Jumaat, 25 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SEMOGA ADUN JOHOL SEMBUH SEGERA UNTUK BERSAMA PEJUANG ISLAM DAN TINGGALKAN SEKULAR

Posted: 25 Feb 2011 10:16 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

HANGAT pula diperkatakan bahawa Adun Johol, Dato' Roslan Md Yusof kini uzur dan tugas beliau selaku Wakil Rakyat kini dijalankan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Abd Samad Ibrahim yang juga Adun Seri Menanti.

Mungkin boleh dikatakan sudah nasib di era Najib, satu demi satu peristiwa berlaku yang tentunya tidak akan membuat beliau duduk senang sebagai PM. Namun kita wajib percaya itu semua adalah ketentuan Illahi. Apa pun, bersamalah kita mendoakan agar saudara sesama Islam kita itu sembuh segera agar berpeluang untuk mengabdikan diri kepada Allah dan bersama-sama kita berjuang untuk agama yang maha suci ini. Amatlah malang sekali sekiranya peluang yang diberikan Allah itu dihabiskan dengan berjuang bersama puak yang sekular yang sentiasa memusuhi pejuang-pejuang Islam.

Seandainya Allah memberi peluang untuk kita mengadakan pilihanraya kecil di kawasan tersebut, apakah kita mampu menolak ketentuan Illahi?/wfauzdin.blogspot.com

Sumber lain --->

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8801335.asp

SUSAHNYA SPR MAHU TAFSIR SESUATU YANG BERUNSUR RASUAH PILIHANRAYA

Posted: 25 Feb 2011 08:15 AM PST

SPR kabur tentang 'lu tolong gua, gua tolong lu'

Feb 25, 11

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini enggan menyatakan pendiriannya sama ada pemberian 'habuan' dalam kempen pilihan raya, melanggar undang-undang pilihan raya.

NONEKetika ditemui wartawan ketika beliau melawat Kolej Politeknik Merlimau yang akan digunakan sebagai pusat penamaan calon esok, Abdul Aziz berkata beliau bukan seorang yang ahli mengenai perkara itu.

Ia walaupun suruhanjaya tersebut telahpun mengendalikan 12 pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil selama ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai misteri NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu pilihan raya kecil untuk menganjurkan majlis makan dan mengedarkan 'ole-ole' yang termasuk makanan ruji seperti Milo, beras dan susu pekat bersama-sama dengan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sasaran utama NGO 1Malaysia itu ialah pengundi bukan Melayu yang mengundi menentang BN dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

'Lu tolong gua, gua lu tolong'

Abdul Aziz juga memberi jawapan yang sama ketika ditanya tentang ucapan Najib "lu tolong gua, gua tolong lu' dalam satu majlis di SRJK (C) Merlimau pada 19 Februari lalu.

Ia dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily, bahawa Najib telah memberitahu kira-kira 1,000 hadirin di majlis itu bahawa: "Lu tolong gua, gua lu tolong".

Kata-kata itu pertama kali diucapkan ketika pilihan raya kecil Sibu, di mana Najib telah berjanji untuk melaksanakan kerja mitigasi banjir hanya jika menang. DAP berjaya merampas kerusi tersebut dari BN dengan majoriti tipis./Malaysiakini

Najib Bayangkan Ikhwan Pengganas dan Mencurigai Sosok Sheikh Yusuf al Qaradawi ?

Posted: 25 Feb 2011 07:26 AM PST

Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA

Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

Dihantarkan Melalui Email:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tiada ulasan: