Jumaat, 25 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Sapa bapak konspirasi terhadap Anwar... kahkahkah... cuba teka... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2011 06:55 AM PST

Amboi, bukan main main lagi Umno punya pergunakan kes fitnah liwat II ni demi kepentingan politik depa. Depa punya tibai tak kira halal haram, tak kira dah samaada rakyat rasa diperbodohkan atau tidak.

Tapi yang menjadi persoalannya ialah, kalau dulu Mahathir amat dibenci ramai sebab dia dikata bapak konspirasi, agak agak hangpa la... sekarang ni untuk fitnah liwat II ni, sapa pulak bapak konspirasinya?

Perlu diingat, kes bermula semasa Abdullah Badawi masih Piem. Diakah kepalanya? Tapi sekarang ni dia bukan Piem lagi, yang jadi Piem ialah Najib. Jadi, Pak Lah atau Najib yang sebenarnya boleh ditabalkan sebagai bapak konspirasi nih. Errr... pelik sikit nih, bolehkah konspirasi diperturunkan macam penyakit keluarga daripada satu Piem ke satu Piem yang lain? Kahkahkah...

Atau tak dak konspirasi apa apa pun?

Tapi aku nak tanya lagi la, boleh kah bapak konspirasi ni adalah orang yang sama macam kes fitnah liwat I dulu? Bukankah skrip dan gayanya hampir sama melainkan watak saja yang berbeza? Kalau dilihatkan bekas Piem yang sangat bersuka ria diwaktu beliau masih menduduki bangku Piem tu... hingga kini pun dilihat masih amat amat berpengaruh? Tak mustahilkan? Kahkahkah....

Kenyataan paling telus yang pernah gua baca... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2011 03:55 AM PST

Tiada sebarang senjata ditemui di pejabat SPRM

Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa tiada sebarang senjata seperti kayu dan paip besi dijumpai di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Usaha mencari alat senjata berkenaan dilakukan oleh pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri di keseluruhan pejabat iaitu di tingkat 14 dan 15 di Plaza Masalam.

Ahmad Nazri berkata beliau mencari senjata itu di pejabat pegawai penyiasat SPRM Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus (pegawai yang menyoal siasat Teoh), tandas, siling dan kawasan sekitar.

Beliau juga memberitahu tidak menemui sebarang kesan pergelutan di pejabat tersebut.- Bernama

Kahkahkah....
Kahkahkah....
Kahkahkah....

Nasib baik la ada al-Qaeda, kalau tidak mesti dia kata Anwar Ibrahim punya angkara... kahkahkah...

Posted: 24 Feb 2011 08:00 PM PST

Gaddafi salahkan al-Qaeda sebagai dalang

BENGHAZI: Presiden Muammar Gaddafi hari ini menyalahkan rangkaian al-Qaeda sebagai dalang yang memporak-perandakan Libya ketika beliau muncul untuk kali kedua bagi mendapatkan semula sokongan rakyatnya.

Muncul dalam siaran televisyen negara itu, Gaddafi berkata, protes besar-besaran yang berlaku sejak lebih seminggu lalu bukannya pemberontakan rakyat terhadap pemerintahannya selama 41 tahun. Katanya, ia semata-mata disebabkan perbuatan remaja yang 'melempar batu dan menagih dadah' dan 'remaja yang sengaja melepaskan tembak rambang' selepas didalangi Osama bin Laden.

"Mereka inilah yang dipengaruhi dan diarahkan oleh Osama dan mereka ini sudah pengaruhi dadah," katanya. - AFP

Time kekal, riuh jadi hero... time naik, macam tikus lari masuk lubang... kahkahkah...

Posted: 24 Feb 2011 07:24 PM PST

Kerajaan Kekalkan Harga RON95 Dan Diesel, Kata Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.- Bernama

Tiada ulasan: