Isnin, 7 Februari 2011

SharpShooter

SharpShooter


Taib Mahmud mesin ATM di Sarawak?

Posted: 06 Feb 2011 10:18 PM PST



Taib Mahmud atau dikenali dengan gelaran Tok Uban Sarawak telah memegang kuasa selama 30 tahun di Sarawak. Beliau juga digelar Mesin ATM (Abdul Taib Mahmud) Sarawak.

Tok Uban menjadi kaya raya di Sarawak sedangkan negeri Sarawak yang paling miskin. Video di atas membongkarkan muslihat Taib, yang memperalatkan rakyat Sarawak dan merampas harta negeri Sarawak selama ini untuk kepentingannya sendiri.

Menurut laporan dari blog Sarawakreport.com, Taib Tok Uban didakwa mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai 'Chief Minister & Sons' dipapar melalui montaj imej dan didakwa 'menyapu' semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh dalam video tersebut adalah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng.

Apakah Taib Tok Uban akan menerima nasib sama seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak yang rakyatnya keluar protes beramai-ramai turun ke jalanraya mendesak agar Hosni Mubarak Berundur?

Laporan akhbar mengatakan harta kekayaan Hosni Mubarak mengatasi harta manusia terkaya di dunia, iaitu Carlos Slim Helu dan bagaimana beliau mampu mengumpul harta kekayaan ini bukan lagi persoalan. Selama 3 dekad pemerintahannya, anggaran kekayaan mencecah US$70 billion mengalahkan Harta Carlos Slim Helu sebanyak US$54 billion dan Bill gates sebanyak US$53 billion menurut Forbes.

Rangkaian berita ABC menyatakan kebanyakkan harta Hosni diperoleh melalui kontrak usahasama ketenteraan, melalui amalan rasuah, penyelewangan wang rakyat disamping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan dollar.

Semoga pemimpin yang rakus dan tamak dapat disingkirkan dari persada takhta. Jangan pilih pemimpin yang hanya gunakan rakyat ketika mahu bertanding sahaja tetapi selepas menang, wang rakyat pula yang dipunggah untuk kepentingan diri sendiri. Takbir.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Cubaan merampas Selangor diteruskan.

Posted: 06 Feb 2011 08:15 PM PST

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dalam blog peribadinya.

Beliau didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".

Shuhaimi tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

NONEShuhaimi diwakili tujuh peguam, diketuai peguam hak asasi manusia terkenal Edmund Bon.

Peguam lain, termasuk Lateefa Koya, Yusmaidi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini.

Turut hadir pada prosiding di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat, termasuk Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Yaakob Sapari.

Sharpshooter - Mungkinkah ini adalah fasa 2 usaha umno apco untuk merampas semula Selangor selepas Perak. Selangor adalah mesin ATM buat umno kerana negeri Selangor adalah negeri yang kaya. UMNO memekik menjerit melolong melalak seperti orang kurang siuman sebab mesin ATM mereka telah dirampas di Selangor.

Semoga YB Shuhaimi tabah hadapi cubaan ini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Karnival Anak Muda dan Jualan 2011

Posted: 06 Feb 2011 08:03 PM PST


KARNIVAL ANAK MUDA DAN JUALAN SELANGOR 2011
anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
dengan sokongan Majlis Perbandaran Sepang & kerjasama Angkatan Muda KEADILAN Sepang

5 - 16 Feb. 2011
di dataran Prima Avenue, Cyberjaya
5- 16 Feb : Gerai Jualan dan Pameran dibuka


ada banyak acara sepanjang karnival dan antara acara besar ialah




Forum Perdana dan Konsert
10 Feb 2011, 8.45 malam

bersama YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ust. Badrul Amin
dan Ust. Ghani Abd Rahman
moderator Syed Mikael Rizal Aidid



Malam Debat/Diskusi Anak Muda
11 Feb 2011, 8.45 malam

bersama wakil siswa dari 5 IPT tempatan, wakil Pemuda Umno, Wakil AMK,
Wakil DPPAS, Wakil DAPSY dan Wakil MIC
moderator : che'GuBard (SAMM)


Pesta Futsal Rakyat Karnival Anak Muda
12 Feb 2011, 8.45 pagi - 8.45 malam

penyertaan terbuka kpd 32 pasukan pertama
Yuran RM35/pasukan
Hadiah wang tunai pertama RM800, Kedua RM500, Ketiga RM300, tempat ke 4-10 Hamper
penyampaian hadiah YB Dr. Yunus

berminat sertai hubungi : 0126794704 (Yaser)



Pidato Umum 'Selangor dan melakar masa depan negara'
12 Feb 2011, 8.45 malam

bersama YAB Tan Sri Khalid (sudah dijemput belum sah kehadiran),
YB Rodziah Ismail, YB Haniza Talha dan beberapa pimpinan muda Selangor.

Kemunculan khas Azhan (Juara Akedemi Nasyid TV9) membuat persembahan



Konvoi Anak Muda bersama Yasir Said (Juara Cub Prix Asia)
13 Feb 2011, 9.00 pagi (mula Labu Lanjut) 4.00 ptg (tamat tapak karnival)
berminat sertai hubungi : 0129781707 (Sani)


Sepetang sembang anak muda
13 Feb 2011, 4.45 ptg
bersama
Yasir Said - kongsi pengalaman budak kampung kuasai litar asia,
S. Arutchelvan (pengasas NGO Suara Rakyat Malaysia) - hak anda di depan polis,
YB Amirudin - peluang belia di Selangor
moderator : Norazizi (SAMM)

Malam Kesenian

13 Feb 2011, 8.45 malam

bersama Kumpulan The Society, Blank (vokalis GAMMA), Pyanhabib, Dinsman, Azhan (Juara Nasyid), Ami Jagat, YB Ust Mujahid, che'GuBard dan ramai lagi.


Sepanjang karnival sebanyak 35 buah khemah jualan dan pameran dibuka. 20 gerai untuk tujuan kormesial perniagaan disewakan dengan kos berpatutan sesuai dengan program ini yang bukan bersifat keuntungan, bagi peniaga atau pihak korporat dijemput bersama dengan Karnival yang akan menghimpunkan ribuaan anak muda di Dataran Prima Avenue, Cyberjaya. Berminat sila hubungi Yaser 0126794704 atau Rizal 0123535698

selain itu

MENONTON FILEM bersama AMNESTY INTERNATIONAL MALAYSIA




LokasiLot No. 15, Jalan Teknorat 6, Cyberjaya

Disediakan oleh
Amnesty International Malaysia


Amnesty International Malaysia akan mempertontonkan pelbagai jenis filem yang pernah ditayangkan di pawagam untuk anak muda sempena Karnival Anak Muda & Jualan Selangor 2011 ; bersama kami pada tarikh berikut;

8hb Feb - Dancer in the Dark
9hb Feb - The Blindside
14hb Feb - Gedebe
15hb Feb - Provoked
16hb Feb - Sicko


* Semua pertunjukan bermula dari jam 8.30mlm

* Turut disediakan KAUNTER DAFTAR PEMILIH oleh wakil pendaftar SPR.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 017-6997684 atau klik sini

Jumpa anda disana!





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sharpshooter muncul kembali menerjah Pak Menteri

Posted: 06 Feb 2011 07:26 AM PST

Alhamdulillah akhirnya blog Sharpshooter berjaya dipulihkan setelah digodam. Jutaan terimakasih buat semua yang memberi sokongan dan semangat kepada Sharpshooter.

Terimakasih juga kepada Pak Menteri...mana mau lari... yang telah mempopularkan blog nyamuk kerdil Sharpshooter.

Untuk makluman semua, atas nasihat peguam, sharpshooter tidak dibenarkan membuat sebarang komen tentang isu saman tersebut.

Namun begitu, sharpshooter ucapkan jutaan terimakasih kepada blogger-blogger lain yang memberi sokongan awal dan bertindak seperti peguam sharpshooter...hehehehe..

Kelab Greenboc Terang, Tajam & Tepat adalah blogger terawal yang memberi ulasan terhadap isu ini.

Ulasannya - Hairan kita dengan Pak Menteri yang seorang ini. Macam cacing kepanasan. Sepatutnya beliau mengambil injunksi terhadap Wikileaks yang telah mendedahkan kes beliau. Namanya tempampang beberapa di dalam laporan berkenaan. Begitu juga Rais sepatutnya menyaman Migrant Care yang telah mewawancara perempuan yang mendakwa dirinya dirogol oleh Rais.

Saya tertanya-tanya kenapa Rais tidak mebersihkan namanya mengheret Migrant Care ke muka pengadilan sedang Migrant Care telah menyatakan lebih awal bahawa mereka mempertahankan dakwaan mereka itu? Apakah Rais takut lebih banyak akan terburai di mahkamah jika beliau melakukan demikian?


Sambungan artikal Kelab Greenboc lengkap dengan kenyataan Moigrant Care boleh layari di sini

Selepas itu Blog Edyesdotcom turut memberi sokongan moral kepada sharpshooter.

Blog edyesdotcom akan bersama blog sharpshooter yang menjadi blog pertama yang dihalang bersuara di alam siber. Ini mendekatkan lagi ura-ura kerajaan Malaysia untuk menggubal undang-undang baru akta multimedia yang mengawal aktiviti blogger dan laman sosial lain.

Blog sharpshooter yang dikendalikan oleh Din Binjai telah dihalang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tuduhan rogol terhadap Rais Yatim. Namun Din Binjai sharpshooter tidak gentar dengan asakan Rais Yatim yang mendapatkan injuksi mahkamah...berita lanjut di sini.

Blog sensasi Tukar Tiub Hishamudin Rais turut memuatkan dua artikal tentang isu Pak Menteri anak yatim ...ulasannya...

KAH KAH KAH
K
AH KAH KAH
KAH KAH KAH


1 – rais yatim tidak rogol amah
2 – rais yatim tidak rogol kerusi
3 – rais yatim tidak rogol bangku
4 – rais yatim tidak rogol kereta
5 – rais yatim tidak rogol lembu
6 – rais yatim tidak rogol kambing
7 - r
ais yatim tidak rogol gajah
8 – rais yatim tidak rogol kuda
9 – rais yatim tidak rogol lori
10 – rais yatim tidak rogol badak

KAH KAH KAH KAH

Anda boleh layari di sini dan di sini

Blog paling popular di P.Pinang Anak Sungai Derhaka milik ajk Keadilan Permatang Pauh turut menelefon sharpshooter dan membuat ulasannya sendiri. Katanya mengapa Amizudin bukan Ahirudin (Rocky Bru)

Sebenarnya, jika kita membaca apa yang telah disiarkan oleh Amizuddin Ahmat didalam blognya iaitu sharpshooterblogger.blogspot.com dibawah tajuk "Hei Pak Menteri.. mana mau lari" kita akan dapati artikel tersebut bukanlah dari tulisan beliau, ianya adalah artikel yang telah disiarkan oleh Harakahdaily sepertimana yang tertera diakhir artikel jadi mengapa Amizuddin yang dikenakan perintah mahkamah itu?

Nasihat dari siapa yang telah diterima oleh Rais Yatim ini untuk menyemarakkan kembali isu 'Menteri Rogol Amah' di arena blog, Nampak sedikit kurang cerdik kerana isu ini telah semakin padam tetapi ianya ditimbulkan semula.

Biarpun ada beberapa individu yang mengatakan isu perintah mahkamah yang dikenakan terhadap Amizuddin ini mungkin kerana isu peribadi antara beliau dan Rais Yatim sendiri.
Sambungannya anda layari di sini.sini.

Blog Ikut Suka Aku juga turut membuat ulasan tersendiri dalam kes saman Rais ini. Katanya Lu orang perasan tak salah satu sifat bangsa umnoapco, terutamanya Pak2 Menteri diorang yang jaga Kementerian... hahahaha... macam cibai wa cakap lu sejak dulu kini dan selamanya.

Yang gua terperasan sejak dulu kini dan selamanya ialah apabila ada sesuatu perkara yang melibatkan orang melayu, Pak2 Menteri Malaysia nih.... punyalah berani teramat. Tetapi apabila ada sesuatu perkara yang melibatkan kaum Cina/India Pak2 Menteri Malaysia akan tunduk, bak pepatah pijak babi pun tak mati beb.... kah...kah...kah.....

Kali ini gua terperasan berkaitan tuduhan terhadap sorang Menteri yang di tuduh entot-entot belakang pintu... ngeeeee..., apa kejadahnya dia dapatkan injunksi terhadap Blogger Sharpshooter...???? sambungannya di sini.

Kepada blogger yang menyokong sharpshooter yang tak sempat sharpshooter siarkan di sini sharpshooter minta maaf banyak-banyak. Semoga sokongan anda diberkati Allah hendaknya.

Manakala AMK P.Pinang pula telah mengadakan sidang media di Yayasan Aman untuk membidas dan mengecam Rais Yatim.

Laporan Sinar - PENANTI – Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), semalam, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyaman blogger, Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap beliau menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Ketuanya, Amir Mohd Ghazali berkata, mengapa Amizudin yang perlu disaman dan bukannya Datuk Ahirudin Attan atau Rocky's Bru kerana beliau yang mula mendedahkan isu berkenaan melalui tulisannya di blog.

Menurutnya, ia disusuli pula dengan artikel yang menyokong tindakan Ahirudin oleh beberapa blog lain seperti BigDogDotCom selang beberapa hari selepas artikel berkenaan disiarkan. Sambungannya di sini

Manakala berita TV Selangor anda boleh baca di sini.



TV Selangor juga telah menelefon sharpshooter petang tadi tetapi atas nasihat peguam, sharpshooter tidak dibenarkan membuat sebarang komen tentang isu Pak Menteri anak yatim kematu ini.

Terimakasih buat semua yang memberi sokongan begitu juga kepada selamat datang kepada pengikut baru blog Sharpshooter yang bertambah secara mendadak. Lawan tetap lawan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: