Rabu, 23 Februari 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KERDAU : SALAHGUNA KUASA Umno

Posted: 23 Feb 2011 02:12 PM PST

Ini sumber buletin online....lihat sini

GAMBAR- MEWAHNYA UMNO BERBELANJA DI KERDAU


- sewa tanah MARTEK RM20,000, Peruntukan setiap Felda RM4 juta-BULETIN ONLINE


TEMERLOH - Parti Umno dan Barisan Nasional (BN) masih menganggap rakyat tidak mengetahui tentang peraturan dan terus mahu mengeksploitasi harta rakyat menjelang pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata beliau akan mengemukakan bantahan ketika pertemuan dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Khamis, 24 Februari.

Menurutnya, sekurang-kurangnya tiga premis kerajaan telah digunakan oleh Umno-BN sebagai bilik gerakan dan pusat operasi parti itu.

"Kita akan kemukakan bantahan kepada SPR dalam pertemuan esok,"katanya ketika ditemui Buletinonline di Markaz Besar Pilihanraya, Darul Hikmah, disini semalam.

Katanya, antara premis tersebut adalah Dewan Abdullah Kia di Kampung Paya Taram, yang terletak dipinggir jalan besar ke Jerantut

Selain itu, Dewan Orang Ramai Kampung Peragap dan Perpustakaan Desa Kampung Pandan turut menjadi mangsa.

"Dewan Abdullah Kia dijadikan bilik gerakan gerakan Umno Kampung Paya Taram, Dewan Orang Ramai Kampung Peragap dijadikan pusat logistik dan serta sebuah Perpustakaan Desa di kampung Pandan dalam daerah menundi Sri Tanjung,"ujarnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/PerpusatakaandesaKgPandanUPUSriTanjunga.JPGOleh itu, beliau menyeru supaya SPR bertindak telus dan adil dalam mengendalikan PRK Kerdau

Sementara itu, orang ramai kesal dengan tindakan kerajaan Umno-BN membelanjakan berjuta ringgit wang rakyat untuk PRK Kerdau.

Seorang warga peneroka Felda yang ditemui memaklumkan, setiap rancangan Felda telah diperuntukkan RM4 juta bagi melaksanakan program kempen Umno-BN,

Beliau yang tidak mahu dikenali kesal dengan tindakan kerajaan dan menyifatkan ianya suatu pembaziran.

Menurutnya, adalah lebih bermanfaat sekiranya kerajaan menggunakan wang tersebut untuk mengurangkan kenaikan harga barangan keperluan.

Sehubungan dengan itu, tinjauan Buketinonline mendapati sekurang-kurangnya tiga kem polis MARTEK dibina dalam kawasan DUN Kerdau.

Buletinonline dimaklumkan sebuah MARTEK yang sedang dibina berdekatan Markaz Besar Pilihanraya PAS telah membelanjakan RM20,000 hanya untuk menyewa tanah sahaja.

Walaupun begitu, sumber Buletinonline memberitahu, pihak polis menghadapi kesukaran untuk menempatkan anggotanya mulai esok kerana MARTEK tersebut belum siap.

"Kelam kabut polis itu adalah disebabkan keputusan pihak SPR yang dipercayai dipengaruhi Umno, membuat dua pilihanraya serentak,"kata sumber tersebut

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/IMG_0657.JPG

Posted: 23 Feb 2011 02:08 PM PST






Kabinet Bayangan' Bukti Umno Akui PR Serius Tawan Putrajaya

23/02/2011 Share


PETALING JAYA 23 FEB: Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mewujudkan satu kabinet bayangan merupakan bukti Umno perakui dan khuatir visi PR menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau mengambil baik cadangan Najib tetapi ini juga menunjukkan Umno sememangnya serius dan mahu mengetahui barisan kabinet PR.

"Secara positif saya melihat pertama kali pimpinan Umno, dulu hanya menolak saja kemungkinan PR mengambil alih Putrajaya, sekarang, pertama kalinya mereka akui ada kemungkinan PR akan ambil alih dan mereka nak tahu siapa barisan pimpinan kita dan menteri-menteri kita," kata beliau dalam satu sidang media di ibupejabat PKR petang tadi.

Beliau menjelaskan, PR tidak akan menubuhkan kabinet bayangan kerana tugas tersebut telahpun dijalankan dengan amat baik dan lancar oleh Jawatankuasa Parlimen PR yanng telah lama ditubuhkan.

"Pilihan kita sekarang ialah membentuk jawatankuasa parlimen yang mengandungi tokoh-tokoh parlimen dan lain-lain bagi meneliti isu mengikut portfolio kerja dan juga institusi, dan ini telah berjalan, laporan telah dibuat dan beberapa aspek diketengahkan," jelas beliau lagi.

Anwar seterusnya berkata, maklumbalas dan cadangan jawatankuasa inilah yang diteliti, digubal sehingga terbitnya Buku Jingga PR yang memperincikan program PR dalam 100 hari pertama selepas menawan Putrajaya.

Ditanya berkenaan kecekapan jawatankuasa ini, beliau menjawab Buku Jingga PR merukapan bukti kukuh kecekapan jawatankuasa ini kerana kesemua pelan dan saranan yang diterbitkan dalam Buku Jingga merupakan susunan program yang menyeluruh.

"Bagaimana kita mampu menerbitkan Buku Jingga? Ia merupakan satu pelan yang komprehensif digubal dengan maklumbalas daripada jawatankuasa tersebut, jadi kalau kata kerja mereka tak memuaskan tak benar," tegas beliau.

DS ANWAR MAHKAMAH 23.02.2011.wmv

Posted: 23 Feb 2011 02:06 PM PST

Kerajaan Selangor nafi hapuskan kuota perumahan 30 peratus bumiputera

Posted: 23 Feb 2011 02:04 PM PST



Kerajaan Selangor nafi hapuskan kuota perumahan 30 peratus bumiputera

February 23, 2011

SHAH ALAM, 23 Feb — Kerajaan Negeri Selangor hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya menghapuskan 30 peratus kuota perumahan bagi pembeli bumiputera di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar A. Samad sebaliknya berkata kuota perumahan bumiputera di Selangor bukan hanya 30 peratus tetapi antara 30 sehingga 70 peratus berdasarkan kawasan, daerah atau mukim.

"Sekarang kami telah tubuhkan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd bertujuan untuk bantu pemaju memasarkan stok-stok perumahan kuota bumiputera yang tidak dapat dijual oleh mereka.

"Apa yang kami juga telah lakukan ialah untuk licinkan proses pelepasan stok perumahan bumiputera yang tidak dapat dijual oleh pemaju, tetapi ini tidak bermakna pemaju boleh jual sewenang-wenangnya.

"Cuma apa yang kita lakukan supaya ia dapat dipercepat dan diperlicinkan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Iskandar berkata demikian ketika mengulas laporan media sebelum ini bahawa terdapat cadangan dikemukakan kepada kerajaan negeri berhubung pelepasan secara automatik ke atas kuota perumahan bumiputera.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mengamalkan program pelepasan secara automatik di mana selepas 50 peratus projek perumahan telah disiapkan tetapi tidak terjual kepada pembeli bumiputera, pihak pemaju boleh melepaskan 20 peratus kepada pembeli bukan bumiputera.

"Selepas 75 peratus projek siap tapi tidak dapat jual lagi kepada bumiputera, 30 peratus boleh dilepaskan. Akhirnya sampai peringkat dapat CF selepas enam bulan, barulah semua boleh dilepaskan jika tidak dapat dijual tetapi melalui satu mesyuarat atau jawatankuasa yang mesti buat keputusan tidak melebihi 14 hari," katanya. — Bernama

GAMBAR- MEWAHNYA UMNO BERBELANJA DI KERDAU

Posted: 23 Feb 2011 03:31 AM PST


KAWASAN DESA MURNI..SEDANG MEMUNGGAH BARANG UNTUK MEMBAHAGIKAN KEPADA TETAMU YANG HADIR BAGI PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN MURID SEKOLAH...MUJUR ADA ADUN MATI...DAPAT JUGA JALAN DI TURAP DAN JUGA BANTUAN BIASISWA...ENTAH YA BIASISWA KE TIDAK TAK TAHU BERSAMA YAYASAN PAHANG...IKUT PADA BANNER , NOH OMAR AKAN HADIR ...






INI PULA DI BEBERAPA KAWASAN BERDEKATAN.....PUN SAMA ..TENGAH MEMANGGIL KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO BAGI MENGATUR PROGRAM DAN JUGA PENUNGGANG MOTOSIKAL....MESTI AZIZ REMPIT ADA DALAM PROGRAM INI.






INI PULA PERSEDIAAN ALA KADAR PAS- KIRI ADALAH MARKAS PAS BESAR YANG AKAN MENYAKSIKAN PELANCARAN BUKU JINGGA OLEH TUAN GURU NIK AZIZ MURSYIDUL AM PAS PADA 24(MALAM INI) KHAMIS...BARU-BARU INI DSAI HADIR KERANA PROGRAM BELIAU DIRANCANG SEJAK 3 BULAN LAU......MANAKALA AKTIVIS PAS SEDANG MEMUNGGAH BARANG TERMASUK BENDERA UNTUK DI GANTUNG...




Mewah itulah apa yang dapat digambarkan dalam lawatan semalam.Jika di bandingkan dengan PAS, dapat kita katakan bahawa persediaaanya jauh pangang dari api.Namun apa yang kita harapkan ialah supaya rakyat membuka mata dengan kempen yang bukan sahaja tidak sama rata...malahan nampak sangat macam gergasi dan juga kuman...

Belum nampak pun para petugas membantu dengan bersungguh bagi pihak Pakatan Rakyat...nampaknya jenuh juga kalau macam inilah persediaanya...Memang kita tahu kawasan ini juga tidak mendapat jumah kemenangan yang tinggi pun, kalau sekadar 1600.. namun persediaan itu tidak dapat jika bertanding bukan sahaja dengan media malah wang ringgit mencurah-curah....

hangpa ...sokong jangan tak sokong..minyak bakal naik lagi......

Liew Chin Tong: Najib pemimpin peralihan, bukan pemimpin perubahan

Posted: 23 Feb 2011 03:31 AM PST

Liew Chin Tong: Najib pemimpin peralihan, bukan pemimpin perubahan

Lim Hong Siang |

Feb 23, 2011 10:44:30 am

Meskipun "transformasi" menjadi istilah yang sering diungkapkan Perdana Menteri Najib Razak, namun beliau lebih dilihat sebagai pemimpin dalam zaman peralihan, dan bukannya pemimpin perubahan. Najib tidak menunjukkan kepimpinan untuk menyelesaikan isu yang berbangkit sejak zaman Reformasi, dan mungkin mengulangi nasib Abdullah Ahmad Badawi - pemimpin peralihan yang terpaksa berundur.

Demikianlah penilaian ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong (gambar kanan) terhadap Perdana Menteri yang hampir dua tahun menerajui tampuk kerajaan ini. Pemimpin muda DAP ini melihat Najib cuba menampilkan diri sebagai "pengurus" (manager) yang cekap, tetapi apa yang lebih diinginkan rakyat sekarang adalah kepimpinan (leadership).

Liew Chin Tong memberi contoh bagaimana Najib mengambil alih peranan Setiausaha Agung UMNO, misalnya mengadakan perjumpaan dengan ahli parlimen, ADUN, wakil rakyat di Sarawak dan Ketua Bahagian UMNO - kerja-kerja yang sebelum ini dikendalikan Setiausaha Agung UMNO. Liew menganggap pendekatan "manager" ini tidak berguna, apabila situasi ekonomi menuntut satu perubahan atau transformasi.

Sambil mendakwa tiada pertikaian bahawa kita memerlukan reformasi (a need to reform), Liew Chin Tong melontarkan satu persoalan, "Sama ada Najib adalah pemimpin perubahan (transformasi), atau pemimpin peralihan (transition) seperti Abdullah Ahmad Badawi?"

Perbandingannya menggunakan nama Abdullah Ahmad Badawi menggelakkan kira-kira 150 orang yang hadir untuk forum "Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?" anjuran MerdekaReview, bersama Free Public Forum dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Liew Chin Tong mengulas sedemikian ketika mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan senario di Malaysia.

Isu yang sama sejak zaman Reformasi

Abdullah Ahmad Badawi adalah PM keempat di Malaysia, selepas Mahathir Mohamad berundur berikutan tekanan gerakan Reformasi di tanah air pada akhir tahun 1990-an. Abdullah yang mengambil alih jawatan PM pada akhir tahun 2003 cuba menampilkan diri sebagai pembawa perubahan, bagaimanapun gagal berbuat demikian, malah terpaksa berundur setelah kekalahan UMNO-BN (hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen, dan lima kerajaan negeri) dalam PRU pada tahun 2008.

Liew Chin Tong berkata, untuk 12 tahun sejak zaman Reformasi, rasuah, ketidaksamarataan, keterbukaan, reformasi politik, kebebasan media, reformasi sistem pilihan raya adalah antara isu yang berulang kali dibangkitkan, sehinggalah hari ini. Bagaimanapun, beliau menganggap isu-isu yang sama ini tidak pernah diselesaikan secara terbuka, walaupun dalam zaman pemerintahan Najib.

Beliau memberi amaran bahawa Najib mungkin dijatuhkan seandainya tidak berhati-hati dalam menyelesaikan isu-isu tersebut. Liew mengambil Mahathir pada awal tahun 1990-an sebagai contoh bandingan "pemimpin perubahan", sungguhpun dipertikaikan kemudiannya.

Mahathir wujudkan suasana "perubahan"

Tiga bulan selepas pilihan raya umum pada tahun 1990, Mahathir mengumumkan Wawasan 2020-nya. Ini kerana keputusan PRU kelapan itu menyedarkan Mahathir bahawa seandainya kehilangan undi Cina secara mendadak, sementara pengundi Melayu berpecah di tengah-tengah (50:50), maka beliau akan hilang kuasa, ulas Liew Chin Tong.

Walaupun "transformasi" Mahathir didapati "palsu" kemudiannya, namun Liew Chin Tong tetap menganggap bahawa beliau berjaya mewujudkan suasana "perubahan", sehingga masyarakat Cina yang melihat Mahathir sebagai ekstremis pada tahun 1980-an, berubah persepsinya sebagai "wira" pada zaman 1990-an. Zaman 1990-an mewujudkan satu suasana di mana ekonomi bertambah baik, ada keterbukaan dan kemajuan.

Bagaimanapun, pandangan Liew Chin Tong mencungkil respon hadirin, Josh Hong yang cuba memberi konteks zaman pemerintahan Mahathir, berbading zaman Najib. Menurut Josh Hong dalam sesi soal-jawab, pesaing Mahathir pada tahun 1990-an ialah Tengku Razaleigh Hamzah, yang kurang berkarisma banding Mahathir. Malah, pakatan pembakang tidak semantap hari ini, dengan PAS yang kurang progresif ketika itu dan DAP yang dilihat kurang mesra untuk Melayu pada zaman 1990-an.

Liew Chin Tong bagaimanapun bersetuju dengan pandangan Josh Hong, di mana kerjasama pembangkang hari ini lebih mantap dan matang berbanding zaman 1990-an, dan kini pembangkang menggalas tugas untuk menggarap imaginasi pengundi middle ground.

Senario sedemikian sememangnya berbeza dengan zaman di mana DAP lebih dilihat sebagai pembangkang Cina, dan PAS yang membina kubunya di Utara Semenanjung Malaysia. Liew Chin Tong berkata, senario sedemikian menuntut Najib untuk menjadi pemimpin transformasi, namun beliau tidak menganggap bahawa Najib mampu melakukannya.

Beliau berkata, BN, khususnya UMNO masih menganggap bahawa keputusan PRU 2008 sebagai sesuatu yang luar biasa, dan mereka masih menginginkan kemenangan besar seperti tahun 2004, yang dianggap "normal" dari kaca mata UMNO-BN. Beliau menganggap pemimpin UMNO-BN masih tidak insaf dari PRU 2008. Justeru itu, beliau melihat Najib lebih sebagai "pemimpin peralihan", dan bukannya "pemimpin perubahan".

*Forum "Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?" dianjurkan bersama oleh MerdekaReview, Free Public Forum dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 22 Februari 2011 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Antara ahli panelnya, Nora Murad (Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia-AIM), Liew Chin Tong (ahli parlimen Bukit Bendera-DAP), Mujahid Yusuf Rawa (ahli parlimen Parit Buntar-PAS) dan Hishamuddin Rais (penulis bebas), dengan Fahmi Fadzil sebagai moderatornya.

Kecoh, pelajar cuba larikan fail bukti

Posted: 23 Feb 2011 02:33 AM PST

Inilah apa yang diperkatakan mengenai adanya Dr Kangkong dan juga Proff kangkong di Universiti-universiti tempatan di mana ianya bukan sahaja memalukan Universiti, akan tetapi dilihat sebuah Universiti umpama sebuah sekolah yang hanya tahu melahirkan pelajar yang hanya mahu mencari pekerjaaan setelah keluar universiti, namun ianya dilihat sebagai sebuah institusi yang hanya boleh di katakan sebagi kilang melahirkan mahasiswa kaku yang tidak tahu menahu langsung mengenai keadaan dalam negara.

Pendek kata banyak mahasiswa yang keluar Universiti kaku dan tidak bijak dalam membuat perkiraan kerana adanya DR dan Proff kangkong di Universiti.Maka kerana itulah ianya dilihat sebagai sebuah institusi yang dilihat cuba untuk mengawal pelajar dari mendidik dan menjadi pemimpin agong dunia dan kerana itu jugalah universiti kita tidak mendapat tempat dalam senarai universiti terbaik dunia.





Kecoh, pelajar cuba larikan fail bukti



Kekecohan berlaku pagi tadi apabila seorang wakil pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) cuba melarikan fail bukti - sejurus selepas mereka menemui timbalan naib canselor (TNC) hal ehwal pelajar (HEP) - berhubung pembatalan kemenangan calon pro-M, dalam pilihan raya kampus kelmarin.

NONEKejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi, apabila bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah cuba membawa keluar fail yang mengandungi bahan-bahan bukti berhubung perkara itu.

Sebelum itu, fail tersebut diserahkan oleh TNC HEP, Prof Dr Fauzi Ramlan, selepas diminta oleh Lokman untuk melihat sendiri bukti-bukti terbabit.

Selepas meneliti fail tersebut, Lokman bergegas keluar dari pejabat TNC, menyebabkan TNC menjerit dan beberapa pengawal keselamatan berkejar ke situ dan dan menahan Lokman.

Pengawal keselamatan tersebut bertindak merampas balik fail dari Lokman.

Ketika dihubungi Lokman berkata beliau bertindak demikian kerana yakin bukti-bukti tersebut adalah palsu.

Dalam keputusan pilihan raya kampus kelmarin, pro-M UPM menang 11 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, pihak UPM bertindak membatalkan kemenangan tersebut dengan alasan mereka berkempen secara kumpulan yang dilarang oleh peraturan kempen.

NONEBerikutan itu, kira-kira penyokong pro-M berkumpul di hadapan pejabat TNC membantah keputusan tersebut.

Lokman adalah antara enam pemimpin pro-M yang dibenarkan masuk berjumpa dengan Dr Fauzi bagi membincang perkara tersebut.


Tiada ulasan: