Khamis, 14 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pelajar Malaysia Didapati Bersalah Muat Naik Gambar Bogel Rakan Sekolah

Posted: 14 Apr 2011 08:01 AM PDT



Pelajar Malaysia berusia 17 tahun didapati bersalah memuatnaikkan foto bogel rakan sekolahnya di internet. Wow! Harum nama negara.

Hakim Mahkamah Majistret Kowloon City, Hong Kong menjatuhkan hukuman kepada Luke Thomas Pickering untuk menjalani tempoh percubaan selama 18 bulan kerana menggunakan komputer dengan cara yang salah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Pickering pelajar di  Australian International School Hong Kong telah menghubungi mangsa melalui internet. Dia kemudiannya mengugut agar si mangsa menanggalkan pakaiannya. Jika gagal berbuat demikian, Pickering mengugut akan mencederakannya.

Si mangsa menuruti kemahuannya. Pickering kemudiannya merakamkan video mangsa dalam keadaan bogel dalam kejadian yang berlaku pada 1 Julai 2009. Dia kemudiannya meminta HK$2,000 (RM784) daripada mangsa. Walaupun si mangsa membayar separuh daripada jumlah yang diminta, Pickering tetap memuat naik gambar bogel mangsa ke internet.

Selain itu, mahkamah juga mengarahkan Pickering membayar HK$13,000 (RM5,062) kepada pelajar yang dicederakannya di luar pagar sekolah.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

[PANAS] Raja Petra U-TURN? Baca Transkripnya Wawancara Keduanya dengan TV3 di Sini.

Posted: 14 Apr 2011 06:08 AM PDT



Saya petik:

Rakaman temu bual bahagian kedua itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.

Berikut ialah transkrip siaran berkenaan


Janji bentuk kerajaan 16 September 2008, tapi sehingga kini kabinet bayangan pun belum menjadi kenyataan.
Kerana ideologi yang berlainan, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak mungkin bersepakat.
Ini semakin melunturkan harapan pengundi yang memberikan kepercayaan kepada pembangkang pada pilihanraya umum lalu.

Raja Petra: "Dan oleh kerana isu 16 September di mana orang ramai percaya kepada janji Anwar yang lebih kurang menjamin 16 September termasuk saya, ketika itu saya di bawah tahanan ISA di Kamunting, Anwar ada berjumpa saya di mahkamah, Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beliau bagi tahu jangan susah tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan 16 September"

Hakikatnya kata beliau, parti pembangkang tidak sehaluan.

Raja Petra: "Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet, Anwar kata tak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet, tak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah. Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu."

Raja Petra: "Jadi sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan kita, bagaimana pengundi nak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan, sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kit perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang. That is not so easy…kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan."

Menurut Raja Petra, kes liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar juga banyak menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat.

Raja Petra: "Sekarang ini kebanyakan orang mereka keliru sebab timbul isu ini postpone, pergi mahkamah ini, postpone. Orang tak mampu follow. Kita kena faham, bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tak boleh ikut kes ini, too confusing, tak tahu what is going on … baik selesai saja kes ini once and for all."

P/s: "Takziah RPK, jadi "anjing" terbaru UMCO." Itulah kata kawan saya!!!

Apabila Kata-kata RPK Umpama Kata-kata Hakim Mahkamah

Posted: 14 Apr 2011 05:30 AM PDT



Seperti yang dijangka, Najib akan memanipulasi wawancara RPK untuk menjauhkan dirinya daripada kontroversi pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Kata Najib berdasarkan laporan TMI, beliau berterima kasih kerana kebenaran bahawa beliau dan isterinya Rosmah Mansor tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu akhirnya muncul. Fuh!

Najib berkata beliau tahu akan kebenaran tentang dakwaan yang dibuat Raja Petra Raja Kamaruddin menerusi akuan bersumpah (SD) pada Jun 2008 akhirnya akan terdedah satu hari. Wow!

"Saya selalu menganggap perkara ini sudah tutup," kata beliau sambil menambah, hal itu hanya satu isu "dalam mahkamah pandangan umum".

Mudah betul cara Najib untuk "menyelamatkan" dirinya daripada kontroversi tersebut. Jika begitu, apa kejadahnya tujuan dua pengawal peribadinya semasa berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan membunuh model Mongolia itu dengan cara menembak dan meletupkan badannya di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2006? Apa kepentingan mereka berbuat demikian?

Mungkin artikel Jonathan Manthorpe dalam The Vancouver Sun bisa mengimbas kes tersebut.

P/s: Apa habuan Hakim RPK dapat kerana "membebaskan" Najib?

[Gambar] Suasana yang Membuatkan Najib & Pemimpin BN Pusat/Sarawak Tidak Dapat Tidur Malam 3

Posted: 14 Apr 2011 05:00 AM PDT











Kredit tuan punya gambar


Kenyataan Media: Respons PKR kepada Wawancara RPK

Posted: 14 Apr 2011 04:00 AM PDT


Saya petik:

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai. Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh "sumber yang boleh dipercayai" berkenaan perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia. Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam.

Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. Adalah  mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan 'disapu ke bawah permaidani'. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan.

N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat


[PANAS] Zentrum RAMAL BN Melingkup di Sarawak

Posted: 14 Apr 2011 03:00 AM PDT


Saya petik:
[HD] KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

P/s: Berita baik!!!

Ketua Polis Negara Sahkan Lelaki dalam Video Seks Sudah Dikenal Pasti

Posted: 14 Apr 2011 02:08 AM PDT


Media melaporkan bahawa polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu.

Walau bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.

P/s: Apabila polis mengeluarkan kenyataan bahawa video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara itu tulen, namun enggan menjelaskannya, banyak orang kata kenyataan itu berniat merosakkan imej dan persepsi rakyat kepada Anuar Ibrahim. Apabila polis kata mereka sudah mengenal pasti pelakon video itu, namun enggan mendedahkannya, tidak perlulah saya ulang apa yang telah ditulis!!!



Dua Jantan Berahi Ditahan Kerana Ajar Budak Sekolah Aksi Porno

Posted: 14 Apr 2011 01:00 AM PDT


Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Dua lelaki yang 'mengajar' seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun melakukan hubungan seks di rumah sewa mereka di Bukit Beruntung, di sini ditahan beberapa jam selepas ibu gadis itu membuat laporan polis, Isnin lalu.

Laporan polis itu dibuat selepas gadis berkenaan menceritakan perbuatan dua lelaki terbabit termasuk seorang teman lelakinya ketika berada di rumah sewa lelaki itu. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menunggu bas untuk ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi dihampiri teman lelakinya yang menunggang sebuah motosikal.

"Mangsa dipujuk teman lelakinya itu yang berusia 20-an membonceng motosikal kononnya untuk menghantar mangsa ke sekolah.

"Namun, mangsa tidak dihantar ke sekolah sebaliknya dibawa ke rumah sewanya di Bukit Beruntung," katanya.

Menurut sumber, setibanya di rumah suspek, mangsa kemudian disuruh masuk ke dalam sebuah bilik kononnya tidak mahu rakannya yang lain 'mengusik' mangsa.

"Suspek menyuruh mangsa berbaring dan membuka pakaian sekolah. Suspek dikatakan mengajar mangsa melakukan hubungan seks.

"Selepas itu, suspek keluar bilik dan menyuruh seorang rakannya masuk ke dalam bilik itu terbabit dan melakukan perkara sama kepada mangsa," katanya.

P/s: Banyak betul spesies jantan berahi-lahanat di negara ini. Perhatikan anak "gadis" anda, mereka mungkin menjadi sasaran mereka.

[Gambar-Diharamkan di Media BN] Ceramah Pakatan Rakyat DiSERBU Menjelang PRN

Posted: 13 Apr 2011 11:00 PM PDT






Saya petik:
[MK] Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan," kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.

"Jadi kita mesti bagi tahu BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!" katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
 P/s: Di kawasan bandar, PR mempunyai peluang yang cerah. Sukar meramalkan undi di bahagian pedalaman dan pinggir bandar yang ratanya masih kurang terdedah dengan sumber berita alternatif. Lebih malang, banyak juga yang masih belum mendaftarkan diri dengan SPR.

Berkaitan:

Kaitkan Najib dengan Kes Altatuya Kerana Mahu Halang Najib & Naikkan Ku Li? Bukan Kerana Tuntut Keadilan untuk Rakyat Mongolia Itu?

Posted: 13 Apr 2011 08:48 PM PDT


Wow! RPK dakwa tujuan kaitkan Najib dengan kes pembunuhan Althantuya kerana mahu naikkan Ku Li sebagai PM. Bukan kerana menuntut keadilan untuk wanita Mongolia itu?

WOW!

 RPK, benarkah begitu? Nampak gayanya banyak artikel lama di Malaysia Today perlu dipadamkan dari database portal berita itu.

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 14 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

"Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri," tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

"Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri," kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pada pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan juga Rafizi Ramli, kini pengarah strategi PKR, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.

 P/s: Sesuatu yang mustahil itu bukan mustahil untuk berlaku!

Din Merican NAFI Kenyataan Raja Petra Kamarudin

Posted: 13 Apr 2011 07:45 PM PDT

Kenyataan asal Din Merican boleh anda baca di sini.

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 14 April — Penulis blog Din Merican menafikan beliau "bersubahat" untuk mencemarkan nama Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan mengaitkan mereka dalam kes bunuh Altantuya Shariibuu sebagaimana didakwa dalam temu bual TV3 bersama Raja Petra Raja Kamarudin yang disiarkan malam tadi.

"Saya terkejut apabila mendengar bahawa saya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk mencemarkan Perdana Menteri Najib dan isterinya Rosmah berkaitan dengan kes Altantuya.

"Hakikatnya, tiada asas dalam perkara ini. Saya secara peribadi kecewa (apabila mendengar) Raja Petra boleh mengaitkan saya terlibat dalam satu perkara yang sifar pengetahuan saya," kata Din Merican dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi blognya malam tadi.

Menerusi segmen Buletin Utama malam tadi,  TV3 menyiarkan temu bual eksklusif bersama Raja Petra yang mendakwa beliau tidak pernah menuduh Najib atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

Pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.
Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.
Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil.

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Raja Petra menamakan Din Merican salah seorang daripada beberapa individu terbabit.

Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang.

Dalam responsnya itu, Din Merican juga menegaskan, meskipun beliau tidak gembira dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada sebarang perasaan tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib yang dilantik perdana menteri pada April 2009.

"Biar saya sebutkan di sini bahawa saya bukan anti-Najib. Sebenarnya, beberapa pengulas dalam blog saya mengecam saya terlalu lembut dengan perdana menteri dan dasar-dasarnya," kata beliau.

P/s: Nama-nama orang yang didedahkan oleh RPK semalam mula terasa bahang. 

Budak Perempuan Berebut Jantan, Seorang Dikejarkan ke Hospital

Posted: 13 Apr 2011 07:00 PM PDT


Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang pelajar perempuan bukan saja ditumbuk dan diterajang, malah turut dipukul menggunakan sebatang kayu oleh tiga pelajar perempuan akibat berebut teman lelaki, kelmarin.

Difahamkan, walaupun pelajar perempuan tingkatan tiga itu lembik akibat ditumbuk dan diterajang di perutnya, kumpulan pelajar terbabit yang berlagak samseng terus memukul mangsa dengan kayu sehingga cedera.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa berjalan keluar sekolahnya di daerah ini kira-kira jam 2 petang apabila tiga pelajar perempuan terbabit yang bersekolah di sekolah sama bertindak menunggunya di luar pagar sekolah.

"Sejurus melihat mangsa keluar, tiga pelajar itu mengajak mangsa mengikut mereka ke satu kawasan lain.

"Mangsa dipercayai tidak mengetahui perkara sebenar hanya mengekori kumpulan terbabit sebelum mereka berhenti di hadapan sekolah rendah berhampiran," katanya.

Menurutnya, seorang memarahi mangsa kerana kononnya mangsa merampas teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama.

"Bengang dengan tuduhan itu, mangsa dan pelajar terbabit dipercayai bertengkar. Ahli kumpulan lain turut masuk campur menyebabkan keadaan bertambah tegang.

"Kumpulan itu dikatakan 'naik angin' apabila mangsa tidak mengendahkan amaran mereka supaya memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu," katanya.

Berikutan itu, mereka mula menyerang mangsa dengan menumbuk muka dan perutnya beberapa kali.

Sumber berkata, mangsa cuba mempertahankan diri dengan melawan namun kumpulan itu bertindak lebih 'ganas' dengan menyepak dan memukul mangsa menggunakan kayu di kepala dan kaki.

Akibat pukulan itu, mangsa pengsan.

"Pelajar lain yang menyaksikan kejadian itu memberitahu guru sebelum menghantar mangsa ke hospital," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

P/s: Kalau mereka sanggup bergaduh sehingga mencederakan pihak lain kerana jantan, apakah pula yang sanggup mereka korbankan demi si jantan? Rosak dan bingai!!!

Ingat "Pelajar Pintar" Ini? Khabarnya Sudah Bernikah di Thailand

Posted: 13 Apr 2011 06:00 PM PDT


Cerita pelajar ini ada disiarkan di DCM ketika kesnya sedang hangat diperkatakan. Waktu itu, usianya baru 15 tahun. Kini sudah berusia 16 tahun dan dia diberitakan sudah bernikah di Thailand.

Cerita lanjutnya di bawah ini:
[UM] BALING 13 April - Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand, minggu lalu.

Perkembangan terbaru itu cukup merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan anak gadisnya.

"Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi," kata Normah ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya dua hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.

Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.

Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Utusan Malaysia difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama UMNO Bahagian Baling yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Ir. Nawawi Ahmad semalam, bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.
 P/s: Nasi sudah lama menjadi bubur!

BN Mendahului PR di Sarawak

Posted: 13 Apr 2011 05:04 PM PDT


Malam tadi, sebahagian besar rakyat Malaysia digemparkan dengan pengakuan "u-turn" RPK. Katanya, Najib dan suami tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Fuh! Sukar untuk mempercayai apa yang sudah berlaku!! Ada orang kata RPK sudah berpaling tadah/dibeli, ada yang kata pendedahan itu hanyalah strategi RPK. Strategi apa? Adakah strategi membantu Najib memperoleh undi di Sarawak?

Semalam juga bermulanya undi pos yang membabitkan 18 363 ribu anggota tentera dan polis yang berkhidmat di negeri itu. Anda congak, daripada jumlah itu, berapa banyak undi yang akan diterima pembangkang? Belum pernah dalam sejarah, pembangkang memperoleh undi selesa dari peti undi pos. Adakah kerana polis dan tentera Malaysia tidak yakin dengan pembangkang? Anda tentu tahu mengapa "mereka" memilih BN!!! 

Bukan itu sahaja, temberang undi pos juga terbongkar semalam apabila pemerhati DAP berjaya merakamkan penipuan yang membabitkan pihak tertentu dengan pengundi. Lihat video di sini.

Namun, perjuangan masih belum berakhir. Puluhan ribu rakyat Sarawak yang tidak "terikat" akan menentukan masa depan mereka Sabtu ini.


Tiada ulasan: