Rabu, 23 Februari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"Sultan Sulu" memudaratkan negara - Polis

Posted: 23 Feb 2011 09:50 PM PST

Polis Sabah setakat ini telah mengambil kenyataan daripada 18 individu berhubung "pertabalan" Mohd Akjan bin Ali Muhammad sebagai "Sultan Sulu".

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Bakri Zinin, berkata polis menyifatkan kes Datu Mohd. Akjan bin Datu Ali Muhammad sebagai kes serius dan memudaratkan keselamatan serta ketenteraman awam di negara ini, khususnya di Sabah.

Setakat ini, katanya, polis Sabah telah mengambil kenyataan daripada 18 individu berhubung majlis yang dilaporkan sebagai pertabalan peniaga tempatan, Mohd. Akjan sebagai "Sultan Sulu" di kediamannya di Likas dekat sini bulan lepas.

Beliau berkata, 18 individu terbabit adalah ahli keluarga dan saudara mara Mohd. Akjan yang dipercayai menyaksikan majlis berkenaan pada 2 Februari lalu.

"Beberapa lagi individu dalam kumpulan yang mendakwa sebagai kerabat "Sultan Sulu" akan dipanggil oleh pihak polis bagi melengkapkan siasatan terhadap kes ini," kata Bakri, selepas mesyuarat perhubungan di antara JSJ Malaysia dan Singapura di sini kelmarin.

Dalam satu perkembangan berkaitan, Mohd. Akjan yang sebelum ini mencetuskan kontrovesi berikutan mengisytiharkan dirinya sebagai "Sultan Sulu" yang ke-33, akhirnya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli Umno berkuat kuasa serta merta.

Dalam kenyataan yang dihantar melalui emel, beliau telahpun memaklumkan peletakan jawatan melalui sepucuk surat yang dihantar ke ibu pejabat Umno dengan salinannya dikirim ke pejabat Umno di Sabah.

Mohd. Akjan mendakwa laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.

Tindakan undang-undang

"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini," katanya.

Mohd. Akjan berkata, apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung

Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat di mana salah satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

Mohd. Akjan berkata, penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu dan beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis 'pertabalan sebenar' diadakan.

Pada 2 Februari lalu, Mohd. Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah dilaporkan telah ditabalkan sebagai Sultan Sulu ke-33 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam satu majlis di Kampung Likas dekat sini.

Dilaporkan majlis tersebut disaksikan sekumpulan 60 orang termasuk pegawai kanan Kesultanan Sulu.

Ekoran pertabalan itu, Mohd. Akjan telah mendapat gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun atau Sultan Shariful-Hashim II.

Cerita mengenai pertabalan Akjan sebagai Sultan Sulu itu telah mendapat liputan meluas oleh laman-laman web termasuk sabahkini.net.

Risau dengan sebaran berita tersebut, tiga pertubuhan politik Pemuda BN, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Progresif Sabah masing- masing telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada 11 Februari lepas.

Dalam perkembangan lain, Pekida Sabah di sini kelmarin turut membuat laporan polis terhadap serangan dalam media susulan berita Mohd. Akjan yang dilantik menjadi Sultan Sulu.

Pekida yang diwakili Panglimanya, Mejal Munabih bersama empat ahli pertubuhan itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dekat sini kira-kira jam 3.20 petang kelmarin.

"Laporan polis ini dibuat kerana semua laporan yang dibuat pihak tertentu adalah palsu serta tidak berasas dan ianya bermotifkan politik dengan tujuan memfitnah.

"Yang sebenarnya, majlis yang diadakan pada 2 Februari lepas adalah majlis kesyukuran kerana dia ditawarkan sebagai Sultan Sulu dan bukannya ditabalkan," katanya ketika ditemui pemberita kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar tindakan sewajarnya diambil oleh polis dan Kerajaan terhadap pihak yang membuat kenyataan tersebut. - FMT

Ini lah parti yang benar-benar mahu membawa perubahan - kata MP Nibong Tebal ... hahaha

Posted: 23 Feb 2011 09:19 PM PST


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penyertaan ahli parlimen Nibong, Tebal Tan Tee Beng ke dalam parti itu.

Bercakap dalam satu akhbar bersama Tan di Petaling Jaya hari ini, Zaid berkata, KITA membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi tidak pernah mendapat peluang untuk berbuat demikian.

Manakala Tan pula, ketika menjawab soalan media, menafikan yang beliau kerap melompat parti selepas menjadi ahli parlimen.

"Saya tidak lompat, saya dipecat oleh PKR bersama-sama dengan bapa saya yang juga ahli pengasas Parti Keadilan Nasional.

"Apabila dipecat, saya tidak menyertai mana-mana parti dan kekal sebagai ahli parlimen Bebas," katanya.

Menurut Tan, beliau menyertai KITA kerana beliau percaya parti itu benar-benar mahu membawa perubahan.
STONE : So parti lain ni tak benar la ek nak bawa perubahan. Parti KITA jer la ... kita tgk mana mai dulu, samada perubahan yang dulu atau 'katak' ni yang cabut dulu atau lompat lagi ke parti yang boleh bawa perubahan esok ... hahaha. Sebab aku BUKAN dan tak akan jadi MP, jadi aku tak tau apa sebenarnya yang ada dalam kepala hotak MP2 dan ADUN2 ni ... apa yg depa cari sebenarnya ... ????

Pelakon lelaki popular dicekup JAIS

Posted: 23 Feb 2011 03:45 PM PST

HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam - Kosmo

Isteri cekup suami khalwat

Posted: 23 Feb 2011 03:41 PM PST

ALOR SETAR: Seorang isteri yang tidak tahan melihat kecurangan suaminya kerana kerap pulang lewat dan bermalam di rumah teman wanitanya sejak beberapa bulan lalu nekad mencekup suaminya di sebuah rumah sewa di Kampung Didik, Kuah, Langkawi, pagi semalam.

Wanita berusia 30 tahun itu berang melihat suaminya yang berusia 34 tahun hanya berseluar dalam dan tidur di atas katil ketika anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) membuat pemeriksaan di sebuah bilik utama di rumah berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi.

Dia yang gagal mengawal perasaan marahnya memaki-hamun wanita berusia 29 tahun yang dicekup bersama suaminya itu sebaik pintu bilik dibuka - metro

SAH, UEM dan KWSP ambilalih PLUS

Posted: 23 Feb 2011 02:50 AM PST

Pemegang saham perakui KWSP, UEM ambil alih PLUS

TERKINI @ February 23, 2011KUALA LUMPUR, 23 Feb — Pemegang saham PLUS Expressways, pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia, meluluskan pengambilalihan oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini.

KWSP dan UEM, subsidiari milik sayap pelaburan negara Khazanah Nasional, memiliki lebih 60 peratus ekuiti dalam pengendali lebuh raya itu.

Pengerusi PLUS Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata 99 peratus daripada 21 peratus pemegang saham yang layak yang menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) mengundi memihak kepada bida tawaran bersama pada pertimbangan pembelian sebanyak RM23 bilion atau RM4.60 sesaham.

"Kami menyasar pembayaran harga tawaran kepada pemegang saham yang layak pada awal September dan menjelang akhir September saham syarikat akan dikeluarkan daripada senarai Bursa Malaysia," kata beliau pada sidang akhbar selepas EGM syarikat di sini hari ini.

Pada Oktober 2010, PLUS mengumumkan yang syarikat telah menerima tawaran bersama daripada pemegang saham utama, UEM Group dan KWSP, bagi memiliki semua perniagaan, aset dan liabiliti kumpulan.

Kedua-dua pihak akan kemudiannya membentuk Jentera Tujuan Khas (SPV) bagi memudahkan janji niaga pada asas 51:49.

Kemudiannya, semua aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd, akan dipindahkan kepada SPV tersebut.

"Kami yakin yang kami telah mematuhi prosedur yang betul," kata beliau semasa diminta mengulas tindakan beberapa pemegang saham yang tidak gembira meninggalkan EGM setelah mendakwa hak mereka terhadap cadangan pengambilalihan itu tidak diendahkan lembaga pengarah PLUS.

Sementara itu, Pengarah Bukan Eksekutif bebas kanan PLUS, Tan Sri K. Ravindran, yang mempengerusikan EGM itu berkata: "Kami telah mematuhi semua prosedur perundangan yang perlu dilakukan dan ini juga disahkan oleh majlis perundangan kami."

Keputusan untuk menjadikan PLUS persendirian dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan Bajet 2011 tahun lepas di mana beliau turut mengumumkan pembekuan kenaikan tol di empat lebuh raya milik PLUS dalam masa lima tahun akan datang.

Langkah kerajaan itu bagi memberi laluan kepada pengurangan kadar tol dan ini mungkin mempengaruhi paras keuntungan yang biasa dinikmati PLUS sebelum ini. - TMI

Di manakah kesudahan strategi politik PAS?

Posted: 23 Feb 2011 02:37 AM PST

http://ka​lamperanta​u.wordpres​s.com

Ekoran dari perkembangan terbaru dengan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, Perlis sahaja satu-satunya negeri yang belum diadakan pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 lalu. Paling banyak ada di Pulau Pinang, iaitu 3 kali dan menjadi lebih menarik bila dua kerusi DUN dalam parlimen dalam Permatang Pauh, iaitu DUN Penanti dan Permatang Pasir serta Parlimen Permatang Pauh sendiri bertukar penyandang.

Kerusi parlimen Permatang Pauh diadakan pilihanraya kecil pada bulan Ogos, 2008, yakni tidak sampai 6 bulan dan menjadi yang pertama selepas PRU ke-12 lalu. Kerusi tersebut diserahkan semula oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tahun 2009 bolehlah diistiharkan tahun pilihanraya kecil kerana sepanjang tahun tersebut sebanyak 8 pilihanraya kecil diadakan melibatkan 2 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO (BN) dalam pilihanraya kecil diadakan pada bulan Januari, 2009 dan mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil pada bulan April, 2009.

Manakala bagi 6 kerusi DUN pula, semua parti mengekalkan kerusi DUN masing-masing pada PRK 2009, iaitu PKR bagi DUN Bukit Selambau (April, 2009) dan Penanti (Mei, 2009) dan PAS pula mengekalkan Manek Urai ((Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009) serta BN pula mengekalkan Batang Ai (April, 2009) dan Bagan Pinang (Oktober, 2009).

Tetapi pada tahun 2010, daripada 3 pilihanraya kecil Parlimen dan satu pilihanraya kecil DUN keadaan tidak lagi menyebelahi PR dan pencapaian BN menjadi semakin baik. BN (MIC) berjaya merampas kerusi parlimen Hulu Selangor (April, 2010) dari PKR tetapi BN (SUPP) kecundang di kerusi parlimen Sibu (Mei, 2010) kepada DAP serta BN (PBS) berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi (November, 2010). Nasib tidak menyebelahi PR, bila PAS kecundang kepada BN (UMNO) dalam PRK DUN Galas (November, 2010).

Tirai pilihnraya kecil pada 2011 merupakan ujian kepada BN (UMNO) pula sama ada mampu mengekalkannya atau pun tidak. BN (UMNO) memulakannya dengan baik bila ianya berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor (Januari, 2011).Sekarang perhatian tertumpu kepada kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang pula.

Sekarang ini merupakan pertarungan antara UMNO dan PAS secara langsung. Sejak kalah dalam pilihanraya kecil DUN Galas tempohari, kelihatan PAS sedang mencari-cari strategi yang sesuai.

Bagi tahun 2009, ternyata ianya memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) bila berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut (MAWE) yang juga ADUN Wakaf Mempelam.

Ekoran daripada kemenangan ini, PAS sekali lagi mempertarohkan Ir Mohd Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang yang juga bekas Menteri Besar Perak dan berjaya mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang.

Ini menjadikan kedua-dua ADUN ini (Wahid dan Nizar) memegang dua kerusi serentak, yakni kerusi DUN dan Parlimen, selain daripada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang).

Jika dilihat kepada perubahan kerusi diantara BN dan PR atau PAS dengan UMNO sepanjang 2008-2010, tidak banyak kesannya. UMNO dengan PAS boleh dikatakan seri dimana PAS berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu, tetapi UMNO pula berjaya merampas kerusi DUN Galas, Kelantan.

Selain itu, DAP berjaya menambah satu kerusi (Parlimen Sibu) dan PKR kehilangan satu kerusi (parlimen Hulu Selangor). Selain daripada kerusi tersebut, ianya dikekalkan kepada parti yang memenanginya dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Ekoran kegagalan PAS mempertahankan DUN Galas, PAS memulakan eksperimen baru. Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya kecil PAS meletakkan calon wanita, Normala Sudirman (Cikgu Mala) dalam pilihanraya kecil DUN Tenang.

Tanpa menidakkan strategi PAS, pemerhati politik sedang melihat, adakah PAS konsisten dalam eksperimen terbaru yang sedang dilakukannya sekarang dikekalkan atau tidak, meletakkan calon wanita sekali lagi dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau?

PRK Merlimau dan Kerdau Serentak?

Belum sempat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Merlimau, Melaka diadakan pada Sabtu, 26hb. Februari, 2011 akan datang, satu lagi pilihanraya kecil di DUN Kerdau, Pahang terpaksa diadakan ekoran Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya Sabtu, 12 Februari lalu.

Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau calon Barisan Nasional (BN) akan diumumkan pada 23 Februari sementara calon PAS pula diijangka akan diumumkan pada 24hb Februari ini iaitu dua dan tiga hari sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini. Manakala bagi DUN Kerdau pula, perhatian lebih tertumpu kepada SPR sama ada untuk membuat pilihanraya kecil serentak atau tidak?

Keadaan yang berlaku sekarang adalah hampir sama dengan apa yang berlaku sebelum pihanraya kecil DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah yang diadakan serentak pada bulan November, 2010 atau sebelum Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak yang diadakan serentak pada April 2009.

Tidak sebab untuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk tidak mengadakan PRK DUN Kerdau diadakan serentak dengan pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 5hb. Mac, 2011 nanti. Kerdau menjadi PRK ke-16 dan Merlimau menjadi PRK ke-15 selepas PRU ke-12 yang lalu. - HD

PRK Merlimau : SPR kata boleh ...

Posted: 23 Feb 2011 01:16 AM PST

SPR Benar PAS Cetak Gambar Pemimpin Pakatan Rakyat Ketika Kempen di Merlimau

JASIN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberi sedikit kelonggaran kepada parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bagi memastikan proses itu bebas unsur negatif.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata antara kelonggaran itu ialah membenarkan parti PAS mencetak gambar pemimpin parti rakan sekutu mereka pada bahan kempen.

SPR mahu menguatkuasakan peraturan pilihan raya secara mesra pengguna dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak, katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Pada masa yang sama, Wan Ahmad turut meminta semua pihak agar mematuhi peraturan pilihan raya dan arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata sebanyak RM900,000 dipohon bagi SPR melaksanakan pilihan raya kecil DUN Merlimau tersebut.

Kerusi DUN itu kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari Barisan Nasional meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

SPR menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pula pada 6 Mac jika ada pertandingan.-BERNAMA

Anak Khir Johari dilantik SUP Guan Eng

Posted: 22 Feb 2011 11:30 PM PST

Zairil Khir dilantik setiausaha politik Guan Eng
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan perlantikan Zairil Khir Johari sebagai setiausaha politiknya.

"Perlantikan ini akan berkuatkuasa dengan serta merta," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu, di sini hari ini.

Tambahnya, tugas Zairil adalah untuk membantunya dalam urusan politik sama ada dalam parti mahupun pada peringkat kebangsaan yang berpusat di Sekretariat DAP di Kuala Lumpur.

Katanya, Zairil mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang iaitu berkelulusan Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London dan juga Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Zairil merupakan usahawan dalam industri coklat tempatan, di mana beliau telah memperkenalkan teknologi percetakan penuh warna di atas coklat yang pertama di Malaysia.

"Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti dalam perjuangan kita untuk menongkah arus demi mencapai matlamat kenegaraan yang adil dan saksama untuk setiap warga Malaysia," ujarnya.

Zairil adalah anak bekas Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari

Tiada ulasan: