Isnin, 21 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Semangat Mesir dah mai dah... kahkahkah...

Posted: 21 Feb 2011 07:12 AM PST

Lama sungguh kita tak dengar sorakan dan laungan semangat suara mahasiswa yang matang dan dewasa dari institusi pengajian tinggi tempatan, lama sungguh. Tapi Khamis lalu 17 Feb, kita dah mula lihat, dah mula dengar apa yang kita impikan selama ini iaitu suara mahasiswa dan siswi kita yang berani meletakkan hak diatas segalanya dan tak lagi jumud dan terhimpit pada kekangan sang penguasa.

Bertambah panas bilamana pada petang Ahad, 20 Feb dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa UM, Masturah Abu Bakar.

Sejak minggu lepas hingga sekarang, apa yagn jelasnya para pentadbir universiti masih memandang rendah keupayaan mahasiswa. Mahasiswa dan siswi masih dilayan bagai lembu kenyang, seolah olah mereka ini begitu dungu untuk mengatur aktiviti dan melangsungkan fungsi gerakan pelajar secara berkesan dan matang. AUKU masih lagi bisa mengongkong sekaligus memenjarakan minda dan sahsiah anak-anak muda dengan mengangkat kuasa tidak terbatas HEP dalam menentukan... yang boleh dan tidak boleh... dibuat di kampus kampus.

Aku pasti, sedikit sebanyak semangat anak anak muda Mesir yang menjatuhkan Presiden 30 tahun mereka, Hosni Mubarak turut memberi sedikit kesan dan semangat. Sehinggakan gimik berani pelajar-pelajar seperti mengusung "keranda" di UPM dan membaringkan "mayat" di UM boleh kita saksikan. Apa yang jelas, aku dapat rasakan yang luahan rasa mereka tidak boleh diremehkan, ada mesej besar yang mahu disampaikan.

Dua dihukum penjara 20 tahun

Posted: 21 Feb 2011 01:06 AM PST

DUA pekerja Ladang, U Suresh dan K Saravanan yang didapati bersalah diatas kematian jutawan kecantikan arwah Sosilawati. Trio tersebut kelihatan telah dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman 20 tahun terhadap mereka hari ini. - FOTO Roslin Mat Tahir.

Jenis tak sedar diri... haha...

Posted: 20 Feb 2011 10:16 PM PST

SAIF AL-ISLAM, anak kepada Presiden Muammar Gaddafi masih kelihatan penuh keyakinan dan ranggi sewaktu ucapanya yang disiarkan televisyen, di Tripoli, awal hari ini. - Foto Reuters

Mati terdampar

Posted: 20 Feb 2011 10:11 PM PST

LEBIH 100 ikan paus ditemui mati terdampar di satu kawasan pantai terpencil di Pulau Stewart, di perairan Kepulauan Selatan, New Zealand. - AFP

Apa hal ni ooiii... ngeri betul laa...

Posted: 20 Feb 2011 09:35 PM PST

Macam macam la dengan demokrasi ala Malaysia nih. Makin kotor dan mengerikan. Adakah ini semua sengaja diadakan untuk menakut nakutkan calon atau kumpulan yang tidak sehaluan dengan kehendak dan perjalanan pemikiran pemerintah?

Apa yang terjadi kat Anwar Ibrahim sebagai contoh, beliau telah dihenyak kiri kanan dengan tohmahan yang diada adakan sehingga kini hangat menjadi perbahasan dalam Mahkamah semata mata untuk merosakkan kredibliti Anwar sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia. Terbaru, calon Umum Pro-Mahasiswa (pro-M) Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang petang kelmarin, telah ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi - beberapa jam selepas kumpulan itu mengadakan sidang media.

Bagaimanapun, si Masturah ni dah pun ditemui dalam "keadaan lemah dan tidak mampu untuk berbicara panjang".

Masturah dijumpai

Posted: 20 Feb 2011 06:41 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Calon Pro-M Universiti Malaya, Masturah Abu Bakar yang dikatakan hilang ditemui selepas berapa siri kempen pilihan raya kampus di universiti itu.

Harakahdaily difahamkan, pada pukul 10.40 malam tadi pihak Pro-M menerima maklumat Masturah dijumpai di Bangi.

Berapa anggota Pro-M bergegas ke Bangi dan beliau dijemput oleh ahli keluarga dan dibawa balik ke rumahnya di Sungai Buluh.

Mereka terus bergegas ke rumahnya dan mengesahkan perkara tersebut.

Tiada ulasan: