Khamis, 14 April 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


RPK lebih hina dan lebih jijik daripada Saiful

Posted: 14 Apr 2011 08:06 AM PDT

Dakwaan Usahawan Deepak Jaikishan bahawa webmaster Malaysia Today , Raja Petra Kamarudin (RPK) adalah pelacur web nampaknya ada kebenarannya.

Raja Petra yang sebelum ini memihak kepada Pakatan Rakyat kini sebaliknya telah mula menyerang dan memburuk-burukan Pakatan Rakyat.

Entah berapa harga pelacuran yang telah diterimanya untuk beralih angin , melawan arus dan mengikut jejak Ummi Hafilda. RPK kelihatan lebih teruk dan lebih jijik daripada Saiful Bukhari yang menuduh Anwar meliwat buntutnya.

Deepak atau dikenali sebagai 'The Carpet Man' dalam tulisan RPK, mendakwa beliau telah menemui dan membayar RM50,000 dan turut memberi satu komputer riba kepada Raja Petra sebagai dorongan untuk menarik balik tulisan yang mengaitkan beliau dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Tulisan tersebut telah dikeluarkan sehari selepas pertemuan tersebut, kata Deepak lagi.

Deepak turut mendedahkan bahawa dua lagi individu telah membayar wang kepada Raja Petra supaya tulisan berkaitan mereka dikeluarkan daripada Malaysia Today.

Menurutnya lagi, seorang daripada individu berkenaan merupakan menantu kepada seorang bekas perdana menteri yang didakwa telah membayar sejumlah wang yang besar kepada Raja Petra.

Seorang lagi yang disebut oleh Deepak ialah seorang lelaki yang merupakan kawan baiknya. Keluarga lelaki tersebut juga telah membayar wang kepada Raja Petra, kata Deepak lagi.

Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan Deepak tersebut.Walau bagaimana pun melihatkan kepada temubual RPK diTeevee malam tadi, ramai yang berasa meluat .

Sementara itu, dalam satu kenyataan balas hari ini, Raja Petra berkata beliau menafikan kesemua dakwaan yang dinyatakan Deepak.Baca lagi di sini

Akuan Bersumpah RPK tentang maklumat pembunuhan Altantuya yang dia terima daripada orang nombor dua Perisik Tentera

Posted: 14 Apr 2011 12:15 AM PDT

The government raided the offices of Selangor Exco just on an internet report -- internet report!

Somebody publishes the story on internet accusing a certain exco member of taking money and they raid the office, confiscate the documents and they want to proceed charging these people for the corruption on amount involving two thousand ringgits - three thousand ringgits- petty amount.

But the source of the information , the source of the information is - somebody wrote an allegation on an anonymous website and even the person who is making that allegation is unknown. But that is enough for the government to spring into action immediately and start arresting people and proceed with prosecuting the men in court.

Now here, I've not made an anonymous allegation.I actually signed a 'surat sumpah'- a statutory declaration with my signature and I signed it in the Kuala Lumpur court.

The information given to me is that, there were two army officers who are involved in the murder and these army officers, these two army officers - husband and wife worked for Rosmah.

Rosmah never denied that. She never denied that these people worked (for her). Even in Mindef, they're fully aware that these two people worked for Rosmah and they (the two army oficers) were there that night.This was what milittary intelligent said and Rosmah also was there that night - according to milittary intelligent. And this is the number 2 in the Special Branch Milittary Inteligent who revealed that and that they suggested that we make this known public so that investigations can be launched.So did it.

Now, I did not publish that on the internet.What I did was, I got my lawyers to send it a copy to the prosecutor. So my lawyers, after I've signed that Statutory Declaration in the Kuala Lumpur High Court, my lawyers wrote to the prosecutor, attaching a copy of that SD and lost it in them.

So we did it all legal and above board – all legal and official.They leaked it and it came out in one Umno website

Now, one Umno-website published a copy of that Statutory Declaration, which my lawyer have sent to the prosecutor. How this Umno-website get a copy of that and why did they publish it?

Because of this Umno-website have published it, the police said I've commited a crime.

Now my crime is not for signing the Statutory Declaration which many people do not realize.My crime is not for signing that Statutory Declaration.My crime is for publishing it! But I DID NOT PUBLISH IT.The Umno-website published it!

Why did they not detain the website master whom they know – this is not an anonymous website.The website master's name and photograph are on the website.Why they did not detain the webmaster and get him to reveal where he got the Statutory Declaration from?

Because the crime I was suppose to have commited is for publishing it; but I've never published it. I signed it, my lawyers send it to the prosecutor through official letter but I've never published it.Someone else did.

Now as soon as it came out on the website, the Attorney General said : "He has signed a false declaration and we are going to take actions against him for signing a false declaration."

The next day the IGP said, the police are investigating and will take actions on the false declaration which I've signed.

How did the Attorney General knew the very next day and the police two days …er….one day or two days after the statutory declaration.How did they know I've signed a false statutory declaration? No investigation was launched.They knew about it because it came out on an Umno website.

But because it came out on Umno website, they immediately classified as a false declaration and they said they are taking actions against me.

They have already decided on my crime and already decided the punishment I'm going to get without even investigating wether my SD is true or false.

They refuse to investigate my SD; they only want to focuss on the crime for publishing and that is what they are going for.

Now, what we wanted was for them to launch an investigation.This is what I was told by a very senior man in the special branch.Is it true or is it false? We will never know unless the police launched an investigation.

Instead, they want to take actions against me which I never did the publishing in the first place, anyway, you know…

So this is the selective prosecution the Malaysian government practices.But when come to the member of opposition, even an anonymous allegation by an unknown person on an anonymous website, is good enough for us to raid the office, confiscate everything and charge them for corruption.And here we have a legal document and they said 'NO', THIS IS FAKE! End.

This is the video, the above article based on,uploaded on Youtube on Aug 21, 2009.Enjoy the video:

Husam akan hanya bertanding jawatan AJK Pusat

Posted: 13 Apr 2011 07:29 PM PDT

Husam Musa menamatkan spekulasi dan menyuarakan sokongan penuh kepada DSTG Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, sekaligus menolak sebarang pencalonan jawatan Presiden.

"Saya menyokong seratus peratus pimpinan TG Haji Hadi, kerana pada saya beliau berwibawa dan boleh menyatukan PAS. Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden," kata beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

"Saya tidak pernah ada hasrat bertanding jawatan setinggi itu, apa tah lagi apabila dipertembungkan dengan TG."

Generasi muda kini mungkin tidak mengetahui hubungannya dengan TG Haji Hadi, katanya sambil menegaskan bahawa pada tahun 1983 bila saya tamat pengajian di universiti, saya 'full time' berkerja dengan PAS dan pimpinan yang menerima saya adalah TG Haji Hadi dan almarhum Ustaz Hassan Syukri.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan beliau ke jawatan itu, Husam berkata, beliau akan hanya bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja untuk fokus pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. sumber

Polis perlu soal siasat individu-individu yang dinamakan dalam surat Akuan Sumpah RPK

Posted: 13 Apr 2011 02:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 April – Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam ini muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Lihat laporan Utusan Merapu

Memanglah bukan RPK yang menuduhnya.Beliau sekadar penyampai maklumat tersebut.Kita yakin bahawa RPK menyiarkan maklumat tersebut kerana amat menyakini kebenaran maklumat yang beliau terima bahawa Najib dan Rosmah terlibat dengan kejadian pembunuhan Altantuya.

Menurut laporan Utusan, RPK telah menerima maklumat daripada beberapa individu yang antaranya adalah Azmi Nik Daud, John Pang , penulis blog, Din Merican dan perisik tentera dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin.

Kesemua individu yang disebut nama itu berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Amat jelas persoalan sebenarnya sekarang ialah ' Apakah benar bahawa Najib dan Rosmah terlibat dengan pembunuhan wanita Monggolia, Akltantuya Shaaribuu sebagaimana maklumat yang disampaikan oleh beberapa individu sebagaimana yang dinyatakan oleh RPK?'

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis membuat tuduhan bahawa Raja Petra menuduh Najib dan Rosmah terlibat dengan pembunuhan tersebut tanpa meneliti akuan bersumpah itu.

Akuan Bersumpah RPK - Klik gambar untuk besarkan :



"Dalam SD saya, saya bercerita bahawa orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.

Amat jelas sekali dalam SD RPK bahagian ke (7) diatas menerangkan bahawa 'tujuan akuan bersumpah ini adalah untuk menggesa kesemua mereka yang telah maklum benar dan mempunyai maklumat (mengenai) perkara ini, tampil ke muka untuk mendedahkan kebenaran tersebut supaya pihak polis mampu melakukan siasatan yang wajar dan rapi terhadap pembunuhan Altantuya Shaaribu".

Utusan melaporkan RPK sebagai berkata , "Pihak berkuasa perlu siasat dan panggil mereka ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) ada di tempat kejadian.

Siapa 'mereka' yang namanya disebut dalam SD RPK itu? Meneliti senarai nama 'mereka' di bahagian (1) itu adalah :

1) Rosmah Mansor, isteri PM Najib
2) Pemangku Kolonel Aziz Buyung
3) Isteri Pemangku Kolonel Aziz, Norhayati, ADC Rosmah.

"Saya tidak cakap, saya tidak buat tuduhan seperti itu. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Saya sebut nama-nama mereka semasa siasatan polis," tegasnya.

Kalau diteliti dalam SD RPK bahagian ke (6), 'Saya sedia maklum, siapa yang memberitahu saya tentang perkara ini (Pembunuhan Altantuya), juga saya sedia maklum bahawa seorang sultan telah diberi penjelasan dan menyedari perkara tersebut; tetapi saya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan maklumat ini (nama Sultan tersebut) selain menyatakan bahawa Perdana Menteri (Abdullah Badawi) dan menantunya telah diserah dengan tangan satu laporan bertulis mengesahkan apa yang telah saya dedahkan.'

Jelas sekarang bahawa tuduhan tersebut datangnya daripada orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh RPK. Beliau hanyalah sebagai menyampaikan maklumat tersebut.

Bahawa bukan RPK seorang sahaja yang menerima makalumat tersebut daripada individu tertentu, Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Badawi dan menantunya juga turut menerimanya melalui penyerahan dengan tangan - in person himself! Malah seorang Sultan yang enggan dinamakan oleh RPK turuk dimaklumkan sendiri oleh pemberi maklumat tersebut.

Sudah tentulah pemberi maklumat tersebut bukan calang-calang orang kerana boleh berjumpa dengan Perdana Menteri malah mengadap seorang Sultan!

Cumanya, RPK seorang sahaja yang berani mendedahkan maklumat pembunuhan tersebut kerana kesedaran tanggungjawabnya sebagaimana dinyatakannya dalam SD bahagian (3) yang antara lain beliau menyatakan 'adalah satu kesalahan untuk tidak mendedahkan bukti yang mungkin boleh membantu siasatan polis dalam siasatannya berhubung kejadian jenayah tersebut.'

RPK tiada hak untuk menafikan kebenaran maklumat tersebut dan beliau sendiri tidak pernah menafikan kebenarannya kerana pemberi maklumat terlibat telah pun membuat akuan bersumpah mengenai perkara yang dinyatakan dan mereka sanggup menjadi saksi jika dihadapkan ke mahkamah.

Kita berharap agar pihak berkuasa menyiasat individu-individu tersebut dan mengheret mereka ke mahkamah keadilan supaya nama Najib dan Rosmah dapat dibersihkan daripada tuduhan tersebut.

Tiada ulasan: