertekad untuk membuktikan bahawa Stinney tidak bersalah dan memanggil pendakwa daerah Claredon County di South Carolina untuk membuka kes itu semula.

Kedua-dua kanak-kanak perempuan yang dibunuh itu ialah Betty Jun Binnicker, 11 tahun dan Mary Emma Thames, 8 tahun. Mereka dilaporkan hilang sehari selepas dilihat mereka menunggang basikal ketika mencari bunga di pekan Alcolu.

Pada masa itu, kawasan penempatan orang kulit putih dan orang kulit hitam telah dipisahkan oleh trek kereta api.

Kedua-dua budak perempuan itu kemudiannya ditemui mati di dalam parit, dibunuh dengan menggunakan kayu landasan kereta api seperti yang dilaporkan oleh thegrio.com.

Stinney yang menyertai pasukan mencari memberitahu bahawa dia ada melihat budak-budak itu pada hari mereka hilang. Selepas membuat kenyataan itu, Stinney telah ditangkap dan dituduh membunuh dua orang budak perempuan kulit putih itu.

Dia telah dibawa ke balai polis dan telah disoal siasat selama berjam-jam tanpa kehadiran ibu bapanya. Ada laporan mendakwa pihak polis menawarkan Stinney ais krim jika dia mengaku kepada mereka bahawa dia telah melakukan pembunuhan tersebut.

Stinney secara lisan mengaku dan hingga ke hari ini tiada rekod bertulis tentang pengakuannya dalam arkib. Selain itu,  tidak ada bukti fizikal yang mengaitkan Stinney dengan pembunuhan itu, malah  tiada rekod di atas kertas menyabitkan Stinney.

Atas kepincangan yang berlaku, peguam Steve McKenzie berkata kes itu perlu dibuka semula kerana kekurangan bukti atau bahan arkib. Beliau berhujah bahawa Stinney merupakan 'sasaran mudah' dan telah digunakan sebagai 'kambing hitam' oleh pihak polis yang ingin mencari dan menghukum sesiapa sahaja yang mereka boleh dikaitkan dengan pembunuhan itu.

Fakta melibatkan kes juvana di AS:
  • Orang termuda yang pernah disabiutkan dengan hukuman mati di Amerika Syarikat ialah Orang Indian Amerika James Arcene kerana peranannya dalam suatu rompakan dan pembunuhan yang dilakukannya pada usia 10 tahun. Walau bagaimanapun dia telah dihukum mati pada 18 Jun 1885 pada usia 23 tahun.
  •  
  • Pelaksanaan terakhir melibatkan juvana ialah Shockley Leonard yang disabitkan dengan pembunuhan Dia telah menerima hukuman mati di dewan gas Maryland pada 10 April 1959 ketika berumur 17 tahun.
  •  
  • Pelaksanaan hukuman mati terawal yang diketahui ialah  Thomas Graunger pada tahun 1642. Dia berusia 16 atau 17 ketika menerima hukuman.
  •  
  • Sejak tahun 1642, kira-kira 364 pesalah juvana telah dihukum mati di AS.
  •  
  • Bermula tahun 1964, tiada siapa yang telah dieksekusi di bawah umur 19 tahun.
  •  
  • Orang terakhir yang akan dikenakan hukuman mati ketika masih juvana ialah Scott Hain. Dia telah dieksekusi ketika  berumur 32 di Oklahoma kerana melakukan pembunuhan dan penculikan pada usia 17 tahun. -DCM



Suami Ikat, "Perkosa" Isteri Degil

Posted: 29 Sep 2011 05:55 PM PDT


Saya petik:
[HM] AMPANG: Akibat enggan mendengar cakap suami, seorang isteri diheret masuk ke dalam bilik di rumahnya di Pandan Indah, di sini, sebelum suaminya memaksa melakukan hubungan seks.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun diperlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.

Suami mangsa yang berusia 29 tahun tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suaminya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.

Menurut sumber, kejadian itu bermula selepas suami mangsa melihat isterinya itu bersiap untuk pergi menghadiri jamuan makan malam anjuran pejabatnya.

"Bagaimanapun, suami mangsa hairan apabila melihat mangsa bersiap seolah-olah mahu keluar menyebabkan dia bertanyakan ke mana isterinya hendak pergi....


....macam biasa, berita sensasi seperti hanya disiarkan sebahagian di HM.


P/s: Macam-macam!


Tiada ulasan: