Jumaat, 25 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


PRK Merlimau : Persediaan Terakhir SPR

Posted: 25 Feb 2011 04:08 AM PST

Petugas SPR Radziah Ismail melekatkan tanda nama tempat duduk pegawai sebagai persiapan proses Penamaan Calon bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Pilihanraya kecil DUN Merlimau akan diadakan serentak dengan DUN Kerdau di Pahang, 6 Mac ini berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 19 Jan lepas akibat serangan jantung.

Calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44. dijangka akan menentang calon PAS Yuhaizat Abdullah, 38, pada pilihanraya itu nanti.


3.jpg (300×197)
Petugas SPR Sharif Ahmad melekatkan tanda nama pada kerusi semasa menyiapkan tempat pendaftaran nama calon bagi pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

2.jpg (300×212)
Petugas-petugas SPR sibuk membuat persiapan proses Penamaan Calon menjelang pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

1.jpg (212×300)
Petugas SPR A Amirudin Md Ali memasang papan tanda Dewan Penamaan Calon bagi pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.


Sumber : Bernama

Banglo Guna Gelongsor Ganti Tangga

Posted: 24 Feb 2011 11:07 PM PST



Naik dan turun tangga boleh menjadi satu perkara yang membosankan ... itulah sebabnya mengapa pasukan arkitek Jepun ini telah membuat sebuah rumah dengan gelongsor, bukan tangga.

Level architects berkata mereka diberikan penerangan untuk merekabentuk sebuah rumah yang akan mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak yang berterusan.

Setelah memikirkan cabaran tugasan itu, lalu mereka memutuskan untuk memasukkan unsur permainan dalam bahagian rumah yang juga berfungsi seperti tangga.

Hasilnya adalah rumah keluarga tiga tingkat di Nakameguro, Tokyo, yang mempunyai tangga di satu sisi dan gelongsor di sisi yang lain. Apa pula selepas ini ... sebuah kolam polo air di bilik mandi?


2.jpg (620×450)

Seorang juru cakap untuk Level architects berkata mereka tidak mahu gelongsor itu hanya untuk anak-anak bermain, tapi juga untuk orang dewasa menggunakannya dalam sebahagian daripada rutin seharian mereka.

"Ketika rumah ini dikunjungi sebulan selepas selesai pembinaan, terbukti gelongsor ini menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka. Cara penggunaannya daripada ahli keluarga tersebut telah melebihi harapan kami."

3.jpg (620×450)

Gara-gara Keras Kepala

Posted: 24 Feb 2011 05:34 PM PST



Kontraktor penyelenggara jalan raya perlu melakukan kerja-kerja penurapan di tempat parkir Market Street di Whitworth, Rochdale, Greater Manchester.

Bagaimanapun mereka terpaksa menghadapi seorang pemandu yang tidak mempedulikan tanda amaran'dilarang parkir' di situ.

Para pekerja kontraktor terus melakukan kerja-kerja turapan di sekeliling kereta Ford Focus ini selepas pemilik kenderaan tersebut tidak menghiraukan tanda-tanda amaran yang memberitahu kepada orang awam bahawa kerja-kerja penurapan akan dijalankan di situ.

Mereka meneruskan dengan kerja-kerja mereka - dan membiarkan kereta Ford Focus terkepung di tengah-tengah jalan yang sudah diturap.

Glynn Normoyle seorang penduduk tempatan melihat peristiwa itu daripada Pejabat Pos yang berdekatan.

"Ketika saya melihat melakukan kerja-kerja penurapan di sekeliling kereta itu, saya tidak boleh percaya.

"Sebelum itu para pekerja pembinaan banyak melakukan panggilan telefon sebaik mereka tiba di situ untuk memulakan kerja - saya rasa mereka cuba untuk mencari siapakah pemilik kereta itu dan apa yang harus mereka lakukan selanjutnya."

Papan tanda amaran dilarang memarkir kenderaan di situ sudah dinaikkan pada 8.00 pagi hari Isnin 14 Februari, dan pekerja pembinaan tiba di situ dua hari kemudian.

2.jpg (634×391)
Kereta itu sudah pergi dan meninggalkan ruang kosong yang belum diturap.

Datuk Bandar Walikota Whitworth, David Chorlton yang mempunyai perniagaan paip di Market Street, berkata: "Beberapa orang ada memberitahu kepada saya tentang hal ini ketika mereka datang di kedai.

"Mereka merasa sangat lucu dan saya sangkakan mereka sekadar bergurau, jadi saya pergi untuk melihat sendiri.

"Rasanya seperti sebuah adegan dari rancangan You've Been Framed."


Seorang jurucakap Majlis berkata baki parkir yang belum diturap akan dilakukan secepat mungkin.

Tiada ulasan: