Isnin, 14 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


APABILA `MUBARAK' NASIHATKAN `MUBARAK' AGAR TIDAK MENJADI SEPERTI MUBARAK

Posted: 14 Feb 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TUN Mahathir menasihatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar menamakan pengganti segera sebelum KM tersebut berundur. Tun Mahathir mengingatkan KM yang baru bernikah itu agar tidak menjadi seperti Mubarak di Mesir. Baca di sini.

Apabila membaca kenyataan Tun Mahathir, bolehlah kita andaikan seumpama, "Mubarak ' menasihatkan `Mubarak' agar tidak menjadi Mubarak. Siapa tidak tahu rekod Tun Mahathir sepanjang dia menjadi PM? Apa yang Tun Mahathir lakukan yang kita tidak boleh samakan beliau dengan Mubarak? Jika Mubarak menutup ruang demokrasi dan menipu rakyat demi kuasa, apakah tidak sama dengan Tun Mahathir? Dikatakan Mubarak itu sering memperlekehkan Ulamak dan tidak bersedia untuk menerima Hukum Islam atau Perundangan Islam di dalam pemerintahannya, apakah Tun Mahathir minat kepada perlaksanaan Hukum Islam?

Mungkin ada yang `ekstrim' pula berpendapat Tun Mahathir lebih teruk dari Mubarak kerana beliau adalah punca kepada perpecahan Melayu Islam di dalam dua peristiwa politik terbesar sepanjang pemerintahannya. Peristiwa pertama, Melayu Islam berpecah kepada dua iaitu Team A dan Team B di dalam Umno kemudiannya berpecah lagi kepada parti baru iaitu Parti Melayu Semangat 46 dan Umno (Baru). Kedua, peristiwa pemecatan ke atas DS Anwar seorang tokoh Islamik harapan orang-orang Melayu Islam untuk melihat negara ini menuju proses Islamisasi. DS Anwar dipecat dan dizalimi serta terpenjara, maka wujud Parti KeADILan yang sekarang dikenali sebagai PKR. Melayu berterusan berpecah angkara tangan jahat itu. Itu belum dikira soal rasuah, akta ISA yang zalim, kroni dan sebagainya.

Tiba-tiba beliau ingin menjadi Penasihat pula? Tentu KM Sarawak senyum sahaja mendengar nasihat dari Tun Mahathir. Inilah yang dikatakan `lebih Mubarak dari Mubarak'./wfauzdin.blogspot.com

MEREKA BUKAN BLOGGER SPESIS KATAK....

Posted: 14 Feb 2011 10:04 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, Blogger pun tak larat tunggu lantas ada yang angkat kaki. Aku ingatkan Adun atau MP je yang tak larat. Tapi Blogger yang keluar seorang dua ni jauh lebih mulia dari beberapa ekor Adun dan MP yang menjadi katak tu.

Blogger yang keluar dari menyokong PKR, mereka lebih bermaruah dari Adun ataui MP yang melompat dari PKR. Setakat ini mereka masih bersama PR, dan mereka masih komited untuk menghancurkan Umno/Bn. Mungkin ada hikmahnya kepada PKR kerana sebagai sebuah parti yang dulunya begitu lemah, kini semakin kuat sudah tentu banyak perkara yang PKR kena pelajari dan ketahui.

Ada yang keluar kerana Anwar, ada yang melompat kerana Azmin dan ada juga yang merasa tersisih kerana rakan mereka yang lain lebih maju ke hadapan. Itu lumrah. Tidak kurang juga ada yang tidak habis-habis menuntut itu dan ini kerana mahu agar perjuangan dan pengorbanannya diberi pembalasan yang sewajarnya oleh parti. Pemimpin pula, tidak merasa takut untuk berjanji sedangkan mereka tahu bukan mudah mahu tunaikan janji.

Alahai, terpulanglah. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, tindakan pemimpin di dalam PKR dan kita sebagai pendokongnya sedikit sebanyak membuatkan beban Umno semakin ringan. Buatlah keputusan dengan bijak. Menarik benang di dalam tepung, benang tidak putus, tepung tidak berselerak....

Tiada ulasan: