Isnin, 21 Februari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Siapa memperkosa hak Melayu selama ini?

Posted: 21 Feb 2011 08:57 PM PST

Apabila mereka buka mulut, mereka cuba melabel diri sebagai "hero" dan pembela bangsa. Mereka menjaja nama bangsa mahupun agama demi mengemis sokongan masyarakat. Mereka menggunakan alasan "Hak Melayu yang dijamin perlembagaan" untuk mewujudkan ketidakharmonian antara kaum. Walhal hakikat sebenarnya, mereka cuma mahu mempertahankan "periuk nasi" dan keberlangsungan saki-baki kuasa yang ada. Persoalan "hak Melayu" sememangnya telah terjamin oleh perlembagaan sampai bila-bila. Persoalannya, siapa yang memperkosa hak Melayu ini selama lebih separuh abad merdeka?

Bayangkan, walaupun bersandarkan dengan fakta-mereka akan terus cuma menegakkan benang yang basah. Saya melihat ia suatu yang sangat bodoh dan tidak matang apabila golongan ini cuba mempolitikkan segala isu yang timbul dan dilihat cuba menggugah keamanan dengan menjerumuskan hampir apa jua isu ini kepada isu perkauman.

myBALIKpulau oh myBALIKpulau

Kali ini isunya bukan kepala lembu, bukan kandang babi, bukan "Cina" masuk surau. Kali ini, isunya adalah mengenai risalah myBALIKpulau yang diterbitkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-ED) yang dikatakan "menghina Melayu dan sangat berbahaya".

Ada dua kekeliruan yang telah ditimbulkan mereka yang tidak berpuas hati. Pertamanya adalah berkaitan sumber-sumber sejarah yang dituduh "menghina Melayu dan berbahaya". Kedua adalah mengenai "siapa" yang bertanggungjawab menerbitkan risalah tersebut.

Pada 11 Februari baru-baru ini, Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang telah mengeluarkan tiga mukasurat Kenyataan Akhbar yang menjawab semua pertuduhan mengenai sumber-sumber sejarah yang menjadi rujukan. Jelas, terang lagi bersuluh sebenarnya tiada isu panas yang boleh dimainkan.

Mari kita turuti sepintas lalu kronologi myBALIKpulau. Isu ini dibawa oleh ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad (gambar kanan). Risalah ini seperti yang kita sedia maklum dituduh sebagai menghina orang Melayu, cuba melupuskan sejarah Melayu di Balik Pulau dan cuba mengelirukan generasi muda. Muhammad Farid Saad juga menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat telah menerbitkan risalah myBALIKpulau tersebut.

Maka seperti biasa, Utusan Malaysia akan mula "memukul gendang" perkauman. Pada 2 Februari 2011 terpampang besar tajuk utama berita akbar tersebut "Lupa Sejarah, Hina Melayu" yang dilihat cuba memainkan sentimen perkauman. Ya. Mungkin inilah hakikat sebenar 1Malaysia yang dibanggakan Najib Razak. Jelas, wajah 1Malaysia ini kelihatan sangat capik.

Isu ini tidak terhenti setakat ini. Sejurus selepas itu, pada 9 Februari 2011 sebuah badan yang menamakan diri mereka Gabungan Bela Hak Islam (Gabungan) yang terdiri dari empat NGO mendesak kuat agar Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan risalah tersebut dengan sebab yang sama.

Kerajaan Negeri meminta agar Utusan dan Muhammad Farid memohon maaf tetapi tidak diendahkan. Malang sekali buat ADUN Pulau Betong ini. Pada 15 Februari, kerajaan Pulau Pinang bertindak memutuskan untuk menyaman beliau dan Utusan Malaysia. Hal ini disebabkan kerana risalah itu sebenarnya ditaja oleh Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Pelancongan Pulau Pinang bawah kepimpinan GERAKAN-BN. Ini beerti, segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah sesuatu yang berniat jahat.

Agenda Jahat UMNO-BN

Masih tidak berpuas hati dengan "sambutan hangat rakyat". Api perkauman terus-menerus ditiup sebaik mungkin. Pada 16 Februari 2011, beberapa lagi pertubuhan NGO dan individu membuat laporan polis berhubung risalah ini. Pertubuhan NGO tersebut terdiri daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Pulau Pinang, PERKASA, Belia 4B Permatang Pauh dan Johari Ahmad. Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia misalnya dilihat cuba mengheret Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan menyerahkan tiga sampul surat yang mendakwa mengandungi "bukti pembabitan kerajaan negeri" dalam penerbitan dan pengedaran risalah myBALIKpulau ini.

Belumpun isu myBALIKpulau reda, media UMNO memainkan isu perobohan yang melibatkan 1,000 gerai penjaja haram oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai di sekitar Taman Pelangi. Isu ini telah mendapat liputan yang meluas media cetak maupun elektronik. Kerajaan Negeri Pulau Pinang digambarkan "tidak perihatin" kepada nasib yang menimpa masyarakat Melayu. Walhal notis sebanyak empat kali telah dikeluarkan oleh pihak majlis.

Ini semua adalah permainan jahat. Para pemerhati menyimpulkan isu yang dilihat "membakar sentimen" perkauman ini adalah percubaan menjerumuskan kestabilan negeri ke kancah "ketegangan kaum". Dalam banyak-banyak isu yang timbul di Pulau Pinang. UMNO dilihat menjadi dalang utama memanipulasi isu. Bagi pendapat saya, isu ini sepatutnya tidak timbul. Rakyat Pulau Pinang lebih mengetahui perkara yang sebenar.

Soalan saya, apakah ini sesuatu yang bagus untuk rakyat, negeri mahupun negara? Tentu sekali tidak. Soalan saya lagi, sekiranya UMNO-BN berjaya menaikkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu, siapa yang akan untung? Tentulah UMNO. Adakah orang Melayu terbela di bawah BN satu ketika dahulu? Anda sendiri tahu jawapannya!

Skandal RM30 juta Pulau Jerejak??

Jangan jadi bodoh. Jangan bantut akal. Mari kita lihat dan fikirkan. Semasa isu Interlok timbul- isu ini telah dibawa ke peringkat tertinggi Kementerian Pelajaran. Walaupun pada mulanya mengundang tindakan emosi sesetengah pihak, Interlok dibawa ke meja mesyuarat dan rundingan. Wacana-wacana bersifat ilmiah terus dibahaskan.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang; risalah myBALIKpulau tidak diberikan tempat yang adil seperti Interlok. Tindakan yang diambil dilihat emosi semata-mata. Mengapa ia jadi begini? Jawapannya amat mudah - Interlok disuarakan MIC manakala myBALIKpulau cuba diletakkan di bahu DAP! Bagi saya, apa yang berlaku sangat-sangat memalukan.

Ada beberapa sebab mengapa UMNO menimbulkan isu perkauman sebegini. Salah satu sebab adalah untuk menutup mata rakyat atas pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah pimpinan Koh Tsu Koon (gambar kanan) di mana beliau telah menyerahkan Pulau Jerejak kepada UDA. Ini merupakan skandal yang sangat hot. Cuba teka, siapa yang untung?

Rakyat Malaysia semakin matang. Ini bukan lagi zaman fotostat. Ini bukan lagi zaman mesin taip. Segala maklumat cuma dihujung jari rakyat. UMNO-BN harus sedar dan insaf. Sekiranya wujud kedaifan di kalangan rakyat Pulau Pinang, apatah lagi dari kalangan masyarakat Melayu; UMNO harus cermin diri mereka sendiri. Hodohkan?

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas

... kerana kamu BUKAN YB UMNO!

Posted: 21 Feb 2011 07:35 PM PST


Setakat yang saya ketahui, tidak ada perbincangan mengenai laporan ini. Saya agak terkejut Free Malaysia Today (FMT) menyiarkan laporan yang tidak berasas ini," - Azmin Ali

"Setakat yang saya tahu, tidak ada laporan mengenai KPI ahli parlimen PKR," - Syed Husin

Pengesahan Fuziah Salleh;

Sementara itu, naib presiden PKR, Fuziah Salleh mengesahkan bahawa beliau telah membangunkan sistem penilaian KPI untuk semua ahli parlimen PKR, dan diluluskan oleh MPP, ADUN dan ahli majlis tempatan bagi meningkatkan prestasi mereka, sewaktu beliau menjadi pengarah latihan parti itu pada 2009.

Laporan penuh mkini di sini

EDYES wrote:

Timbalan Presiden kata tidak berasas, bekas Timbalan Presiden pula kata tidak ada laporan! Tetapi seorang Naib Presiden yang berani menempelak dengan mengesahkan memang wujud sistem penilaian KPI untuk semua ahli parlimen PKR.

Kepada Ahli Parlimen yang lain, Yang Berhormat dan Yang Berkhidmat harus yakin bahawa samada wujud atau tidak penilaian prestasi KPI, ahli MP harus peka terhadap keperluan rakyat setempat dan juga menjaga displin kehadiran di Parlimen tanpa memikirkan sistem pemantauan yang sedia ada.

Adakah YB perlu tahu terlebih dahulu bahawa ada penilaian KPI, maka selepas itu baru bekerja keras untuk rakyat dan kehadiran penuh di Parlimen? Tolonglah jadi ahli parlimen yang hebat di mata rakyat, kerana kamu bukan YB UMNO !

Gajah Putih RM56juta di Keramat ... Nong Chik pi tengok sat

Posted: 21 Feb 2011 03:28 PM PST


TERBIAR....Keramat Mall yang masih tidak beroperasi.
KUALA LUMPUR: Projek gajah putih. Itu gelaran yang diberikan penduduk sekitar Keramat terhadap kompleks pasar dan perniagaan moden, Keramat Mall yang siap dibina pada penghujung 2008 apabila sehingga kini ia masih gagal beroperasi.

Malah, tinjauan Metroplus mendapati kompleks berharga lebih RM56 juta kira-kira setengah kilometer dari pasar lama dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya teknologi tinggi tenaga solar, dewan serba guna selain menempatkan 448 gerai itu masih ditutup kepada orang awam dan beberapa kawasan di sekelilingnya terbiar dan dipenuhi semak-samun.

Lebih menyakitkan pandangan apabila dinding zink yang dibangunkan di hadapan pasar itu roboh dan tidak diselenggara sehingga berbahaya kepada orang ramai khususnya pejalan kaki dan kanak-kanak.

Bukan itu saja, rata-rata peniaga yang ditemui di Pasar Datuk Keramat masih enggan berpindah ke kompleks berkenaan berikutan kegagalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan kemudahan dan memenuhi tuntutan mereka.

Peniaga, Sohid Ariffin, 49, berkata lokasi pasar basah yang ditempatkan di bahagian atas kompleks itu tidak praktikal apatah lagi kedudukan lot kedai yang dipisahkan dengan tembok tidak dipersetujui peniaga.

Katanya, peniaga mahukan pasar berkonsep terbuka bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan seperti yang diguna pakai pasar raya besar kerana ia lebih relevan dan mesra pengguna.

"Selagi semua tuntutan tidak dipenuhi, kami enggan berpindah ke sana. Peniaga memerlukan sebuah pasar bukan kompleks seperti itu dengan kedudukan lot kedai tidak teratur dan boleh menyebabkan kami kehilangan pelanggan.

"Bukan hanya perlu menampung kos sewa yang berkali ganda mahal daripada kos sewa kini, bahkan saiz lot kedai di kompleks itu jauh lebih kecil berbanding lot kedai kami yang sedia ada," katanya.

Bagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ibrahim, 64, peniaga kesal berikutan pihak bertanggungjawab tidak mendapatkan pandangan peniaga sebelum projek itu dibangunkan.

"DBKL seharusnya belajar melalui kesilapan dan kegagalan pihaknya terhadap operasi di tiga pasar awam moden sebelum ini. Lihat saja Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, apa sudah jadi dengan kompleks itu.

"Kami bukan minta secara keterlaluan, tetapi hanya kemudahan yang cukup untuk membolehkan peniaga terus berniaga dan pelanggan berasa selesa," katanya.

Sementara itu, pelanggan Mokhtar Sajir, 75, berkata kompleks berkenaan tidak mesra pelanggan khususnya warga emas kerana menempatkan pasar basah di tingkat atas.

"Mengapa pasar basah diletakkan di bahagian atas. Biarpun kemudahan lif disediakan, ia tetap menyusahkan pelanggan warga emas. Selain itu, kemudahan tempat meletak kenderaan yang tidak mencukupi bukan hanya menyusahkan peniaga, tetapi pelanggan," katanya.

Kemelut yang melanda kompleks itu bermula apabila peniaga membuat keputusan sebulat suara mahu DBKL memenuhi semua tuntutan mereka sebagai syarat 'wajib' untuk berpindah antaranya meminta DBKL menyediakan peti sejuk besar untuk penyimpanan barangan basah, menyediakan lif bersesuaian untuk kemudahan mengangkut barang selain kadar sewa bulanan lebih rendah. Pada Jun 2009 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta DBKL bersetuju membina bangunan tambahan yang dikhususkan untuk lebih 124 peniaga barang basah dengan menambah peruntukan RM15 juta.

Bagaimanapun, difahamkan bangunan tambahan itu belum dibangunkan sehingga kini bagi menunggu persetujuan berpindah dari semua peniaga, malah difahamkan satu sesi dialog yang diadakan Oktober lalu turut menemui jalan buntu apabila peratusan persetujuan masih rendah -metro
STONE : Kontraktor kroni dah sebat 56juta ... lantak korang le nak buka ke tidak. Nong Chik pun buat 'bodoh' jer sebab ni projek utk rakyat, kalau projek utk YB2, Menteri2, atau projek di kawasan elite dh lama siap, ni projek di Keramat, utk rakyat biasa-biasa jer, lambat pun tak apa. Tapi kalau nak tengok dia orang datang perbaiki jalan esok, pasang lampu jalan esok, percepat pembukaan pasar tersebut, dan macam-macam lagi projek (yang memang dah lama diluluskan)penduduk Keramat kena lah berdoa supaya ADUN Keramat tu cepat padam (maaf aku tak tau siapa ADUNnya) ... sesudah subuh esok Nong Chik akan sampai, silap-silap Najib yang datang rasmi ... itu lah kerajaan 1Malaysia ... Rakyat diutamakan KONON NYA ...kepala bapak depa lah ... bila masa rakyat didahulukan?. Kalau ya dah lama segala tuntutan peniaga di sini dipenuhi ...

Bukan kerana suka pembangkang, tetapi benci sangat kat Umno

Posted: 21 Feb 2011 07:09 AM PST

Malaysiakini hari ini menyiarkan berita bertajuk "Azmin rubbishes 'KPI report' which panned him". Sebelum itu, hari ini juga, Free Malaysia Today menyiarkan berita bertajuk "Azmin and six others flunk KPI test" (sila klik gambar di sebelah untuk besarkan).

Kita tak perlu baca berita yang disiarkan oleh FMT itu. Kita juga tak perlu buang masa membaca penafian Azmin Ali dalam berita Malaysiakini itu. Kita dah baca pelbagai rungutan terhadap Azmin. Malangnya, Mamat tu tak pernah jawab dengan meyakinkan. Semakin dia jawab, semakin hilang rasa nak percaya kat dia.

Memang sakit hati. Rakyat seperti saya siang malam berharap Umno dapat dihambat dari tampuk kekuasaan. Parti perasuah yang busuk hingga ke usus itu adalah mudharat paling besar ke atas negara ini. Negara ini tak akan selamat selagi mudharat terbesar itu tak melingkup.

Nak lawan mungkar terbesar itu sorang-sorang mana nak boleh. Nak tak nak, kita terpaksa ambik parti-parti pembangkang sebagai kuda untuk menghambat Umno dari puncak kekuasaan. Bukan sebab kita suka sangat kepada parti-parti pembangkang. Banyak sangat yang kita meluat. Tetapi sebab kita lebih meluat kepada Umno.

Malangnya, banyak jelatang dalam parti-parti pembangkang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat yang berusaha menghambat Umno. Pada saya, jelatang-jelatang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat itu lebih jahat dari Umno.

Saya tak payah tuduh Azmin adalah salah seorang dari jelatang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat. Semua orang ada akal. Boleh nilai sendiri. Yang sah, apa pun orang kata, Azmin tetap wangi di hati Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak siapa boleh buat apa. Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izzah pun tak boleh buat apa-apa.

Berikut ialah sebahagian rungutan yang semakin Azmin jawab semakin kita tak percaya:

"Ahli-ahli PKR di sini mahu saya lawan dengan Azmin, sebab Azmin 'cakap tak serupa bikin', di kawasan saya Taman Seri Gombak, Azmin hanya turun melawat dua kali sahaja sejak bergelar Ahli Parlimen. Hand phone tak buka, sms tak jawab" - Abu Bakar Ninggal

"...maka pada hemat kami bila YB Azmin mengambil alih ,perkara ini di masukan dalam rancangan bagi kesejahteraan rakyat yg memilih nya. Tapi hampeehh!! Habis mcm mana kami nak undi beliau lagi pada PRU13 nanti ,jika perkara sebegini pon tidak di ambil perhatian?" - Indraputra 80

"Saudara Azmin, I valued some leaders of PR like TSKI for his professionalism and hard work and YB Zuraidah who at least try to help me. It is my prayer that PR continue to rule Selangor for another 5 years but my worry is that people like you will bring the downfall of PR" - Dr Rafick

PANAS! Aset Taib Mahmud & Keluarga bakal dibeku

Posted: 21 Feb 2011 02:52 AM PST


KUCHING: Governments in eight countries have been urged to freeze assets belonging to Sarawak Chief Minister Taib Mahmud and his family members following a disclosure today that 49 companies over there were linked to him.

Anti-corruption and anti-money laundering authorities in the eight nations were also urged to launch investigations into Taib-linked businesses.

Revealing the names of the 49 companies, the Swiss-based Bruno Manser Fund (BMF) said: "The Bruno Manser Fund has today released a blacklist of companies related to the family of Abdul Taib Mahmud, the long-serving Chief Minister of the Malaysian state of Sarawak.

"The blacklist contains the names and company numbers of 49 companies in eight countries which are thought to be worth hundreds of millions, if not billions, of US dollars. A considerable number of the companies are active in the real estate and property sector."

The list included 13 Malaysian companies and firms in Australia (10),Canada (nine), Hongkong (seven), US (four), British Virgin Islands (three) and Jersey (one).

(The list can also be viewed under: stop-timber-corruption.org/resources.)

Among the Malaysian companies, the most notable is the Taib family-owned Cahya Mata Sarawak (CMS) which incidentally is the state's largest private company, and the Ta Ann logging group.

The other companies listed are Sakto, an Ottawa-based property developer and London-based Ridgeford Properties which deals in high-end realty. Also on the list is Wallysons Inc, the owners of the FBI Northwestern Regional Headquarters building in Seattle.

FMT previously reported that Wallysons Inc was believed to be co-owned by Taib's son and Kota Samarahan MP Sulaiman Abdul Rahman Taib and son-in-law, Sean Murray.

CMS was involved in the construction of the Bakun hydroelectric dam and the RM300 million parliament building in Kuching.

Prosecute the Taibs

BMF's list confirms extensive reports, which have been circulating on the web in recent months, about Taib's colossal wealth in Sarawak and abroad derived from corruption and the destruction of the state's rainforest through logging and oil palm plantations.

"The blacklist's intention is to help the listed countries' anti-corruption and anti-money-laundering authorities identify and freeze illicit Taib assets in their countries.

"Corruption has been identified as one of the main drivers of deforestation in Sarawak," BMF said, adding that in 2007, the Tokyo tax authorities had uncovered a massive corruption scheme involving kickbacks to the Taib family.

In return for payments to Taib's family, nine Japanese shipping companies had received export licences to carry logs to Japan, Sarawak's largest timber export market.

Described as one of the most corrupt politicians in Southeast Asia, Taib's illicit wealth has also been blamed for the state's poverty status.

Land grabs and illegal logging have deprived Sarawak's indigenous communities of their land and livelihood.

"Taib and his family members have illegally acquired assets worth billions of dollars in Malaysia, Canada, the UK, Australia, US and other countries.

"These assets should be restituted to the people of Sarawak, and the Taib family should be prosecuted for corruption, abuse of public funds, fraud, money-laundering, tax evasion and other related crimes" a posting on the BMF site stated.

Global pressure

BMF is also mobilising international political pressure against Taib and his family and had launched an online signature petition against timber corruption.

Taib, who has helmed Sarawak since 1981, holds three key portfolio as Chief Minister, Minister of Finance and State Planning and Resources Minister.

Together, the three portfolios collectively give him a RM38,000 a month salary and allow him "god-like" powers over every aspect of Sarawak life.

Online newsportal Sarawak Report has in recent months exposed Taib's billion dollars worth of foreign properties in Australia, Canada, the US and London, native customary rights (NCR) lands being leased to his crony companies and members of his family and land grab issues.

Meanwhile, DAP has also accussed Taib of failing to account for a staggering RM4.8 billion of Sarawak's funds over the past three years alone.

Several parties have lodged reports against Taib through the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), but no action has been taken todate.

Taib, too, has not responded to any one of these allegations. - FMT

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

Posted: 21 Feb 2011 02:35 AM PST


by Dr. Dzul

.(Tahniah!- dari Pengerusi dan Ahli-Ahli JK Lujnah Seni dan Budaya PAS Pusat)

Nazri Abdullah, Hakarahdaily – KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.

Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu… dia duk ikut 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan', pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya…Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.
PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman

Sementara itu, di KOTA BHARU, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu.

Sambungnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

"Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

"Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,"ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS.

Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.


Tiada ulasan: