Sabtu, 16 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Najib teruja tapi mahu timbang ‘segala faktor’

Posted: 16 Apr 2011 05:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 April — Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau "teruja" tetapi mahu mempertimbangkan segala faktor sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13 meskipun BN pimpinannya memperoleh kemenangan besar dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.
Pengerusi BN itu walaupun beliau teruja dengan keputusan malam tadi tetapi prestasi di bumi Kenyalang hanya membabitkan satu negeri iaitu Sarawak — yang selama ini dianggap sebagai 'simpanan hayat' BN.
BN menguasai negeri itu sejak pilihan raya negeri pertama pada 1969.
"Jadi dalam konteks itu kita lebih teruja, kagum dengan kemenangan ini namun ini baru pilihan raya peringkat negeri. Walaupun Sarawak itu besar tetapi ia masih lagi di peringkat negeri," kata beliau dipetik media malam tadi.
Najib (gambar) juga mahu keputusan semalam diterjemahkan dalam mengadakan pilihan raya umum ke-13 kelak.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: