Khamis, 17 Februari 2011

SharpShooter

SharpShooter


Hosni Mubarak pengsan dan trauma selepas kebangkitan "Kuasa Rakyat Kuasa Keramat"

Posted: 17 Feb 2011 02:06 AM PST

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com   

Ramai orang ingin mengetahui nasib bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak yang telah digulingkan baru-baru ini yang bermula dari laman sosial, facebook dan twitter.

Menurut berita-berita dari on-line di Eropah dan di Asia Barat sendiri bahawa Hosni Mubarak kini masih di Sham el-Sheikh, sebuah bandar peranginan di Laut Merah, Semenanjung Sinai. Keadaan kesihatannya sangat merosot dan kini dijaga rapi oleh para doktornya dengan kawalan ketat oleh tentera elite di kediamannya itu.

Diberitakan bahawa beliau masih trauma dengan peristiwa kejatuhannya di mana berjuta-juta orang berdemonstrasi di pelbagai tempat di Mesir. Dikatakan dalam keadaan sekarang bila-bila masa saja beliau boleh diterbangkan keluar negeri sama ada ke Israel, negara Arab atau ke Eropah untuk rawatan.

Tetapi nampaknya bukan ke Amerika kerana Amerika dikatakan 'tidak mengalu-ngalukannya'. Namun, khabarnya, Mubarak mahu mati di tanah airnya sendiri.

Mubarak diterbangkan ke bandar peranginan itu bersama keluarganya setelah menyampaikan ucapan terakhirnya, di mana ia menyerahkan
kekuasaan eksekutif kepada mantan Wakil Presiden Omar Suleiman dan kini kuasa itu diambil alih oleh Majlis Tentera.

Belum pasti sama ada beliau akan menjalani rawatan di rumah sakit atau hanya dirawat di rumahnya di Sharm al-Sheikh itu.

Sumber menyatakan bahwa Mubarak telah pengsan dua kali sebelum merakamkan ucapan terakhirnya, yang disiarkan di seluruh negara.

Diberitakan, telah terjadi ketegangan di Istana Presiden sebelum Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya. Menurut sumber on-line lagi, sepatutnya Mubarak berundur beberapa hari sebelum itu. Tetapi baru kemudian dia meletakkan jawatan.

Orang yang paling bertanggungjawab terhadap penangguhan beberapa hari Mubarak dari berhenti itu ialah Gamal Mubarak, anak kedua Mubarak.

Tentera sebenarnya sudah menyiapkan ucapan perletakan jawatan Mubarak dan beliau tinggal membacakannya. Tetapi beberapa jam sebelum pengumuman itu disiarkan di TV pukul 11 malam Jumaat waktu Mesir, Gamal mengubah isi ucapan ayahandanya beberapa kali.

Di istana itu selain Mubarak dan Gamal, ada pula Omar Suleiman, Menteri Penerangan, Anas al-Fiqqi, beberapa pegawai tinggi dan Alaa Mubarak, abang Gamal.

Di Mesir Al Akhbar melaporkan, sebelum 'mengubah' isi ucapan ayahnya, Gamal terlebih dulu bertengkar dengan Alaa Mubarak. Pertengkaran keduanya begitu keras sehingga hampir setiap orang di dalam istana mendengarnya. Beberapa pegawai tinggi bahkan ikut campur menenangkan keduanya.

Dalam bertengkaran itu, Alaa menyalahkan Gamal yang katanya telah mendorong negara ke dalam kancah rasuah dengan membantu rakan- rakan terdekatnya masuk ke pusaran kekuasaan.

"Kamu bukan membantu ayah supaya tetap dihormati hingga akhir hidupnya, tetapi kamu memusnahkannya," kata Alla. Bagaimanapun akhirnya Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya.

Campur tangan Gamal di saat-saat terakhir itu tidak diketahui oleh Rumah Putih, Amerika yang beberapa jam sebelumnya sangat yakin Mubarak akan meletakkan jawatan malam itu.

Pengarah CIA, Leon Panetta bahkan memastikan Mubarak akan berhenti segera. Presiden Barack Obama memberitahu mahasiswa di Michigan bahwa "kita akan menyaksikan sejarah baru di Mesir hari ini."

Tapi beberapa jam setelah itu Obama mendengar pernyataan yang simpang siur dari Kaherah.

Langkah Mubarak untuk meletakkan jawatan malam Jumaat itu telah menyebabkan Hussein Badrawi, Setiausaha Agung Partai Demokratik Nasional, partai yang memerintah, memutuskan berhenti segera.

Dialah orang pertama yang membocorkan berita Mubarak akan berhenti malam itu. Badrawi hairan kerana ia hanya tahu beberapa jam sebelum Mubarak telah memenuhi desakan tentera agar meletakkan jabatan. Menteri Penerangan juga turut berhenti.

Sementara itu, setelah beberapa waktu lalu Ikhwan Mesir menyatakan bahwa mereka tidak akan mendirikan atau menjadi partai politik, namun berita terbaru tidak begitu jadinya.

Ikhwanul Muslimin menyatakan pada hari Isnin lalu bahawa mereka akan membentuk kelompoknya sebagai partai politik setelah perlembagaan Mesir dipinda yang membolehkannya menjadi parti politik dan bertanding.

Dalam sebuah kenyataannya, Ikhwanul Muslimin menyatakan keyakinannya bahwa Dewan Tertinggi Angkatan Tentera Mesir akan menghormati semua janji-janjinya yang dinyatakan dalam lima pernyataannya minggu lalu.

Ikhwan meminta pihak tentera mengumumkan jadual untuk meminda perlembagaan dan mengadakan pilihan raya umum baru yang bebas, disusul oleh pemilihan presiden baru. Ikhwan juga menuntut supaya dibebaskan semua tahanan politik.

Ikhwanul Muslimin, diharamkan sejak tahun 1954 hingga zaman Hosni Mubarak. Ketika demonstrasi besar-besaran di Mesir baru-baru ini Ikhwan mengambil bahagian penting dan orang-orangnya menyediakan para doktor dan makanan serta pakaian untuk para penunjuk perasaan - HarakahDaily

Sharpshooter - Ini sebenarnya wajib menjadi iktibar buat semua pemimpin termasuk pembangkang lebih-lebih lagi buat mereka yang terlalu lama ditampuk kuasa hingga menindas rakyat.

Pemimpin yang adil wajib dikekalkan tetapi pemimpin yang rakus, rasuah serta menindas rakyat wajib dijatuhkan.

Semoga angin perubahan akan merebak hingga ke Malaysia..InsyaAllah


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jawapan TG Nik Aziz terhadap Che Det

Posted: 17 Feb 2011 01:36 AM PST

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata  kegelisahan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada "Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa."

Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS, akhirnya Umno yang menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri.

Menteri Besar Kelantan ini berkata, tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam. 

Katanya, apa yang penting diamalkan ialah semua menjadi hamba abdi kepada Allah dan sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan "Allahu Akbar", maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India. 

"Sementara  dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini. 

"Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan dalam kehidupan manusia," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

"Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat," katanya.

Pada hari yang sama semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengakui pengetahuan agama Nik Aziz  lebih "dalam", tetapi menggesa agar Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.," kata Dr Mahathir dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru kata bekas presiden Umno ini, "bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya."

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Dalam tulisan kali ini, Nik Aziz menambah, amatlah malang jika rakyat negara ini terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa sedangkan ia bukan ajaran Nabi. 

Kata beliau, seharusnya rakyat tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah (ayat 5-7).

"Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular. 

"Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit hinggalah sanggup duduk di atas prinsip agama lain (suku), politik lain (suku)," katanya lagi.

Lalu kata Nik Aziz, timbul ajaran yang asing dari Islam, antaranya mengajar umat Islam supaya "tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat." 

"Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya perkara politik itu disebut di luar masjid," katanya lagi.

"Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan atau musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia. 

"Maknanya dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik," katanya.

Nik Aziz seterusnya menulis, maka terimalah perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan sekular, sekali gus "sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita."

Tulisan Nik Aziz kali ini bermula dengan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menurutnya, kegagalan polisi itu pada 1990 adalah tercatat dalam sejarah. 

Kata beliau, hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tidak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat. 

"Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?" katanya lagi.

Justeru kata Nik Aziz, sementara umat Islam menyambut Maulidur Rasul maka  sepatutnya mengambil ajaran Nabi iaitu mengajar agar menjalin persaudaraan dan berkasih sayang. 

"Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita," katanya.

Kata Nik Aziz, apabila disebutkan kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam.

"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam kerana inginkan kepentingan yang sama. 

"Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat," katanya lagi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kes Rais vs Sharpshooter

Posted: 16 Feb 2011 06:47 PM PST

Sharpshooter bersama Chegubard tiba di Mahkamah Tinggi jam 8.30 pagi.

Kemudian dipanggil ke dalam Kamar Yang Arif Hakim Datin Zabariah Bt Mohd Yusof.

Sepatutnya perbicaraan kes akan didengar pada 22 Feb 2011 tetapi
setelah berbincang, Hakim akan menetapkan tarikh baru untuk mendengar
perbicaraan kes tersebut.

--
Sent from my mobile device

Sharphooter tampil ke Mahkamah Tinggi isu saman Pak Menteri

Posted: 16 Feb 2011 03:13 PM PST

Salam sejahtera buat semua sahabat seperjuangan, blogger dan
pengunjung blog Sharpshooter.

Alhamdulillah Sharpshooter bersama Chegubard, blogger Edyes dan Zam
selamat sampai ke Bangi biarpun semasa dalam perjalanan kelmarin,
kereta Chegubard rosak di Bukit Merah dan akhirnya terpaksa ditunda ke
bengkel di Kemunting, Taiping.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Bangi dengan menaiki kereta
kembara milik saudara Halim Ketua Amk Taiping yang sudi membantu kami.

Chegubard yang sepatutnya hadir ke Majlis Rumah Terbuka CNY di Tg
Malim, tidak dapat hadir kerana terlewat.

Alhamdulillah akhirnya kami sampai d Bangi rumah mertua Chegubard jam
11.53 malam.

Pagi ini kami akan bertolak ke Mahkamah Tinggi Malaya Jalan Duta untuk
fail balas afidavit kes saman Pak Menteri Rais Yatim terhadap
Sharpshooter dalam artikal 'Hei Pak Menteri...mana mau lari' yang di
'copy paste' dalam artikal HarakahDaily.

Berita lanjut akan menyusul nanti...

Sementara itu berita terkini - Ibu Tn Hj. Mohd Sabu telah kembali ke
Rahmatullah malam tadi. Jenazah ada dirumahnya di Guar Petai & akan
disolatkan selepas solat Zohor nanti di Msjd Padang Menora. Semua
dijemput utk solat jenazah. Tlg sebarkan..takziah buat keluarga Mat
Sabu semoga roh ibunya ditempatkan bersama orang-orang
beriman..amin..Al-Fatihah..

--
Sent from my mobile device

Tiada ulasan: