Khamis, 17 Februari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Versi berbeza. Fuuuuiiyyyooo!!

Posted: 17 Feb 2011 07:28 AM PST

Gambar cilok dari blog Wak

First in Malaysia. First in the world...


Incredible...!!!
Tak pernah dibuat orang!!
Back to front!!

Fuiyooooo...!!
Boleh tembus sampai ke depan.

Tak caya??
Boleh tengok bukti di atas tu....

Kah... kah... kah... kah....

Malaysia Boleh!!

Baca sini

Setan nak jadi malaikat pulak dah...

Posted: 17 Feb 2011 06:38 AM PST


[Seterusnya di sini]

Setan yang bertopengkan mamak mudah lupa ini... kini dah nak jadi malaikat pulak dah.

Aku baik.... aku mau hapuskan ISA, tetapi apa daya aku.... celaka punya PDRM yang tak setuju. Aku tak boleh nak kata apa la, dah depakata lagu tu...

So, ISA tak jadi dihapuskan.... sebaliknya, hangpa kena serbu dan diheret ke Kamunting.

Syusah oooo.... Hangpa tak jadi Piem, mana hangpa tau.

Kah... kah.... kah... kah....

Ya ler tu....

Maakkk aaaihhh.... Fuulaamaak-nya!!

Posted: 17 Feb 2011 01:30 AM PST


Gaya hidup pribumi Sarawak??

Kah... kah... kah...

Lu gila??

No... No... No....

Ini gaya hidup....
Keluarga Firaun Moden, Mubarak Sarawak
[sumber]

Di mana layaknya mereka??

Posted: 16 Feb 2011 10:30 PM PST


Ater kalau udah 'idup' dengan undi pos tentera
Tak sajakler jadi Piem atau Menteri

Letakkan demer pada tempatnya yang sesuai,
baruler adil namanya

Patutnya...
Jadikan jer demer pemimpin tentera.
Tak gitu...??

[Sumber: sini dan sini]

Kita dan KITA

Posted: 16 Feb 2011 08:00 PM PST

Yaahooo...!!!

ROS kata OK pada KITA.

KITA kata ia akan sertai pilihan raya.

Apakah KITA akan kacau kita??

Apakah KITA akan jejaskan peluang kita??

Apakah kita kena waspada dengan KITA?

Bersangka baik itu baik, tetapi....

At the same time.... kita kena waspada.

Don't take KITA for granted.

KITA?? Musuh atau kawan??

Kita tunggu dan lihat.....


Siapa KITA

[sumber]

RC masih ada integriti??

Posted: 16 Feb 2011 05:00 PM PST


Sekarang ni susah betul nak dapatkan keadilan di Malaysia. Inilah akibatnya, jika sistem pemerintahan negara menjadi cacamarba dan tonggang terbalik.

Ini semua gara-gara 'tangan-tangan ghaib' yang sering mencampuri urusan badan-badan yang sepatutnya bebas. Dan.... tangan-tangan ghaib ini, dilihat datangnya dari badan eksekutif, iaitu kerajaan yang memerintah. Itulah persepsi rakyat. Itulah tanggapan umum dan itulah yang rakyat percaya. Wallahua'lam...

Mengapa rakyat mempunyai persepsi sedemikian?? Ini adalah kerana, badan-badan yang sepatutnya bebas, telah kelihatan bertindak bias.... Bias atau condong menjaga kepentingan kerajaan yang memerintah atau mana-mana pihak yang ada sangkut paut dengan kepentingan kerajaan. Mereka dilihat, seolah-olah telah menjadi barua kepada kerajaan yang memerintah.

Lantas... tanggapan rakyat, kerajaan telah menjadi seperti parasit perosak. Apabila tangan ghaib mereka sentuh badan-badan yang sepatutnya bebas ini, maka hancuslah kredibiliti badan-badan tersebut. Lihat apa jadi kepada badan kehakiman. Tengok apa berlaku kepada SPRM. PDRM... tak terkecuali. Begitu juga dengan SPR. Kesemuanya, telah hilang kredibiliti. Orang sangsi dan susah nak dipercayai lagi...

Terkini.... even Suruhanjaya DiRaja pun sudah dilihat seolah-olah telah dijangkiti oleh parasit perosak ini. Kini... kredibilitinya dipersoalkan. Sepatutnya, mereka mesti bertindak selari dengan prinsip keadilan. Keadilan kepada pihak yang menjadi mangsa mesti diberikan keutamaan.

Malangnya, dalam kes kematian Beng Hock, mereka telah bertindak sebaliknya.


Kesian keluarga Beng Hock... Mereka kehilangan orang yang tersayang, sudah setahun lebih tetapi... hingga ke hari ini, kematiannya masih misteri dan menjadi tanda tanya.

Apakah kerana dia mati semasa berada dalam tangan SPRM.... badan yang ada sangkut paut dengan kerajaan, maka pihak yang cuba mendapatkan pembelaan dan keadilan untuknya diperkunta-kinte sedemikian rupa??

Lihat saja apa yang berlaku dalam kes Correct... Correct... Correct si Lingam,apa jadi pada cadangan dan saranan Suruhanraya DiRaja??

Apakah Suruhanjaya Diraja pun sudah hilang taring dan kredibilitinya?? Jika benar... maka malang sungguhlah bagi kita, rakyat Malaysia....

[sumber]

Tiada ulasan: