Jumaat, 30 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Bekas pelakon lucah mahu tubuh parti politik

Posted: 30 Sep 2011 03:00 AM PDT


ROM - Bekas pelakon filem lucah Itali, Cicciolina merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu ekoran masalah politik yang korup di negaranya.

"Kami mahu menubuhkan sebuah parti yang optimis untuk masa depan. Cukuplah dengan parti-parti ini (di Itali) yang menjual undi, rasuah dan tender," katanya kepada majalah Oggi.

Dia kini berusia 59 tahun dan nama asalnya ialah Ilona Staller.

Wanita itu menyertai politik pada 1979 sebagai sebahagian daripada anggota parti alam sekitar yang pertama di Itali sebelum dia menyertai parti Radical pada 1985 dan berkempen menentang tenaga nuklear, kebuluran di dunia dan hak asasi manusia.

Dia merupakan ahli parlimen di antara 1987 dan 1991.

Pada September 1990, Cicciolina menyatakan dia bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan Saddam Hussein bagi memulihkan keamanan di Asia Barat. - AFP

kosmo


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BERSIH 2.0

Posted: 30 Sep 2011 12:00 AM PDT



MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BERSIH 2.0: "TUNAIKAN 8 TUNTUTAN, BARULAH PRU-13"

9 Julai 2011 merupakan hari yang sangat bermakna untuk semua penyokong demokrasi di Malaysia. 50,000 rakyat Malaysia telah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Hampir 3 bulan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan tetap lagi berdolak dalik untuk melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 demi pilihanraya bersih dan adil. Oleh itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".

Pilihanraya Utama Ke-13 (PRU-13) tidak patut diadakan sebelum 8 tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan!

Sertai kami di Pelancaran Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13"!

Tarikh : Jumaat, 30 September 2011
Masa : 8.30pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor, No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Facebook: http://www.facebook.com/event.php?eid=218188344906856

Ucapan khas daripada Masjaliza Hamzah (Centre for Independent Journalism), Fadiah Nadwa (Lawyers for Liberty), Ahmad Syukri (Solidarity Mahasiswa Malaysia), Prof Aziz Bari (UIAM) dan dari AJK BERSIH 2.0 iaitu Maria Chin Abdullah, Zaid Kamaruddin, Dr Farouk Musa dan Dato' Ambiga Sreenevasan.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk:
- Pendaftaran pengundi
- Semakan status dalam daftar undi
- Daftar untuk latihan PACA (Polling Agent & Counting Agent)
- Buku-buku dan barangan lain akan dijual
- KHAS: Datang untuk menemui kartunis politik terkenal, Zunar!

Sila sebarkan dan datang beramai-ramai.

Sekian Salam Bersih!


Jawatankuasa Pepandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato' Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.


Apakah 8 tuntutan BERSIH 2.0?

1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Tempoh kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


--

BERSIH 2.0 Secretariat
Tel. No.: 03-77844977
Web: http://www.bersih.org
FB: http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531
Twitter: http://www.twitter.com/bersih2

Have you checked your name in the electoral roll lately? Please do it now! http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UBAT PERASAAN CEMBURU

Posted: 29 Sep 2011 09:00 PM PDT


Rumah tangga perlu ditegakkan atas dasar cinta dan kasih sayang.
SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri' adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.


Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.
Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.
Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga.
Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.

Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga.
Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.
Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri.
Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad.

Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya.
Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri
Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan.

Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.
Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian.

Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang.
Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai." (Surah Ar Rum, ayat 21).

Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu.
Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.

Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa.
Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.
Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.

Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.
Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.
Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.
Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora.

islamituindah



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: