Jumaat, 25 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Nik Aziz says PAS is for everyone

Posted: 25 Feb 2011 08:37 AM PST

TEMERLOH, Feb 25— PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said today that his party is not extremist, and instead fights for harmony among people of all creeds and races in the country.

He said the allegation that PAS strived only for Islam was not true.

"PAS is increasingly accepted by people of all races because of its approach which is based on Islam," he told reporters here.

"The allegation that PAS is extremist, does not champion the people, is altogether untrue. In fact, PAS is increasingly being accepted by non-Muslims," he said.

Nik Aziz, who earlier met people around Kerdau town, said that non-Muslims now had a better understanding of Islam, thanks to the efforts of PAS.

Nik Aziz was in Kerdau in conjunction with the by-election to be held on March 6 following the death of Barisan Nasional assemblyman Datuk Zaharuddin Abu Kassim of a heart attack on February 12.

Nomination day is tomorrow. — Bernama

Salang dakwa Radio Free Sarawak operasi di Melaka, bukan London

Posted: 25 Feb 2011 08:36 AM PST

SARIKEI, 25 Feb — Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang percaya stesen radio Radio Free Sarawak, yang kritikal terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud, beroperasi dari Melaka bukannya di London sebagaimana disangkakan.

"Saya ada mendengar tentang kewujudannya. Saya juga difahamkan ia beroperasi di Melaka, bukan di London, seperti yang dipercayai," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan London Evening Standard kelmarin menyebut siaran Radio Free Sarawak dikendalikan oleh adik ipar bekas perdana menteri Gordon Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London.

Akhbar tabloid itu mendedahkan, Claire Rewcastle Brown juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari.

Menurut akhbar itu, Rewcastle Brown dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini.

Rewcastle Brown, 51, berkata peranannya ialah memberikan "peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas."

Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km.

Tujuan siaran itu ialah mendedahkan dakwaan rasuah dalam kepimpinan Taib, yang memimpin Sarawak sejak tiga dekad lalu.

The London Evening Standard mengunjungi studio Radio Free Sarawak ketika Jaban sedang menemu bual seorang ketua kampung yang telah dipaksa keluar dari tanahnya. Ketua kampung itu bercakap dengan Jaban menggunakn telefon bimbit dari hutan Borneo.

Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia — didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun.

Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap dakwaan wujudnya stesen radio haram Radio Free Sarawak sekiranya terdapat laporan polis mengenainya.

Beliau berkata setakat ini, belum ada laporan dibuat mengenainya kepada polis atau Kementerian Dalam Negeri.

"Jika terdapat laporan mengenainya, SKMM akan menyiasat. Jika kandungannya melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, SKMM boleh menyekat siarannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Julau yang diwakilinya.

Salang berkata oleh kerana stesen radio itu tidak diberi lesen oleh SKMM, maka ia adalah stesen haram.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Sarawak Abdul Karim Hamzah hari ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap stesen radio itu.

Beliau berkata dalam siaran hariannya, stesen itu menghasut rakyat Sarawak supaya menentang kerajaan negeri dan cuba menimbulkan kebencian antara kaum.

"Aneh sungguh apabila ada orang yang sanggup melakukan perkara yang boleh membawa keburukan kepada negara.

"Manusia yang berfikiran waras akan berusaha untuk menambah baik keadaan di negara mereka, bukan memusnahkannya," kata beliau.

Salang berkata sekiranya rakyat merasakan ada individu bertindak dengan cara yang tidak betul terhadap negara, mereka perlu melaporkannya kepada polis.

Wanita Pakatan guna pendekatan mesra rakyat

Posted: 25 Feb 2011 07:53 AM PST

Hazayani Zakaria

JASIN, 25 Feb: Wanita Pakatan Rakyat (PR) akan memperkasakan pendekatan wanita mesra rakyat pada kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh.

Beliau berkata, jentera wanita PR akan berusaha menjelaskan tawaran PR kepada rakyat jika diberi peluang untuk membawa suara mereka ke sidang Dun.

"Kita akan menggunakan pendekatan wanita mesra rakyat di mana kita menjelaskan dengan bersungguh-sungguh tawaran PR kepada rakyat," kata beliau dalam Majlis Pelancaran Jentera Wanita Pakatan Rakyat di markas induk PAS PRK Merlimau, dekat sini petang tadi.

Nuridah berkata, wanita PR juga akan menerangkan kepada pengundi bahawa PR bukan bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat negeri itu tetapi ingin membawa mereka keluar daripada politik lama Umno BN.

"Kita kena jelaskan kepada pengundi-pengundi bahawa kita tidak berniat memecah belahkan masyarakat tapi ingin membawa mereka kepada pemerintahan yang lebih telus.

"Kita boleh jadikan negeri-negeri PR yang berjaya mentadbir negeri dan menjaga kebajikan rakyat sebagai contoh," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Turut berucap dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang itu ialah Timbalan Speaker Dun Selangor, Haniza Talha.

Haniza mengingatkan wanita PR agar tidak gentar untuk berhadapan dengan Umno BN.

"Kita jangan khuatir dan gentar dengan propaganda Umno BN kerana ia perkara biasa.

"Kita harus memberi cabaran kepada mereka agar tidak berasa selesa dengan kemenangan sebelum ini," katanya yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Halim Abdul Rahman dan wakil dari DAP.

Najib Kata Tidak Kepada Hindraf

Posted: 25 Feb 2011 06:00 AM PST

Najib: Polis perlu tindak, kaum India wajar tolak Hindraf
February 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Masyarakat India tidak perlu bergantung harap pada pertubuhan haram, Hindraf dalam memperjuangkan nasib mereka kerana kerajaan telah menjaga kepentingan kaum itu dengan sewajarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kaum India seharusnya bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil berat terhadap masa depan dan kepentingan setiap kaum di negara ini.

"Soal kepentingan kaum India kita telah ambil tindakan, maknanya mereka tidak perlu pada Hindraf, mereka hanya perlu pada BN sahaja," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

Najib berkata beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang supaya pertubuhan itu tidak muncul kembali dan bergerak bebas walaupun ia telah diharamkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan pertubuhan itu untuk mengadakan perhimpunan tanpa permit di ibu negara, Ahad ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemimpin Hindraf perlu dikenakan tindakan tegas atas dua kesalahan iaitu memperjuangkan sebuah badan yang sudah diharamkan kerajaan dan merancang mengepalai perhimpunan tanpa permit. — Bernama

Ali Rustam Hina Islam Dan Rakyat Mesir.

Posted: 25 Feb 2011 05:42 AM PST

Ali Rustam dakwa Malaysia jadi Mesir jika PAS tadbir


JASIN, 25 Feb — Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.

Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.

"Rakyat boleh menyatakan pendirian melalui peti undi...demokrasi, sebab itu PAS dapat perintah Kelantan, dapat Kedah, DAP dapat Penang dan PKR (Parti Kedailan Rakyat) dapat selangor.

"Saya percaya rakyat takkan terpengaruh untuk ikut demonstrasi, nak buat demonstrasi untuk apa, kita ada pilihan raya, gunalah, bertandinglah, lawan lah cakap... tapi janganlah fitnah, lepas itu rakyat sendiri akan tentukan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau turut berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, menolak calon PAS Yuhaizat Abdullah yang tidak berupaya membawa sebarang kebaikan untuk kawasan itu.

"Beliau ini cuma digunakan oleh PAS untuk menguji pilihan raya umum ke-13, kerana kita juga yang akan selesaikan masalah rakyat jelata, kita mendahulukan rakyat apa-apa hal mengikut dasar 1Malaysia, berbeza dengan PAS yang mendulukan DAP," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan PAS bahawa calon BN, Roslan Ahmad dipilih atas faktor keluarga, Mohd Ali berkata perkara itu menunjukkan mereka tidak mempunyai modal untuk memburuk-burukkan BN kerana isu keluarga membabitkan semua parti termasuk PAS, PKR dan DAP.

"Walaupun beliau (Roslan) anak Datuk Ahmad tapi Datuk Ahmad dah meninggal 32 tahun dulu. Roslan kebetulan dipilih bukan dia sebab anak ahli parlimen dulu tapi kebetulan dia AJK kawasan dalam parti dicalonkan," katanya.

Mengulas dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) lambat menghantar pulang pelajar ke Mesir, walhal semua kerajaan pembangkang sudah berbuat demikian, beliau berkata kerajaan negeri BN tidak mahu tergopoh-gapah dan membahayakan nyawa pelajar.

"PAS dia punya kerja lumba sapa cepat hantar pelajar balik Mesir dulu, dia nak hantar cepat dia hantarlah, kita tengok keselamatan... pasal apa di Mesir masih lagi bergolak... kita jangan politikkan pelajar, ini nyawa kan.

"Kita pergi lewat apa salahnya, ini nak hantar besok pun boleh tapi kita kerajaan BN mengutamakan keselamatan pelajar, kalau belum selamat kita tak hantar," katanya. — Bernama

Ini Laporan Antarabangsa Menyebut Najib Mengkritik Sheikh Yusof Qardawi Dan Ikwan Muslim

Posted: 25 Feb 2011 05:00 AM PST

Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out

By Seth Mandel

Since the beginning of the uprising in Egypt and the expected power shift in favor of the Muslim Brotherhood, the Islamic world has rallied around the Brotherhood and demanded that the West engage with them. But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood "shouldn't be part of the process as long as they don't reject violence and extremism."

"Anyone who wants to be part of the political process should adopt values that are compatible with democracy," Najib said in an interview in Istanbul, where he is speaking at a conference on moderation. "It's not just about having a vote and choosing your leaders; it's also part of imparting the right values for democracy to work, because there are failed democracies as well."

Najib said he has "some concerns, deep concerns" about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood's spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi's support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi's credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. "We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East."

He offered his own country as a model to emerging Islamic governments in the Middle East, saying that Secretary of State Hillary Clinton has described Malaysia as "modern, progressive, and moderate."

"We shouldn't want to impose on people, but people are welcome to study our experience and how we've done things in Malaysia. Perhaps it could be useful in their country," he said.

Too many leaders, Najib said, misunderstand moderation. "I think they're not paying enough attention to the values associated with being a moderate," he said. "Moderate doesn't mean that you're a wimp — far from it. It means that you've chosen a path because you believe that's the only way for global harmony and peace."

— Seth Mandel is a fellow in the Foundation for Defense of Democracies National Security Fellowship Program.

http://www.nationalreview.com/corner/260498/malaysian-pm-muslim-brotherhood-must-renounce-violence-or-be-left-out-seth-mandel

Bagi Najib, Ikhwan Muslimin dan Qaradhawi itu pengganas?

Posted: 25 Feb 2011 04:30 AM PST

Kenyataan Akhbar

Oleh ANWAR IBRAHIM

Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

Anwar kesal Najib label Yusuf Qaradawi sebagai pengganas

Posted: 25 Feb 2011 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Datuk Seri Najib Razak memusuhi Islam apabila melabel Sheikh Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas dan pelampau.

"Najib menyelar gerakan Ikhwan kerana terlibat dengan keganasan dan melahirkan kebimbangannya terhadap Sheikh Yusuf Qaradawi. Prasangka ini mewakili sikap musuh Islam," kata Ketua Pembangkang itu melalui twitternya.

Najib hari ini melabel Yusuf Qaradawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan ada kaitan dengan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, sebagai pengganas sewaktu bercakap pada satu persidangan di Istanbul.

"Sesiapa saja yang mahu menjadi sebahagian dari proses politik (Mesir) perlu mengambil nilai yang sesuai dengan demokrasi. Ikhwanul Muslimin sepatutnya tidak menjadi sebahagian dari proses itu selagi mereka tidak menolak keganasan dan sikap
pelampau (mereka)," kata Najib.

Kenyataan Perdana Menteri itu dipetik dari National Review, sebuah majalah politik antarabangsa dalam talian.

Najib dilapor berkata, beliau 'risau, sangat risau' dengan Yusuf Qaradawi yang kerana menganggap pemimpin seperti itu akan menyesatkan Timur Tengah kerana menghalalkan keganasan.

"Kita hilang jalan pertengahan kepada puak pelampau di Timur Tengah," kata Najib, dipetik.

Kenyataan Najib mengejutkan banyak pihak kerana Qaradawi adalah tokoh Islam yang dihormati di seluruh dunia, baik di kalangan masyarakat Barat mahupun dunia Islam.

Malah, Yusuf Qardawi pada 18 Disember 2009, dianugerah gelaran Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1431H oleh Timbalan Yang DiPertuan Agung pada masa itu, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ahli Parlimen dibenar cabar kerajaan isu peruntukan kawasan

Posted: 25 Feb 2011 03:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi kebenaran kepada permohonan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar mendapatkan semakan kehakiman.

Permohonan itu dibuat terhadap kerajaan Persekutuan kerana menahan peruntukan tahunan RM1 juta kepada kawasan pilihan raya berkenaan yang diwakili pembangkang.

Mengikut Malaysiakini, Ahli Parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu agak 'terkejut' dengan keputusan itu kerana beliau sendiri tidak menjangka memberi kebenaran berkenaan.

Jeyakumar menegaskan, peruntukan yang diterima ahli parlimen Barisan Nasional (BN)tetapi tidak kepada wakil rakyat pembangkang, adalah hak bagi semua wakil rakyat.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat, termasuk Nurul Izzah Anwar juga menjadi pemerhati kerana kes itu mempunyai implikasi di kawasan yang mereka wakili.

100 berdemo depan DBKL bantah roboh rumah

Posted: 25 Feb 2011 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 penduduk Ladang Estet Batu hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DBKL di sini, bagi membantah hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meroboh rumah mereka.

Mereka yang terdiri daripada bekas pekerja estet ladang Batu , menentang tindakan itu yang bersandarkan Notis Pembersihan Setinggan 1969 yang terkandung dalam undang-undang darurat.

Sehingga kini, mereka masih gagal bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail bagi berbincang perkara itu.

Turut hadir memberi sokongan ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan wakil Lawyers For Liberty (LFL).

Fitnah II: Pakar kimia akui tidak mahir DNA rambut

Posted: 25 Feb 2011 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II diteruskan dengan menyambung soal balas pakar kimia dari Jabatan Kimia, Nor Aidora Saidun dan petang ini beliau sekali lagi mengaku tidak pernah memberi syarahan berkenaan analisis rambut.

Ini kerana syarahan yang diberikan kedua-dua polis daripada Australia adalah berkenaan morfologi (rupa bentuk) rambut sahaja.

Sedangkan beliau sendiri sebenarnya layak untuk melakukan analisis DNA walaupun tidak pernah memberi syarahan tentang morfologi rambut itu sendiri.

Aidora juga mengaku tidak menjalankan analisis lanjut sama ada profail asing yang dijumpai dalam sampel berkemungkinan datangnya daripada polis yang bertugas sebagai pegawai penyiasat.

"Adakah anda mempunyai profail DNA pegawai polis yang ditugaskan menyiasat kes ini?" tanya peguam Ram Karpal.

"Tidak," jawab Aidora.

"Anda tidak mengecualikan bahawa profail mereka mungkin mencemari sampel 'trace'? tanya Ram Karpal.

"Ya," jawab Aidora.

Dalam sesi soal balas Ram Karpal pagi tadi, Aidora mengakui hanya memiliki sedikit pengetahuan berkenaan pemeriksaan DNA rambut.

Menurut Aidora, beliau hanya mengendalikan kursus berkenaan morfologi rambut tetapi tidak memberikan syarahan.

Sebaliknya beliau berkata, dua pegawai polis dari Australia yang memberikan syarahan tersebut.

Terdahulu, Aidora cuba memutarbelitkan jawapannya kepada Ram Karpal sebaik perbicaraan bersambung pada jam 3.05 petang tadi.

"Anda setuju pencemaran DNA boleh berlaku dalam 'trace' sampel?" tanya Ram Karpal.

('Trace' sampel adalah sampel DNA yang diperolehi daripada calitan yang dibuat daripada objek yang mempunyai kontak dengan manusia)

"Tidak, ia boleh berlaku dalam semua sampel," balas Aidora.

LAPORAN LANGSUNG:

4.04 pm – Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin selesai menyoal siasat Aidora selepas mula menyoal balas pada jam 3.38 petang.

Mahkamah ditangguhkan dan bersambung pada Isnin depan.

3.17 pm – Ram Karpal meminta pengesahan Aidora bahawa kegagalannya mengikuti cadangan di dalam manual itu menyebabkan Aidora membuat kesimpulan bahawa DNA yang dijumpai pada berus gigi serta barang bukti yang diberikan kepada beliau berasal daripada profail DNA tunggal sedangkan ia sebenarnya datang daripada banyak profail DNA.

"Adakah anda mematuhi cadangan dalam manual?" tanya Ram Karpal.

"Tidak," jawab Aidora.

"Oleh kerana itu, anda mengabaikan kehadiran profail DNA lain.

"Garis panduan standard anda tidak patuhi, malahan anda membuat kesimpulan yang ia datang daripada profail tunggal," kata Ram Karpal.

"Saya tidak dapat jawab soalan itu," kata Aidora.

3.06 pm – Ram Karpal Singh menyoal balas Aidora berkenaan manual mesin analisis DNA, Genetic Analyser 3XL300 yang digunakan untuk menganalisis DNA.

3.05 pm – Mahkamah kembali bersidang.

3.23 pm – Karpal Singh tiba di mahkamah.

Krisis Libya: Gaddafi umum insentif tunai, PBB draf sekatan

Posted: 25 Feb 2011 02:00 AM PST

TRIPOLI, 25 Feb — Kerajaan Libya pimpinan Muammar Gaddafi, yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang semakin meningkat dan juga tekanan global, mengarahkan ganjaran wang tunai selain kenaikan gaji, subsidi makanan dan elaun.

Laporan televisyen kerajaan berkata, setiap keluarga akan menerima 500 dinar Libya (sekitar RM2,000) untuk membantu menyara kos makanan yang semakin meningkat manakala gaji kakitangan awam pula dinaikkan sehingga 150 peratus.

Dalam pada itu, Reuters memetik Menteri Luar Perancis Michele Alliot-Marie berkata, negara itu dan Britain merangka resolusi untuk perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengenakan embargo senjata, sekatan kewangan dan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mendakwa pemimpin-pemimpin Libya melakukan jenayah kemanusiaan.

"Ada usaha Perancis-Britain... kami telah meminta dikenakan embargo secara total, sekatan dan meminta tindakan ICC," kata Alliot-Marie kepada radio France Info.

Sekatan itu termasuklah kewangan dan larangan perjalanan.

Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan pertemuan lewat hari ini untuk membincangkan cadangan itu. — Reuters

Pilihan raya: Habuan ambil, siapa diundi rahsia…

Posted: 25 Feb 2011 12:30 AM PST

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Amalan yang boleh masuk syurga

At-Thabrani meriwayatkan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: "Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku amal yang jika kulakukan dapat aku masuk syurga." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kau sekutukan Allah dengan sesuatu meskipun kau diseksa atau dibakar. Taatilah kedua-dua ibu bapamu meskipun mereka tidak memberimu harta dan semua milikmu. Dan jangan tinggalkan solat wajib dengan sengaja. Siapa yang sengaja meninggalkan solat, maka Allah berlepas tangan daripadanya."
***

KETUA Angkatan Muda KEADILAN merangkap Pengerusi Perhubungan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempunyai cerita menarik bagaimana bijaknya seorang pengundi di Sibu pada pilihan raya kecil Parlimen di kawasan itu tidak lama dulu.

Kisah ini beliau dedahkan pada majlis ceramah umum Pakatan di Merlimau baru-baru ini yang turut membabitkan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata Shamsul, di Sibu dia dengan rakan-rakan telah pergi berkempen ke rumah seorang penduduk yang kediamannya dilitupi bendera BN. Terlalu banyak, sehingga boleh dikatakan rumahnya diselimuti bendera BN.

Menurut Shamsul dia dan rakan-rakan pun berkempen bagai nak rak, menerangkan mengapa pengundi berkenaan perlu membuat perubahan, jangan memberi undi secara membabi buta kepada BN.

Selepas penat memberi penerangan mereka pun bertanya pemilik rumah tadi siapa yang akan diundinya pada pilihan raya nanti. Jawapannya ringkas: "Undi adalah rahsia, tetapi untuk maklumat kamu semua setiap bendera dipasang ini saya diberi RM50!"

Demikianlah cuba bayangkan kalau 100 bendera dipasang, bukankah dengan mudah si pemilik rumah tadi sudah dapat RM5,000! Wah, bukan main pandailah pemilik rumah itu.

Demikianlah, baik Shamsul dan Saifuddin mengingatkan adalah penting untuk mendapatkan pengundi seramai mungkin memangkah calon Pakatan Rakyat (di Merlimau, calonnya adalah daripada PAS) tidak kiralah sama ada mereka itu penyokong atau ahli Umno dan sekutunya seperti MCA dan MIC. "Yang penting undi mereka diberikan kepada calon Pakatan; soal sokongan atau ahli parti, itu soal masing-masing."

Saifuddin berkata perkara itu sudah dibuktikan ketika beliau menghadapi pilihan raya kecil Lunas pada 2000. Katanya, pada pilihan raya umum 1999, calon KEADILAN kalah di tangan calon BN dengan majoriti lebih 6,000 undi tetapi pada pilihan raya kecil 2000, dia (Saifuddin) dapat menarik sokongan kira-kira 6,000 pengundi tadi seterusnya memberi beliau kemenangan dengan majoriti lebih 200 undi.
Berdasarkan contoh di Lunas, Saifuddin berkata, perkara yang sama boleh dilakukan di tempat lain termasuk Merlimau. Beliau berpendapat dengan senario pilihan raya dijalankan di padang yang tidak sama rata (seperti penggunaan jentera kerajaan, lambakan projek dan penguasaan media oleh BN), Pakatan perlu menggunakan pendekatan memujuk pengundi dari rumah ke rumah.

"Pastikan tidak ada seorang pengundi pun tercicir daripada didekati oleh petugas kita," katanya.

Berdasarkan perkembangan semasa, penduduk di Merlimau sedang menikmati limpahan projek kilat yang biasanya dianggap tidak ada kena mengena dengan pilihan raya oleh pemimpin tinggi Umno BN. Misalnya Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah menjanjikan sebuah SRJK (Tamil) yang lebih selesa manakala Ketua Menteri Mohd Ali Rustam sudah mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membaiki rumah-rumah orang miskin. Demikianlah betapa baiknya pemimpin BN yang melihat kebajikan ini tidak ada kena mengena dengan pilihan raya, ringkasnya projek-projek mereka bukan untuk memancing undi.

Sebenarnya cakap-cakap pemimpin Umno BN bahawa peruntukan dan projek untuk rakyat tidak ada kena mengena dengan pilihan raya (jika mereka benar-benar ikhlas) adalah bertepatan satu ayat al-Quran (Surah Al-Insan ayat 9) yang bermaksud: "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk menghadapkan keredaaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih."

Ya, wahai pemimpin Umno BN, taburlah wang, taburlah makanan, banyakkan projek dan lakukanlah pelbagai kerja-kerja kebajikan, tetapi sejajar dengan perintah Allah SWT melalui ayat 9 Surah Al-Insan ini, janganlah harapkan apa-apa daripada perbuatan baik kamu itu.

Jika ucapan terima kasih pun tidak diharapkan, janganlah kamu mahu memaksa rakyat mengundi calon kamu. Itu sudah melampau sebab perbuatan baik jangan diharapkan secebis balasan pun hatta terima kasih sekali pun.

Berhubung ayat 9 Surah Al-Insan ini, ada ulama membawakan kisah betapa ikhlasnya Sayidina Ali k.w. dalam memberi bantuan kepada orang miskin. Suatu hari Ali dan isterinya Fatimah iaitu puteri Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai sedikit pun makanan di rumah mereka.

Ali yang ke luar rumah selepas lama berusaha mendapat sedikit makanan tetapi ketika balik, dia telah menyedekahkan semua makanan itu kepada sejumlah peminta sehingga dia tidak membawa balik apa-apa pun kepada Fatimah. Namun kedua pasangan suami isteri itu masih bersyukur, mereka tidak meminta balasan di atas kebaikan mereka hatta terima kasih sekali pun. Mereka hanya menghadapkan keredaaan Allah SWT.

Oleh itu benarlah apabila ada pemimpin Umno BN kerap berkata sesuatu projek atau pemberian itu tidak ada kena mengena dengan pilihan raya. Mereka ikhlas untuk membantu rakyat, jadi jangan harapkan ada-apa daripada rakyat lebih-lebih lagi undi mereka.

Ingat, selepas bantuan diberi, jangan berharap apa-apa langsung – jangan paksa rakyat mengundi calon anda. Contohilah Sayidina Ali k.w. yang tidak mengharapkan apa-apa pun daripada orang dibantunya hatta ucapan terima kasih. Dia hanya mengharapkan keredaan Allah; begitulah diharapkan kepada pemimpin Umno BN, semoga anda dapat mencontohi Ali k.w.!

http://lanh14.blogspot.com/2011/02/pilihan-raya-habuan-ambil-siapa-diundi.html

Kelantan hapus levi terhadap KAFA

Posted: 25 Feb 2011 12:00 AM PST

Mohd Nor Yahya

KUALA LUMPUR, 25 Feb : Bagi menyokong perkembangan sukan di Kelantan terutamanya dalam bidang bola sepak, kerajaan Kelantan telah membuat keputusan untuk menghapuskan levi hiburan terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan ( KAFA ) dan KAFA dijangka akan memperolehi tambahan pendapatan melebihi RM300 ribu bagi tahun ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Abdul Fattah Mahmood keputusan tersebut telah dipersersetuji kerajaan dalam mesyuarat exco dan ia adalah bagi menampung pendapatan KAFA dan ia juga sebagai satu sumbangan kerajaan dalam asas pmbangunan sukan bola sepak di negeri ini.

Abdul Fattah ditemui selepas menghadiri mesyuarat exco yang diadakan di rumah Sri Kelantan Kuala Lumpur kelmarin.

"Pihak kerajaan berharap sangat agar dengan adanya penghapusan levi ini, KAFA akan mendapat pendapatan tambahan dan ini juga adalah satu lagi langkah kerajaan membantu KAFA dalam meningkatkan mutu pasukan Kelantan meneruskan perjuangan dalam tahun 2011 ini." Ujar beliau.

Beliau juga berkata penghapusan levi ini adalah juga sebagai sumbangan kerajaan Kelantan dan tidak timbul lagi soal kerajaan tidak membantu KAFA dalam meningkatkan mutu bolasepak Kelantan.

Levi atau cukai hiburan dibawah enakmen cukai hiburan 1953 telah nenetapkan sejumlah 5 peratus terhadap mana-mana jenis pertandingan sukan melibatkan binatang atau manusia.

Pelajar Kelantan pulang ke Mesir akan dibayai kerajaan negeri

Posted: 24 Feb 2011 11:30 PM PST

Mohd Nor Yahya

KUALA LUMPUR, 25 Feb : Pelajar Kelantan yang pulang baru –baru ini dari Mesir dan telah berdaftar dengan kerajaan negeri akan dihantar semula ke sana apabila keadaan telah mengizinkan bagi meneruskan pembelajaran.

Melalui keputusan mesyuarat exco kelmarin, Kerajaan Kelantan juga bersetuju untuk menanggung kos penerbangan pulang pelajar-peljar tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, ia juga adalah sebagai menunaikan tanggungjawab sosial kerajaan dalam membantu keluarga pelajar untuk membiayai tiket ke sana.

" Kerajaan telah bersetuju untuk membiayai penerbangan ke sana dan mereka tidak akan diberi wang tunai" ujar beliau.

Datuk Ahmad juga berkata sehingga kini seramai 1281 pelajar Kelantan di sana telah mendaftar dan mereka ini akan dibiayai penerbangan ke Mesir melibatkan kos lebih RM2juta

Sementara itu kerajaan lain dalam Pakatan Rakyat juga telah mengambil langkah yang sama untuk memastikan pelajar negeri masing-masing dapat meneruskan pembelajaran mereka apabila keadaan mengizinkan nanti.

Adnan tidak tahu Buku Jingga

Posted: 24 Feb 2011 11:01 PM PST

Harakahdaily

TEMERLOH, 25 Feb: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak mengetahui apa sebenarnya Buku Jingga yang mengandungi program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini berdasarkan kepada kenyataan Adnan yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan akhbar itu di muka surat P3 di bawah tajuk "BN tidak gentar siapa calon pembangkang".

Laporan itu memetik kenyataan Adnan yang mengatakan "saya amat mengalu-alukan pengeluaran Buku Jingga yang kononnya membongkar segala kelemahan pentadbiran Kerajaan Pahang dibawah pimpinan saya. Malah kepada rakyat Buku Jingga kedua akan saya keluarkan untuk menjawab segala tomahan tersebut termasuklah kelemahan pengurusan kewangan dan sebagainya".

"Saya fikir sebenarnya MB tidak tahu apa sebenarnya buku Jingga," kata Tuan Ibrahim pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Kerdau di pekan Kerdau, dekat sini, pagi ini.

Katanya, berdasarkan kenyataan Adnan itu menggambarkan bahawa menteri besar itu tidak mengetahui apa sebenarnya kandungan Buku Jingga.

"Apa yang beliau (Adnan) anggap Buku Jingga adalah serangan daripada PAS kepada kerajaan negeri Pahang sedangkan Buku Jingga tiada kena mengena dengan kerajaan Pahang, dia (Buku Jingga) bersifat tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.

"Saya fikir maklumat itu perlu menggambarkan Menteri Besar yang ada tidak tahu menahu Biku Jingga hingga mahu mengeluarkan pula 'Buku Jingga kedua' bagi menjawab 'Buku Jingga pertama'," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Kenyataan Media : Cadangan Penubuhan Gerakan Peminjam-Peminjam PTPTN-MARA (GPP)

Posted: 24 Feb 2011 10:00 PM PST

Pemuda PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan peminjam-peminjam PTPTN dan MARA pada hari esok sabtu 26hb Februari 2011 jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang. Berdasarkan kepada maklumbalas yang sangat positif setakat ini daripada peminjam, keluarga dan mereka yang bersimpati dengan peminjam PTPTN dan MARA maka Dewan Pemuda PAS Pusat mahu mencadangkan dalam pertemuan esok , penubuhan suatu gerakan rakyat yang dinamakan Gerakan Peminjam-Peminjam PTPTN –MARA (GPP). Gerakan ini akan dianggotai oleh para peminjam PTPTN, peminjam pendidikan MARA, peminjam pelajaran lain-lain agensi, NGO, parti-parti politik dan Individu yang bersimpati.

Matlamat penubuhan GPP adalah :

1. 1. Mengumpul maklumbalas seluruh negara daripada peminjam terhadap kesulitan yang mereka hadapi.

2. 2. Mengumpulkan tenaga pakar dalam bidang pinjaman pendidikan di Malaysia.

3. 3. Mengadakan persidangan meja bulat bagi merumuskan keadah penyelesaian yang bersesuaian.

4. 4. Mendesak kerajaan memberi perhatian kepada rumusan yang telah dibuat dalam Persidangan Meja Bulat

5. 5. Membuat tindakan susulan dengan pihak kerajaan.

Dewan Pemuda PAS Pusat mempunyai sedikit pengalaman menguruskan desakan rakyat sebelum ini dalam Gerakan Pemansuhan PPSMI(GMP) dan Gerakan Pemansuhan Judi Bola(GMJ). Kedua-dua gerakan rakyat ini telah membuahkan hasil yang manis kepada rakyat. Pihak kerajaan telah mendengar rintihan rakyat dan akhirnya PPSMI dan judi bola telah dimansuhkan. Dewan Pemuda PAS Pusat sangat optimis bahawa GPP akan dapat merumuskan jalan keluar terbaik yang sedang dihadapi oleh para peminjam pelajaran sekarang.

Antara keadah penyelesaian yang akan dicadangkan dalam pertemuan esok adalah mewujudkan sistem galakan kepada peminjam yang cemerlang dalam pelajaran. Contohnya pinjaman PTPTN atau MARA akan di tukar kepada biasiswa bagi mereka yang cemerlang. Cadangan kedua adalah kerajaan tidak seharusnya membebankan peminjam dengan caj perkhdimatan. Caj perkhidmatan harus di hapuskan. Ketiganya adalah memberi subsidi kepada peminjam daripada keluarga yang miskin. Cadangan-cadangan lain akan dikumpulan dan dirumuskan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini. Peminjam-peminjam PTPTN dan MARA serta keluarga harus memberi sokongan terhadap gerakan ini dengan hadir dalam pertemuan esok. Jumpa di sana.

SUHAIZAN BIN KAYAT

KETUA PENERANGAN

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Fitnah II: Pakar kimia akui ‘cantikkan’ resume

Posted: 24 Feb 2011 08:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Pakar kimia dari Jabatan Kimia, Nor Aidora Saidun yang juga saksi keenam perbicaraan Fitnah II mengaku telah 'mencantikkan' resume beliau di dalam mahkamah hari ini.

Ia dibuat sewaktu peguam Ram Karpal bertanya tentang kursus pemeriksaan DNA helaian rambut yang tertera sebagai salah satu daripada kursus yang pernah dijalankannya.
"Anda menulis di dalam CV anda, anda mengadakan kursus tersebut. Anda mempunyai pengetahuan tentang pemeriksaan (DNA) rambut?" tanya Ram Karpal.

"Saya ada sedikit pengetahuan tapi…" balas Aidora.

"Bagaimana anda boleh ada cuma sedikit pengetahuan sedangkan anda mengadakan kursus tersebut?" tanya Ram Karpal lagi.

"Saya 'conduct' tapi bukan saya yang beri ceramah, tetapi dua orang pegawai polis dari Australia," kata Aidora.

"CV anda menyatakan anda 'conduct' kursus tersebut tetapi anda tidak memberi ceramah. Jadi anda terlibat dengan perkara seperti penyediaan kopi, langsir yang sesuai, meja…begitu?" tanya Ram Karpal.

"Anda boleh katakannya lebih kurang begitu," kata Aidora.


Aidora merupakan pakar kimia kedua dari Jabatan Kimia dan beliau kali pertama dioal balas pada Rabu lalu.

Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.

Namun, disebabkan beliau mengemukakan dokumen kompilasi statistik populasi di Malaysia sebanyak tiga muka surat yang sebelum ini tidak pernah dikemukakan di mahkamah, pasukan peguam Anwar memohon sedikit masa
daripada Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneliti dokumen tersebut.

Semalam pasukan peguam Anwar berjaya menimbulkan keraguan terhadap peralatan analisa DNA yang digunakan Jabatan Kimia Malaysia.

Ini kerana tiga peralatan tersebut, Genetic Analyser 3XL300, Sequence Detector 7000 dan Thermo Cycler 9700, diselenggara pada kali terakhir sekitar Mei 2008. Semenjak tarikh itu, ia tidak pernah lagi diselenggara.

Demikian dinyatakan Pengurus Projek dan Servis ATP Service, Alan Tiang kepada mahkamah semalam. Alan adalah individu yang bertanggungjawab menyelenggara peralatan tersebut.

Lebih menghairankan, selenggaraan yang dilakukan Alan tidak pernah diiktiraf oleh Applied Biosystem Sdn Bhd, syarikat berpengkalan di Amerika yang berhenti beroperasi sejak tahun 2005.

Satu-satunya 'kelayakan' Alan adalah beliau pernah berkhidmat dengan Applied Biosystem.

Namun, beliau tidak pernah diberikan tauliah oleh syarikat tersebut untuk menyelenggara peralatan itu selepas mereka menghentikan operasi pada 2005.
Beliau memberitahu mahkamah selenggaraan yang dilakukan menerusi ATP Service adalah berdasarkan 'pengalaman' dan 'kepakaran' sahaja.

Mahkamah semalam juga ditunjukkan rakaman CCTV tempat yang didakwa berlakunya Fitnah II tersebut.

Laporan langsung

12.05 pm – Mahkamah ditangguhkan dan bersambung semula 3 petang.

11.00 am – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tiba di galeri awam.

10.53 am – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut hadir di galeri awam.

11.30 am – Nurul Izzah beredar meninggalkan galeri awam.

10.52 am – Mahkamah bersidang semula.

10.25 am – Mahkamah berehat sebentar.

10.10 am – Aidora meminta Ram Karpal bercakap dengan nada sederhana dan tidak meninggikan suara kerana beliau (Aidora) hadir ke mahkamah untuk membantu mahkamah.
"Bolehkah anda tidak menjerit? Kehadiran saya di sini adalah untuk membantu mahkamah," kata Aidora.

Pada waktu inilah mahkamah mendapat tahu Aidora 'mencantikkan' resume beliau apabila menyatakan dirinya terlibat dalam 'menjalankan' kursus analisa helaian rambut tetapi tidak menyampaikan syarahan dalam kursus
tersebut sebaliknya terlibat dalam pengurusan logistik.

9.45 am- Aidora memberitahu mahkamah beliau menerima panggilan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kimia untuk menjalankan analisis ke atas sampel tersebut yang diterima selepas waktu pejabat pada 17 Julai 2008.

9.35 am – Menurut Aidora, kebiasaannya polis akan menyerahkan Borang POL 31 di kaunter Jabatan Kimia Malaysia sebelum kes-kes berkenaan diagihkan kepada Ketua Jabatan, Lim Keng Boon, kepada ahli kimia di Jabatan Kimia.

9.30 am – Hadirin ketawa apabila Ram Karpal berkata beliau terganggu dengan celahan DPP Yusoff dan terpaksa 'berfikir semula' untuk menyambung soal balas. Hadirin sekali lagi tergelak kecil apabila Aidora cuba menenangkan Ram Karpal.

9.01 am – Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution tiba di galeri awam dan mengambil tempat duduk di barisan paling belakang.

8.55 am – Mahkamah mula bersidang. Menurut Aidora, beliau pernah memberi keterangan dalam kes mahkamah sivil dan syariah. Keterangannya di mahkamah syariah melibatkan kes berkaitan paterniti.

8.39 am – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah bersama isteri, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PRU13: PAS optimis pengundi Melayu ‘kekal’ sokong Pakatan Rakyat

Posted: 24 Feb 2011 07:12 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


Yuhaizat Abdullah, 38, diumumkan sebagai bakal calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau malam ini. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 25 Feb — Dengan hanya bersandarkan sedikit harapan, pemimpin-pemimpin PAS optimis bahawa orang Melayu akan terus kekal memberikan sokongan kepada parti Islam itu dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Meskipun pemimpin-pemimpin PAS mengakui parti itu ketinggalan di belakang Umno dari segi sokongan orang Melayu, namun ia bukan alasan kuat bahawa Umno, parti Melayu terbesar, akan mendapat sokongan kuat selepas "tsunami politik" pada 2008.

Bagi memulihkan sokongan orang Melayu terhadap PAS satu konvensyen berteraskan Melayu telah diadakan pada Sabtu lalu dengan harapan ia akan memberikan satu impak yang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menafikan dakwaan bahawa PAS tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu.

Sebaliknya Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata sokongan orang Melayu terhadap PAS tidak seramai orang Melayu yang berpihak kepada Umno.

"Kita tak gagal untuk dapatkan sokongan orang Melayu, kita dapat cuma tak ramai. Orang Melayu sekarang ada dua pilihan sama ada pilih PAS atau Umno, bila ada persaingan maka mereka kena buat pilihan.

"Yang datang ke PAS tidak ramai dan sebabkan kita tak menang pilihan raya, namun pada pilihan raya umum akan datang kita optimis akan dapat sokongan lebih besar dari orang Melayu," katanya.

Jelas Harun, PAS masih gagal mendapat sokongan orang Melayu kerana kaum dominan itu tidak memahami dasar pejuangan PAS yang berjuang menegakkan Islam.

"Kita optimis, PAS selama ini berjuang berdasarkan Islam. Kita sejak ditubuhkan sentiasa berkembang dan kita terus maju ke depan.

"Kit tak dapat sokongan kerana orang Melayu tak faham dasar perjuangan PAS yang mana sistem pentadbiran negara memisahkan Islam daripada masyarakat.

"Kalau PAS menang, kita beri jaminan orang Melayu akan dapat pembelaan mengikut Islam," katanya.

Sabtu lalu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Justeru jelas beliau, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad memberitahu, konvensyen Sabtu merupakan ruang untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul ekoran tuduhan Umno terhadap parti Islam itu yang bergandingan dalam Pakatan Rakyat.

"Fokus kita adalah untuk menjelaskan kekeliruan rakyat yang selama ini anggap PAS menyertai Pakatan Rakyat seolah-olah meninggalkan perjuangan PAS Islam dan Melayu.

"Kita nak jelaskan kepada masyarakat yang mengkhianat kepada orang Melayu selama ini adalah Umno, yang mana Umno gunakan media massa seolah-olah PAS dan Pakatan Rakyat adalah pengkhianat bangsa... tindakan Umno macam dia pukul orang tapi dia sendiri yang menangis dan dia maki orang tapi kata orang maki dia," katanya.

Beliau menegaskan PAS akan tetap berjuang berlandaskan Islam dan tidak akan sesekali menyimpang dari dasar perjuangan parti itu.

"Saya nak jelaskan PAS sertai Pakatan Rakyat bukan bererti PAS nak tinggalkan Islam dan pergi ke Melayu, apabila Islam selamat Melayu akan selamat, apabila Islam selamat Cina, India dan negara akan selamat.

"Kalau perkara ini dapat dijelaskan dengan betul kepada masyarakat, kita yakin akan dapat sokongan lebih pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Tambah Idris, PAS memberi jaminan akan tetap mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

"Jaminan kita adalah mudah. Kita akan pertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kita juga akan bantu bangsa lain yang susah.

"Kita juga akan memberikan tumpuan kepada keperluan masyarakat termasuk ekonomi, mana yang memerlukan kita akan bantu," katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, konvensyen tersebut merupakan satu tawaran PAS kepada orang Melayu sekiranya Pakatan Rakyat merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Konvensyen itu adalah satu tawaran PAS kepada orang Melayu bahawa PAS akan berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan termasuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

"Ia akan jadi satu semangat kepada PAS untuk membela orang Melayu yang mana kalau kita lihat era pemerintahan Barisan Nasional tidak berpandukan kepada perkara ini, isu yang membabitkan orang Melayu tidak berad di tahap yang memuaskan," katanya.

Bercakap soal sokongan orang Melayu kepada PAS, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, parti Islam itu perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan sokongan sekiranya mahu merampas Putrajaya.

"Dalam konteks sokongan ia terbahagi kepada dua iaitu PAS dan Umno, keadaan ini perlu dilonjakkan supaya orang Melayu lebih ramai menyokong PAS.

"Orang Melayu harus ikuti perkembangan jika tidak mereka akan jadi satu ketidakupayaan, jadi orang Melayu perlu faham senario ini. Selain itu, PAS juga harus bekerja keras untuk yakin pengundi khususnya orang Melayu," katanya.

Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.

Sokongan orang Melayu dilihat terus mula memihak kepada BN dalam pilihan raya-pilihan raya kecil lalu, daripada tujuh kepada 10 peratus, sekali gus membolehkan perikatan kerajaan pusat itu merampas Hulu Selangor dan Galas daripada Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya kecil terbaru di Tenang, Johor pula Pakatan Rakyat gagal untuk menerokai sokongan kalangan peneroka Felda, majoritinya orang Melayu, di mana BN menguasai lebih 83 peratus undi.

Esok adalah penamaan calon kerusi DUN Merlimau dan Kerdau di mana PAS mewakili Pakatan Rakyat.

Nak Tanya, Tutup Aurat Ke Pakai Macam Ni?

Posted: 24 Feb 2011 03:26 PM PST

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/185936_10150098459618046_215868293045_5970421_485686_n.jpg

Tiada ulasan: