Khamis, 14 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tips mengundi dalam pilihan raya

Posted: 14 Apr 2011 06:03 AM PDT


Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang.

NONESoalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli.

Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamer oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lalu, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan.

Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala.

dap miri ceramah crowd listeningJika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." (Surah an-Nisa' ayat 58).

Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi Muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh bukan Islam dalam konteks negara kita ini;

  • Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya". (Surah al-Isra: 36).
NONEMaka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.
  • Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman.
NONE
  • Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) "..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab" (al-Zumar: 17-18). Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.
  • Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
NONE Firman Allah: "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah" (Surah al-Qasas:26).
  • Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.
NONE
  • Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak "Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan", atau "Memilih bahaya yang paling ringan". Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…" (Surah al-Baqarah: 217).

NONEAyat ini menjelaskan memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimumkan bahaya.

  • Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: "Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  • Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.
sarawak election pkr ceramah sibu 120411 crowd
  • Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka'abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.


Wartawan Malaysiakini dikasari di ceramah SUPP

Posted: 14 Apr 2011 06:00 AM PDT

MALAYSIA KINI


Majlis ceramah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di tempat letak kereta di depan Supermarket Servay di Pusat Komersial Pelita di Miri malam tadi kurang mendapat sambutan.

Timbalan presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga dijadual berucap di ceramah tersebut.

Hanya sekitar 50 orang yang hadir pada jam 7.45 malam, menyebabkan majlis ceramah itu kelihatan lengang, walaupun ianya bermula dengan ucapan pemimpin tempatan.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan ceramah tersebut menggunakan telefonnya untuk mengambil gambar di situ, menyebabkan seorang lelaki berkaca mata berusia 30-an, yang mendakwa penyokong SUPP, naik angin dan cuba merampas telefon tersebut, tetapi wartawan kami dapat menghalang percubaannya itu.

Lelaki itu, yang memperkenalkan dirinya sebagai "Michael", kemudian merentap tangan wartawan kami dan bertanyakan motif Malaysiakini menyiarkan gambar tersebut.

Dia juga mengakui "tidak ramai menghadiri ceramah tersebut', dan menuntut supaya gambar-gambar yang diambil itu, dipadamkan.

Wartawan kami enggan berbuat demikian. Penyokong SUPP itu kemudian bersikap lebih lembut dan berkata mahu 'berkawan', dengan harapan permintaannya itu dipenuhi.

Jika wartawan kami enggan bekerjasama, dia berkata, "ianya akan membuat ramai yang akan marah".

Wartawan kami kemudiannya beredar dari situ dan berjalan menuju ke sebuah pasaraya untuk membeli sebotol air minuman.

Lelaki itu mengekorinya, dan memeluk wartawan kami sambil mempelawanya "untuk pergi minum". Wartawan kami menolak pelawaan tersebut, dan menasihat lelaki itu supaya menghormati orang yang sedang bertugas.

Lelaki itu berhenti mengganggu wartawan kami apabila insiden tersebut menarik perhatian orang ramai di situ.


Pakatan dakwa wang mula ditaburkan...

Posted: 14 Apr 2011 05:51 AM PDT


Wartawan Malaysiakini


Tinggal 36 jam lagi sebelum hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat bakal berdepan cabaran paling sukar setelah sepuluh hari berkempen – 'politik wang' di kawasan luar bandar.

NONEBukan lagi rahsia, BN dikatakan sentiasa bersandar kepada imbuhan pilihan raya pada saat-saat akhir pengundian, taktik yang tidak mampu ditandingi gabungan PKR, DAP dan PAS.

Seorang kapitan daripada kawasan majoriti Iban di Sri Aman mendakwa, petugas BN akan menabur wang tunai kepada pengundi di rumah-rumah panjang pada malam 15 April bagi mempengaruhi undi pada hari sesudahnya.

"Saya dengar kali ini mereka beri RM50 untuk seorang pengundi," katanya sambil mendakwa jumlah itu cukup bagi pengundi Iban di kawasan itu yang pendapatan bulanan mereka antara RM100 hingga RM300.

NONE"Bulan lalu saya sudah kumpulkan senarai di kawasan saya dan berikan pada agen BN. Mereka akan mengedarkannya hari ini atau esok. Saya masih perlu kemaskini senarai itu."

Jawatan kapitan atau pemimpin masyarakat Cina merupakan jawatan lantikan kerajaan yang dicadangkan oleh wakil rakyat BN setempat. Mereka mendapat elaun RM850 sebulan. Jawatan yang hampir sama bagi masyarakat Iban dipanggil tuai rumah (ketua rumah panjang).

Pembelian undi sudah mula

Pakatan juga mendakwa di banyak kerusi 'panas' di kawasan luar bandar pembelian undi sudah berlaku.

NONEDi Ba'kelalan - pengurus kempen PKR Paul Bian mendakwa setiap keluarga mendapat antara RM1,000 to RM2,000 – dakwaan melibatkan jumlah wang tertinggi setakat ini. PKR menurunkan pengerusi majlis pimpinan negerinya Baru Bian, di kerusi ini.

Selain politik wang, PKR juga mendakwa mereka bergelut memeriksa daftar pemilih kerana percaya lebih separuh daripada pengundi kawasan itu dipindahhkan dari tempat pengundian mereka.

NONEDakwa Paul lagi, terdapat risalah menyatakan Baru membuat untung besar dengan menjadi peguam kepada penduduk kampung yang menghadapai masalah dengan tanah adat (NCR) masing-masing.

BN juga dilihat bertali-arus menyerang kawasan berkenaan dengan ramai tokoh heavyweight mereka seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat kawasan itu hari ini.

Sampaikan cek

Paul bagaimanapun percaya, Baru yang bertanding kali ketiga mempunyai kelebihan kali ini berikutan "kempen awalnya"

Suriyati Abdullah pkr Balingian mukah jubilant crowd"Kami bermula amat awal untuk mendidik pengundi. Saya yakin kami mendapat sokongan 60 peratus pengundi," kata Paul lagi.

Di Belaga, sokongan pada BN didakwa mula kukuh apabila Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk James Masing menyampaikan cek dan hakmilik untuk rumah panjang di Sungai Asap sebagai pampasan untuk penempatan semula tanah mereka.

Bagaimanapun, aktivis setempat dan penulis blog Wing Miku mendakwa, BN masih mempunyai masalah ekoran pampasan yang diberikan didakwa hanya separuh daripada apa yang dijanjikan manakala hak miliknya pula hanya selama 60 tahun.

NONESungai Asap ialah tempat penempatan semula untuk penduduk yang terjejas oleh pembinaan empangan Bakun sebelum ini.

Di Beting Maro - kerusi paling berpotensi dimenangi PAS - parti Islam itu masih risau terhadap 'pembelian' undi yang didakwa melanda sejak beberapa hari lalu.

RM200 satu pintu

"Ada di satu tempat, RM200 diberi untuk satu pintu. Jadi, ada yang turut minta jumlah yang sama daripada PAS untuk menukar undi. Saya tidak beri. Ini rasuah.

NONE"Saya tanya, hari ini dia beli RM200, esok dia ambil tanah harga RM2 juta. Kamu hendak RM200 atau mahu pertahan tanah?" kata seorang petugas PAS, Jamaludin Ishak.

Menurutnya lagi, PAS setakat ini yakin akan memenangi 10 peratus undi Iban manakala undi Melayu, peluang masih terbuka untuk kedua-dua pihak bertanding.

Sementara itu, di Saribas pula, selain berterusan turunnya tokoh heavyweight BN, petugas PKR turut mendakwa usaha mempengaruhi undi melalui pemberian wang dan babi di rumah panjang sudah berlaku.

NONE"Kita harap, sebagai counter attack, kita boleh bawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah di malam terakhir. Bukan lama, 30 minit sudah cukup (untuk pertahan sokongan)," kata pengarah pilihan raya PKR Saribas Abang Kassim Abang Bujang.

Menurutnya, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar dijadual berada di Saribas untuk berkempen di saat-saat akhir.

Setakat ini, Abang Kassim menambah, PKR berada hanya sedikit di depan dengan kedudukan 51-49.

Hadapi masalah dengan paparan Harakahdaily?

Posted: 14 Apr 2011 05:48 AM PDT

Zulkifli Sulong


Kepada pelayar Harakahdaily,

Mulai 7 April 2011 lepas, Harakahdaily telah berpindah ke server baru untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang ketara sebelum ini. Ia dibuat untuk mempastikan semua pelayar dapat masuk ke Harakahdaily dengan mudah tanpa gangguan.

Namun begitu, berlaku beberapa masalah teknikal di permulaan ini. Antaranya:-

1) Pelayar membuat aduan, Harakahdaily tidak terkini.

2) Bila memasuki Harakahdaily didapati ia pergi ke laman lama.

3) Harakahdaily jadi Harakah Delay kerana tidak update.

Ini semua berlaku bukan kerana Harakahdaily tidak update kerana kami bekerja siang dan malam untuk kepentingan kita semua. Ia berlaku ekoran perpindahan server yang kita buat.

Jika tuan-tuan juga hadapi masalah ini, sila buat perkara berikut:-

1) Bersihkan fail (cache) lama di komputer anda dengan 'clear cache' . Ia boleh dibuat dengan cara pergi ke "Tools" di atas browser komputer anda dan klik pada 'Clear Recent History'. Dengan cara ini, komputer anda akan memaparkan laporan terkini Harakahdaily.

2) Cuba juga 'refresh' komputer anda dengan klik kepada logo Harakahdaily.

Sekian, semoga kita berjaya mendapat yang terbaik. Manusia hanya mampu merancang dan berusaha tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.

Wassalam.

Zulkifli Sulong
Harakahdaily.

Tugas imam imarahkan masjid, bukan cantik saja

Posted: 14 Apr 2011 05:45 AM PDT

Azamin Amin

JITRA: Para Imam perlu bermuafakat dengan masyarakat untuk mengimarahkan masjid supaya dapat berfungsi dengan baik dan bukan hanya berfikir untuk mencantikkannya semata-mata.

Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak berkata, tanggung jawab imam sangat besar kerana dikehendaki memantau dan menyelesaikan masalah dalam masyarakat.

(Gambar: Ustaz Azizan menyampaikan tauliah kepada salah seorang imam sambil diirngi Taulan dan Khairudin.)

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Multaqa Bersama Imam-Imam seluruh Negeri Kedah di Hotel Regency Kelab Golf Darul Aman, Jitra baru-baru ini.

Dalam ucapannya Ustaz Azizan menyeru para imam supaya mengamalkan sifat kemanusiaan dan ukhwah dengan masyarakat.

Ini katanya, boleh dicapai dengan menunjukkan Islam sebagai agama toleransi sekaligus menarik perhatian orang bukan Islam untuk mendekati dan memahami Islam.

"Kita kena berusaha, berjaya atau tidak berserah kepada Allah.

"Inilah hasrat saya, seronok jika dapat tengok masyarakat jadi masyarakat yang beriman," katanya.

Selain itu, tambah Azizan, kerajaan negeri akan membuka Pusat Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi pada masa terdekat bagi melahirkan para ulama dan imam yang dapat membantu negeri khususnya masyarakat setempat

(Gambar: Antara para imam dari seluruh Kedah yang hadir di majlis tersebut.)

Dalam majlis yang sama, kerajaan negeri memperuntukkan hadiah bagi dua kategori masjid iaitu Masjid Bandar dan Luar Bandar.

Hadiah disampaikan oleh Ustaz Azizan kepada para pemenang iaitu RM3500 bagi tempat pertama, RM2500 bagi tempat kedua, RM1500 bagi tempat ketiga dan 18 masjid yang terpilih mendapat saguhati RM1000.

Kerajaan negeri juga memberikan tauliah kepada imam-imam di setiap daerah.

Turut hadir Exco Agama Islam, Mohamad Taulan Rasul dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Datuk Khairudin Zain....Tulisan asal dalam Harakah cetak.

Dapat faedah macam Semenanjung jika PR menang

Posted: 14 Apr 2011 05:40 AM PDT

Hazayani Zakaria


SEBUYAU: Rakyat di negeri Sarawak dijanjikan akan mendapat kemudahan yang telah dinikmati oleh empat negeri di Semenanjung jika mereka memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri kali ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, banyak perkara yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mengikut situasi negeri bagi memastikan rakyat hidup sejahtera.

(Gambar: Calon PAS Sebuyau, Haji Adam Ahid bersalaman dengan kanak-kanak rumah panjang kaum Iban di Belimbing Besi, malam tadi.)

Tambahnya, sumbangan kematian ahli keluarga, bantuan pelajaran, warga emas, bekalan air percuma dan lain-lain dinikmati oleh rakyat yang telah memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Ini, ujarnya amat berbeza dengan pemerintahan BN sebelum itu tidak tidak menyediakan kemudahan berkenaan untuk rakyat sekalipun mampu berbuat demikian.

Justeru, beliau menyeru rakyat Sarawak memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 16 April ini.

"Negeri Sarawak banyak hasil, minyak, balak dan lain-lain tetapi rakyat masih miskin. Jadi, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah, kita pastikan kekayaan negeri ini dapat kepada rakyat," ujarnya ketika berucap kepada masyarakat Iban di rumah panjang Lunying, malam tadi.

Turut berucap ialah Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan calon PAS, Haji Adam Ahid.

Masyarakat Iban di rumah panjang berkenaan memberikan sokongan dan kerjasama yang amat memuaskan kepada program PAS.

Bahkan mereka sentiasa memberikan tepukan apabila penceramah menyatakan kebaikan yang diperolehi sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

Menurut Idris, masalah tanah dan kemiskinan rakyat akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.

Forum bahaya fitnah Ahad ini

Posted: 14 Apr 2011 05:37 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Tiga tokoh agama, Datuk Hasyim Yahya (mantan Mufti WP) , Datuk Syeikh Abdul Halim Kader (YDP PUM) dan Ustaz Abdul Ghani Samsuddin akan bergabung tenaga bagi membincangkan isu bahaya fitnah Ahad ini.

Mereka akan menjadi penal dalam perhimpunan Saf Anti Fitnah di Masjid Bukit Indah, Taman Bukit Indah, Ampang (bukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, seperti berita dalam Harakah).

Majlis yang akan berlangsung 17 April ini akan dipengerusi oleh Cikgu Azmi Hamid (Teras)

Forum bertajuk Bicara ulama bahaya fitnah dan implikasi kepada maruah ummah ini akan berlangsung mulai jam 10.30 pagi manakala sebelum itu akan diadakan solat hajat.

Serangan siber tindakan jahat - MB Selangor

Posted: 14 Apr 2011 05:32 AM PDT

Harakahdaily


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengutuk Serangan Penafian Perkhidmatan (DDOS) terhadap laman berita portal Sarawak Report dan Malaysiakini yang menyebabkan laman berita bebas itu tidak dapat diakses pembaca dan pelayar internet sejak beberapa hari lalu.

Tindakan pengecut pihak yang terlibat menjelangnya hari pengundian di Sarawak pada Sabtu ini mencerminkan kegelisahan terhadap kemungkinan berlaku perubahan besar kepada keputusan pilihan raya di Bumi Kenyalang itu.

Demikian kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya.

Bagi beliau, serangan siber terhadap dua laman berita yang banyak menyiarkan liputan kempen Pakatan Rakyat ini membuktikan pihak yang bersimpati dengan Barisan Nasional (BN) sangat takut terhadap penyebaran kebenaran yang akan mempercepatkan kejatuhan Taib Mahmud dan kerajaannya yang korup.

Situasi di Sarawak ini sama seperti gelombang pemberontakan yang dicetuskan menerusi internet yang membangkitkan gerakan rakyat secara besar-besaran yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah.

Kerajaan Selangor sangat kecewa kerana tiadanya tindakan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis dalam menyiasat serangan siber ini.

Pihak berkuasa ini lebih cepat bertindak jika ia melibatkan individu atau pihak tertentu yang ada kaitan secara langsung dengan BN.

"SKMM sepatutnya bersikap neutral dan menyiasat dalang yang terlibat dalam serangan siber ini supaya prinsip demokrasi yang kononnya diamalkan di negara ini, tidak terjejas dan diperlekehkan negara asing," kata Khalid.

Kata Khalid, Kerajaan Selangor komited melaksanakan prinsip ketelusan dan kebebasan maklumat.

Ini dibuktikan dengan Enakmen Kebebasan Maklumat yang diluluskan pada sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru sekali gus mencatat sejarah sebagai negeri pertama mempunyai peruntukkan sedemikian.

"Kami percaya bahawa setiap warga negara ini bebas untuk menyatakan pendapat secara aman dan setiap warga Malaysia juga berhak mendapat maklumat bebas dan adil.

"Kerajaan Pakatan Rakyat menekankan integriti, kebebasan dan tata-kelola yang menjadi ciri penting kepada pentadbiran di Selangor dan insyaAllah di Sarawak selepas ini," katanya lagi.

Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh

Posted: 14 Apr 2011 05:29 AM PDT

Harakahdaily


KUCHING: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

PKFZ : Perbicaraan Ditangguh 28 Jun

Posted: 14 Apr 2011 05:27 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Perbicaraan kes melibatkan tiga individu yang dituduh membuat tuntutan palsu dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen hari ini ditangguhkan apabila seorang daripada tertuduh tidak hadir.

Hakim Asmadi Husin menangguhkan perbicaraan hari ini setelah dimaklumkan oleh peguambela Hisham Teh Poh Teik bahawa anak guamnya, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, 53 tidak dapat hadir untuk perbicaraan kerana diserang cirit- birit.

Hisham berkata Abok memberitahunya bahawa beliau mendapat cuti sakit selama dua hari bermula semalam.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Ketua Unit Pelucuthakan Harta Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad memohon supaya perbicaraanbermula pada 28 Jun ini dan dipersetujui oleh hakim.

Hisham bagaimanapun belum menyerahkan sijil cuti sakit Abok kepada mahkamah.

Abok, 53, bersama bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi, Law Jenn Dong, 52, dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 49, dari BTA Architect, mengaku tidak bersalah pada 8 Nov lepas terhadap 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd melibatkan pembayaran RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi berkaitan dua projek mengenai infrastruktur bekalan elektrik di PKFZ.

Abok dan Tan juga mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi tuduhan pilihan iaitu menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa kerja infrastruktur elektrik bagi sistem 33 kilovolt ke Presint 2 dan Presint 8 dalam projek itu telah dilaksanakan.

Tindakan itu telah mendorong OSK Trustees membuat bayaran RM5.42 juta kepada Kuala Dimensi.

Sebelum ini, Abok dan Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan asal menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.

Tan dan Law pula menghadapi 24 pertuduhan asal menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi melibatkan dua projek antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.

Anwar Bawa Mesej "Ubahlah" Ke Kawasan Terpencil Sarawak

Posted: 14 Apr 2011 05:24 AM PDT

TVS NEWS


KAPIT : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kematangan rakyat Sarawak akan menyerlah pada pilihanraya negeri kali ini apabila mereka bangkit bersama menolak pemerintahan rakyat Barisan Nasional pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Anwar bermalam di Kapit malam tadi, sebuah kawasan pedalaman yang diwarnai dengan rumah-rumah panjang dan mengambil masa perjalanan tiga jam menggunakan bot dari Sibu.

Bercakap kepada kira-kira 500 penghuni Rumah Panjang Bundung, Anwar menegaskan keinginan rakyat Sarawak mengukir masa depan yang baru dan lebih terjamin akan diterjemahkan menerusi kotak undi pada Sabtu ini.

"Tidak ada sebab lagi rakyat Sarawak terutamanya orang Iban dan Melayu terus sokong BN setelah melihat bagaimana mereka merompak memperkayakan dua tiga kerat pemimpin pada hal rakyat terus hidup merempat," kata Anwar.

Sambutan rakyat yang amat menggalakkan menambahkan keyakinan beliau bahawa perubahan drastik bakal berlaku.

Dalam ucapannya Anwar turut mengulas "perbalahan" antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Taib bersara dengan segera manakala Ketua Menteri yang sudah berkuasa selama 30 tahun itu masih ingin memerintah.

Anwar berkata rakyat Sarawak bukan sahaja ingin Taib berundur tetapi mahu BN Sarawak turut berbuat demikian.

"Sekarang Najib dan Taib sudah berbalah. Apa punya Perdana Menteri datang ke Sarawak hanya untuk umumkan Taib akan berundur dan kemudiannya Taib tunjukkan sikap degilnya. Ini bukti mereka akan kalah di Sarawak," tegas beliau lagi.

Pagi tadi Anwar menaiki feri untuk bertemu dengan rakyat di Song yang terletak kira-kira 41 km dari Kapit.

Seperti di Kapit semalam, ribuan penduduk menyambut beliau yang diiringi calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N55 Katibas, Munan ak Laja.

Anwar mengunjungi pasar, kedai dan gerai di Song dan disambut mesra oleh penduduk setempat.

Ada yang berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama Ketua Pembangkang itu

Di pasar Song, Anwar menyeru agar rakyat Sarawak membuang rasa gentar terhadap BN.

"Kita yang tidak curi balak, rampas tanah, rogol anak gadis Melaka, bunuh Altantuya jadi nak takut, apa pasal. Orang yang buat semua jenayah pulak jadi berani, naik pangkat malah datang berkempen minta sokongan," kata Anwar.

"Sudah tiba masanya rakyat Sarawak kata "enough is enough(sudah cukup)" dan pada 16 April nanti kita tumbangkan BN dan tegakkan perintah baru di bawah Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Dr M Ingatkan Taib : Belajar Daripada Sejarah

Posted: 14 Apr 2011 05:17 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya 'belajar daripada sejarah' apabila membuat keputusan mengundurkan diri.

Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.

"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi," katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.

Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.

PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.

Seorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.

"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.

Tv3 juga dalam Buletin 130 hari ini tidak menyiarkan ulasan penuh Mahathir mengenainya selain hanya memuatkan keyakinan mantan perdana menteri itu bahawa BN akan menang. -Malaysiakini

Kes Aminul Rasyid : Tidak Berniat Membunuh, Tembakan Dihalakan Belakang Kereta- Tertuduh

Posted: 14 Apr 2011 05:14 AM PDT

BERNAMA

SHAH ALAM : Koperal Jenain Subi, yang dituduh dalam kes kematian remaja Aminulrasyid Amzah tahun lepas, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau hanya bertindak jujur dan munasabah ketika melepaskan tembakan pada hari kejadian, dan bukannya untuk membunuh sesiapa.

Beliau berkata tembakan itu hanya ke arah bahagian bawah belakang kereta sebagai usaha menahan pemandu yang memandu secara laju dan berbahaya.

Katanya beliau sama sekali tidak menghalakan senjata api jenis sub-mesingan SK MP5 ke arah pemandu kereta jenis Iswara ketika kejadian di Jalan Persiaran Kayangan dan Bulatan Kayangan di sini sebelum kereta yang dipandu mangsa terbabas dan melanggar tembok.

Dalam pemeriksaan utama oleh peguam M. Athimulan, Jenain berkata pada awal pagi hari kejadian beliau yang bertugas di bawah Balai Polis Seksyen 11 sedang membuat rondaan mencegah jenayah di Seksyen 9, Shah Alam telah mendapat maklumat melalui radio kereta perondanya untuk membantu sebuah kereta peronda lain untuk menahan kereta Iswara BET 5023 yang dipandu laju setelah tidak berhenti di satu sekatan pemeriksaan polis.

Beliau dan rakannya Konstabel Mohamad Hafiz Mohd Yusof yang bertindak di atas maklumat berkenaan dapat menjejaki kereta itu di hadapan Hotel Concorde berhampiran Persiaran Kayangan di sini sebelum mengejar kereta berkenaan.

Ketika ditanya Athimulan bagaimana kereta berkenaan dipandu, Jenain berkata ia dipandu laju, kereta terhoyong-hayang ke kanan dan kiri, dipandu secara berbahaya serta tidak berhenti di beberapa lampu isyarat.

Menurutnya ketika sampai di Bulatan Persiaran, beliau nampak seorang anggota peronda dari kereta peronda SL 589 telah mengeluarkan senjata sub mesingan dan melepaskan tembakan ke arah belakang kereta Iswara berkenaan.

"Kereta berkenaan masih tidak berhenti dan dipandu laju sebelum masuk ke Jalan Wau dan akhirnya terbabas di Jalan Tarian setelah melanggar tembok," jelas Jenain.

Jenain, 48, menghadapi tuduhan menyebabkan kematian terhadap Aminulrasyid, di antara 1.10 pagi hingga 2 pagi di Jalan tarian 11/2, pada 26 April, 2010 mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalah boleh dipenjara sehingga 30 tahun.

Ketika ditanya kenapa beliau tidak melepaskan tembakan ketika mengejar kereta Iswara itu di Jalan Persiaran, Jenain berkata beliau masih bertekad memintas kereta berkenaan dan ketika itu beliau beranggapan pemandunya cuba melarikan diri daripada polis selepas melakukan rompakan.

Ketika di Jalan Wau, keretanya berada betul-betul di hadapan kereta Iswara tetapi tidak membuat keputusan untuk melepaskan tembakan kerana jalan berkenaan berhampiran dengan restoran dan kawasan perumahan.

"Di Jalan Tarian, saya mengambil senjata sub-mesingan dan melepaskan beberapa das tembakan di bawah kereta dengan menghalakannya betul-betul ke arah kedua-dua tayar kereta berkenaan," kata Jenain.

Walaupun malam, katanya, beliau dapat menghalakan ke arah tayar dan rim kerana ada lampu jalan serta lampu belakang kereta bernyala dengan terang.

Ketika disoal sama ada beliau melepaskan tembakan ke arah pemandu kereta, Jenain menafikan berbuat demikian.

"Sebaik sahaja kereta terbabas, penumpang yang duduk di bahagian hadapan membuka pintu dan melarikan diri tetapi Mohamad Hafiz dan Kons Izham (Mohd Izham Mahayadin) dari satu lagi kereta peronda dapat mengejar dan menangkap suspek.

"Apabila saya menghampiri kereta Iswara dan membukanya, saya melihat ada orang terbaring kaku di tempat duduk pemandu, seterusnya saya menghubungi bilik gerakan untuk mendapatkan bantuan," kata Jenain.

Menjawab soalan Athimulan bahawa saksi pendakwaan Mohd Izham memberitahu bahawa tayar kempis serta tangki minyak kereta mangsa telah bocor ketika kereta berkenaan berada di Bulatan Persiaran, Jenain berkata anggota peronda berkenaan telah berbohong.

Beliau berkata sepanjang insiden itu, beliau berada dalam keadaan tenang dan sabar, serta mengambil kira semua keadaan sebelum membuat keputusan melepaskan tembakan.

"Saya tidak cuai menjalankan tugas dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab," tegas Jenain.

Perbicaraan di hadapan hakim Latifah Mohd Tahar disambung esok untuk membolehkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membuat pemeriksaan balas terhadap tertuduh

Yusmadi : Siasat Semula Kes Altantuya

Posted: 14 Apr 2011 05:13 AM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM : Dalam keghairahan untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan TV3 semalam mengenai pendedahan Raja Petra Kamarudin membuka semula pelbagai persoalan mengenai pembunuhan Altantuya Sharibuu, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff.

TV3 dan media arus perdana hari ini cuba memberi gambaran bahawa Raja Petra dipaksa membuat kenyataan bersumpah oleh pejabat Anwar untuk mengaitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor kepada pembunuhan warga Mongolia itu pada tahun 2006.

Yusmadi berkata laporan itu bertujuan menimbulkan kecurigaan untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.

Namun menurut Yusmadi yang juga Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), apa yang lebih penting di sebalik temu bual itu ialah pendedahan terbaru Raja Petra mengenai beberapa individu yang boleh membantu siasatan kes kematian misteri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

" Ya memangkan nama Anwar Ibrahim cuba dikaitkan, ini punya kaitan langsung dengan implikasi atau impak terhadap kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalampilihanraya kali ini tetapi yang lebih penting di sini ialah temuduga itu telah dibuat sudah lama di Australia. Kenapa ia disiarkan pada masa ini?,"soal Yusmadi.

Yusmadi berkata kenyataan Raja Petra bagaimanapun harus mengundang polis untuk membuka semula siasatan mengenai pembunuhan Altantuya.

" Tapi saya sebagai peguam melihat ini sebagai isu undang-undang dan isu jenayah yang perlu ditangani secara jenayah walaupun cuba dimanfaatkan oleh pihak Barisan Nasional dan TV3 untuk kepentingan politik. Yang penting ialah untuk keadilan kepada mereka yang terlibat dan pihak polis perlu membuka kertas siasatan bagi merungkai banyak persoalan dalam tragedi ini yang menyebabkan kematian seorang warga Mongolia,"katanya.

Semalam dalam temu bual Tv3, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Namun beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu bersandarkan maklumat yang diterima daripada beberapa pihak.

" Kenyataan Raja Petra berdasarkan interview yang dilakukan di Australia menunjukkan satu perkara yang amat memeranjatkan dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak polis kerana ia merujuk kepada apa yang saya lihat sebagai keterangan baru kerana nama-nama yang disebut atau bukti-bukti yang disebut seperti mereka yang kononnya mempunyai maklumat yang relevan untuk kes Altantnya. Antaranya nama-nama seperti leftenan kolonel yang dikata mempunyai maklumat.

" Jadi saya rasa perkara ini perlu dibawa ke tengah terutama sekali untuk mahkamah menilai terutama sekali apabila kes Altantuya ini untuk rayuan untuk mereka yang tertuduh yang telah didapati bersalah,"jelas Yusmadi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya memberi wawancara kepada TV3 untuk menarik perhatian polis supaya menyiasat kandungan kenyataan bersumpahnya pada Jun 2008.

Akuan bersumpah itu dibuat berasaskan maklumat yang diyakini dimiliki oleh perisikan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) yang mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera ketika Altantuya dibom di Puncak Alam, Shah Alam.

Menurut Yusmadi, nama-nama seperti Lt Kol Azmi Zainal Abidin, Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan Din Merican yang disebut Raja Petra adalah penemuan terbaru untuk merungkai misteri kematian Altantuya.

" Jadi di sini adalah wajar dan perlu untuk pihak polis dan pihak bertangungjawab membawa keterangan-keterangan tersebut untuk dinilai oleh mahkamah. Dan kerana kita tahu sehingga hari ini pihak berkuasa iaitu kedua orang polis UTK itu, bahawa mereka tak bersalah dan isu besar yang menjadi tanda tanya ialah isu motif," kata Yusmadi.

"Apakah motif sekiranya melakukan pembunuhan tersebut. Jadi kenyataan Raja Petra itu perlu dilihat secara serius bahawa ada mereka-mereka yang punya maklumat yang boleh membantu polis dan perlu siasatan itu dibuka semula,"katanya lagi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini juga turut mengakui risiko Tv3 kerana memutarbelitkan wawancaranya dan tidak menyiarkannya secara penuh.

Kes kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu pada Oktober 2006 mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Dua tertuduh yang dijatuhi hukuman Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar masih menunggu rayuan.

Video Lucah : Kami Tahu Siapa Pelaku Tapi Tak Boleh Umumkan, Kata Polis

Posted: 14 Apr 2011 05:06 AM PDT

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sekali lagi tampil mendakwa polis telah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa pelaku dalam video itu tetapi menggesa pihak media tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

"Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," kata Ismail pada sidang media hari ini.

Ditanya sama ada polis mengenal pasti wanita dalam video 21 minit itu, beliau berkata "polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dengan video seks".

Tan Sri Ismail turut enggan mendedahkan sekiranya polis sudah mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar negara.

"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke (tidak), yang penting ialah kesahihan,"katanya.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih bertumpu di dalam negara. Siasatan dijangka diselesaikan minggu depan, kata beliau.

Dua minggu lalu, Ismail berkata pihaknya telah mengesahkan bahawa video itu adalah tulen namun, seperti hari ini, tidak menyatakan siapa pelakunya.

Tiga Datuk T yang menayangkan video itu kepada media terpilih dan pada 21 Mac lalu mendakwa pelaku berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menolak fitnah itu dan membuat laporan polis pada keesokan hari bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Beliau juga mendedahkan dalang video itu sebagai bekas Ketua Menteri Melaka Tan sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan pemimpin Umno dari Kedah Shuib Lazim yang juga bekas bendahari Perkasa.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bangunan Parlimen sebelum mengakui mereka mendalangi penayangan video itu.

Pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan video itu sebagai satu lagi fitnah Umno untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan melemahkan Pakatan Rakyat, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.

VP PKR: Temu bual TV Raja Petra tak akan ubah SD

Posted: 14 Apr 2011 05:01 AM PDT

TERKINI



KUALA LUMPUR — Naib Presiden PKR N. Surendran berkata pendedahan dibuat Raja Petra Raja Kamaruddin, disiarkan TV3 malam tadi, tidak akan memberi apa-apa kesan ke atas akuan bersumpah (SD) dibuat blogger kontroversial itu tiga tahun lalu.

Jelas Surendran (gambar), sebarang temu bual atau kenyataan disiarkan dalam mana-mana media tidak boleh digunakan untuk mengubah kandungan SD termasuk dibuat Raja Petra pada Jun 2008.

Semalam, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Sebaliknya pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Raja Petra berkata, SD yang dibuatnya pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Tegas Surendran, pengakuan Raja Petra semalam bercanggah dengan SD 2008.

"Saya merujuk temu bual Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan TV3 semalam dan pengakuan dibuat itu bertentangan dengan SD yang dibuatnya pada 18 Jun 2008.

"SD yang dibuat Raja Petra Kamaruddin itu menuduh Najib dan isterinya terlibat dalam pembunuhan Altantuya Sharibuu," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jelas beliau, pengakuan terbaru Raja Petra itu tidak akan mengubah kandungan pengakuan yang telah dibuat sebelum ini.

"Pengakuan dan kenyataan yang dibuat Raja Petra tiga tahun lalu sudah disahkan, SD sudah dibaca dan ditafsirkan.

"Jadi temu bual dengan televisyen tidak akan mempengaruhi kandungan atau kebenaran dalam SD kecuali jika wujud unsur paksaan, malah Raja Petra juga telah mengesahkan SD dengan begitu pasti," katanya.

Dalam SD 2008 itu, Raja Petra berkata beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

Tambah Surendran, sehingga kini masih tiada penjelasan kukuh daripada Najib dan pentadbiran berhubung tuduhan dibuat oleh satu akhbar Perancis, Liberation yang mengaitkan Presiden Umno itu dengan pembunuhan Altantuya dan penjualan tiga kapal selam negara itu.

"Ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan dan telah bertanggungjawab atas pembelian kapal selam itu. Persoalan ini mempunyai kepentingan besar kepada umum. Juga masih tiada penjelasan yang boleh diterima berhubung mengapa syarikat Malaysia menerima pembayaran berjumlah Euro 114 juta dari perjanjian pembelian kapal selam.

"Ini adalah satu perkara yang mengecewakan apabila kerajaan Perancis menyiasat perkara ini, sebaliknya Malaysia pula tidak ambil tahu. Tuduhan-tuduhan ini begitu serius dan akan memberikan kesan serta perlu diwujudkan suruhanjaya diraja bagi menyiasatnya," katanya.

Dalam kenyataan hari ini Raja Petra mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Murugiah sahkan tidak disambung senator, gugur timbalan menteri

Posted: 14 Apr 2011 04:59 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



IPOH — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah mengesahkan beliau telah menerima surat memaklumkan jawatannya sebagai anggota Dewan Negara tidak akan disambung.

Laporan media hari ini memetik Murugiah (gambar) sebagai berkata beliau akur dengan kepimpinan parti dan Barisan Nasional (BN).

"Saya akur dengan keputusan parti. Ini kerana telah ada peraturan dan perjanjian yang ditetapkan jelas yang seseorang ahli yang dilantik tidak boleh memegang jawatan itu lebih daripada tempoh masa yang ditetapkan.

"Keputusan itu menjadikan saya orang pertama yang melaluinya dan sebagai ahli parti MIC saya harus mematuhinya demi kebaikan parti dan Barisan Nasional (BN)," kata laporan Berita Harian yang memetik Bernama.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Murugiah akan digugurkan sebagai timbalan menteri ekoran kedudukannya sebagai Senator yang berakhir Isnin ini tidak disambung.

MIC dipercayai akan mencalonkan Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk PK Suppiah, bagi menggantikan tempat bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) yang menyertai MIC tahun lalu.

Pembela anjur protes bantah Alkitab di KL esok

Posted: 14 Apr 2011 04:23 AM PDT


KUALA LUMPUR — Dilihat sebagai langkah melahirkan protes umat Islam berhubung isu Alkitab, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan perhimpunan aman membantah keputusan Putrajaya melepaskan 35,100 naskhah kitab Injil versi Bahasa Malaysia, esok.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider jurucakap Pembela, Dr Yusri Mohamad berkata, perhimpunan aman yang disertai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat esok.

"Kita anjurkan perhimpunan itu untuk menzahirkan pandangan dan suara pertubuhan-pertubuhan Islam yang turut mewakili masyarakat Islam bagi mempertahankan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

"Perhimpunan ini adalah untuk membantah tindakan kerajaan membenarkan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia termasuk penggunaan kalimah Allah," katanya.

Kata beliau, pihaknya tetap bertegas membantah tidak membenarkan 35,100 kitab Injil atau Alkitab yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching dilepaskan.

"Kita lihat ada usaha-usaha dan kecendungan untuk mempertikaikan kedudukan Islam, jadi apa yang kami lakukan ini adalah untuk menzahirkan bantahan kami sahaja.

"Kami mahu mempertahankan kedudukan Islam dalam negara agar ia tidak dipertikaikan," katanya.

Malah Pembela sebelum ini menyifatkan langkah Putrajaya menawarkan 10 formula menyelesaikan isu kitab Injil sebagai keputusan "mengalah" kepada desakan-desakan dibuat kumpulan masyarakat Kristian dan mahu ia dikaji semula.

Pembela juga menegaskan, langkah terbaru Putrajaya itu akan menyebabkan desakan sama berulang kembali yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuannya di Kuching semalam memberi jaminan peribadi bahawa pentadbirannya tidak akan menahan kitab Injil selepas ini.

Selain itu, Najib juga berkata, isu 35,100 naskhah kitab Injil yang ditahan telah diselesaikan secara baik dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Perdana Menteri ke yang datang tu, pasal 50 orang je yang sambut?

Posted: 13 Apr 2011 10:07 PM PDT

WarkahDaily

Sungguh memalukan dibuatnya bagaimana seorang Perdana Menteri yang hanya disambut dan dirai sekitar 50 orang je.

Apakah orang Sarawak tidak kenal Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia atau memang para pengundi di Sarawak sudah menyampah dengan Barisan Nasional (BN).

Memang patutlah Najib mengaku, BN berhadapan laluan sukar dalam pilihanraya kali ini di Sarawak dan merupakan sejarah pilihanraya negeri, BN berhadapan tentangan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR).

Harakahdaily melaporkan, akibat kebencian yang amat terhadap Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, Najib kelihatan 'dimusuhi' para pengundi kawasan Pekan Rusa apabila hanya disambut tidak lebih 100 penyokong BN ketika lawatannya di kawasan itu hari ini.

Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar.

Perdana Menteri datang menggunakan helikopter. Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin.

Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang sebelum ini juga makin payah diselesaikan.

Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN.

Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa.

Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagiannya daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

"Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri.

"Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya, beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut 'orang PAS bila sambut, peluk kita nampak baik tapi politiknya jahat," beritahu jurucakap Kelantantv.
Kempen Najib

Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian tengah Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok.

Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas.

Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom.

"Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat Beladin," katanya.

Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah.

Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu, Senator Mumtaz Nawi, dan Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat.

Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak muda di Kampung Pusa Tengah semalam.

BN semakin sukar

Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak.

"Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.

"Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak.

Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.

Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka.

"Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di Semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang.

"Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi. Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belum berjaya bahkan menyatukan penyokong Pakatan," ujarnya.

Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sarjana Sains Politik dari USM berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13.

AWER: Kepentingan untuk Sabah dan Sarawak dikawalselia di bawah WSIA

Posted: 13 Apr 2011 09:59 PM PDT

MERDEKA REVIEW

Pada masa ini, Negeri Sabah dan Sarawak tidak dikawalselia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Ini telah menyebabkan kedua-dua negeri ini menghadapi cabaran dan kesukaran untuk menambahbaik industri perkhidmatan air. Tambahan pula, keperluan untuk membina infrastruktur perkhidmatan air tambahan sebanyak 40% untuk menampung keperluan kawasan pedalaman akan memerlukan modal pelaburan yang tinggi. Maka, pelaksanaan "Asset-Light Model" di Sabah dan Sarawak dapat membantu kedua-dua negeri ini untuk meningkatkan liputan perkhidmatan air serta kualiti bekalan air.

Berpandukan penunjuk prestasi perkhidmatan seperti yang dilaporkan olah Malaysia Water Industry Guide 2010, liputan perkhidmatan air di pedalaman bagi Sabah dan Sarawak bagi tahun 2009 adalah 52.3% dan 61.5% masing-masing.

Antara justifikasi mengapa Sabah dan Sarawak perlu dikawal selia:

I. Kos Perbelanjaan Modal yang tinggi diperlukan untuk mencapai liputan bekalan air yang luas. Dalam situasi ini, pelaksanaan "Asset-Light Model" dapat membantu kedua-dua kerajaan negeri untuk mengurangkan impak kos pembangunan infrastruktur air kepada tarif.

II. Beban hutang pada operator air/kerajaan negeri akan mengalihkan tumpuan mereka untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatan bekalan air. Maka, agensi seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dapat memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan bekalan air di Sabah dan Sarawak adalah sentiasa terjamin.

III. Dengan penambahan liputan bekalan air yang hampir 40% di pedalaman Sabah dan Sarawak, kos operasi dan penyelenggaraan seperti penggantian paip akan meningkat dengan mendadak. Maka, ia adalah wajar untuk memindahkan bebanan liabiliti kepada PAAB mengikut kaedah "Asset-Light Model".

IV. Rakyat Sabah dan Sarawak berhak untuk mendapat bekalan air yang berterusan, selamat dan terjamin dengan mutu perkhidmatan yang sama taraf dengan negeri-negeri lain. Maka, agensi kawalselia peringkat kebangsaan seperti SPAN dapat membantu untuk menjamin kualiti dan perkhidmatan bekalan air di negeri-negeri ini.

AWER mencadangkan bahawa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Unit Perancangan Ekonomi, kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak perlu menjalankan kajian kebolehlaksanaan (feasibility) untuk cadangan mengawalselia industri perkhidmatan air di kedua-dua negeri ini melalui WSIA dan implikasi kaedah "Asset-Light Model" kepada Sabah dan Sarawak.

Satu pelan dan strategi yang jelas perlu digariskan untuk memastikan kedua-dua negeri ini dapat mengikuti sama proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara. Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga mesti melakukan persediaan dengan operator air untuk memastikan proses pemindahan yang berkesan dan lancar.

Air adalah keperluan asas, bebanan kepada kerajaan perlu ditangani dengan cermat supaya semua pelusuk rakyat dapat menikmati bekalan air yang bersih dan berterusan.

*Kenyataan media oleh Piarapakaran S. (gambar kanan) selaku Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

‘TUAN RESIDEN’ MAHU SAMAN SABAHKINI.NET?

Posted: 13 Apr 2011 09:58 PM PDT



Oleh : SURIATI MAHMUD

SETELAH gagal menegak benang basah, Pegawai Daerah Lahad Datu yang berperangai seperti 'Tuan Residen Inggeris' telah menyalahguna kuasa beliau dan menjatuhkan imej perkhidmatan awam; bukan sahaja melalui laman Facebook beliau yang memaparkan kegiatan beliau yang suka 'Jalan-Jalan Curi Makan'; malah membuat kenyataan akhbar yang bercanggah dengan tata etika pegawai awam kerana menyentuh dasar kerajaan.

Walaupun Pegawai Daearh tersebut, Zulkifli Haji Nasir telah membuat sidang akhbar, namun kenyataan 'tidak bermoral' beliau hanya disiarkan oleh dua akhbar Cina seolah-olah seluruh penduduk Lahad Datu mahir membaca tulisan Cina dengan tidak menghantar kenyataan beliau kepada Sabahkini.net untuk disiarkan.

Menurut siaran akhbar tersebut, Zulkifli menuduh Sabahkini.net cuba 'menyerang' dua Adun iaitu Lahad Datu dan Tungku melalui artikel yang didakwa tidak berasas dan berniat jahat.

"Kawasan Lahad Datu ini kecil dan semua orang kenal Kunsul Nahul. Penghapusan lesen penyelenggaraan Terminal Bas Lahad Datu tujuh bulan lalu adalah keputusan ahli mesyuarat dan bukannya keputusan saya seorang," kata Zulkifli.

Memandangkan Persatuan Pengusaha Bas Bumiputera Sabah (Lahad Datu) (PPBBS) beroperasi di atas tanah Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) tanpa kelulusan, maka MDLD berhak untuk tidak membaharui lesen mengendali terminal berkenaan.

"Hal ini telah lama berlarutan, maka MDLD mengambil keputusan dan tindakan menamatkan penyewaan terminal bas demi faedah semua pihak," ujar Zulkifli yang kesal kerana Sabahkini.net menuduh beliau menggunakan kuasa veto, mengamalkan rasuah dan gila kuasa semata-mata untuk merosakkan nama baik MDLD dan peribadi beliau.

Pada 4 April lalu, Zulkifli telah membuat laporan polis terhadap Sabahkini.net dan Kunsul Nahul dengan menyerahkan semua dokumen berkaitan untuk membantu siasatan polis demi kebaikan semua pihak.

Kata Zulkifli, syarikat bas telah menggunakan nama PPBBS untuk mendapatkan lesen mengendali terminal bas berkenaan namun telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui sejak 2009.

"Kunsul adalah bekas Setiausaha PPBBS dan kini beliau terlibat dalam syarikat bas tersebut. Jika beliau mendakwa ada surat kelulusan, sila kemukakan. Saya akan sambungkan lesen dengan syarat robohkan semua struktur yang didirikan tanpa kelulusan untuk ruang yang lebih besar bagi bas," ujar Zulkifli yang menyatakan bahawa MDLD telah lama ingin mengambil balik tapak itu untuk merobohkan bangunan yang didirikan tanpa izin dan mengeluarkan tender untuk pembangunan.

Kata Zulkifli lagi, fasa pertama telah dilancarkan dan kini memasuki fasa kedua iaitu akan merobohkan bangunan tanpa izin dengan memberi notis selama dua minggu tetapi syarikat bas tidak menghiraukan arahan MDLD walaupun mereka beroperasi secara haram sejak 2009.

"Bas mini parking secara tidak teratur dan ambil tempat yang banyak telah menimbulkan kesesakan dan masalah. MDLD terpaksa selesaikan masalah ini dengan segera bagi mengatasi masalah kesesakan, kekotoran dan kekurangan tempat letak kereta," kata Zulkifli yang meminta polis menjalankan siasatan tegas terhadap Sabahkini.net.

PEJABAT PELESENAN ATAU PELESERAN?

Posted: 13 Apr 2011 09:51 PM PDT


Oleh: KINANG HAJI GAMBAHALI

PEJABAT Daerah Semporna yang sebelum ini penuh dengan skandal dan menjadi salah satu Pejabat Daerah yang 'terburuk' di Sabah kini digelar sebagai 'Pejabat Peleseran' kerana bukan sahaja kakitangan bahagian pelesenan selalu ponteng kerja, malah Pegawai Daerahnya pun turut membudayakan 'Kerja Luar' sehingga jarang kelihatan di Pejabat.

"Saya tidak tahu berapa lama lagi mahu tunggu? Kerja memperbaharui lesen tidak sampai lima minit tetapi kini sudah lebih satu minggu saya hantar tapi belum siap," ujar Amdan Ahmad yang telah menghantar permohonan untuk memperbaharui lesen perniagaannya.

Memandangkan kebanyakan urusan perniagaan menggunakan lesen perniagaan, maka beliau tidak dapat menguruskan perniagaannya kerana lesen perniagaannya belum diproses oleh bahagian pelesenan.

"Tiap kali saya datang tidak ada pegawai yang bertugas. Saya datang jam 8 pagi dan tunggu sehingga 11.40 tetapi pegawai pelesenan tidak datang. Saya datang balik jam 2 petang dan tunggu sehingga jam 5 petang, tetapi batang hidung pegawai itu pun tidak Nampak. Bukan satu hari, tapi sudah lima hari tunggu," ujar Amdan yang meminta agar Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah membuat pemeriksaan mengejut terutama pada hari Isnin dan Jumaat kerana ketika itu pasti Pegawai Daerah dan kakitangan Pejabat Daerah berpeleseran atau menjadi halimunan.

Jika keadaan berterusan kata Amdan, ada baiknya Pejabat Daerah Semporna dipindahkan ke Kota Kinabalu atau diswastakan sahaja bagi melancarkan urusan, terutama para peniaga yang teraniaya oleh sikap cuai dan lalai kakitangan Pejabat Daerah.

Utusan dan adab songsang cari kebenaran

Posted: 13 Apr 2011 09:46 PM PDT

WIRA ARJUNA

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.

Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.

Adab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.

Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.

Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.

Soal maruah

Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.

Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.

Runtuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.

Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.

Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.

Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.

Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.

Setelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.

Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya.

Rejam sampai mati

Selang beberapa waktu, wanita berkenaan datang menemui Rasulullah lagi. Kali ini membawa bayinya yang sudah pun boleh memamah roti demi membuktikan bayi itu tidak memerlukan air susunya lagi. Oleh kerana ketegasan wanita yang benar-benar mahu bertaubat, Rasulullah pun menjatuhkan hukum dia direjam sampai mati kerana berzina.

Yang jelasnya, dalam tiga pertemuan itu Rasulullah tidak bertanya wanita itu siapa pasangan zinanya. Mungkin umum berfikir si lelaki terbabit pun patut dihukum. Lantas ia membuktikan doktrin bahawa memelihara maruah adalah amat penting dalam Islam. Soal tuduhan zina atau perkara yang mengaibkan tidak boleh diperpanjangkan.

Sebab itu, mufti-mufti yang bertanggungjawab seperti yang disebutkan sebelum ini memfatwakan video bukan bahan yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan perbuatan zina.

Ini semangat memelihara kehormatan dalam Islam. Ini semua terzahir daripada ketetapan Allah bahawa tuduhan zina memerlukan empat saksi.

Maknanya, tuduhan melulu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya terhadap sesiapa hanya bersandarkan gosip atau bahan bukti video kabur yang dicuri rakam. Lebih buruk dan jijik lagi jika video itu dirakam untuk tujuan memfitnah.

Soal memelihara maruah ini nampaknya secara sengaja (demi mencapai objektif politik tertentu) dilanggar oleh Utusan dan juak-juak politik yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Yang jelas, tuduhan liar itu membelakangkan syariah dan adab Islam.

Syor Datuk Zaini Hasan , salah seorang pemimpin akhbar Utusan yang mendabik dada pejuang kepentingan Melayu dan Islam, supaya tayangan penuh video seks 21 minit itu dibuat kepada umum adalah jelas satu sikap yang benar-benar membelakangkan ajaran agama tauhid ini.

Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid sebagai unsur yang "amat rendah moralnya".

Matlamat Utusan dan Zaini serta ahli-ahli politik seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (yang masing-masing ada kepentingan peribadi) yang mahu video lucah dipamerkan kepada awam memang benar-benar meloyakan sesiapa yang beriman.

Media rendah moral

Didepani oleh orang media yang "rendah moralnya" mereka ini mahu video lucah dijaja seluas-luasnya ke seluruh pelosok negara untuk mengaibkan Anwar Ibrahim. Kenapa mereka begitu yakin bahawa pelaku video lucah itu Anwar?

Sebenarnya, mereka tidak yakin. Yang mereka yakini ialah jika sekalipun terbukti kelak pelaku itu bukan Anwar, mereka percaya tidak ada tindakan akan diambil ke atas mereka; dan, mereka tidak perlu meminta maaf.

Perkembangan awal isu ini adalah bukti kukuh. Mempamerkan video lucah adalah satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia. Sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas mereka oleh pihak polis, Peguam Negara mahupun mahkamah.

Mereka tahu, jika isu ini diperpanjangkan jadi bahan perbualan, apa yang mereka sifatkan sebagai kejelekan Anwar yang mereka khuatiri layak jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti, akan memalukan Malaysia.

Namun apa yang sebenarnya mereka sedang lakukan sekarang ialah menyebarkan fitnah dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Jika mereka memang didorong oleh iman yang tulen, mereka sewajibnya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersikap seperti Rasulullah – jaga maruah insan dengan melaksanakan tuntutan qazaf Anwar dalam kes dakwaan liwat Saiful dan laporan Angkatan Muda Keadilan yang mahu qazaf dikenakan terhadap penjaja fitnah – Rahim, Eskay dan Shuib.

Hata didapati bersalah memburukkan Utusan

Posted: 13 Apr 2011 09:45 PM PDT

Salhan K Ahmad

Panel siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Bhd mendapati wartawannya Hata Wahari bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media.

Hata yang merupakan wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia berkata, panel berkenaan akan mengemukakan syor kepada pengurusan Utusan Melayu bagi mengambil tindakan ke atasnya.
NONE"Dalam masa dua minggu lagi akan dapat keputusan (daripada pengurusan Utusan Malaysia)," kata Hata ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Hata berkata, lapan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya itu adalah berdasarkan lapan laporan berlainan yang disiarkan Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.

Hata yang juga presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Tambahnya, keputusan hari ini dibacakan oleh pengerusi panel siasatan berkenaan, Mohd Basir Abdul Rahim, hari ini.

Ketika ditanya, Hata berkata beliau tidak dapat menjangkakan hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya.

Wartawan berkenaan bagaimanapun telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh pengurusan Utusan.

Dalam satu siasat panel berkenaan pada awal bulan lalu ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak berkata wartawan kanannya itu mempunyai niat jahat terhadap akhbar tersebut.


Ceramah Pakatan di S’wak terus hangat

Posted: 13 Apr 2011 09:41 PM PDT

Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.

Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan," kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.

"Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!" katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Tiada ulasan: