Isnin, 7 Februari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


THEMA MAULIDUR RASUL - 1 MALAYSIA 1 UMMAH, BERTENTANGAN DENGAN ISLAM?

Posted: 06 Feb 2011 10:45 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SLOGAN `1 Malaysia 1 Ummah' dikatakan menjadi thema sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini. Biasalah, kerajaan sekarang semuanya mahu dijadikan `1 Malaysia' dengan berbagai jenama `1 Malaysia' di tempelkan. Apa yang tidak kena dengan thema `1 Malaysia 1 Ummah' ini?

Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kununnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.

Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut ugama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan ugama yang lainnya.

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampor adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?

Saya merasakan thema sedemikian tidak tepat samasekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini. Jangan kerana terlalu inginkan kemegahan di dalam jenama 1 Malaysia, kita satukan kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

NIK AZIZ LEBIH SUKA BERDEPAN DENGAN HARIMAU DARIPADA SI KUCING KURAP

Posted: 06 Feb 2011 09:15 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

HAJAT untuk menyaksikan perdebatan di antara Ulamak Veteren Umno Kelantan iaitu Mohd Noor Deris dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya tidak kesampaian. Ini adalah kerana Tuan Guru Nik Aziz mahu agar tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai peranan penting di dalam kerajaan atau Umno untuk berdebat dengannya.

Sebelum ini akhbar Sinar melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdebat dengan Ulamak Umno yang mencabarnya itu. Tetapi laporan akhbar itu disangkal oleh Pejabat MB Kelantan, di antara lain sebab yang diberikan adalah seperti berikut:

" Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan." "Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti." (Kenyataan Media Pej MB Kelantan)

Tuan Guru Nik Aziz berani menyahut cabaran Mohd Noor yang mahu agar dirinya disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau bersedia untuk berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tentunya lebih berwibawa daripada Mohd Noor Deris. Sekaligus, Mursyidul Am PAS tersebut memberikan tamparan memalukan kepada Mohd Noor Deris. Ulamak Veteren Umno Kelantan tersebut boleh mengukur baju di badannya sendiri kerana kesangupan Tuan guru Nik Aziz berhadapan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bukan seorang atau dua ahli, tentunya meletakkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin yang berani kerana benar.

Namun demikian, Mohd Noor boleh berusaha untuk berdebat dengan anak murid Tuan guru Nik Aziz yang setaraf dengannya. Beliau perlu akur bahawa beliau tidak layak menggantikan PM, TPM atau Menteri seperti Jamil Khir untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka semua itu lah sepatutnya yang bersesuaian untuk berdebat dengan MB Kelantan, bukan Mohd Noor Ulamak yang digelar `ulamak terompah kayu' di Kelantan.

Sekali lagi, tahniah buat Tuan Guru Nik Aziz yang telah memilih berhadapan dengan `dua tiga ekor harimau' daripada berhadapan dengan seekor kucing. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: