Khamis, 14 April 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Berita mengezutkan....

Posted: 14 Apr 2011 02:07 AM PDT

Terkezut?

Memang aku terkezut...

Aku jangkakan lelaki di dalam video tu akan diumumkan sebagai Anwar (walaupun aku tak percaya Anwar terlibat) selewat-lewatnya esok.

Kenapa aku cakap macam tu?

Ya ler yob oiiii....Kalau Anwar lelaki tu, tak kanlah juak2 Umno ni nak tangguhkan cerita yang boleh dijual ni. Inilah masa yang paling sesuai dan tepat untuk dihebohkan.

Petang ni, lain pulak kenyataan Ketua Polis Negara.

Alangkah hampanya Zulbabwe, Utusan Meloya dan TV 3 suku...hehe...

IGP: Lelaki aksi seks rakaman video sudah dikenal pasti

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 14 April — Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: