DIALOG RAKYAT |
- Peguam Perancis bongkar Scorpene malam ini
- Pendedahan Guru: Umno perkuda Kementerian Pendidikan untuk ‘cuci otak’
- Pakatan sudah mendapat tempat di hati rakyat Selangor
- YDP Yadim: Muslim tentang hudud ciptaan parti gilakan kuasa
- Akta Kerja: Gabungan MTUC dakwa pindaan langgar Perlembagaan, ILO
- Tee Keat: Soi Lek tidak harus jadi calon BN ekoran skandal seks
- Hudud: Pemimpin DAP, PAS keliru dalam soal Perlembagaan, kata pakar
- PRU-13: Pengundi mahu Umno letak muka baru, kata Muhyiddin
- Pendirian rasmi PAS mengenai hudud
- Forum Mahasiswa Untuk Negara 4 Okt
- Taib terus berkuasa, kekalkan menteri ‘yes boss’
- Perangsang Selangor sasar 1,500 siswazah berniaga
- Maaf Sultan Johor, tetapi mahu saman media
- Akibat pecah amanah 1,000 perantis DTM terkontang kanting
- PAS mahu impak 'lebih kuat' di Pulau Pinang
- Perwakilan MCA berkemungkinan sahkan pendirian tiada jawatan dalam kerajaan
- Wanita Umno Kedah minta bahagian selesaikan kemelut dalaman
- Tuduh PAS tapi terserlah Umno khianati Melayu
- Pengebom sembunyi di Malaysia
- Guan Eng "cemburu" atau Umno mahu Johor benci Pakatan?
- Antara Najib, Jabba the Hut dan Pilihanraya
- Kertas kerja politik kiri "ditolak" selepas "isu Mat Sabu"
- Bebalis Masyarakat Membangun
- Gerakan Politik Kiri di Kampung Jenderam
- Klip video: Adun Kota Anggerik lapor polis
Peguam Perancis bongkar Scorpene malam ini Posted: 30 Sep 2011 02:19 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Joseph Breham akan bercakap mengenai kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene di London malam ini. Beliau akan menerangkan mengenai perkembangan kes itu kepada masyarakat antarabangsa, berhubung siasatan terhadap komisen yang dibayar oleh pembuat kapal selam berkenaan, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia. Breham merupakan anggota kepada Kumpulan Peguam Hak Asasi Antarabangsa (SIHRG) yang dilantik Suaram bagi mewakili aduan yang difailkan terhadap DCN di Paris pada awal 2010. Beliau dijangka menyentuh mengenai pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta bernilai RM7 bilion ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan. Komisen 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak. Transaksi berkenaan mengheret pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibu- perempuan simpanan Razak dan sebelum itu dikatakan turut mempunyai skandal dengan Najib. Altantuya dibunuh dengan kejam pada Oktober 2006 apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring kepada Najib yang juga anggota Unit Tindakan Khas. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu berkata, tidak ada keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat transaksi itu kerana ia telah diluluskan kementerian kewangan dan pembelian itu dibuat melalui prosedur pemerolehan. Jawapan itu memaksa Suaram untuk membuat aduan di peringkat antarabangsa. Sebelum ini, kabel diplomatik Amerika Syarikat mendedahkan kepada WikiLeaks senarai kenalan Najib yang memainkan peranan dalam pembelian Scorpene. Salah seorangnya ialah proksi kepada Najib iaitu Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd. Selain LTAT, Bousted Holdings memegang 20 peratus kepentingan dalam Perimekar, melalui KS Ombak Laut Sdn Bhd. Menurut penyata kewangan Perimekar, Lodin adalah salah seorang dari lima pengarah Perimekar, disamping isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, Rohanan Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby, lapor Malaysia-Chronicle. | ||
Pendedahan Guru: Umno perkuda Kementerian Pendidikan untuk ‘cuci otak’ Posted: 30 Sep 2011 02:15 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Regim Umno Barisan Nasional (BN) terbukti memperkudakan Kementerian Pendidikan apabila mengadakan program sesi 'mencuci otak' guru dengan memfitnah dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, menggunakan wang rakyat. Hal ini terbongkar apabila seorang guru mendedahkan hal itu kepada Keadilan Daily beserta bukti bergambar. Mengikut guru berkenaan, mereka diarah guru besar ke sebuah hotel di Kuantan, Pahang walaupun mereka sedang sibuk dengan kursus KSSR Tahun 2 dan penandaan kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mengikut gambar yang diemel, sesi 'cuci otak' dilakukan atas nama Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia: Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang. Mengikut buku program, sesi yang berlangsung opada 28 September lalu, dijalankan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi. Kata guru berkenaan, guru besar datang awal sebab ada sesi cuci otak yang dijalankan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor pada malam sebelumnya. "Memang Kementerian Pendidikan ditunggang sepenuhnya oleh balaci (Datuk Seri) Najib (Razak). Sampai hati pergunakan duit rakyat panggil untuk sesi mengukuhkan kuasa," katanya. | ||
Pakatan sudah mendapat tempat di hati rakyat Selangor Posted: 30 Sep 2011 02:13 AM PDT KEADILAN DAILY SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah mendapat tempat di hati rakyat di negeri itu yang akan menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang berkata rakyat Selangor tertekan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan 'tidak sabar' menukar kerajaan negeri sekarang. "Wanita Keadilan Selangor merasakan ia suatu kenyataan yang cuba menidakkan tahap sokongan yang semakin menjunam dan takabbur (Muhyiddin) yang amat menjengkelkan," ujar Haniza dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya selama 51 tahun, hak rakyat dinafikan dan dirampas BN, namun selepas tiga tahun mentadbir Selangor, pelbagai perubahan telah dilakukan Pakatan Rakyat bagi menaiktaraf hidup rakyat. Antaranya, semua rakyat di Selangor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menikmati bekalan air percuma 2 meter padu setiap bulan. "Begitu juga dengan kesihatan wanita. Kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin dengan kesihatan dengan memperkenalkan "Skim Kesihatan Wanita" yang telah memberi manfaat kepada hampir setengah juta wanita yang telahpun menyertai skim itu," tambah beliau. Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSEL) dan Mikrodredit Miskin Bandar (MIMBAR) pula membantu peniaga-peniaga kecil memajukan perniagaan dengan memberi pinjaman agar mereka dapat mempertingkatkan pendapatan. Melalui program Tabung Anak Warisan Selangor, anak-anak kelahiran Selangor memperoleh tabung simpanan sehingga mereka dewasa. Manakala Warga emas yang telah mendaftar dalam program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberi baucer RM100.00 setiap orang dan waris mereka menerima saguhati sebanyak RM2,500 jika berlaku kematian. "Wanita Keadilan Selangor ingin ingatkan bahawa BN telah diberi peluang selama lebih 50 tahun untuk bantu rakyat dan bangunkan negeri Selangor, tetapi dalam tempoh masa itu, BN lupa diri dan angkuh serta abaikan kebajikan rakyat. "Kini, Rakyat Selangor sudah mampu membuat perbandingan dan mengetahui kelebihan serta kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya. | ||
YDP Yadim: Muslim tentang hudud ciptaan parti gilakan kuasa Posted: 30 Sep 2011 02:12 AM PDT KUALA LUMPUR — Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya "menentang hukum hudud yang sebenar." "Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah," kata beliau (gambar) yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu. Dalam menginterpretasikan hukum hudud, katanya, "kita sebenarnya harus memisahkan antara hukum hudud yang digariskan oleh al-Quran dan hadis, dengan hukum hudud yang digubal oleh yang mempunyai kepentingan politik semata-mata." Dalam perkembangan terbaru di sebalik isu kontroversi hudud yang muncul minggu lalu, PAS menegaskan, pihak yang menghalang pelaksanaan hukum hudud khususnya di Kelantan adalah Umno bukannya DAP. PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan telah menggerakkan usaha melaksanakan hudud pada 1993 - tiga tahun selepas mengambil alih pentadbiran negeri itu. Dalam kenyataan awal pagi ini, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal pelaksanaan hudud dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak. "Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka," kata beliau. "DAP berpendapat ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah syariah. "Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguatkuasakannya," katanya. Oleh itu kata Tuan Ibrahim, jelas yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun dan bukannya DAP. Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga berkata, Umno yang mengaku dirinya Islam dan telah diberi kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah. Kelmarin, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus. Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga. Dalam tulisan di Utusan Malaysia keluaran hari ini, Aziz berkata, keadilan hukum hudud yang hendak dibawa PAS juga boleh dipertikaikan jika prosedurnya tidak adil, keterangan yang diberikan bercanggah dan penyiasatan tidak lengkap. "Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya," kata beliau. Katanya, "kita menyokong niat baik mereka untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja." Aziz berkata, untuk mencapai keadilan yang diharapkan bukanlah mudah kerana ia perlu kepada pelaksanaan yang betul. "Prosedur, keterangan-keterangan serta penyiasatan semuanya mesti betul," katanya lagi sambil menambah, "ia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mudah." "Contohnya hukum hudud seperti yang pernah dikemukakan oleh kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak dapat memberi keadilan. "Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dikatakan tidak mencerminkan hukum syarak yang sebenar," katanya. Oleh itu kata beliau, dilema yang ada ialah dari segi perundangannya. Selain Kanun Jenayah Syariah II 1993, kata beliau, Kelantan juga mempunyai Kanun Jenayah Syariah 1985 yang memperuntukkan beberapa kesalahan sama dalam undang-undang yang lama dan baru. Keadaan itu menurut beliau, menimbulkan kekeliruan kerana kerajaan Kelantan membenarkan kedua-dua bentuk hukuman jenayah syariah terbabit kerana kedua-duanya kekal sebagai undang-undang. "Contohnya, adakah orang yang disabitkan dengan kesalahan dalam undang-undang pertama juga boleh dihukum berdasarkan undang-undang kedua? "Selain itu, jika terdapat undang-undang baru, adakah undang-undang yang lama akan terbatal?" kata beliau lagi. Dari segi perundangan juga, tambah beliau, undang-undang bagi jenis-jenis kesalahan dan bentuk hududnya sudah terkandung dalam Kanun Keseksaan. "Contohnya, melakukan pembunuhan atau kesalahan dalam melakukan kecederaan. Ia menimbulkan masalah kerana hanya satu kesalahan, tetapi terdapat dua atau tiga undang-undang bagi kesalahan sama," katanya lagi. Menurut Aziz, keadaan itu menimbulkan kesulitan kerana mengikut undang-undang negara, mencuri merupakan satu kesalahan. Katanya, kerajaan Kelantan turut membuat undang-undang sama bagi kesalahan mencuri. "Kebiasaannya, hanya satu pemakaian undang-undang bagi sesebuah negara. Persoalannya, adakah seseorang yang didakwa berdasarkan hukum hudud boleh terlepas daripada Kanun Keseksaan? Persoalan inilah yang perlu dijelaskan," katanya lagi. Aziz menambah, keindahan dan keistimewaan undang-undang Islam akan dapat dinikmati apabila tertib keutamaan maslahah seperti memelihara keperluan asasi, memelihara kepentingan manusia dalam keperluan sampingan dan memelihara keselesaan dan keharmonian hidup, dijadikan ukuran untuk menggubal undang-undang yang bertepatan dengan roh syariah yang menegakkan keadilan. "Dari segi ruang lingkupnya pula, maslahah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepentingan awam, kepentingan orang kebanyakandan kepentingan orang perseorangan. "Keutamaan maslahah ini harus dipelihara mengikut yang sewajarnya dalam pembinaan hukum dari semasa ke semasa," katanya. Aziz menambah, undang-undang yang didasarkan kepada kepentingan atau maslahah yang kebelakangan, tetapi bercanggah dengan kepentingan dan maslahah yang lebih utama bukanlah undang-undang islamik kerana tidak dapat mencapai matlamat dikehendaki oleh syariat Islam. | ||
Akta Kerja: Gabungan MTUC dakwa pindaan langgar Perlembagaan, ILO Posted: 30 Sep 2011 02:10 AM PDT KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu segera menarik balik rancangan pihaknya mahu membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 ke Parlimen bulan depan kerana beberapa peruntukan baru bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO), tegas kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Pendirian ini dikeluarkan sehari sebelum forum khas MTUC mengenai isu itu dan tiga hari menjelang piket yang dirancang untuk diadakan di hadapan Parlimen. Sesi Parlimen Oktober-Disember bermula Isnin ini. "Kami mengulangi desakan kami agar kerajaan Malaysia dengan segera menarik balik Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 dan kemudian adakan perbincangan dan perundingan terbuka yang diperlukan dengan pekerja, kesatuan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan sebelum membentangkan semula mana-mana pindaan yang disyorkan ke atas undang-undang buruh," kata Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu, Syed Shahir Syed Mohamud dalam satu kenyataan hari ini. Antara pindaan yang menjadi kebimbangan dan keprihatinan MTUC sekarang ialah pengenalan peruntukan berkaitan dengan sistem kontraktor tenaga kerja. Bekas presiden MTUC ini berkata, badan induk kesatuan sekerja itu berpendirian bahawa kesemua pekerja di tempat kerja seharusnya digaji terus oleh pemilik-operator di sesebuah tempat kerja, yang menyediakan pekerjaan dan yang ada kawalan dan penyeliaan penuh ke atas tempat kerja dan pekerja masing-masing serta boleh dengan berkesan berurusan dengan pemilik-operator-majikan. "Kewujudan tenaga kerja majikan lain yang pelbagai di satu tempat kerja yang sama sudah pasti akan melemahkan kesatuan dan kuasa dalam soal berkaitan dengan perjanjian bersama. "Sehubungan itu, hari-hari penggajian tetap dengan majikan utama kemungkinan akan berakhir dan kita akan balik kepada era hitam (penggajian pekerja), yang pernah dilalui sebelum kemerdekaan. Justeru, sekuriti pekerjaan adalah sangat penting," katanya lagi. Syed Shahir juga berkata, persekitaran menggaji pekerja dari pelbagai majikan kontraktor di satu tempat kerja yang sama juga akan membawa kepada layanan yang berbeza kepada pekerja yang digunakan. "Ini adalah diskriminasi dan akan bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan," kata beliau lagi. Menurut beliau, pendekatan itu juga bertentangan dengan pendirian ILO yang menentang trend semasa beberapa majikan cuba mengelak hubungan langsung antara pekerja dan majikan. "Malah ILO juga telah tampil dengan garis panduan untuk mengatasi usaha-usaha seperti ini. "Sesuatu yang menyedihkan kerana Malaysia bertindak bercanggah dengan semangat ini dan sedang cuba untuk menjadikan amalan-amalan ini satu tindakan yang sahih," katanya lagi. Tambah beliau, negara ini ada Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dan oleh itu, bisnes mendapatkan pekerja dan membekalkan mereka seharusnya tertakluk di bawah undang-undang itu. Susulan perkembangan awal minggu ini, semalam The Malaysian Insider membawa laporan bahawa MTUC, yang telah mengadakan pertemuan khas dua jam dengan Kementerian Sumber Manusia pagi semalam, tetapi kekal dengan pendiriannya mahu mengadakan piket berhubung pindaan Akta Kerja, Isnin ini. Bagaimanapun sama ada pendirian MTUC akan berubah ataupun sebaliknya akan diketahui esok selepas forum mengenai rang undang-undang kerja itu di Petaling Jaya. The Malaysian Insider difahamkan susulan pertemuan dua jam dengan kepimpinan MTUC hari ini, Kementerian Sumber Manusia turut memutuskan untuk menghantar satu pasukan ke forum itu bagi menjelaskan pindaan yang hendak dibawa ke Parlimen pada sesi yang bermula minggu depan. Forum itu akan dihadiri oleh wakil kesatuan sekerja sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan. Empat hari lalu, Kementerian Sumber Manusia mengingatkan MTUC yang bercadang mengadakan tindakan berpiket tidak wajar membangkitkan bantahan mereka di "saat pembentangan di Parlimen." "Kementerian ingin menegaskan bahawa sebelum pindaan ini dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan, semua cadangan pindaan ini telah melalui proses konsultasi bersama wakil-wakil pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja. "Sebanyak 18 kali sejak awal 2010. Selain itu, draf cadangan pindaan turut telah dipanjangkan untuk pandangan dan maklum balas daripada wakil majikan dan pekerja. Justeru, pindaan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah melalui proses konsultasi yang komprehensif bersama pihak-pihak yang berkepentingan," kata Kementerian Sumber Manusia. Kelmarin, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata, usaha meminda Akta Kerja tidak harus dipandang serong atau disalah faham kerana ia dilakukan untuk kepentingan bekerja. Pendirian untuk berpiket diputuskan pada mesyuarat majlis am MTUC Ahad lalu. Bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 telah ditangguhkan dua kali sebelum ini. Antara lain Rang Undang-undang Kerja didakwa merugikan kaum pekerja kerana jika diluluskan akan membolehkan sistem kontraktor pekerja, yang pernah digunakan sebelum negara merdeka, diamalkan kembali. MTUC mendakwa ia akan merugikan pekerja dari segi kebajikan mereka dan menjejaskan masa depan pergerakan kesatuan sekerja di negara ini. Selain peruntukan berkenaan sistem kontraktor sosial, MTUC mahu kerajaan memasukkan cuti bersalin 90 hari dan menaikkan had kerja lebih masa sehingga 130 jam sebulan. | ||
Tee Keat: Soi Lek tidak harus jadi calon BN ekoran skandal seks Posted: 30 Sep 2011 02:09 AM PDT KUALA LUMPUR — Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata penggantinya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukan seorang "calon yang boleh menang" kerana skandal seks 2007 melibatkan bekas menteri kesihatan itu akan menjadi liabiliti besar bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. Dr Chua (gambar), yang menewaskan Ong pada pemilihan ekoran krisis dalam parti 18 bulan yang lalu, tidak mengesahkan sama ada akan bertanding meskipun minggu ini mengumumkan beberapa pemimpin tidak akan diturunkan pada pilihan raya umum kali ini. Khabar angin tersebar sejak Februari lalu bahawa Ong juga akan digugurkan daripada bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan. Kata Ong, skandal seks Dr Chua akan terus menghantui presiden MCA dan juga BN. "Adakah beliau calon yang boleh menang? Saya tidak melihat rakyat Malaysia boleh terima beliau. "Memang beliau mahu bertanding. Beliau berkata lima bahagian mahu beliau bertanding dan ramai termasuk diri beliau akan berkata bahawa salah laku atau tindakan tidak bermoral bukan alasan untuk menafikan beliau hak untuk bertanding," katanya lagi. Kata Ong, jika Dr Chua bertanding ia akan menjadi ujian asid berhubung nilai diri seseorang. MENYUSUL LAGI | ||
Hudud: Pemimpin DAP, PAS keliru dalam soal Perlembagaan, kata pakar Posted: 30 Sep 2011 02:06 AM PDT KUALA LUMPUR — Banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Menurut Aziz (gambar), beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud. Kerajaan negeri Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 masih berusaha untuk melaksanakan hukum hudud itu di negeri itu. PAS mengambil langkah yang sama di Terengganu ketika memerintah antara 1999 hingga 2004. "Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud," kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah. "Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam," kata beliau. Oleh itu kata beliau lagi, "logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah." "Ini tidak masuk akal," kata beliau lagi. Dalam satu kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata "bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak Perlembagaan (Pusat) atau berlawanan dengan kehendak Perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti." Kata Aziz lagi, mereka yang mendakwa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana Perlembagaan Persekutuan kononnya bersifat sekular juga tidak betul kerana kandungan rangka utam undang-undang negara itu tidak berkata begitu. "Samalah dengan demokrasi itu sendiri, Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak demokratik atau akan terbatal kerana bertentangan dengan demokrasi," katanya lagi. Jelas Aziz, piawaian atau standard atau pun penanda aras yang Perlembagaan Persekutuan gunakan ialah sesuatu yang jelas dan objektif. "Perlembagaan tidak menggunakan penanda aras atau ukuran yang kabur seperti sekular atau demokrasi. Jelasnya perlembagaan menggunakan piawai yang objektif seperti bidang kuasa siapa dan sebagainya," tambah beliau. | ||
PRU-13: Pengundi mahu Umno letak muka baru, kata Muhyiddin Posted: 30 Sep 2011 02:05 AM PDT TERKINI SERDANG— Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui bahawa pada umumnya para pengundi mahu Umno menurunkan calon-calon muka baru pada pilihan raya umum ke-13. Timbalan Presiden Umno (gambar) ini berkata maklum balas yang diterima menunjukkan sesetengah pihak sudah penat dengan nama-nama lama. Bagaimanapun katanya, barisan calon yang bakal diturunkan adalah campuran — orang muda dan tidak terlalu muda. "Calon yang boleh menang, yang paling penting ialah sama ada calon (diturunkan) boleh diterima dan boleh menang, meskipun calon itu sudah lama menjadi ketua bahagian, menang tanpa cabaran dan menjadi ahli Parlimen sebelum ini. "Tetapi apabila kita tanya orang ramai, mereka berkata 'ah, orang itu sudah terlalu lama, kami sudah penat. Kami mahukan seseorang yang baru'. Itulah maklum balas yang kami terima," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata akan ada keseimbangan antara calon-calon muda, yang bertenaga, layak dan dikehendaki, selain mereka yang berpengalaman serta berguna kepada parti. "Meskipun Umno mahukan seseorang calon (tertentu), tetapi orang tidak suka, ia tidak boleh menjadi asas untuk mengekalkan seseorang calon. "Sama ada seseorang itu memegang jawatan dalam parti, itu tidak semestinya. Apa yang penting ialah sama ada calon boleh menang," kata beliau. Beliau mengakui langkah tidak memilih seseorang sebagai calon akan mewujudkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin Umno, tetapi mempertahankan bahawa kepimpinan parti boleh mengawal perkara tersebut. "Kami akan duduk dan bincang... kadangkala pemimpin Umno merajuk sekejap sahaja, biasalah manusia," katanya lagi. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. | ||
Pendirian rasmi PAS mengenai hudud Posted: 30 Sep 2011 02:04 AM PDT
| ||
Forum Mahasiswa Untuk Negara 4 Okt Posted: 30 Sep 2011 02:01 AM PDT
| ||
Taib terus berkuasa, kekalkan menteri ‘yes boss’ Posted: 30 Sep 2011 01:59 AM PDT
| ||
Perangsang Selangor sasar 1,500 siswazah berniaga Posted: 30 Sep 2011 01:58 AM PDT
| ||
Maaf Sultan Johor, tetapi mahu saman media Posted: 30 Sep 2011 01:56 AM PDT
| ||
Akibat pecah amanah 1,000 perantis DTM terkontang kanting Posted: 30 Sep 2011 01:54 AM PDT
| ||
PAS mahu impak 'lebih kuat' di Pulau Pinang Posted: 30 Sep 2011 01:53 AM PDT Tidak ramai yang sedar bahawa PAS bermula di Pulau Pinang, - dan kerana itu, parti Islam itu memilih Kepala Batas untuk menyambut ulangtahunnya ke-60, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa. Katanya, majlis itu adalah "bersejarah" kerana parti tersebut berhasrat memberi impak lebih besar di negeri tersebut, walaupun ia kini hanya mempunyai dua kerusi - satu kerusi parlimen dan satu kerusi negeri, Permatang Pasir. Beliau bagaimanapun tidak komited sama ada parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan seawal November atau tahun depan. Mujahid yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, kongres tersebut akan memberi tumpuan kepada isu dan cabaran yang dihadapi parti itu selama ini ketika ia berdepan dengan usaha "penjenamaan semula" supaya boleh diterima semua rakyat Malaysia. "Adalah penting rakyat Pulau Pinang tahu sejarah PAS dan bagaimana parti itu bermula di negeri ini," katanya kepada Malaysiakini, ketika ditemui di Seberang Perai, malam tadi. Sepanjang termpoh tersebut, tambahnya, PAS menjadi lebih kuat, tidak seperti parti-parti politik lain yang akhirnya lenyap, tetapi PAS berjaya berkembang dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.- Malaysia Kini | ||
Perwakilan MCA berkemungkinan sahkan pendirian tiada jawatan dalam kerajaan Posted: 30 Sep 2011 01:51 AM PDT KUALA LUMPUR - Anggota perwakilan MCA yang menghadiri perhimpunan agung tahunan parti itu hujung minggu ini berkemungkinan mengesahkan pendirian pucuk pimpinan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika parti itu menerima keputusan lebih buruk dalam pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha. Beliau berkata pendirian parti itu adalah satu daripada beberapa resolusi Perhimpunan Agung MCA ke-58, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada 2 Okt. "CC (Jawatankuasa Pusat) telah pun mengesahkannya. Sekarang, kami hanya mahu keputusan itu turut disahkan anggota perwakilan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Seramai 2,360 anggota perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung kali ini. Sebelum ini, Majlis Presiden MCA dan CC menyokong cadangan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa parti itu akan menyerahkan jawatan dalam kerajaan jika masyarakat Cina tidak memberi mandat kepada calon parti itu pada pilihan raya umum akan datang. Dr Chua berkata keputusan tersebut diambil selepas pertimbangan yang mendalam parti itu sebagai menghormati pilihan pengundi, terutamanya masyarakat Cina. Parti itu dilaporkan akan menjadikan keputusan pilihan raya umum 2008 sebagai garis asas untuk memastikan sama ada untuk menolak sebarang jawatan dalam kerajaan yang ditawarkan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN). Pada pilihan raya umum ke-12, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu Kong berkata perhimpunan itu juga bakal meluluskan resolusi menyokong Pelan Transformasi Kerajaan serta beberapa agenda transformasi dan gagasan IMalaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri. "Perwakilan juga dijangka membahaskan isu pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS, juga kegagalan pemimpin parti pakatan PKR-DAP-PAS mencapai kata sepakat berhubung pelaksanaan hukum hudud dan arahan tutup mulut kepada pemimpin mereka," katanya. Selain itu, perwakilan juga dijangka meneruskan desakan meminta kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan usaha-usaha lain dalam pendidikan. UEC ialah peperiksaan standard yang dilaksanakan di sekolah-sekolah persendirian Cina. "Kami juga akan menyentuh aspek sosial seperti kejayaan kerajaan mengurangkan jenayah jalanan. Kami berpendapat usaha itu perlu disokong dan terus dilaksanakan. Selain itu, katanya tumpuan pastinya terhadap ucapan dan nasihat Dr Chua sebagai Presiden bagi parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang. Para pemimpin parti dan anggota perwakilan pastinya juga ingin mendengar mesej Perdana Menteri kepada parti komponen kedua terbesar BN memandangkan kedudukan parti ini semakin pulih dan berkedudukan baik untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Kong.- Bernama | ||
Wanita Umno Kedah minta bahagian selesaikan kemelut dalaman Posted: 30 Sep 2011 01:50 AM PDT ALOR SETAR - Wanita Umno Kedah hari ini mengingatkan Umno bahagian di negeri itu agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang dikatakan berlaku jika tidak mahu dikecewakan lagi pada pilihan raya umum kelak. Ketuanya Datuk Maznah Abdul Hamid berkata kemelut yang dihebohkan berlaku di beberapa bahagian, boleh menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) Kedah dalam usaha merampas kembali negeri itu. "Parti lawan khususnya PAS sememangnya suka perebutan dan pergaduhan ini berlaku dalam Umno supaya mudah bagi mereka mempertahankan Kedah. Segala masalah yang menjadi punca hendaklah diselesaikan dari akar umbi," katanya kepada pemberita, di sini. Maznah juga berkata semua sayap Wanita dari parti komponen BN tidak menghadapi masalah dan telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. Malah katanya, Wanita MCA dan MIC Kedah menunjukkan perkembangan memberangsangkan yang memberi petanda pemulihan sokongan kaum hawa terhadap BN. "Pengundi wanita melebihi 50 peratus dari jumlah pengundi. Pergerakan Wanita BN akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mendekati mereka khususnya pengundi muda yang pertama kali mendaftar sebagai pemilih. "Kami juga tidak akan meminta kuota kepada Wanita ditambah. Terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya," kata Maznah. Pada pilihan raya umum 2008, Wanita Umno Kedah hanya diperuntukkan satu kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Tiang yang ditandingi dan dimenangi Bendahari Puteri Umno ketika itu Suraya Yaacob.- Bernama | ||
Tuduh PAS tapi terserlah Umno khianati Melayu Posted: 30 Sep 2011 01:47 AM PDT KUALA LUMPUR - Hipokrasi Umno semakin terserlah dan terbukti dengan keghairahan menghapuskan kuota Bumiputera 30 peratus, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Selama ini, tanpa segan silu Umno berlagak sebagai pejuang Melayu, tetapi hakikat sebenarnya semua itu hanyalah untuk memperdayakan orang-orang Melayu supaya menyokong parti yang dinamakan parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu," katanya. Mahfuz mempersoalkan di mana suara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cakap berdegar-degar kononnya beliau "Malay first and Malaysian second"? Bukan sahaja di peringkat pimpinan yang menunjukkan hipokrasi, katanya, malah ahli-ahli Umno yang selama ini terjerit-jerit seperti kerasukan kononnya membantah penghapusan DEB (Dasar Ekonomi Baru) juga diam menikus. Dari pemimpin tertinggi Umno sehinggalah ahli yang terjerit-jerit di tepi jalan, kata beliau, semuanya amat jelas hipokrasi tahap tertinggi mereka. "Mana dia muka-muka yang selama ini menabur fitnah jahat kononnya PAS tidak pedulikan orang-orang Melayu lagi kerana berada dalam Pakatan Rakyat (PR)? "Ironinya, semakin kuat Umno menjerit menuduh PAS kononnya tidak pedulkan orang-orang Melayu, semakin terdedah perbuatan Umno mengkhianati orang-orang Melayu," katanya. Mahfuz menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulangi lagi keinginannya untuk menghapuskan kuota 30 peratus untuk Bumiputera sebagai tindakan tidak tentu arah untuk menutup kegagalan pemerintahan Umno mencapai kuota tersebut. "Sebagai tukang ikut apa sahaja yang dibuat oleh Dr Mahathir, nampak benar Najib mengulangi taktik Dr Mahathir. "Di zaman Dr Mahathir, bila matlamat membantu Bumiputera begitu jelas tidak terdaya dicapai oleh pemerintahannya, dia isytiharkan meritokrasi. "Begitu juga Najib, bila dinasihati bahawa kerajaan Umno tidak ada walau sedikit pun kemampuan untuk mencapai kuota 30 peratus untuk Bumiputera, sejak dari awal lagi berkali-kali beliau mengulangi keinginan untuk menghapuskan kuota itu," katanya. Menurut Mahfuz, sejak tahun 2008 lagi, iaitu sejak Najib menjdi Timbalan Perdana Menteri, beliau menyatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti ditamatkan secara beransur-ansur. Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz pernah mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan Najib akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk Bumiputera. Mahfuz bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana menunjukkan wajah sebenar Umno- Harakah Daily | ||
Posted: 30 Sep 2011 01:46 AM PDT KOTA BHARU – Polis sedang giat mengumpul maklumat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang menyatakan bahawa dalang yang melakukan siri letupan bom di Sungai Golok, Thailand dipercayai sedang bersembunyi di negara ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis tidak akan berdiam diri jika dakwaan tersebut benar seperti didakwa pihak berkuasa Thailand. Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang mengesahkan dakwaan tersebut. "Polis Kelantan sedang membuat risikan berhubung perkara itu bersama-sama polis Thailand. Kita (polis) akan mendapatkan maklumat lanjut dan kita sama sekali tidak akan berdiam diri dan akan mengatur strategi. Segala maklumat ini penting bagi polis Kelantan. "Kalau benar mereka berada di negara ini, kita akan tangkap. Setakat ini dalam siasatan kita tidak jumpa mana-mana (individu) yang dimaksudkan itu," katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Pemakaian Pangkat Bagi Anggota di sini, semalam.- Kosmo | ||
Guan Eng "cemburu" atau Umno mahu Johor benci Pakatan? Posted: 30 Sep 2011 01:43 AM PDT Melissa Lee, Malaysia Chronicle Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dituduh "Cemburu" terhadap Johor, telah membuat keputusan untuk bersuara apabila beliau diserang media baru-baru ini. Beliau dikatakan memberi komen buruk terhadap kadar jenayah di Johor. Walau bagaimanapun, beliau yang sering menjadi sasaran akhbar yang dikawal oleh BN lebih berhati-hati dalam menjawab soalan mengenai kenyataan beliau itu. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau masih memeriksa rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama di TV3 yang memperdengarkan komen-komen yang kritikal terhadap Johor semasa lawatan ke Singapura baru-baru ini. "Jika saya telah membuat KENYATAAN itu, mari kita lihat pada konteks di mana ia telah dibuat ... Itu merupakan perbualan peribadi," Guan Eng memberitahu sidang akhbar pada hari Khamis. Cemburu! Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi telah sehari yang lalu menuduh Guan Eng tidak senang dengan sokongan Singapura terhadap koridor ekonomi Iskandar dan mungkin cuba untuk menakut-nakutkan pelabur supaya beralih arah ke Pulau Pinang. "Malah, sebelum penubuhan Iskandar Malaysia, banyak pelabur dari negara jiran datang untuk melabur di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Tebrau, Kualijaya dan Senai. Guan Eng bersikap iri hati dan bagi saya ia adalah satu perbuatan sabotaj dan tidak patriotik, tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai bersikap kolektivisme, "kata Puad. "Sepatutnya, sebagai seorang Ketua Menteri, dia tidak seharusnya bertindak sebagai pembangkang untuk menarik pelabur asing ke negara ini kerana dia dan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia. Kerajaan Persekutuan sentiasa jelas dan telus terutama dalam usaha untuk menarik pelabur-pelabur asing tidak seperti negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. " Pandangan Rakyat Singapura Walau bagaimanapun, tidak ramai rakyat Malaysia dan Singapura bersetuju dengan Puad, Ahli Parlimen UMNO Batu Pahat. Rakyat Singapura tidak menidakkan kritikan terhadap apa yang mereka panggil "ketiadaan undang-undang" di Johor. Terdapat beberapa kes di mana orang Singapura yang berkunjung ke pub-pub di Johor, yang akhirnya dibunuh selepas mengalami pertengkaran dengan kaki judi atau kaki dadah di sana. Pada bulan Disember lepas, seorang lelaki Singapura telah ditembak di luar sebuah pub di Johor tetapi beliau terselamat. Pada bulan Jun, seorang pemandu lori berusia 37 tahun dari Singapura ditemui mati di sebuah kelab malam di Johor Baru. Isteri dan anaknya, ada bersama. Dia telah dipercaya dibunuh atas pergaduhan mengenai dadah. Ini hanya beberapa kes-kes yang dilaporkan dalam media. "Secara umumnya, sesetengah rakyat Singapura datang ke Johor untuk membeli-belah dan makanan yang murah, tetapi tidak dinafikan mereka merasakan bahawa Johor adalah satu tempat yang sangat berbahaya dan tidak banyak rakyat Singapura kelas menengah akan pergi ke sana. Mereka menganggapnya sebagai kawasan slum," ujar seorang rakyat Singapura yang bekerja di sebuah cawangan makanan francais di Malaysia kepada Malaysia Chronicle. "Saya tidak fikir adalah adil kepada Guan Eng. Sudah tentu dia boleh bertindak lebih bijaksana, tetapi jika ia adalah perbualan peribadi, siapa yang kata dia tidak boleh bercakap apa yang ada dalam fikirannya? Jalan-jalan di Johor tidak selamat, saya boleh memberi jaminan itu. Ini adalah fakta selama ini walau sebelum Guan Eng membuat apa-apa komen, "kata seorang rakyat Malaysia yang pernah bekerja di Singapura dan kerap ulang- alik ke Johor. Buli Mungkin Umno yang mahu menawan semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 sedang cuba sebaik mungkin untuk memalukan pemimpin DAP itu. Walau bagaimanapun, cara mereka seperti burung helang memerhatikan Guan Eng sememangnya melucukan. "Mereka memainkan rakaman yang sama bankrap dari segi intelektual berkali-kali. Ia mencerminkan kekurangan kebebasan individu di Malaysia dan hipokrasi pentadbiran Najib. Ia juga menunjukkan sikap pembuli Umno. Singapura kini menikmati komedi yang disiarkan oleh Najib dan rakan-rakannya, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Sementara itu, Guan Eng sedang memfailkan saman terhadap akhbar Utusan milik Umno berhubung artikel yang mencadangkan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). "Mereka mahu mengalihkan perhatian saya dan membuat saya lemah. Saya sudah memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia milik UMNO, dan itu sudah cukup memakan masa. Tetapi saya tidak akan membiarkan mereka begitu sahaja ... jika saya berbuat demikian, mereka akan terus memainkan permainan mereka, "kata pemimpin DAP itu. Tidak berkesudahan Guan Eng juga berkata, pengkritik beliau sudah terlalu banyak, "melompat dari satu tempat ke tempat" untuk mengkritik beliau mengenai komen-komen yang beliau buat di luar negara, bermula dengan wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Australia di Melbourne baru-baru ini. "Mereka bermula dengan Australia, mereka kini akan melompat ke China, Hong Kong dan Surabaya. Kami akan berurusan dengan mereka satu demi satu, bermula dengan agensi berita nasional Bernama. Jika agensi berita tidak memberi maklum balas kepada kami, kami akan mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan yang perlu, "kata Lim. Pada 23 September lepas, Bernama melaporkan, Lim "didakwa" berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat; penculikan adalah sesuatu yang biasa, tidak seperti Pulau Pinang. Laporan itu menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; seorang anak Johor, yang menuduh Guan Eng cuba untuk melemahkan Johor dan menggambarkan negeri itu tidak sesuai sebagai sebuah destinasi pelaburan. Ini telah mencetuskan tindak balas berantai di kalangan pemimpin-pemimpin Umno dan BN, yang bergegas untuk menggemakan kata-kata TPM. Walaupun, ia tidak berupaya mewujudkan banyak kesan politik di Pulau Pinang bagi Pakatan Rakyat, tetapi masyarakat Melayu di Johor mungkin kecewa jika Umno-BN terus membangkitkan kebencian melalui tuduhan terhadap Guan Eng. Walau bagaimanapun, ini tidak mungkin dapat menghentikan Guan Eng atau pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain daripada bersuara kerana pentadbir BN-lah yang patut dihukum kerana tidak menguruskan negeri masing-masing dengan lebih baik, dan bukannya mengharapkan orang lain untuk terus memuji dan membuat laporan palsu mengenai keadaan sebenar. | ||
Antara Najib, Jabba the Hut dan Pilihanraya Posted: 30 Sep 2011 01:41 AM PDT Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle Antara sebab sebab yang diberikan oleh simpatisan BN tentang video 'Undilah' ialah bilamana Jabba the Hut berdiri membelakangi poster Najib Razak. Kami berjaya mendapatkan Si Jabba bagi menjelaskan isu ini: MC: Kenapa awak berdiri di hentian bas ini di depan poster Najib? Jabba: Dude, saya hanya menunggu bas. MC: Awak panggil saya 'dude'? Jabba: Kan ke panggilan 'dude' itu cool. MC: Awak tidak cuba melawakkan Najib kan? Jabba: Dia lebih pandai melakukannya sendiri. Siapa pemenang pilihanraya yang bebas dan telus? Berasaskan temuramah ini, jelas tiada unsur perlekehan yang ditujukan kepada Najib di dalam video Undilah itu. Sebaliknya, apa yang jelas ialah BN mahu menggalakan sebarang usaha untuk memastikan pilihanraya di Malaysia bebas dan telus. Ketika rakyat Malaysia berhimpun sewaktu perhimpunan Bersih 2.0 bulan Julai lalu, BN memberikan reaksi yang perhimpunan itu sebagai satu penaklukan kuasa asing, menutup semua laluan masuk ke ibu kota, memukul, menendang dan menangkap lebih seribu orang. Sangat jelas tujuan BN menggunakan tindak kekerasan adalah untuk menakutkan warga yang berhimpun secara aman. Taktik jahat itu bagaimanapun dilihat gagal dan Bersih 2.0 terus mendedahkan BN yang anti-demokratik, takut pada pilihanraya yang bebas dan telus. Kenapa takut? Kalau bukan kerana mereka tahu akan tewas dalam pilihanraya nanti? Mesej dihantar… Jadi apakah yang dimaksudkan dengan pilihanraya bebas dan telus? Pertama sekali, semua parti yang berhak bertanding harus mempunyai saluran kepada media dan akhbar yang adil. Malangnya kita tidak ada ini di Malaysia, kerana BN tidak memberikan ruang ini kepada pihak pembangkang. Pihak pembangkang tidak pernah dan tidak mungkin diberikan hak berakhbar. Sebab itu mereka tidak dapat menjelaskan dasar-dasar mereka kepada umum tanpa sekatan. Pihak pembangkang juga dinafikan lesen penyiaran television kerana cara ini boleh mendekatkan umum kepada mereka. Hanya BN sahaja yang boleh menerbitkan akhbar and menyiarkan berita di saluran-saluran TV. Bagaikan jatuh ditimpa tangga pula, lesen penerbitan perlu dimohon melalui Menteri Dalam Negeri, yang lumrahnya sangat partisan, penuh dengan suku-sakat dan wakil BN sahaja. Tuntutan Bersih diperkenankan Kedua, semua institusi yang mengawal kehakiman perlulah bebas dari cengkaman dan pengaruh kerajaan. Ini bermakna Polis, Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman. Jika tidak, semua institusi ini boleh diperlakukan oleh kerajaan untuk menekan pihak pembangkang, menghukum dan lalu menang mudah di dalam pilihanraya. Hari ini, BN telah menelan kata-kata diktator Peru Oscar Benavides yang menyatakan, "Untuk para sahabat, semuanya; untuk para musuh, undang-undang (hukuman)." Bersih telah meletakkan lapan tuntutan yang dikatakan mampu memastikan pilihanraya di Malaysia bebas dan telus. Ini termasuklah penggunaan dakwat kekal, masa berkempen yang panjang, penghapusan beli undi, kesaksamaan pihak Suruhanjaya Pilihanraya, pembaikkan senarai daftar pengundi dan system undi pos dan beberapa lagi. Kesemua tuntutan ini perlu diwujudkan sekiranya mahu sistem pilihanraya di Malaysia bersih dan telus. Undilah BN yang terkejut melihat sambutan rakyat pada perhimpunan Bersih lalu selain kekerasan yang digunakan telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (JPP) untuk mengkaji isu-isu berkenaan pilihanraya bersih dan telus. Ini sebenarnya bukanlah satu percubaan jujur BN. Ini hanyalah cara untuk mereka melarikan diri dari terus ditekan rakyat umum untuk sebuah pilihanraya bersih dan telus. Ini adalah cara mereka untuk menangguh atau melambatkan proses perubahan di dalam system itu sehingga PRU-13 selesai. Rakyat jelata jangan sesekali tertipu dengan semua tipu-helah BN. Ketakutan mereka menjadi-jadi hanya kerana lakonan Jabba the Hut itu. Tak lama lagi mungkin saja Mickey Mouse dan Donald Duck juga akan menghantui mereka. BN tahu mereka akan ditumbangkan sekiranya pilihanraya dilaksanakan secara bersih dan telus. Sekiranya BN tidak kalah, mungkin semua warga Malaysia akan menanggung akibatnya nanti. | ||
Kertas kerja politik kiri "ditolak" selepas "isu Mat Sabu" Posted: 30 Sep 2011 01:40 AM PDT Kertas kerja berjudul "Gerakan politik kiri di Hulu Langat, 1946-1948", tulisan Dr. Mohamed Salleh Lamry telah "ditolak" daripada dibentangkan dalam satu seminar "Sejarah Daerah Hulu Langat", anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (PSMCS), selepas berlakunya "isu Mat Sabu". Gerakan politik kiri di Hulu Langat, 1946-1948 Bahagian kedua: Gerakan Politik Kiri di Kampung Jenderam | ||
Posted: 30 Sep 2011 01:35 AM PDT "Bebalisme adalah orang yang authoriarian…" | ||
Gerakan Politik Kiri di Kampung Jenderam Posted: 30 Sep 2011 01:31 AM PDT Gerakan politik kiri di kampung Jenderam menarik untuk dikaji dan difahami, kerana secara perbandingan, kampung Jenderam adalah salah satu pusat atau kubu gerakan politik kiri yang terkuat, bukan saja pada peringkat daerah Hulu Langat, tetapi juga pada peringkat negeri Selangor. Sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi, di samping beberapa faktor yang umum bagi seluruh daerah Hulu Langat, diperkirakan ada faktor khsusus yang mempengaruhi kemunculan dan perkembangan gerakan politik kiri di kampung Jenderam, iaitu pengaruh dari Indonesia. Pengaruh dari Indonesia ini boleh dilihat dalam empat perkara yang berikut: Bahagian pertama: Kertas kerja politik kiri "ditolak" selepas "isu Mat Sabu" *Bahagian kedua kertas kerja berjudul "Gerakan politik kiri di Hulu Langat, 1946-1948", tulisan Dr. Mohamed Salleh Lamry (gambar kanan). Kertas kerja ini telah "ditolak" daripada dibentangkan dalam satu seminar "Sejarah Daerah Hulu Langat", anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (PSMCS), selepas berlakunya "isu Mat Sabu". | ||
Klip video: Adun Kota Anggerik lapor polis Posted: 30 Sep 2011 01:30 AM PDT Pegawai Khas Rezwan Alias menyangkal tuduhan sebuah blog pro-Umno yang didakwa cuba mencemar reputasi Yaakob Sapari. PETALING JAYA: Gara-gara sebuah klip video skandal didakwa berlaku di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan (Adun) Kota Anggerik Yaakob Sapari, satu laporan polis dibuat oleh pegawai khas wakil rakyat itu hari ini. Laporan itu dibuat jam 10.50 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan turut disertai pegawai Pusat Khidmat terbabit dan anggota Angkatan Muda Keadilan Shah Alam. Pegawai Khas Adun Kota Anggerik, Rezwan Alias ketika dihubungi FMT berkata beliau menyangkal tuduhan sebuah blog pro-Umno yang didakwa cuba mencemar reputasi wakil rakyat terbabit dengan memaparkan klip video tersebut. Menurut Rezwan, beliau menafikan dakwaan jurublog itu bahawa staf pusat khidmat itu terbabit dalam klip video berkenaan. "Kita menyangkal dakwaan entri blog terbabit bahawa staf pusat khidmat Kota Anggerik terlibat dalam video itu. Kita sangkal memandangkan dekorasi dalaman tidak sama seperti yang dipaparkan dalam video tersebut. "Maka kami minta agar polis segera mengambil tindakan wajar ke atas jurublog itu kerana ia dilihat satu strategi untuk menjatuhkan kredibiliti Yaakob Sapari secara tidak langsung," katanya kepada FMT. Katanya, terdapat tiga staf yang bekerja dalam pusat khidmat terbabit iaitu seorang wanita manakala dua lagi lelaki. Klip video bertarikh 19 September itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri 'Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'(http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/09/panaas-pagi-isnin-video-klip-skandal.html) Kelmarin, Yaakob Sapari turut menafikan pendedahan yang dibuat blog berkenaan sambil menyifatkan ia cubaan untuk memburukkan imej beliau dan para stafnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan