Khamis, 17 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Sistem, sistem, sistem...

Posted: 17 Feb 2011 06:01 AM PST

Anwar Ibrahim, bagi aku la... adalah orang yang paling layak untuk memperkatakan tentang kebobrokan sistem di Malaysia. Beliau sudah masak dengan sistem Malaysia yang kian menekan rakyat sendiri. Beliau adalah mangsa pada sistem yang dikatakan adil tapi menyebelahi pemerintah. Setiap kali melangkah kakinya ke Mahkamah Malaysia, sistem itu sendiri sudah jelas tunjukkan arah dirinya kepenjara.

Inilah sistem Malaysia yang jelas punyai banyak persamaan dengan negara Mesir walaupun dari segi ekonominya agak berbeza. Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya. Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.

Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal. Di sini, di kalangan umat Melayu beragama Islam, siapa paling kaya...anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua, adik Najib, Nazir... yang ketiga Tan Sri Syed Mokhtar.

KJ cari celah... dah pandai berpayung terjun... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2011 05:50 AM PST

Anak lelaki Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Jibreil Ali, 3, memberi tabik hormat kepada bapanya, Khairy Jamaluddin selepas Majlis Penutup Kursus Ahli Paracut Statik Siri APS/1/2011 di Zon Guguran (DZ) Padang Sanai, Padang Terap di Kuala Nerang, Khamis. - Foto THE STAR Oleh G.C. TAN

Azmin kena belasah, buat malu kompeni saja... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2011 03:00 AM PST

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut... muka tak tau letak mana... kahkahkah...

Akibat dari keceluparan Azmin yang secara terbuka pertikaikan kononnya Pas kini kerusi kerusi PKR dalam PRU ke 13 nanti telah membuatkan beberapa pemimpin Pas bengang dan memulangkan kata kata sinis kembali pada Azmin dengan mengingatkan Timbalan Presiden PKR yang baru itu supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.

Dari segi kelayakan ternyata, Azmin tidak layak sama sekali bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini. Sepatutnya perkara berkaitan perlu disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesir sedang lakukan... kahkahkah...

Posted: 16 Feb 2011 08:32 PM PST

Topik lawak hari ni adalah berkenaan demokrasi dan kebebasan bersuara ala Malaysia... kahkahkah...

Hak rakyat atau parti-parti politik dalam menyampaikan maklumat, terhad dan memang sengaja dihadkan. Malaysia macam dah jadi negara Polis. Akta Polis yang ada turut mensyaratkan setiap rakyat hanya boleh berkumpul 10 orang dan ke atas dengan syarat mestilah mempunyai permit dari Polis. Dari segi amalannya... hampas, ia hanya berkuatkuasa untuk himpunan politik parti pembangkang atau kumpulan yang tidak sehaluan dengan BN saja, kecuali selepas tempoh penamaan calon hingga hari mengundi.

Piem Umno, TPiem Umno serta menteri-menteri Umno boleh turun atas nama program bersama rakyat. Tiap biji butir ucapan depa sarat dengan kempen politik, tak perlu pada permit polis pun. Tapi pemimpin politik pembangkang yang berceramah politik tanpa permit dikepung dengan ratusan anggota polis, sekalipun yang hadir ceramah lebih kecil dari jumlah anggota polis.

Kebebasan media jangan mimpi. Bayangkan dalam begitu banyak media elektronik yang terdapat di negara ini.... kahkahkahkah.... 100 peratus berpihak BN!

Semua media elektronik ni pulak terikat dengan syarat lesen yang terpaksa diperbaharui dalam tempoh tertentu. Mampus depa nak berani menanggung risiko kalau menyokong pembangkang, cari lesen tak perberbaharui... kahkahkah... berkecuali pun kena apatah lagi kalau dah memihak pada pembangkang. Begitu juga dengan media-media cetak. Hampir kesemuanya memihak kepada BN, manakala akhbar parti pembangkang hanya dihadkan kepada ahli. Nak meniaga akhbar pembangkang tepi jalan dah jadi macam berniaga candu atau ganja, takut diambil tindakan.

Dalam celah celah tu, semua orang tahu yang RTM adalah satu-satunya media milik kerajaan. Gaji para pekerjanya dibayar dari duit cukai yang dikutip dari rakyat termasuk ahli-ahli parti pembangkang. Tapi RTM adalah juara penyampaian propaganda BN, berkempen untuk BN dan memburukkan pembangkang secara terang-terangan.

Baru hari ni mungkin ramai dari kita yang sedar bahawa tidak mudah sebenarnya menawan Putra Jaya selagi amalan demokrasi di Malaysia masih tempang bagai timbang yang berat sebelah. PR boleh menang pilihanraya tapi amalan demokrasi mestilah dimurnikan terlebih dahulu... kahkahkah... Itu yang rakyat Mesir sedang lakukan sekarang.

Tiada ulasan: