Khamis, 17 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Adun Tenang Sakit Jantung.

Posted: 17 Feb 2011 08:47 AM PST


Belum pun habis BN meraikan kemenangan di PRK Labis.
Belum pun sampai sebulan Adun Tenang, Azhar Ibrahim berkhidmat sebagai Adun.
Belum pun hilang warna merah tanah kubur Datuk Sulaiman Taha.
Adun Tenang yang baru, Mohd Azhar Ibrahim dilaporkan telah diserang sakit jantung.
Khabarnya sudah 4 hari beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Azhar Ibrahim 39 tahun merupakan seorang bekas ADO telah meletak jawatan lebih awal dari perkhidmatannya kerana menjadi calon BN pada PRK Tenang yang lalu. Oleh kerana itu dipercayai beliau berkemungkinan tidak dapat wang pencen dari jawatannya itu. Ini kerana sebagai kakitangan perkhidmatan awam, dia perlu bekerja selama 10 tahun bagi melayakkan dia menerima pencen.

Tidak mengapalah, sebab beliau pun sudah menang sebagai Adun Tenang. Tapi syarat sebagai wakil rakyat (Ahli Parlimen/Adun), beliau perlu menjadi wakil rakyat selama 2 penggal berturut-turut bagi membolehkan dia menerima pencen. Bagi wakil rakyat yang berkhidmat hanya sepenggal, dia tidak layak menerima pencen.

Jadi sama-samalah kita berdoa supaya Mohd Azhar Ibrahim ini kembali sihat dan dapat berkhidmat kepada masyarakat Labis. Kasihan juga kepada keluarganya. Andai apa-apa berlaku kepada Tok Ai, maka tiadalah pencen terbitan untuk mereka. Penat PRK Tenang tidak hilang lagi, rasanya tak sanggup untuk PRK kali ke-2 di Tenang dalam satu penggal!.

Lepas Kugan, Teoh Beng Hock kini Pak Sa'aid : Husam Musa

Posted: 16 Feb 2011 11:18 PM PST


Selepas Komander UPP menafikan kejadian tragedi kematian pakcik Sa'aid sebagai punca salah faham seperti dilaporkan akhbar arus perdana. YB Husam Musa mendedahkan cerita sebenar keluarga pakcik Sa'aid di dalam ceramahnya.

"Bolehkah kita dapat satu siasatan yang adil, telus dan tidak bias terhadap kes kematian warga emas berusia 56 tahun yang dikatakan mati akibat dipukul oleh 4 anggota UPP selepas kejadian kejar-mengejar mangsa yang disyaki menyeludup beras?

Saksi mengatakan bahawa mangsa selepas kejadian kejar-mengejar telah menyerah diri dengan memberhentikan kancil yang dipandunya tetapi anggota UPP terbabit telah bertindak diluar batas kemanusiaan apabila bersama-sama memukul mangsa sehingga mangsa lemah tidak berdaya.

Benar, menyeludup beras ialah 1 kesalahan & melanggar undang-undang negara Malaysia tetapi apakah rasionalnya menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan tanpa melalui perbicaraan?

Perlu juga kita fikirkan beberapa perkara, mangsa ialah seorang warga emas berusia 56 tahun dan beliau menanggung keluarganya, beliau mempunyai 9 orang anak yang perlu ditanggung dan mungkin akibat kesempitan hidup hasil dari kenaikan harga barangan, beliau terpaksa melakukan kerja begini.

berapa sahaja untung yang beliau perolehi hasil dari menyeludup beras yang kita semua tahu hampir separuh dari kita juga makan beras yang diseludup kerana beras di negara kita lebih mahal manakala beras dari Thailand lebih murah & bermutu.

Mendiang Kugen, Teoh beng Hock, Adik Aminurrasyid, semuanya menjadi mangsa keganasan pihak yang sepatutnya menegakkan undang-undang tetapi mereka jugalah yang bertindak melangkau undang-undang.

Kalau pada mereka kita tidak boleh berharap untuk perlindungan, pada siapa lagi mahu kita harapkan"

Lihat dan amati sendiri pengkisahan keluarga allahyarham pakcik Sa'aid di sini.

Gambar dibawah adalah lokasi menunjukkan lokasi dimana adik Ahmad Nizamudin ditembak seorang anggota UPP.

Pihak polis forensik di lokasi kejadian.


Kenderaan UPP yang dikatakan membawa pakcik Sa'aid ke hospital untuk mendepatkan rawatan selepas dipukul.


Beberapa kesan yang ditandakan di tempat kejadian.


Keadaan kenderaan UPP yang pancit selepas tembak-menembak.


Komander UPP Kelantan ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang kejadian ini.

Tiada ulasan: