WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
TIDAK RASMI: PR - 14, BN - 11, Posted: 16 Apr 2011 02:58 AM PDT | |
TERKINI TIDAK RASMI - PR - 10, BN - 7 Posted: 16 Apr 2011 02:17 AM PDT PKR -8 DAP - 2 PBB - 7 Sumber: Malaysiakini | |
Posted: 16 Apr 2011 01:05 AM PDT Apr 16, 11 Pengiraan undi telah bermula di pusat-pusat undi tertentu yang telam ditutup. Kecuali dinyatakan, berikut adalah keputusan tidak rasmi: LAPORAN LANGSUNG 3.48pm: Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu: 3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis beliau sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi: PKR - 1747 3.38pm: Keputusan tidak rasmi - Saribas: 3.35pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahului di dua kerusi - Meradong (berhampiran Sibu), Kidurong (Bintulu) - dalam pengiraan awal. Calon-calon DAP adalah penyandang bagi kedua-dua kerusi Meradong dan Kidurong. 3.33 pm: PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan. 3.30pm: Meradong - Calon, DAP Ting Tze Fui sedang mendahului calon Supp Ling Thai King. Ini adalah kerusi majoriti pengundi Cina. Berdasarkan sambutan terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, BN dikatakan sukat mempertahankan kerusi-kerusi mereka sekitar bandar-bandar utama itu. Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim dalam twitternya menulis DAP juga mendahului di semua enam saluran yang sedang dikira. 3.20pm: Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro. Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan. 3.15pm: Sumber DAP pula mendakwa di Bawang Asan, parti itu sedang mendahului 99 undi berbanding 68 yang diperolehi oleh Supp. 3.05pm: Saribas - dilaporkan BN sedang mendahului dengan 872 undi daripada 2000 undi yang telah dikira. 3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu. 3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu. 3.00pm: Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut: 2.46pm: Sumber Pakatan mendakwa ketua PKR Sarawak Baru Bian berjaya merampas Ba'kelalan. Mereka dikatakan sedang mendahului dengan 200 undi manakala beberapa kotak undi yang semuanya di kubu kuat PKR belum dikira. Semua pusat undi telah ditutup pada jam 1 petang tadi. 2.41pm: Sumber BN mendakwa Semop berjaya dipertahankan parti itu. Keputusan tidak rasmi: BN - 8891 2.30pm: Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi: 2.10pm: Menurut sumber BN, PBB juga mendahului di Bukit Saban: 1.55pm: Di Saribas, BN mendahului dengan 594 undi daripada 1,400 yang dikira. 1.50pm: Menurut PKR, keputusan agak sengit di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR Baru Bian mendahului: 1.30pm: Menurut BN, PBB mendahului calon PAS di Beting Maro 288 - 144. 12.49am: Keputusan tidak rasmi lain dari ibu pejabat PKR: 12.30pm: Ketua PKR Sarawak Baru Bian menghadapi saingan sengit daripada sepupunya Willie Liau di Ba'Kelalan, sebuah kawasan bukit bukau yang bersempadankan Kalimantan di Indonesia. Ba'Kelalan adalah kerusi paling kecil di Sarawak dengan jumlah pengundi hanya 6,958 orang. Undi sedang dikira. Setakat ini, keputusan tidak rasmi: PKR - 245 undi BN - 223 undi Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan