Isnin, 21 Februari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Calon Pro-M Pilihan Raya Universiti Malaya (UM) Yang 'Di Laporkan Hilang' Petang Sabtu Di Temui Kembali Ke Rumahnya Di Sungai Buloh Pagi Tadi

Posted: 21 Feb 2011 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb [5.49 pm] - Calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar (foto) yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu kini kembali ke rumah keluarganya di Sungai Buloh. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, Masturah sampai di rumahnya kira-kira pukul 1.30 pagi tadi (Isnin). "Keluarga gadis berkenaan belum memberikan sebarang kerjasama, namun kami berharap untuk merekodkan kenyataannya segera," katanya. Masturah, pro-Mahasiswa dikatakan telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ancaman dari orang tak dikenali sebelum dilaporkan hilang. Sementara itu, Zulkifli turut menasihati calon yang bertanding supaya membuat laporan polis sekiranya menerima sebarang ugutan. "Kami tak boleh ambil tindakan sekiranya pihak yang berkenaan tidak membuat laporan polis dan bekerjasama dengan kami," katanya. Masturah dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu. Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang Sabtu sebelum dia buat laporan di Balai Polis Pantai.

Kontroversi: Apa Sudah Jadi Dengan Kes Liwat II, Ahli Kimia Dan 'Pakar DNA' Pula Mengakui Tidak Ikuti Piawaian Antarabangsa Sediakan Laporan !

Posted: 20 Feb 2011 11:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb [4.00 pm] - Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong (foto) hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan. "Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah," katanya. Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya. "Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya," kata peguambela Ram Karpal Singh. "Saya tak setuju," balas Dr Seah. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan. Ram juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah."Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya." Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan. Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf. "Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9," tambah Ram lagi.

[Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa 'Lelaki Y' - DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya. "Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan," katanya. Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira. Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan. Nampaknya perbicaraan kes liwat II ini semakin menimbulkan kontroversi dan bercelaru. Namun, anehnya kenapa ia diteruskan juga sedangkan ada banyak percanggahan bukti dan fakta serta keterangan terbaru saksi kes itu].

Misteri: Apa Sudah Jadi Agaknya, Seorang Pelajar Universiti Malaya Hilang Gara-Gara Menawarkan Diri Jadi Calon Pilihan Raya Kampus Itu Hari Ini !

Posted: 20 Feb 2011 06:23 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb [10.29 am] - Seorang calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar (foto) dilaporkan hilang sejak petang Sabtu oleh rakannya sekampusnya. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis menerima laporan pada pukul 12.20 tengah malam tadi mengenai kehilangan penuntut berusia 22 tahun itu, dan telah mengadakan operasi mencari mangsa di sekitar pangsapuri tempat ia berkempen tetapi tidak berjaya menemuinya. Wan Abdul Bari berkata Masturah dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 petang semalam semasa dia bersama seorang lagi rakannya berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, yang menjadi tempat penginapan luar penuntut UM. Rakan mangsa melaporkan bahawa Masturah pergi membeli tambah nilai kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di Blok E, pangsapuri itu, dan "setelah lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal," katanya, Ahad. Wan Abdul Bari berkata selepas enam jam mencari bersama penduduk di kawasan berkenaan, rakannya kemudian membuat laporan polis. Masturah, yang merupakan calon pro-Mahasiwa (Pro-M) UM, akan bertanding kerusi umum pilihan raya kampus itu hari ini (Isnin), dilaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dari orang yang tidak dikenali sebelum ini, katanya. "Siasatan polis masih berjalan dan pada masa yang sama, pihaknya juga meneliti pelbagai kemungkinan dan motif kehilangan mahasiswa itu, termasuk unsur balas dendam," kata Wan Abdul Bari. Polis bagaimanapun mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang, katanya. Semasa kejadian, Masturah yang berkulit sawo matang bercermin mata dan tinggi kira-kira 173 cm berpakaian baju kurung batik berwarna hijau dan merah jambu, berkot labuh warna hitam, bertudung warna merah jambu, dan berkasut sandal warna putih. Sebanyak 43 kerusi MPP UM dipertandingkan pada sesi 2010/2011 yang merangkumi 9 kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan 2 kerusi siswazah.

[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Nampaknya unsur-unsur penculikan kini menular di kampus gara-gara perbezaan politik masing-masing. Masalahnya, pelajar terbabit bukanlah berbeza politik cuma berbeza perjuangan, namun kenapa harus ada kes seperti ini agaknya. Apakah tragedi dua ADUN Perak (Osman Jailu dan Jamaluddin Razi) yang hilang dan kemudiannya membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri itu kini menjadi ikutan kepada mahasiswa pula. Ini semua berlaku, mungkin dek kerana campur tangan yang keterlaluan pihak pengurusan universiti berkenaan dalam menentukan siapakah calon yang harus menang dalam pilihan raya kampus sebenarnya. Ia bukan sahaja berlaku di Universiti Malaya, malahan juga di institusi pengajian tinggi yang lain di negara kita. Perbezaan pendapatan dan pertembungan idea akan dianggap "pembangkang" oleh pihak terbabit. Inilah yang wajar ditangani segera jika mahu lihat mahasiswa lebih matang serta berkualiti].

Panas: Kemasukan Artis Sensasi, 'Bob Lokman' Ke Dalam Parti PAS Buatkan Puak-Puak UMNO Makin Gila Meroyan Serta Tidur Tidak Lena Sekarang Ini

Posted: 20 Feb 2011 07:20 AM PST

Pengumuman artis terkenal, pengacara, penulis lirik dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak 5 iaitu Bob Lokman (foto) menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) sesungguhnya sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak. Malah kehadirannya dalam beberapa program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan tanda tanya peminat hiburann tanahair. Namun, segalanya terjawab apabila Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedah semalam. Pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro itu menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. Kemasukan beliau ke dalam PAS menyebabkan ramai pemimpin UMNO "kecut perut" sebenarnya. Ini kerana artis itu punyai ramai peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda. Kemasukannya ke dalam PAS membuktikan parti itu kini mula diterima oleh golongan artis. Sebelum ini PAS mempunyai Ustaz Akhil Hayy, kemudian Ringgo Arrow dan kini diikuti oleh Bob Lokman. Cuma yang masih dinantikan ialah pengumuman rasmi oleh Amy Seacrh sahaja yang dipercayai telah bersama perjuangan parti PAS sejak kebelakangan ini.


Ustaz Azizan Razak gembira mengangkat borang keahlian PAS Bob Lokman

Ribuan ahli pemuda PAS mendengar ceramah pertama oleh Bob Lokman
Soalnya sekarang pasti ramai pemimpin dan para penyokong UMNO BN yang "gila meroyan" melihat penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS ini terutamanya Setiausaha Agung UMNO si Tengku Adnan Tengku Mansor. Tambahan pula, dalam kenyataan terbarunya beliau jelas memperli Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya risau akibat parti itu kini hilang sokongan orang-orang Melayu. Nampaknya, kenyataan itu meleset sama sekali sekarang. Bukan orang Melayu biasa yang mula bersama PAS tetapi golongan artis juga. Malah, Bob Lokman dalam kenyataannya mengatakan dia menyertai PAS kerana Islam dan Nik Aziz sendiri. Sungguh sayu melihat penarikan diri Bob Lokman dari menjadi Pengkritik Tetap Raja Lawak 5 awal tahun ini.


[Beliau mengundur diri sambil memberi tazkirah dengan cara terhormat kepada semua peminat dan peserta Raja Lawak itu sendiri. Ramai yang panik dan terkejut dengan tindakan tersebut. Sangkaan kita dia sengaja buat gimik, rupa-rupanya Bob Lokman memang ingin kembali kepada landasan perjuangan Islam yang sebenar. Jika sahabatnya Allahyarham Din Beramboi pergi ke rahmatullah ketika di puncak kejayaan maka kini Bob Lokman juga pergi ke perjuangan Islam ketika di puncak kejayaannya dalam industri hiburan. Sesuatu yang wajar dihormati oleh semua pihak sebenarnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepadanya atau keberanian beliau membuat tindakan hebat ini].

Tiada ulasan: