Isnin, 21 Februari 2011

SharpShooter

SharpShooter


Antara 3 Lokman...yang manakah pilihan Pak Menteri

Posted: 20 Feb 2011 09:24 PM PST

Luqman Al-Hakim adalah tokoh Islam hebat maka ramailah ibu bapa yang menamakan anaknya Luqman atau Lokman, mudah-mudahan anaknya bila besar menjadi seperti Luqman Al-Hakim.

1) Siapakah Luqman Al-Hakim?

LUQMAN Al-Hakim adalah seorang tokoh yang menjadi sebutan masyarakat Islam hingga kini, lebih-lebih lagi apabila menyentuh mengenai mutiara kata dan ungkapan yang baik lagi terpuji.

Luqman adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), ini bermakna Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim dan anak saudara kepada Nabi Ayub.

Pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya menjadi panduan dan kata-kata hikmah hingga kini antaranya :-

A) "Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)"

B) "Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."

C) "Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

D) "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit,tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

E) "Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."

Anda boleh ketahui lagi pesanan Luqman kepada anaknya dengan melayari di sini

2) Siapakah pula Bob Lokman

Bob Lokman adalah satu nama yang tidak asing di kalangan artis Malaysia. Beliau bukan sahaja terkenal dengan lakonan dan lawak, malah kejayaan beliau bermula dari seorang komposer yang terkenal pada era 80 an. Antara hasil karya lagu yang masih diminati ramai sehingga kini termasuklah lagu Isabella nyanyian Kumpulan Search.


Bob Lokman (gambar tengah) juga adalah bekas Juri rancangan realiti Raja Lawak 4. Beliau kini tidak lagi dilihat di kaca tv atau mana2 majlis yang berkaitan dengan dunia artis. Mungkin beliau masih lagi boleh berkecimpung dalam arena seni dengan pendekatan yang lebih sederhana namun beliau menolak untuk ke arah tersebut.


Terkini beliau telah menggemparkan dunia artis dan politik Malaysia apabila beliau mengambil keputusan menyertai PAS. Takbir...


Pesanan Bob Lokman kepada rakyat Malaysia - Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. Sebagai pengetahuan di sini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia.

Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN. Anda boleh layari blognya di sini.



3) Siapakah pula Lokman Nur Adam?


Sharpshooter pertama kali mengenali Lokman Nur Adam pada tahun 1999 sebelum pilihanraya umum ketika menghadiri Kursus Simulasi Pilihanraya kendalian Pemuda Keadilan Pusat di Janda Baik, Pahang. Ketika itu, Ezam, Saifudin Nasution, Hanafiah Man dan ramai lagi yang hadir kursus tersebut.

Lokman Nur Adam pernah ditahan ISA (bukan blog Ikut Suka Aku) bersama Ezam, Tian Chua, Ustaz Badrul Amin, Hishamudin Rais (Tukar Tiub) dan Shaari Sungib selama dua tahun dan akhirnya beliau dibebaskan bersama Ustaz Badrul Amin pada 12 Jun 2003 manakala yang lainnya telah dibebaskan lebih awal pada 1 Jun 2003.


Lokman Nur Adam tiba-tiba telah bersumpah di Masjid Negara sambil menjunjung Al Quran menegaskan bahawa PKR menerima dana dari Yahudi iaitu George Soros.

Menurut pendedahan Lokman Nur Adam lagi, beliau mendakwa Tian Chua dan wakilnya Elizaberth Wong yang mengatur pertemuan Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Wan Azizah dengan Soros.

"Pertemuan ini tidak dilaporkan kepada mesyuarat Majlis Tertinggi Keadilan, tetapi kita tahu kemudian apabila berlaku kekecohan di antara wakil Tian Chua (Elizaberth Wong) dengan Azmin Ali", kata Lokman.

" Azmin tak bagi wakil Tian Chua masuk jumpa Soros, kerana Azmin nak minta duit lebih dan tidak mahu saksi (Elizabeth Wong) nampak. Kes ini kecoh dan disampaikan kepada inner circle Pemuda Keadilan. Itu yang diberitahu oleh Ezam kepada saya, Hamdan Taha dan Zahid Mat Arip", kata Lokman lagi.

Akhirnya Lokman Nur Adam masuk umno...bila dah jadi balaci umno..faham-faham sajalah...kerja utama serang Anwar....

Terkini oleh kerana Bik Mama tidak tahan dengan skandal Bik Mama yang diserang kerana terlalu boros dan berbelanja terlalu mewah maka terpaksalah balaci Lokman Nur Adam menyerang pula Wan Azizah kononnya baju Wan Azizah juga mahal berharga RM8,000 dan tempah 20 pasang setahun semasa masih dalam UMNO dan menjadi isteri kepada Timbalan Perdana Menteri.
Lokman juga dengan biadap menulis dalam twitternya - Sedap dia mengata org ya, Ada ke org yg lebih malang dari Wan Azizah beb, gagal memuaskan nafsu suaminya sehingga terpaksa cari jantan. Ha ha ha RT @syedmikael: @LokmanAdam @bik_mama @afifbahardin @drwanazizah Sapa tak kenal Lokman Adam? Spesis politikus muda UMNO yg malang!

Itulah Lokman Nur Adam, orang macam ini pun pemuda umno sokong dan undi Lokman. Kita tidak hairan sebab pemuda umno undi guna kepala lutut dan atas dasar arahan dan kem serta faham2 sajalah...semasa pemilihan dalam umno..duit dan pengundi ibarat tahi dan kentot..tak boleh dipisahkan...

Di antara ketiga-tiga Lokman atau Luqman, sudah pasti Luqman Al-Hakim adalah tokoh yang paling hebat dan mulia disisi Allah hingga Allah sebut dalam Al-Quran.

Manakala Lokman Nur Adam tidak disebut dalam Al-Quran tetapi bersumpah menjunjung Al-Quran tetapi akhirnya kini berpeluk cium dengan Senatak Ezam dalam umno. Manusia specis apa agaknya mereka berdua ini sanggup bersumpah pagi petang siang dan malam.

Berbeza dengan Bob Lokman yang telah insaf dan cuba menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk menjadi seorang yang berjuang ke jalan Allah.

Rupanya-rupanya kemasukan Bob Lokman dalam PAS telah membuatkan pencacai blog senatak raja sesumpah medan info gelabah biawak.

Mereka mengadu kepada Pak Menteri Rais anak Yatim supaya tindakan diambil kepada artis yang pro Pakatan Rakyat. Itulah akal baghal namanya. Dan seperti biasa maka ramailah balaci umno yang mencerca Bob Lokman.

Adakah Pak Menteri Rais akan mengharamkan Bob Lokman dan artis-artis lain yang kini cenderung menyokong Pakatan Rakyat supaya artis-artis lain akan takut seperti tindakannya menyaman sharsphooter untuk menakutkan blogger-blogger pro Pakatan Rakyat yang lain?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Benarkah ADUN PR Selangor mewah?

Posted: 20 Feb 2011 08:33 PM PST

Tan Sri Khalid Ibrahim meminta semua pihak agar menghentikan spekulasi yang mengatakan terdapat segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Selangor yang hidup mewah hasil dari sumber tidak sah.

Menteri Besar Selangor itu ditemui dalam satu sidang media di ibu kota berkata, isu in seharusnya tidak dijadikan tumpuan utama memandangkan urusan pentadbiran bagi membela nasib rakyat adalah lebih diutamakan.

"Saya rasa ada baiknya kita salurkan tenaga kita untuk menentukan pentadbiran negeri dilakukan dengan bersih dan cekap kerana melalui cara itu kita tahu duit rakyat hasil negeri digunakan untuk kepentingan rakyat. Jadi pada saya itu yang lebih penting untuk kita lakukan," katanya selepas berjumpa penduduk di Bandar Tun Razak hari ini.

Khalid juga menjelaskan, kebanyakan ADUN sebelum ini telah memiliki aset sendiri, selain mempunyai kemampuan dalam menguruskan pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak sekiranya ada pihak tertentu yang ingin melakukan soal siasat terhadap dirinya dan ADUN lain.

"Saya tidak menghalang orang membuat semakan dan kajian tapi yang penting adalah kegunaan rakyat bukan kegunaan peribadi," katanya.

Gabungan Anti Penyelewengan Selangor(GAPS) yang dikepalai bekas Setiausaha Umno bahagian Kapar Hamidzun Khairuddin sebelum ini mendakwa sekurang-kurangnya sepuluh ADUN Pakatan Rakyat hidup mewah dan sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan isu tersebut.

GAPS sedang mengumpulkan maklumat mengenai sepuluh Adun yang dimaksudkan.

Mereka didakwa memiliki kereta mewah dan juga banglo selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat. Namun katanya, pendedahan hanya akan dibuat tidak lama lagi.

Sharpshooter - GAPS - Gabungan Aku Pemikiran Songsang - Rumah YB paling kecil ialah rumah YB anak toyol. Kereta paling kecil dan buruk juga adalah kereta YB anak toyol.

Siapa di belakang Gabungan Aku Pemikiran Songsang? jawabnya senatak raja katak sesumpah...

Banyak juga YB PR samada dari Keadilan, PAS dan DAP yang memang sudah mewah sebelum menjadi YB lagi.

Mewah tak salah dalam Islam cumanya jangan dari sumber rasuah saja...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

30 peniaga ditipu Pegawai MPPP

Posted: 20 Feb 2011 07:56 PM PST


JALAN PERAK – Dipercayai seorang Pegawai Kesihatan Awam (PKA) dari Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di dapati menipu 30 peniaga di Pasar Jalan Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Gantian Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong berkata, perkara itu diketahui pihaknya setelah menerima aduan daripada peniaga berkenaan.

Menurutnya, pegawai berkenaan dipercayai menjalankan kerja penipuannya secara bersendirian dengan mengutip wang sewaan daripada peniaga-peniaga.

"Tugas PKA ialah setiap bulan dia akan berjumpa penyewa tapak penjaja sementara (TPS) dan pasar untuk menyerahkan bil hasil daripada bayaran sewa mereka setiap bulan, tetapi sebaliknya peniaga pula yang menyerahkan wang sewaan kepada PKA berkenaan dengan niat supaya PKA akan membayar untuk mereka di pejabat MPPP.

"Tetapi diam tidak diam secara tiba-tiba rupa-rupanya PKA itu tidak membuat sebarang bayaran kepada MPPP, dan dipercayai dia mula mengutip dari peniaga sejak November 2010 hingga Februari 2011," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Pasar Jalan Perak yang terletak di Jalan Perak itu disewa peniaga daripada MPPP dan mempunyai TPS dan juga pasar.

Bagi bayaran sewa bulanan untuk TPS ialah sebanyak RM15 setiap unit dan gerai pula terbahagi kepada beberapa jenis dengan bayaran daripada RM16, RM18 dan juga RM36.

Menurutnya, peniaga mula menyedari mereka ditipu apabila bayaran sewa untuk gerai mereka tertunggak.

Ada peniaga yang terus datang ke Bahagian Perlesenan dan membuat pemeriksaan serta terkejut apabila mendapati sememangnya mereka sudah ditipu apabila wang yang dibayar saban bulan kepada PKA tidak diberi kepada MPPP.

"Kita sudah mengenal pasti PKA ini dan sebelum ini dia menjadi pegawai di tempat lain dan sebab-sebab dia ditukarkan ke Pasar Jalan Perak kita masih tidak tahu, setiap satu kawasan hanya ada satu pegawai sahaja yang menyelia bahagian ini jadi mereka mudah dikenal pasti.

"Peniaga-peniaga juga telah membuat aduan di balai polis dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan," katanya.

Sementara itu bagi pihak MPPP sendiri, sekiranya pegawai berkenaan didapati bersalah dia akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan juga disiplin.

Keputusan juga bergantung kepada pihak yang bertanggungjawab sama ada individu yang bersalah itu akan diberhentikan kerja ataupun digantung kerja sementara waktu.

Ah Teong juga menasihatkan kepada semua peniaga yang menyewa tapak penjaja ataupun gerai MPPP hanya membuat bayaran sewa di Bahagian Perlesenan tanpa menggunakan orang tengah walaupun pegawai MPPP sendiri.

Disebabkan kealpaan peniaga juga menyebabkan kes sebegini terjadi dan ia adalah pertama kali kes penipuan wang sewa itu berlaku.

"Saya tidak pasti berapa lama pihak polis akan siasat kes ini dan bergantung kepada mereka bagaimana bentuk siasatannya dan ingin saya tegaskan lagi kepada peniaga jangan menggunakan orang tengah.

"Kami juga sudah memberikan notis kepada semua PKA MPPP dan memberikan amaran kepada mereka jangan mengambil bayaran sewa daripada peniaga, kerana sewa hanya perlu dibayar di Bahagian Perlesenan MPPP Jalan Padang Kota Lama sahaja," katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

300 India kini sedang berdemo di IPD SPS Nibong Tebal

Posted: 20 Feb 2011 06:21 AM PST

Terkini - Di Ibu Pejabat Daerah Polis Seberang Perai Selatan, Nibong Tebal P. Pinang dalam keadaan agak tegang setelah 8 orang pemimpin hindraf di tangkap di sebuah kuil si Simpang Ampat sekitar jam 5.30 petang tadi.

Mereka dirangkap ketika sedang memberi ceramah tentang isu Interlok di dalam kuil.

Lebih kurang 300 India sedang berkumpul menuntut pembebasan 8 pemimpin hindraf tersebut.

Sharpshooter kebetulan baru balik dari Parit Buntar. Tiba2 bila sampai di Nibong Tebal nampak polis dan kaum India ramai berkumpul sedang berdemo.

Sekadar tukang lapor...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: