Sabtu, 12 Februari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Itu fitnah orang gila - Azmin

Posted: 12 Feb 2011 06:20 PM PST

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bahawa parti itu sedang merancang satu komplot supaya Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melarikan diri ke luar negara dan memperoleh suaka politik.

Semalam, Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Dang Wangi mendakwa mempunyai maklumat bahawa Anwar sedang mengatur rancangan termasuk cubaan membangkitkan kemarahan rakyat 'ala Mesir' sekaligus dapat mengelakkan daripada menghadiri prosoding tuduhan Liwat II yang sedang dihadapinya.

Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.

"Anwar akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan 'Baju Merah' di Bangkok," kata Armand semalam.

Sehingga hari ini, Anwar masih dalam lawatannya ke Amerika Syarikat dan dijangka pulang ke tanah air esok.

Mengulas laporan polis itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata PKR tidak pernah membincangkan isu sedemikian dan mendakwa ia hanya sebagai satu lagi fitnah yang ditaburkan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR).

"Itu hak mereka untuk buat laporan polis. Ini fitnah orang hilang akal termasuk menggelarkan Anwar sebagai pengganas dan ejen Yahudi namun sampai sekarang tiada bukti kukuh.

"PR nak maju kehadapan untuk fikir cara nak selamatkan ekonomi ekonomi dan membincangkan soal prinsip.

"Jadi saya tak perlu nak jawab isu remeh dan beri perhatian kepada Umno kerana kita tahu rakyat tidak mahu lagi dengar fitnah dan kerja kotor yang dibawa Umno," katanya ketika merasmikan Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD) di sini hari ini. -seterusnya

Mr PM, berterus terang lah pasal FLOM Division di JPM tu, kenapa diam saja? - Kit Siang

Posted: 12 Feb 2011 06:37 AM PST


The recent revealing of the ridiculous "First Lady of Malaysia Division" dedicated to Rosmah Mansor is bewildering and has yet again shown the inconsistency of the Barisan Nasional government in informing the public.

In his reply to my parliamentary answer in November 2010, Prime Minister Dato Seri Najib Razak said that there is no full-time staff or contract staff specially assigned to his wife, Datin Seri Rosmah Mansor.

The Prime Minister is clearly contradicting himself when the official website of Prime Minister's Department included the "First Lady of Malaysia Division" in the staff directory, under which five staffs are employed to work, suggestively for the self-proclaimed "First Lady" of Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

When the information was discovered and made public by certain media and by MP Seputeh YB Teresa Kok, the related information 'mysteriously' disappeared from the website. The truth about the allocation remains to be told.

In fact, the 'newly discovered' First Lady of Malaysia division was not mentioned in the four-volume Senarai Perjawatan Persekutuan (federal staff list), which forms part of the federal budget 2011 documents. Questions remained to be answered of how and how much is the division been allocated and what is the function of the division.

In the same directory we discovered that many advisors on specific issues are also listed, whom positions are similarly not allocated in the Federal Budget 2011. This include Dato' Seri Dr. Abdullah bin Md Zin as Advisor for Islamic Affiars, Dato' Shahidan Kassim as advisor for matters on North Corridor Economic Region (NCER), Datuk Seri Jalaludin bin Bahaudin as the Media Advisor, Dato' Mohammad Kamal bin Yan Yahaya as Advisor for International Relation, and Prof Emeritus Dato' Dr Zakri bin Abd Hamid as the Science Advisor. Each of the advisors has one or more staff assisting them.

Indeed the Prime Minister's Department is the biggest spender among the various ministries. The department receives RM15.8 billion this year (excluding the allocations for Attorney-General's Chamber and the Public Service Department), a record setting amount compared to past years and has been more than doubled from the RM 6.87 billion allocation in 2007.

I pressed on the Prime Minister to present a truthful reply on this issue and remain accountable to the people. The people of Malaysia deserve to know how their money is spent - DAPMalaysia

Perangai Umno macam regim Mubarak - TGHH

Posted: 12 Feb 2011 06:13 AM PST

Perangai Umno BN macam rejim ditewaskan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Feb: "Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.

Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.

Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.

Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.

Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.

Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini - HD

ADUN Kerdau meninggal dunia ... Takziah

Posted: 12 Feb 2011 05:08 AM PST

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang tadi.


STONE : Ucapan takziah buat keluarga Datuk ... Alfatihah

Piiiiiiiiiiiirrraahhhhh Najib bila masa pula semua dasar yg dibuat mendahulukan rakyat, jgn cakap ikut sedap mulut saja

Posted: 12 Feb 2011 03:48 AM PST

STONE : Kata-kata dari seorang PM yang bongkak .. (revolusi rakyat Mesir) kita lebih awal lagi menyedari perkara ini apabila kita menekankan rakyat didahulukan. Apapun dasar kita, program kita mesti meletakkan prinsip utama mesti mendahulukan rakyat, ... piiiiiiiiiiirrraaahhhhhhhhhhhh Najib jangan cakap TAK SERUPA BIKIN, bila masa pula semua dasar yg dibuat mendahulukan rakyat ni, jangan cakap sesedap mulut saja ...hnag
Awat hang dah risau ker takut apa yang terjadi di Mesir ni akan merebak ke Malaysia?? ... Aku harap sangat-sangat ... hahahaha
Jangan samakan senario di Mesir dengan di Malaysia
KUALA LUMPUR, 12 Feb – Malaysia berharap peralihan kuasa Mesir berjalan lancar berikutan peletakan jawatan presidennya Hosni Mubarak semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau berkata bahawa kerajaan Malaysia juga akan mewujudkan hubungan yang baik dengan pimpinan kerajaan Mesir yang baru kelak.

"Saya berharap proses peralihan kuasa di Mesir berjalan dengan licin dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti ketegangan dan keganasan yang serius.

"Saya yakin rakyat Mesir dapat menentukan nasib dan masa depan mereka dan saya berharap bahawa keadaan ini dapat diuruskan dengan baik sehingga tiba masa untuk mengadakan pilihan raya umum," katanya semasa sidang akhbar pertemuan Presiden Umno dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Beliau berkata semoga rakyat Mesir yang mengharapkan perubahan akan mendapat sebuah kerajaan baru yang akan memenuhi kehendak mereka, iaitu kepada perubahan yang akan memberi kepuasan kepada mereka.

Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada revolusi rakyat dan mengumumkan peletakan jawatannya selepas 30 tahun memerintah Mesir apabila mengambil alih daripada Anwar Sadat.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presidennya Omar Suleiman melalui satu kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira tengah malam tadi waktu Malaysia.

Najib berkata senario di Mesir tak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia.

"Apa yang berlaku itu (revolusi rakyat Mesir) kita (Malaysia) lebih awal lagi menyedari perkara ini apabila kita menekankan rakyat didahulukan. Apapun dasar kita, program kita mesti meletakkan prinsip utama mesti mendahulukan rakyat," katanya.

Beliau percaya jika prinsip itu dilaksanakan rakyat akan bersama-sama kerajaan tetapi dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan dalam sekelip mata.

"Rakyat pun faham, tetapi asalkan kita mendahulukan rakyat dan memahami jangkaan rakyat bahawa kita ini mengambil tindakan dan rakyat merasai faedah hasil tindakan itu," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi, Najib berkata rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional.

"Mereka tahu mana (satu) yang hak dan yang batil, dan mana (satu) yang nak dieksploit oleh mana-mana pihak.

"Saya dah buat (penjelasan tentang) poin ini. Dalam pergolakan di Mesir majoriti Barisan Nasional bertambah di Tenang (????), jadi ini adalah petanda yang baik," katanya.

Mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mahu keluar negara untuk merancang sesuatu yang memudaratkan kepada keselamatan negara, Najib berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk polis menyelesaikannya.

Semalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat empat laporan polis terhadap ketua pembangkang berkenaan bagi membolehkan beliau dihalang keluar dari negara kerana didakwa merancang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Mengenai komuniti facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat, beliau berkata ia memang dijangka kerana ia merupakan sebahagian daripada fenomena global dan perubahan dalam teknologi komunikasi.

"Kita mempunyai dua pilihan, kita boleh menutup Malaysia kepada fenomena global tetapi kita memilih untuk menjadi sebahagian daripadanya. Tapi itu bermakna bahawa kita perlu menguruskannya dalam sebuah masyarakat yang berpendidikan dan memahami teknologi dan oleh itu, cabaran adalah lebih kepada untuk menguruskan persekitaran politik," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah mudah (bagi kerajaan) kerana mereka tidak memonopoli maklumat, penyebaran maklumat dan sebenarnya rangkaian sosial yang disebarkan tepat masa tidak bermakna pandangan-pandangan yang dilontarkan adalah betul.

Najib berkata untuk menguruskannya ia bukan hanya mengenai penapisan internet tetapi apa yang paling penting ialah supaya orang ramai memahami matlamat dasar kerajaan.

"Matlamatnya adalah baik tapi kadang kala apa yang hendak dilakukan kerajaan telah disalah anggap. Apa bezanya, sebagai contoh, antara bangunan 100 tingkat dan bangunan 80 tingkat."

Beliau berkata semuanya mengenai Malaysia pada tahun 2020 dan Kuala Lumpur akan menjadi begitu berbeza.

Projek ini tidak menggunakan wang orang ramai atau pembayar cukai seperti yang sering disalah fahami (oleh orang ramai), katanya. – Bernama

Tiada ulasan: