Jumaat, 4 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Polis halang peguam jumpa tahanan

Posted: 04 Feb 2011 07:45 AM PST

Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Selepas 5 jam, peserta yang ditahan dalam himpunan Solidariti Rakyat Mesir masih tidak dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga mahupun peguam, kata Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.

"Kami masih menunggu di hadapan balai polis daerah Dang Wangi bersama ahli keluarga.

"Polis masih tidak membenarkan kami untuk bertemu dengan mereka yang ditahan," kata Latheefa kepada Keadilandaily.com sekitar jam 9.30 malam tadi.

Tujuh mereka yang ditahan adalah Hafiz Kamaruddin, Mohammad Mohd Nor, Hadi Ariffin, Zainal Dewa, Ismath Habib dan dua mahasiswa tempatan.

Latheefa berkata, pihaknya selaku panel peguam penasihat akan berusaha sedaya upaya membebaskan mereka.

Gambar: Syabas Anak Muda Yang Majoriti Turun Demo Anti Mubarak Di Kedutaan Amerika

Posted: 04 Feb 2011 07:20 AM PST



Demo Mesir Anti Mubarak: Syabas Kepada Mat Sabu And The Geng Pakatan!

Posted: 04 Feb 2011 05:30 AM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs255.snc6/180358_161476663902702_100001211093405_372037_558555_n.jpg

team kami turut serta dalam demo ini. syabas kepada semua. walaupun kita berkumpul secara aman, tetapi tangan-tangan israel yahudi masih ada mengganggu kita. semoga anda semua tabah dan terus menyokong hak dan suara rakyat!

Kalau tidak mahu berubah, rakyat akan mengubahnya.

Posted: 04 Feb 2011 05:00 AM PST

Hosni Mubarak buat kali pertamanya bercakap kepada media dan semalam beliau telah bercakap kepada ABC TV. Dalam temu ramah dengan ABC Hosni berkata yang beliau sudah bosan memegang tampuk kuasa sejak 30 tahun yang lalu dan ingin bersara dari jawatan yang disandangnya sekarang apabila pilihanraya pada hujung tahun ini tiba. Beliau juga tidak berminat untuk meletakkan anak beliau Gamal Mubarak untuk menggantikan beliau seperti mana yang diwar-warkan oleh setengah pihak.

Hosni juga memberi amaran kepada parti Hisbul Muslimin Mesir akan mengalami 'vacuum' kepimpinan yang besar jika beliau meletakkan jawatan sekarang dan meminta pihak-pihak yang menentangnya untuk bersabar dan menunggu pilihanraya yang tidak lama lagi akan diadakan. Hosni Mubarak memberi tahu Barak Obama yang Amerika tidak faham situasi di Mesir dan pemikiran rakyatnya dan adalah tidak wajar jika Obama menekannya untuk meletakkan jawatan sekarang.

Kita tidak ada kena mengena dengan Mesir tetapi nilai dan keperibadian kepimpinan itu memang ada kaitannya kerana nilai kepimpinan itu adalah satu nilai yang universal; yang baik diterima dan yang tidak baik itu dihindarkan. Kalau kita kaji dengan terperinci dengan apa yang disebut oleh Hosni itu, alasan yang diberikan itu adalah alasan yang agak biasa didengar kepada mana-mana pemimpin yang sedang dideak untuk mengundurkan diri.

Kalau disini pihak yang memeritah akan menggunakan alasan 'continuity' atau kesinambungan pentadbiran itu penting untuk menjana pembangtunan negara dan rakyat. Tetapi jika dibandingkankan dengan apa yang disebut oleh Hosni itu memang tidak ada bezanya dengan alasan pimpinan kita apabila berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya. Matlamatnya sama; iaitu untuk terus berkuasa.

Tetapi lebihnya Hosni kalau dibandingkan dengan pimpinan kita beliau berikrar yang beliau tidak akan lagi mempertahankan jawatannya semasa pilihanraya pada penghujung tahun ini. Disini pula yang ada sikap itu ialah Datuk Husein Onn yang telah dari awal mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNOnya pada pemilihan berikutnya, iaitu pada tahun 1981.

Datuk Husein, sebagai seorang yang datangnya dari keluarga 'aristocrat. yang 'magnanimous' telah mula merasakan yang beliau tidak mendapat sokongan yang bulat hasil dari kekecohan parti disebabkan isu Dato' Harun Idris. Dato Harun telah menjadi korban dan telah dikambing hitamkan oleh setengah pihak kerana takut dengan pengaruh Ketua Pemuda UMNO itu dalam politik tanahair. Hasil dari rasa tidak puas hati setengah pihak terutamanya dikalangan Pemuda, maka Datuk Husein telah ditentang jawatannya sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan 1978 dahulu.

Syed Jaafar Albar yang ketika itu berusia 62 tahun telah memenangi kerusi Ketua Pergerakkan Pemuda dan kemenagan Jaafar Albar itu merupakan manifestasi jelas tentang pengaruh pemuda yang begitu kuat dan kemenangan Albar itu merupakan isyarat jelas untuk Husein membuat keputusan tentang kepimpinannya.

Tindakkan Sulaiman Palestin menawarkan diri untuk menyaingi Datuk Husein itu adalah hasil dari permainan politik seseorang yang inginkan Husein cepat-cepat bersara. Husein tidak mahukan UMNO itu berpecah kerana beliau, maka beliau mengumumkan dari awal lagi yang beliau tidak lagi berhasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan pada 1981.

Jika Husein masih mahukan jawatan itu memang mudah bagi beliau kerana beliau telah memenangi pertandingan itu dengan majoriti yang besar kerana Hj Sulaiman hanya mendapat sebanyak 125 undi sahaja. Tetapi Husein sanggup berkorban untuk menjaga keutuhan parti dan kiat mesti juga ingat pengorbanan Husein itu adalah disebabkan ada orang yang mahu mengambil kesempatan diair yang keruh itu untuk mengorbankan beliau.

Begitulah sikap seorang pemimpin jika ianya datang dari keluarga 'aristocrat' yang 'magnanimous' dan beliau tidak bertindak untuk mempertahankan kuasa dengan melakukan berbagai-bagai helah seperti mematikan partinya dan sebagainya untuk terus berkuasa. Tetapi pemimpin yang bercirikan 'gentleman' itu sudah tiada lagi dan jiak ada pun pemimpin seperti ini tidak digemari oleh UMNO. Pemimpin yang berkualiti ini selalunya akan diketepikan secara sistematik untuk memberikan tempat kepada pimpinan yang agak 'gullible' dan 'ungentleman'.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang ialah kekosongan kepimpinan seperti apa yang disebut oleh Mubarak itu. Tetapi kekosongan itu adalah hasil dari kerakusan beliau sendiri yang tidak menunjukkan niat untuk berhenti. Tiga dekad pemerintahannya telah melenyapkan semua benih-benih kepemimpinan dinegara itu sehinggakan tidak ada sesiapa lagi yang layak untuk menjadi pemimpin yang 'viable' untuk mentadbir Mesir.

Jika kita kaji dimana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa dengan begitu lama sesiapa sahaja yang mewarisi kepimpnannya akan menghadapi masalah yang besar. Presiden Tito dari Yugoslavia telah memerintah negara itu selama 3 dekad dan apabila beliau meninggal dunia negara itu telah berpecah kepada lima wilayah dan telah berlaku peperangan pembersihan ethnik yang begitu menyanyat hati bagi orang yang mimpikan kedamainan.

Hallie Salasie dari Ethiopia telah memerintah negara itu selama lebih dari 3 dekad dan akhirnya negara itu jadi muflis dan kucar kacir. Hanya yang didapati dari peninggalannya ialah hartanya yang melebihi 30 billion dollar.

Romania telah bertindak membunuh ketua negaranya dikhalayak ramai setelah memerintah hampir 30 tahun, dan Indonesia telah menggulingkan Suharto setelah menjadi pemimpin kuku besi selama 3 dekad dan kesemua negara-negara yang mana pemimpinnya bergayut kepada kuasa terlalu lama sememangnya akan meninggalkan kekosongan kepimpinan yang akan memudharatkan negara.

Kita juga hampir menjadi begitu tetapi kita lebih demokratik sedikit dari negara-negara yang disebutkan tadi. Tetapi kesan dari tindakkan Mahathir mengekalkan kuasa sebegitu lama memang banyak meninggalkan 'vacuum' kepimpinan dan ianya begitu nyata. Selepas kepimpinan beliau negara tidak lagi berada didalam keadaan yang begitu diyakini oleh rakyat. Ini adalah disebabkan semua mereka yang sepatutnya mengambil alih tempat beliau yang berkepimpinan telah tidak berada didalam kepimpinan parti lagi. Semasa Mahathir meninggalkan Putrajaya, yang tinggal hanyalah Pak Lah dan Najib. Maka bergunalah akar-akar ini kerana tiada rotan yang tinggal lagi.

Yang tinggal bersamanya hanyalah barisan apa yang dipanggil sebagai 'blind sycophants' yang hanya mengangguk macam burung balam dan Mahathir memunafaatkan sokongan yang diberikan oleh pemimpin pelapis yang tidak bertulang belakang ini untuk menyambung kuasa yang dinikmatinya tanpa banyak halangan. Tidak ada seorang pun pemimpin yang berkemampuan bersamanya untuk meneruskan kepimpinan 'viable' bagi negara ini lagi. Siapa sahaja yang ada didalam hiraki parti itulah yang menerima warisan kepimpinan dan inilah yang kita dapati sekarang ini.

Ramai diantara pemimpin kita hari ini ibarat garam. Garam itu penting untuk mengenakkan masakan, tetapi tidak boleh dibubuh terlalu banyak pula; nanti tidak termakan pula masakan itu. Garam hanya perlu setakat sesedap rasa sahaja, tidak boleh lebih.

Sesungguhnya diMesir, Tunisia dan di Yaman keadaan yang berlaku lebih kurang sama dengan apa yang berlaku disini. Tetapi rakyat disini lebih baik dari di negara-negara yang disebutkan tadi. Mereka lebih suka untuk menolak pimpinan negara melalui undi yang ada kepada setiap seorang satu undi itu. DAN eloklah begitu. Kita tidak akan membudayakan cara yang dilakukan oleh rakyat di Mesir, Yaman dan Tunisia itu.

Kita orang Melayu masih lagi ada sedikit adab dan adat. Hanya kita berharap agar kebaikan orang kita Melayu ini tidak dianggap sebagai kelemahan atau kebodohan. Rakyat tidak bodoh. Hanya mereka mempunyai kesabaran yang lebih. Mereka sedang memerhatikan segala-galanya dengan penuh fokus.

Mereka sekarang sudah tahu yang berkuasa sebenarnya adalah mereka. Mereka tidak rela lagi diperintah untuk membajak sawah seperti kerbau, siang dan malam sedangkan 'tikus-tikus' gemuk memakan hasilnya di kepuk padi.

Apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, yaman dan Tunisia itu ialah untuk menghapuskan tikus-tikus yang berkeliaran di merata-rata negara tersebut yang telah membaham segala hasil pembajakkan mereka selama ini. Sekarang mereka mahukan hasil penat jerih membajak itu kembali kepada mereka.

Kita yakin apabila tikus-tikus itu sudah tidak ada lagi hasil padi mereka akan dapat mereka menufaatkan untuk kesejahteraan keluarga setiap rakyat negara itu.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/02/kalau-tidak-mahu-berubah-rakyat-akan.html

Puak anti-Hosni sedia sertai demo ‘Jumaat, Hari Berundur’

Posted: 04 Feb 2011 04:30 AM PST

Antara penunjuk perasaan yang menyertai kebangkitan rakyat mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. — Foto Reuters
KAHERAH, 4 Feb — Selepas sehingga 300 orang dipercayai terbunuh termasuk 13 orang sejak kelmarin, rakyat Mesir mula membuat persediaan untuk demonstrasi besar-besaran, "Jumaat, Hari Berundur" — pada hari ke-11 hari ini, mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dengan segera.

Beribu-ribu penunjuk perasaan membentuk sekatan di tengah ibu negara Mesir sambil melaungkan "Pergi, pergi, pergi".

Laporan stesen televisyen Arab Al-Jazeera berkata, penunjuk perasaan anti-Hosni kembali menguasai keadaan selepas dua hari berhadapan dengan serangan penyokong presiden itu.

Dipetik BBC melaporkan, perhimpunan hari ini yang diadakan pada hari Jumaat kedua sejak kebangkitan bermula minggu lalu dinamakan sebagai "Jumaat, Hari Berundur".

Sebahagian penunjuk perasaan tidur di atas jalan raya manakala sesetengahnya mengawal ketat Dataran Tahrir, nadi gerakan anti-Hosni.

Penganjur pula menyusun orang ramai untuk mengadakan perisai manusia dengan memeriksa identiti setiap penunjuk perasaan bagi mengelakkan penyokong Hosni mengganggu usaha mereka.

Tiada pertempuran antara kedua-dua puak awal pagi ini.

"Kami orang yang tidak berdosa. Kami mahu hidup aman," kata Magdy el-Sayed, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 35 tahun.

"Dan, sekarang dia (Hosni) hendak menggunakan apa lagi? Untuk mewujudkan ketegangan di kalangan kami. Tetapi kami berada di sini selama-lamanya.

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh sejak kelmarin, kata Kementerian Kesihatan Mesir.

Sehingga 300 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat, demikian menurut ketua Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay.

Parti Presiden Hosni dakwa Barat khianati Mesir

Posted: 04 Feb 2011 04:15 AM PST

KAHERAH, 4 Feb — Parti Demokratik Nasional (NDP) Mesir, yang diketuai Presiden Hosni Mubarak, mendakwa Barat yang diletakkan kepercayaan selama ini telah mengkhianati negara itu, antara sekutu rapat Amerika Syarikat (AS).

Hosni, 82, kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang masuk hari ke-11 hari ini dan juga tekanan pentadbiran Obama dan beberapa negara lain supaya berundur segera.

Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-Hosni sedang berhimpun di Dataran Tahrir di sini pada perhimpunan yang dikenali sebagai "Jumaat, Hari Berundur".

Mereka mahu menuju ke istana presiden.

Dalam temu bual dengan BBC sebentar tadi, Setiausaha NDP Dr. Mohamed Kamal berkata, kuasa Barat telah mengkhianati negara 80 juta penduduk itu.

"Ya, Barat telah mengkhianati Mesir," kata beliau dalam temu bual bersama BBC hari ini menjawab soalan tekanan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barat supaya meletakkan jawatan dengan segera.

Malah Mohamed juga menegaskan, Hosni tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan dalam waktu segera.

"Saya tidak percaya beliau akan menerima (tekanan) supaya meninggalkan negara dalam keadaan sukar yang dilalui sekarang.

"Beliau (Hosni) seorang pejuang, saya tidak percaya majoriti rakyat melihat sebab untuk (beliau berundur)," kata Mohamed sambil berkata majoriti penduduk yang menyokong kerajaan mengambil sikap diam diri dan ada kemungkinan mereka juga akan keluar ke jalan-jalan untuk berhadapan dengan puak anti-Hosni.

Mohamed mendakwa media Barat cuba membawa satu gambaran yang hodoh mengenai Mesir dan oleh itu NDP mahu mereka meminta maaf kepada keseluruhan rakyat Mesir.

Awal minggu ini Hosni yang mengetuai Mesir sejak 1981 berkata, beliau hanya akan melepaskan jawatannya September ini apabila pemilihan presiden diadakan dan tidak mahu bertanding buat penggal keenam.

Semalam, Hosni memberitahu dunia bahawa beliau sudah bosan memegang jawatan presiden dan mahu berundur sekarang tetapi bimbang keadaan akan huru-hara jika berbuat demikian sekarang.

White House dan pegawai-pegawai kerajaan Mesir juga sedang mengadakan perbincangan merancang pelan peralihan kuasa.

Terima Kasih Polis Mesir?

Posted: 04 Feb 2011 03:49 AM PST

Tujuh ditahan demonstrasi di ibu kota

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tujuh lelaki ditahan kerana menimbulkan kekacauan ketika satu perhimpunan haram membantah campur tangan Amerika Syarikat dalam urusan kerajaan Mesir di pekarangan Kedutaan Amerika, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Mereka ditahan kerana bertindak agresif dengan membaling botol dan pelbagai lagi benda keras serta tidak mahu bersurai apabila diminta," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tujuh lelaki tersebut adalah antara hampir 2,000 orang yang menyertai perhimpunan haram tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu bagaimanapun berjaya disuraikan pihak polis 20 minit kemudian. - Bernama

Peniaga dan pengguna mengeluh, harga barang melambung

Posted: 04 Feb 2011 03:46 AM PST

SHAH ALAM, 4 Feb – Harga barang yang melambung berikutan kenaikan harga minyak sejak 1 Februari lalu jelas menunjukkan kerajaan tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

Tinjauan Selangor Kini ke Pasar Seksyen 6, Shah Alam mendapati, rata-rata peniaga dan pengguna mengeluh berikutan kenaikan harga barang sehingga menjejaskan perbelanjaan harian.

M Suhaimi seorang peniaga runcit lebih 22 tahun berkata, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana perbelanjaan harian meningkat sekali ganda dari kebiasaan sehingga modal perniagaan mencecah RM4500.00 sehari.

"Perayaan memang kita rasa sangat harga terlalu tinggi. Hari biasa jauh kadar perbelanjaan. Hari ini saya pergi ke Pasar Borong Klang, harga daun bawang, sepanjang 22 tahun saya berniaga di sini, harga bawang menjadi RM25.00 sekilo. Biasanya paling tinggi dalam lingkungan RM10.00. Keadaan ini seolah-olah tiada siapa yang ambil peduli," katanya.

Beliau menambah, memandangkan kenaikan harga minyak menjadi punca peningkatan harga barang, beliau menyarankan kerajaan perlu bertindak dengan menurunkan harga minyak dengan kadar segera.

"Oleh kerana kenaikan minyak menjadi punca semua harga barang naik. Jadi pada saya kalau boleh turunkan semula harga minyak. Malaysia mengeluarkan minyak. Walaupun minyak dunia dikatakan mahal, saya rasa kita jual balik minyak kita dan kita peroleh keuntungan berlipat ganda. Mengapa kita perlu ikut harga dunia? " katanya.

Bagi peniaga ikan, Isabella berkata, hampir setiap hari menerima rungutan orang ramai lebih-lebih lagi sejak kenaikan harga barang ditambah dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

"Modal abang tinggi dan pembeli mula merungut. Abang pun tidak boleh buat apa-apa sebab abang beli pun mahal. Dari segi nak dapatkan stok pun pening. Terpaksa berkejar-kejar sehingga pergi ke Sekinchan dan Perak untuk mendapatkan stok ikan," katanya.

Tekanan sudah pastinya dirasakan pengguna berikutan kenaikan harga barang sehingga menjejaskan perbelanjaan bulanan dan mengambil langkah berjimat cermat.

Menurut Asri Osman, beliau terpaksa memperuntukkan hampir RM 800 sebulan untuk perbelanjaan harian berikutan kesan kenaikan harga barang.

"Ternyata memberikan kesan kepada saya dari segi perbelanjaan di pasar raya. Kesan terhadap sumber pendapatan lebih-lebih lagi sebagai pekerja biasa memang terjejas. Biasa sebulan dalam RM500 hingga RM600 untuk perbelanjaan harian. Sejak kenaikan harga barang hampir RM700 hingga RM800 diperuntukan untuk perbelanjaan.

"Agak tertekan sedikit dari segi ekonomi dan terpaksa berjimat cermat dan terpaksa berbelanja lebih sedikit daripada yang biasa," katanya.

Bagi Halim, selain langkah berjimat cermat, beliau merasakan perbandingan harga perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dalam menentukan pembelian.

"Saya terpaksa membuat banyak perbandingan dan memilih serta memerhati sebelum membuat belian. Saya terpaksa pergi ke Pelabuhan Klang untuk mencari ikan segar dengan harga yang murah dan terpaksa bersaing dengan yang lain. Kita terpaksa berkorban masa sedikit dan tak ramai orang yang sanggup buat," katanya.

Bagi peniaga bahan mentah, Ibrahim berkata, kenaikan harga barang mentah bukan sahaja berpunca daripada kenaikan harga minyak semata-mata, tetapi berpunca daripada peraih yang meletakkan harga yang tinggi kepada pengusaha.

"Saya terpaksa menaikkan sedikit harga sebab saya tiada pilihan. Walau bagaimanapun saya terpaksa kawal harga namun tetap memberikan kesan kepada peniaga.

"Biasa dulu saya jual ikan kembung dalam harga RM8.00 sekilo, saya terpaksa naikkan sehingga RM9.00. Kadang-kadangbukan saya naikkan harga tetapi peraih. Walaupun nelayan tempatan mendapat subsidi, tetapi harga dikawal oleh peraih," katanya.

Penunggang motosikal kecai digilis di Lebuh Raya Utara Selatan

Posted: 04 Feb 2011 02:00 AM PST

IPOH, 4 Feb — Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berkecai selepas digilis beberapa kenderaan di KM 269.9 Lebuh Raya Utara-Selatan dalam satu kemalangan malam tadi.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata mayat Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 25, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, ditemui orang ramai kira-kira pukul 8 malam yang kemudian membuat laporan polis.

Mohd Ridzuan yang menunggang motosikal dalam perjalan dari utara ke selatan dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan kenderaan lain di lebuh raya itu dan digilis beberapa kenderaan lain, katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang lagi penunggang motosikal yang merempuh Mohd Ridzuan.

Bagaimanapun Irwan Fahmi Mat Ariff, 22, seorang anggota tentera yang berasal dari sini hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, katanya.

Beliau berkata kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes langgar lari dan polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan. — Bernama

Pengundi Umno-BN : Sekular-jahil?

Posted: 04 Feb 2011 01:00 AM PST

Semusim kempen pilihan raya kecil Tenang berlangsung (22-30 Januari 2011), Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku al-Musyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan telah berkesempatan membuat kenyataan yang mencuit perasaan 'agama' kalangan pemimpin Umno. Kenyataan mencuit itu berhubung dengan penggunaan kalimah 'jahiliah' yang dirujuk kepada mana pengundi yang tidak sedia membuat perubahan dari mengundi BN kepada PAS.

Ekoran daripada itu, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Datuk Seri Utama Rais Yatim adalah antara pemimpin Umno yang memberi respons bernada bangkangan. Bagi pemimpin Umno itu kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai fatwa dan menganggapnya bercanggah dengan Islam. Sebenarnya itu hanya suatu cuitan dari seorang pemimpin PAS yang faham dengan apa yang ia nyatakan.

Mungkin dua pemimpin Umno totok itu terasa terhina dengan cuitan itu. Bagi mereka semua pengundi BN itu adalah tidak jahiliah, berilmu dan faham Islam. Sekiranya mereka berdua bersetuju dengan penggunaan 'jahiliah' itu merujuk kepada pengundi BN, maka seolah-olah mereka berdua juga adalah pemimpin yang jahil. Sedangkan mereka adalah bertaraf pemimpin dan menteri. Mereka tidak jahil kerana merekalah yang memimpin pengundi BN agar tidak mengundi PAS. Lantaran itu, mereka marah bila dikaitkan kalimah 'jahiliah' itu dengan mengundi BN.

Si-tua lagi jahil

Dr. Mahathir juga turut celupar menilai kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berikutan respons terhadap pandangan Lee Kuan Yew yang meminta orang Islam di Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada agama sekiranya ingin berintegrasi dengan masyarakat lain ke arah membina negara-bangsa.

Sememangnya patut Kuan Yew bercakap begitu kerana dia bukan Islam. Justeru Tuan Guru Nik Abdul Aziz membidas Umno yang tegar dengan dasar kebangsaan yang mendakwanya dirinya Islam, tetapi pada masa sama menolak langsung perjuangan Islam. Mungkin kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempunyai makna yang mendalam. Apa tidaknya, pengalaman selaku Menteri Besar ketika menguruskan dasar Islam dalam pentadbiran negeri Kelantan, acapkali berdepan dengan bangkangan totok pemimpin Umno yang berjuang ikut ideologi kebangsaan (nasionalis). Disebabkan sifat totok nasionalis itu, sehingga menampakkan pemimpin Umno itu lebih mengutama dan membesarkan ideologi nasionalis daripada ajaran Islam itu sendiri.

Masih dalam ingatan, tatkala Kerajaan Negeri Kelantan menjalankan dasar memuliakan wanita mellui pemberian curti bersalin 60 hari (kini 90 hari). Ramai pemimpin wanita parti nasionalis itu mengutuk, membangkang dan mempersenda program cuti itu beralaskan logik akal dan ideologi 'free-thinking' kononnya memundurtkan ekonomi wanita. Begitu pula, apabila cuti dua hari diperkenalkan untuk pentadbiran awam, mereka secara totok mengulangi hujah yang sama dan menolak prinsip psikologi Islam untuk kakitangan awam. Kemudian tatkala memperkenalkan dinar dan dirham atas prinsip mengembalikan maruah wang syariah, maka pelbagai komentar jengkel dan tumpul diluahkan oleh pemimpin Umno yang idealis nasionalis.

Paling tidak boleh dilupai oleh umat Islam dan rakyat Kelantan adalah penghinaan Dr. Mahathir terhadap hukum Allah tatkala menfatwakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II sebagai 'hudud PAS,' sedangkan ia digubal berteraskan hukum Islam dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan serta diperkenankan oleh Sultan Kelantan selaku Ketua Agama Islam.


Apakah amalan Islam Dr. Mahathir kukuh ketika itu? Nampak jelas, Dr. Mahathir kini ibarat si-tua lagi jahil dengan asas ilmu untuk mempertahan Islam. Sebaliknya, ia sudah berjaya menjadi si-tua yang totok menghuduhkan wajah perjuangan Islam. Justeru tidak layak Dr. Mahathir (seperti mana disebut di dalam blognya, 31 Januari 2011) menghentam Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan rangkapan bangkangan yang amat mengelirukan.


Tidak cukup dengan tindakan bangkangan tersebut, sifat pemimpin Umno seperti Dr. Mahathir yang jelas tidak mesra Islam turut terpengaruh atau dua-kali-lima dengan pihak penjajah zaman negara ini dijajah. Mengikut sejarah, gerakan kesedaran dan kebangkitan semangat Islam telah dimulakan oleh alim-ulama sehingga tertubuhnya parti Islam pertama Hizbul Muslimin. Kemudian parti Islam itu diharamkan, malah pemimpinnya Ustaz Abu Bakar al-Baqir dipenjara oleh penjajah tahun 1948 ekoran daripada hasutan pemimpin Umno. Hal ini mengundang perpecahan umat Islam disebabkan tindakan pemimpin tersebut. Maka sejarah mencatatkan pihak yang memecah-belah perpaduan umat Islam yang pertama di negara ini bukannya pemimpin PAS, tetapi pemimpin Umno.


Dr. Mahathir cuba menutup sejarah atau hanya baca sekerat dan skip sekerat lagi. Kalau baca kesemuanya kandungan sejarah itu, maka rupanya buruklah Umno. Selayaknya disebut bahawa sejarah membuktikan pemimpin Umno-lah punya angkara atas kesemua perpecahan ummah.


Tidak cukup dengan sejarah itu, betapa pemimpin Umno-lah menangkap pejuang kemerdekaan generasi pertama, seperti Ahmad Bostaman, Burhanudin al-Helmi dan Ishak Haji Mohamad (Pak Sako). Mereka jugalah yang menangkap alim-ulama yang membaca ayat-ayat al-Quran ketika menegur perjuangan kebangsaan. Termasuklah juga, kerana arahan merekalah polis telah membunuh Ustaz Ibrahim Libya yang membuka pondok pengajian Islam di Memali.

Di mana Islam era Najib?


Sekelumit pertanyaan, apa sudah jadi dengan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh (Tun) Abdullah Ahmad Badawi pengganti Dr. Mahathir? Ke manakah perginya penerapan Islam (Islamisasi) era Mahathirisme. Kenapakah pula, era Najibisme sekarang Islam tidak disebut lagi sebagai slogan––Islam Hadhari pun tidak, penerapan Islam pun tidak?


Apakah hal Islam era Najibisme sudah diranapkan oleh keangkuhan nasionalisme-sekularisme-jahiliah yang memerintah? Malangnya, era Najibisme kini telah menyerlahkan slogan 'permata' mendapat keutamaan dan peranan isterinya, Rosmah itu lebih dipopularkan dari slogan Islam.

Tidakkah terasa bahawa atas sifat 'kekuasaan' dan tindakan pemimpin Umno mempertahankan 'kuasa' maka berlaku tindakan politik nasionalis sedemikian? Apakah itu semua tidak boleh dianggap 'teruk' dan membodohkan rakyat di negara ini kepada memahami Islam sebagai agama yang suci.

Nasionalisme-sekularimse-jahiliah

Segala-galanya yang dibentangkan adalah menampakkan pemimpin parti nasionalis itu akan membangkang apa sahaja usaha Kerajaan Negeri Kelantan apabila mengaitkan programnya dengan Islam atau atas tanggungjawab memakmurkan wajah Islam. Maka, amat padan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghamburkan 'political cynisism' bagi menerangkan rupa sebenar pejuang nasionalis berperangai 'political animal' dan selalu bersifat totok terhadap PAS yang komited mempertahankan nilai Islam sebagai perjuangan rakyat Malaysia. Justeru layaknya perjuangan Umno disiniskan sebagai parti nasionalisme-sekularisme-jahiliah.

Sesungguhnya perjuangan Umno-BN itu sebagai nasionalisme-sekularisme-jahiliah adalah berdasarkan pemahaman dan realiti serta idealisme yang berlaku. Dikatakan nasionalisme kerana perjuangannya adalah berpegang kepada satu ideologi (keyakinan) untuk mencipta dan mempertahankan kedaulatan Malaysia melalui satu konsep beridentitikan 'satu Malaysia' bersama untuk sekumpulan pendukung parti ikatan (Barisan Nasional). Kesannya, membawa kepada ketaksuban nasionalisme etnik, iaitu nasionalisme yang meletakkan kepuakan (asabiah) demi mencapai dan mengekalkan kuasa yang bertapak di kepaukan rakyat. Prinsip nasionalisme rakyat ini bukan dibangunkan oleh Nabi Muhammad, tetapi dibangunkan oleh pemikir German, Johann Gottfried von Herder (1744–1803) melalui konsep Volk (bahasa German bermaksud "rakyat") yang mengutamakan "national spirit" dan "soul of the volk."

Demikian pula, perjuangan Umno-BN dikatakan sekular apabila memahami karya agung Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978) "Islam and Secularism" yang menegaskan bahwa Islam menentang gagasan sekular. Disokong pula oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi (1987) menerusi karyanya "al-Islam wa al-'Ilmaniyyah Wajhan li Wajhin" yang sependapat bahawa sekularisme adalah bertentangan dengan Islam. Sekularisme dan terjemahannya kedalam bahasa Arab 'ilmaniyyah dari akar kata al-'ilm (ilmu) atau 'almaniyyah berasal dari perkataan al-'alam (alam). Al-Qaradawi lebih cenderung kepada 'ilmaniyyah, sedangkan al-Attas lebih kepada 'almaniyyah. Sekularisme mempunyai makna yang khusus, iaitu makna yang tidak mempunyai hubungan dengan agama (al-din), ataupun kalau ada hubungannya dengan agama, maka hubungan itu adalah hubungan pertentangan.

Namun mengenai hubungan agama dan sekularisme, al-Qaradawi mengakui teori kebebasan agama yang dianut oleh sekularisme tidak sesuai untuk Islam. Menurutnya, walaupun ada seglongan berfahaman sekularisme liberal, iaitu tidak melarang umat manusia untuk beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan hari akhir, tetapi prinsip sekularisme jenis ini adalah "mengakui kebebasan beragama bagi setiap manusia". Atas prinsip ini, bolehlah dikatakan Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) adalah bersifat sekular kerana mengamalkan kebebasan beragama sebagaimana Perkara 3 yang mengiktiraf Islam tetapi pada masa sama mengiktiraf agama-agama lain. Justeru sama-sama sepakat bahawa sekularisme itu bukan saja bertentangan dengan Islam, bahkan tidak mendaulat atau mengagungkan Islam.

Kepekaan kedua-dua ilmuwan Islam itu terhadap permasalahan umat yang mendasar, sekaligus menunjukkan bahwa isu sekularisme tidak boleh dianggap ringan oleh orang-orang Islam sendiri. Ini kerana amat bahayanya faham sekularisme dan sekularisasi serta proses-prosesnya, sama ada di peringkat individu ataupun masyarakat, peribadi ataupun negara.

Demikian pula, perjuangan Umno-BN dikira terangkum dalam kancah jahiliah kerana kesan daripada parti itu memerintah sudah lebih 53 tahun penyakit jahil agama, buat al-Quran, kebangkangan kepada perjuangan menegak amal-maaruf dan nahi-mungkar, kejumudan perundangan sivil, ketakutan kepada perundangan syariah, kebobrakan sosial, peningkatan jenayah, rasuah menjadi fenomena, ketidak adilan terhadap rakyat marhain, tingginya jurang kemewahan elit vis-a-vis kedaifan rakyat, kebendaan tanpa madani, kronisme dan nepotimse kian parah dan pelbagai gaya hidup masyarakat umat Malaysia yang bertentangan dengan ketamadunan acuan Islam.

Gerakan anti-jahiliah

Justeru munculnya gerakan pendesak yang anti-jahiliah seperti Kumpulan Hizbut Tahrir Malaysia menggambarkan Malaysia berada dalam era jahiliyyah sama seperti masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Pendirian Hizbut Tahrir itu berlandaskan apa yang berlakunya dalam negara ini yang mengalami kes jenayah yang menghantui kehidupan masyarakat, seperti jenayah rogol, pembunuhan, kekerasan, narkotik, pil psikotropik, jenayah harta benda dan jenayah komersial. Ditambah lagi dengan kes pengguguran dan pembuangan bayi (sama ada hidup atau mati), pelacuran dan perzinaan bermaharajalela, kepuakan dan kebanggaan kepada kaum dijadikan agenda perjuangan pemerintah (kerajaan BN). Puncanya ialah undang-undang sekular peninggalan penjajah yang diterapkan hari ini masih kekal dan tidak bersedia melaksana perundangan Islam yang adil. Sekaligus membuktikan kegagalan Umno-BN sebagai pareti kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang madani (berteraskan agama).

Berdasarkan apa yang digambarkan oleh Hibut Tahrir itum ia seakan sama dengan suasana kehidupan masyarakat Arab di ambang kelahiran Islam, iaitu berada dalam keadaan porak-poranda, seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup, pelacuran ada di mana-mana, perempuan di hina dan menjadi 'alat' memuaskan seks, pergaduhan dan peperangan sering terjadi hanya kerana hal yang remeh-temeh, sikap kebanggaan kepada asabiah dan wathaniah (patriotisme), sistem ekonomi yang penuh dengan penipuan timbangan dan pelbagai lagi kerosakan lainnya. Kesemuanya menjadi norma kehidupan ketika itu. Justeru masa kini pula, apabila Islam ditolak sebagai penyelesai kepada persoalan hidup manusia, maka suasana jahiliyah akan merundung kehidupan kita.

Apakah benar sekarang kita berada seperti di zaman jahiliyyah tatkala kita menolak dasar Islam dalam pentadbiran negara? Wan Azalina (Oktober 2008) dalam Milenia Muslim melihat masalah yang menimpa golongan ini sebenarnya adalah suatu akibat atau kesan yang berpunca daripada satu sistem kehidupan yang telah punah dan pincang. Golongan remaja, misalnya haari ini menjadi mangsa keadaan yang terjerumuis dalam kehidupan songsang yang di terapkan dengan ideologi sekular dan liberal yang diadun atas nama kemajuan, kemodenan, pembangunan, globalisasi dan materialistik yang di hiasi dengan sistem kapitalis. Sehingga nilai agama, adat dan budaya bangsa ditolak ke tepi. Ia melahirkan corak kehidupan masyarakat yang memisahkan urusan agama dari setiap aspek kehidupan harian seorang insan dengan fahaman bebas dan terbuka (dibaca sekularisme – penulis).

Diperkukuhkan lagi dengan jiwa masyarakat yang diserang dengan penyakit 'wahan', cinta kepada dunia dan takut kepada kematian. Berlumba-lumba mencari harta dunia dan kemewahan bagi memenuhi tuntutan hidup. Segala-galanya adalah tentang wang dan keuntungan. Akibatnya, lahirlah dan masyarakat yang runtuh moral dan akhlaknya, robek imannya hingga terkakis satu persatu nilai suci agama yang seharusnya menjadi pedoman dan penyelamat kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Sampai ketika dan kemuncak kepada kehidupan jahiliyah ini ialah bila diajak berjuang Islam mereka akan berdalih sebagaimana sikap Abu Jahal dan rakan ahzabnya yang menentang Nabi Muhammad SAW. Ia begitu kerana tidak sanggup bersama dengan perjuangan berasaskan agama yang berlawanan dengan nafsu keduniaan yang telah menyelubungi ragam dan resam hidup mereka.

Bila datang musim pilihan raya, maka pilihan bagi golongan ini ialah pastinya akan mengundi Umno-BN, kerana mereka akan meraih untung diunia dengan pelbagai pemberian dan umpan serta janji. Jika adapun kalangan mereka yang cuba beralih arah untuk menyokong kebenaran dan keadilan yang diperjuangakan oleh PAS-Pakatan Rakyat, akan muncul 'defender jahiliah' kalanhgan Umno-BN datang mengugut dan mengancam dengan pelbagai cara bagi mengikat golongan yang insaf agar kekal dengan semangat jahiliah. Natijahnya inilah maksud Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mencuit sentimen agama pemimpin dan puak Umno-BN ketika kempen pilihan raya kecil Dun Tenang yang lalu. Apakah cuitan Tuan Guru ini dianggap satu fatwa yang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan? Hanya jauhari yang mengenal manikam.


Oleh:

Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan merangkap ahli Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Tindakan Mufti Mesir Mengecewakan

Posted: 04 Feb 2011 12:15 AM PST

TINDAKAN MUFTI MESIR MENGECEWAKAN

Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir 'Ali Jum'ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini 'Ali Jum'ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa 'Ali Jum'ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Terkini : Demo desak Mubarak undur dan kenaikan RON97

Posted: 03 Feb 2011 11:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk kekerasan regim Mesir ke atas rakyat negara itu yang mahukan perubahan.

Gesaan itu mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama segera campur tangan untuk memberikan tekanan kepada Husni Mubarak untuk melepaskan jawatan segera.

Himpunan besar-besaran ini juga mengutuk kerajaan Malaysia yang menaikkan harga petrol RON97 tanpa memikirkan keadaan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Setakat ini, FRU sudah mengepong ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun untuk memperjuangkan hak rakyat Mesir dan Malaysia.

Jawapan anak muda kepada Tun Dr M

Posted: 03 Feb 2011 09:46 PM PST

Anak Muda

Tun Dr M yang dihormati,

Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M. Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya. Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kita pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kita tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.

Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Tok Guru Nik Aziz. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru. Usia kita jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun. Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.

Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca , luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.

Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam. Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan? Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan kesemua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.

Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ianya tidak lengkap. Kita sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya. Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'.

Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya. Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'. Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.

Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini? Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara? Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja anak-anak Tun dan San Miguel, apa cerita? Katanya 'nilai-nilai Islam', 'negara Islam', 'Islam Hadhari', tapi kami musykil dan keliru kerana bunyinya serba tidak kena.

Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional? Sewaktu berlakunya Tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu? Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita. Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara? Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.

Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini. Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Dato' Najib dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan UMNO yang semakin rapuh. Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'. Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia. Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.

Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara. Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru. Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau. Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.

Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.

Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.

Yang benar,

Anak Muda

Pakatan: Najib perlu respons isu ‘Tanah Melayu’ Mahathir

Posted: 03 Feb 2011 09:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Datuk Seri Najib Razak agar respons kepada kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini.

Malah mereka juga mahu perdana menteri menyatakan pendiriannnya mengenai isu itu sama ada beliau turut menerima kenyataan Dr Mahathir atau berpandangan sebaliknya.

Wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang yang dihubungi The Malaysian Insider berpendirian tegas kenyataan Dr Mahathir bercanggah dengan konsep 1 Malaysia sama sekali.

Pada satu wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu, Dr Mahathir (gambar) berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Bekas perdana menteri berkata nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

Selain itu, Dr Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional.

Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu Dr Mahathir menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigiran ke negara ini.

Oleh itu tegas Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib tidak boleh berdiam diri dalam hal ini.

"Najib tidak boleh kekal berdiam diri dalam perkara, beliau perlu memberi respons kepada kenyataan Dr Mahathir.

"Penting untuk melihat apa pendirian yang hendak diambil oleh Najib, dan sama ada beliau bimbang dengan kesan sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir itu," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PAS itu menarik perhatian, pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan bekas perdana menteri itu berakhir dengan kerjaya politik singkat memandangkan Dr Mahathir tidak boleh menerima kritikan.

Merujuk kepada serangan Dr Mahathir terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahfuz mendakwa ahli politik veteran itu secara konsisten memperlihatkan bahawa beliau menentang dasar-dasar dibawa Najib seperti konsep 1 Malaysia.

Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.

"Kita dengan jelas boleh melihat bahawa Dr Mahathir tidak gembira dengan Najib. Najib di sebelah lain telah gagal untuk memahamkan rakyat tentang konsep 1 Malaysia.

"Jika Dr Mahathir sendiri tidak boleh menerima atau memahaminya, bagaimana rakyat jelata boleh memahami perkara itu?" kata Mahfuz.

Oleh itu kata beliau, PR tidak mengiktiraf atau menyokong sebarang pandangan yang tidak menghormati hak kaum-kaum lain dan yang tidak menyumbang kepada proses pembinaan negara.

Setiausaha publisiti DAP kebangsaan Tony Pua pula melabelkan Dr Mahathir sebagai 'supremacist' dengan berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyokong pandangan bekas presiden Umno itu.

"Kemungkinan Najib dan Mahathir harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia di mana adanya konsep 'supremacist' dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh nenek moyang kita.

"Najib perlu menjelaskan bagaimana konsep 1 Malaysia beliau secocok dengan pandangan dibawa Dr Mahathir," kata ahli Parlimen ini.

Dalam pada itu, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Dr Mahathir memperlihatkan "percanggahan" memandangkan beliau bukan sahaja bertindak bertentangan dengan konsep 1 Malaysia, tetapi juga gagasan "Bangsa Malaysia" yang diperkenalkan ketika era kepimpinannya.

"Apa yang beliau katakan itu penuh dengan percanggahan... ia bercanggah dengan gagasan Bangsa Malaysia (dibawa Dr Mahathir sendiri) dan juga 1 Malaysia," kata ahli Parlimen veteran ini.

Kata beliau, Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan rakyat yang komited kepada negara, kesemua negara bekerja menerusi platform yang sama.

Malah pada wacana itu, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif.

"Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular.

"Bagi orang Cina dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu," kata beliau.

Trend mengundi Tenang tidak berubah, lalu apa?

Posted: 03 Feb 2011 08:30 PM PST

Ahmad Lutfi Othman

Keputusan pilihan raya kecil Tenang memang tidak mengejutkan. BN mempertahankan kemenangan di kubu kuatnya. PAS pula belum berjaya menambah dua kerusi DUN di negeri yang menyediakan "simpanan tetap" buat BN di Semenanjung itu. Untuk mengharapkan sesuatu yang luar biasa dalam pilihan kecil, selalunya ia didahulu dengan beberapa perkembangan yang juga "luar biasa". Perjalanan kempen di Tenang tidak menyaksikan sesuatu yang "luar biasa" itu.

Mungkin kepada pemimpin BN, angka-angka yang dipamerkan melalui kemenangan itu mengujakan tetapi sebenarnya trend mengundi pilihan raya umum ke-12 kelihatan kekal. BN tidak boleh mendabik dada bahawa ia sudah melepasi tahap kritikal dan mulai diterima umum seperti sebelum PRU12. Bagi saya, situasi politik bertahan, tidak banyak berubah. Kedudukan BN dan Pakatan Rakyat masih dalam pertarungan sengit merebut sokongan.

Umumnya masyarakat Melayu di Tenang nampak sukar berubah, tetapi tidak bermakna keadaan itu dapat berterusan selamanya tanpa gangguan. Kawasan Felda masih utuh di bawah pengaruh BN sehingga menyukarkan usaha penerangan calon PAS untuk bersemuka masyarakat peneroka. Banyak rumah pengundi tertutup rapat buat kempen PAS. Ia suatu cabaran besar yang perlu ditangani secara serius oleh petugas parti Islam.

Sebenarnya Umno pun tidak mengambil mudah cabaran di kubu kuat mereka itu. Pengerusi BN, Najib Razak, turun berkempen lebih awal di kawasan berkenaan -- sebelum hari penamaan calon, yakni bercanggah dengan peraturan pilihan raya sendiri -- menggunakan sepenuhnya kedudukannya sebagai perdana menteri. Banyak janji yang ditabur dan jaminan yang diberikan. Ia menunjukkan Najib juga cuak dan gentar sehingga terpaksa menggula-gulakan pengundi, walaupun dianggap penyokong tegar Umno.

Apa pun, seperti ingatan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Felda tidak selamanya dilihat kubu Umno. Di Pahang, pada 1999, Umno tewas beberapa kerusi Dun di kawasan Felda, dan PAS memberi cabaran sengit untuk kawasan Parlimen tertentu. Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyarankan aktiviti keagamaan seperti kuliah pengajian dan program kefahaman Islam digiatkankan, selain terus aktif menyelami dan mencari jalan penyelesaian masalah kebajikan peneroka. Kesedaran berpolitik secara matang harus diterapkan menerusi pendekatan jangka panjang.

Kawasan Felda dikatakan memberi sumbangan besar kepada survival Umno baik di peringkat persekutuan, mahupun negeri-negeri tertentu. Bebanan memulihkan sokongan terhadap PAS tidak harus dipikul NGO tertentu seperti Anak dan tokohnya, Mazlan Aliman sahaja. Masyarakat peneroka harus diangkat menjadi komuniti celik politik dan terbuka kepada kepelbagaian maklumat melalui media baru.

Di kawasan majoriti pengundi Tionghua, dua daripada tiga tempat mengundi yang dimenangi PAS tiga tahun lalu di sekitar pekan Labis kini dikuasai BN. Tetapi tumpuan jangan terhenti setakat itu. Lihat pula peratusan keluar mengundi. Banjir yang melanda Tenang pada hari mengundi dieksploitasi sepenuhnya Umno-BN, yang sejak lama bergantung harap kemudahan jentera kerajaan.

Ada pihak mendakwa sesuatu yang tidak kena berlaku kepada operasi bantuan banjir terutama misi membawa masyarakat Cina menunaikan tanggungjawab penting dalam proses demokrasi. Selain itu, banjir yang melanda secara tiba-tiba menjelang Tahun Baru Cina mengakibatkan ramai pengundi Tionghua tidak selesa untuk "bersusah-payah" meredah air ke pusat mengundi.

Sementara peratusan mengundi di kawasan Felda dan majoriti masyarakat Melayu meningkat, keadaan sebaliknya ditunjukkan di kawasan Cina. Peratusan keluar mengundi merosot teruk; ada kawasan mencatatkan peratusan mengundi sekitar 50 peratus sahaja. Itu pun majoriti pengundi Cina tetap memihak PAS. Dijangkakan mereka yang tidak turun mengundi berpotensi besar menyokong Cikgu Normala Sudirman.

Justeru, kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang menegaskan beliau berbangga undi kaum Cina telah beralih semula kepada BN boleh dipertikai. Lebih karut apabila
bekas Ahli Parlimen Labis itu menyifatkan kejayaan BN sebagai penolakan jelas masyarakat Cina terhadap idea PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Semasa kempen Soi Lek banyak menimbulkan isu kontroversi yang menyinggung perasaan umat Islam seperti mempersenda sikap calon PAS memakai sarung tangan ketika bersalam dengan lelaki bukan muhrim.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Naib Presiden KeADILan, Tian Chua turut berpandangan sama, sambil menekankan: "MCA gagal menakutkan pengundi Cina dengan isu negara Islam."

Namun begitu, pemimpin PAS harus memandang berat jika terbukti memang benar isu negara Islam dan hal-hal berkaitan, seperti isu salam itu, membuatkan sebilangan pengundi Cina keliru dan salahfaham. Tidak sukar dibayangkan bahawa dalam setiap kali pilihan raya kecil membabitkan PAS di kawasan mengundi majoriti Cina, isu-isu "sensitif" kerap dimanipulasi secara besar-besaran.

Tanggapan bahawa semasa PAS semakin mendapat sambutan di kalangan orang Cina, maka ia perlahan-lahan kehilangan sokongan pengundi Melayu juga harus diteliti. Persepsi politik perkauman di negara ini masih tebal dan tidak boleh diremehkan, apatah lagi apabila mesin propaganda Umno melalui Utusan Malaysia dan siaran berita televisyen begitu intensif memainkan sentimen itu di kalangan orang Melayu, terutama pengundi di kampung tradisi dan masyarakat Felda.

Dalam pada itu, saya tetap melihat siri pengalaman pilihan raya kecil sebagai cukup bermanfaat untuk membantu persiapan PRU13 dan menilai kelemahan yang ada. Apatah lagi di kawasan yang menyaksikan kemerosotan undi Pakatan, iaitu di kerusi penyandang BN seperti di Bagan Pinang, Batu Sapi dan kali ini di Tenang. Dan tumpuan istimewa, dengan melakukan post-mortem menyeluruh, mesti diberikan kepada kerusi Pakatan yang terlepas kepada BN, misalnya di Galas dan Hulu Selangor.

"Ia juga (keputusan Tenang) bagus untuk Pakatan agar tidak dibuai mimpi," kata seorang bekas wartawan kanan politik. "Cuma saya musykil apakah benar siri PRK selepas Najib jadi Perdana Menteri lebih memihak BN, kecuali Sibu, atau kebetulan ia diadakan di kubu kuat BN? Walaupun saya tidak meramalkan trend kini menuju situasi politik seperti pilihan raya 2004, tetapi Pakatan mesti berhati-hati dan jangan ambil mudah," tambahnya.

"Di Kelantan sendiri, sudah ada sungutan wakil rakyat tidak menghiraukan masalah pengundi. Jangan sampai fenomena 2004 berulang apabila ramai pengundi memprotes dan hasilnya PAS hampir tumbang," kata seorang peniaga kecil di Ketereh. Beliau ternyata bimbang PAS bersikap selesa di kubu kuatnya, manakala pengaruh di luar wilayah tradisi masih belum berjaya ditingkatkan sebaiknya.

Ramai juga mengingatkan, kawasan majoriti Melayu seperti Felda dan kampung tradisi memerlukan perhatian khusus -- kalau pun tidak formula baru -- PAS. Pengaruh media baru seperti internet dan akhbar alternatif mesti dinilai di kawasan berkenaan selain beberapa persepsi kuno terhadap PAS harus dipecahkan segera. Bukan saja keputusan Tenang perlu post-mortem tetapi prestasi Pakatan di seluruh negara wajar diteropong.

"Sepatutnya Tenang dijadikan kajian kes secara sistematik menilai keberkesanan pengaruh internet kepada masyarakat Melayu luar bandar," kata seorang blogger politik Pro-Pakatan. "Tidak banyak gunanya kita berbangga dengan kejayaan revolusi Tunisia dan kebangkitan rakyat Mesir melalui laman-laman sosial internet sekiranya di negara sendiri, Malaysia, yang lebih maju berbanding rantau Arab, kesan kuasa siber masih terbatas di kalangan masyarakat terpelajar dan kawasan kota dan pinggir bandar," tambahnya.

Tenang: Cabaran getir, kritikal PAS tetap di kampung Melayu tradisi, Felda

Posted: 03 Feb 2011 06:16 PM PST

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Keputusan pilihan raya kecil Tenang memang tidak mengejutkan. BN mempertahankan kemenangan di kubu kuatnya. PAS pula belum berjaya menambah dua kerusi DUN di negeri yang menyediakan "simpanan tetap" buat BN di Semenanjung itu. Untuk mengharapkan sesuatu yang luar biasa dalam pilihan kecil, selalunya ia didahului dengan beberapa perkembangan yang juga "luar biasa". Perjalanan kempen di Tenang tidak menyaksikan sesuatu yang "luar biasa" itu.

Mungkin kepada pemimpin BN, angka-angka yang dipamerkan melalui kemenangan itu mengujakan tetapi sebenarnya trend mengundi pilihan raya umum ke-12 kelihatan kekal. BN tidak boleh mendabik dada bahawa ia sudah melepasi tahap kritikal dan mulai diterima umum seperti sebelum PRU12. Bagi saya, situasi politik bertahan, tidak banyak berubah. Kedudukan BN dan Pakatan Rakyat masih dalam pertarungan sengit merebut sokongan.

Umumnya masyarakat Melayu di Tenang nampak sukar berubah, tetapi tidak bermakna keadaan itu dapat berterusan selamanya tanpa gangguan. Kawasan Felda masih utuh di bawah pengaruh BN sehingga menyukarkan usaha penerangan calon PAS untuk bersemuka masyarakat peneroka. Banyak rumah pengundi tertutup rapat buat kempen PAS. Ia suatu cabaran besar yang perlu ditangani secara serius oleh petugas parti Islam.

TAK AMBIL MUDAH

Sebenarnya Umno pun tidak mengambil mudah cabaran di kubu kuat mereka itu. Pengerusi BN, Najib Razak, turun berkempen lebih awal di kawasan berkenaan -- sebelum hari penamaan calon, yakni bercanggah dengan peraturan pilihan raya sendiri -- menggunakan sepenuhnya kedudukannya sebagai perdana menteri. Banyak janji yang ditabur dan jaminan yang diberikan. Ia menunjukkan Najib juga cuak dan gentar sehingga terpaksa menggula-gulakan pengundi, walaupun dianggap penyokong tegar Umno.

Apa pun, seperti ingatan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Felda tidak selamanya dilihat kubu Umno. Di Pahang, pada 1999, Umno tewas beberapa kerusi Dun di kawasan Felda, dan PAS memberi cabaran sengit untuk kawasan Parlimen tertentu. Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyarankan aktiviti keagamaan seperti kuliah pengajian dan program kefahaman Islam digiatkankan, selain terus aktif menyelami dan mencari jalan penyelesaian masalah kebajikan peneroka. Kesedaran berpolitik secara matang harus diterapkan menerusi pendekatan jangka panjang.

Kawasan Felda dikatakan memberi sumbangan besar kepada survival Umno baik di peringkat persekutuan, mahupun negeri-negeri tertentu. Bebanan memulihkan sokongan terhadap PAS tidak harus dipikul NGO tertentu seperti Anak dan tokohnya, Mazlan Aliman sahaja. Masyarakat peneroka harus diangkat menjadi komuniti celik politik dan terbuka kepada kepelbagaian maklumat melalui media baru.

SITUASI BANJIR DIEKSPLOITASI

Di kawasan majoriti pengundi Tionghua, dua daripada tiga tempat mengundi yang dimenangi PAS tiga tahun lalu di sekitar pekan Labis kini dikuasai BN. Tetapi tumpuan jangan terhenti setakat itu. Lihat pula peratusan keluar mengundi. Banjir yang melanda Tenang pada hari mengundi dieksploitasi sepenuhnya Umno-BN, yang sejak lama bergantung harap kemudahan jentera kerajaan.

Ada pihak mendakwa sesuatu yang tidak kena berlaku kepada operasi bantuan banjir terutama misi membawa masyarakat Cina menunaikan tanggungjawab penting dalam proses demokrasi. Selain itu, banjir yang melanda secara tiba-tiba menjelang Tahun Baru Cina mengakibatkan ramai pengundi Tionghua tidak selesa untuk "bersusah-payah" meredah air ke pusat mengundi.

Sementara peratusan mengundi di kawasan Felda dan majoriti masyarakat Melayu meningkat, keadaan sebaliknya ditunjukkan di kawasan Cina. Peratusan keluar mengundi merosot teruk; ada kawasan mencatatkan peratusan mengundi sekitar 50 peratus sahaja. Itu pun majoriti pengundi Cina tetap memihak PAS. Dijangkakan mereka yang tidak turun mengundi berpotensi besar menyokong Cikgu Normala Sudirman.

PENGARUH ISU NEGARA ISLAM

Justeru, kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang menegaskan beliau berbangga undi kaum Cina telah beralih semula kepada BN boleh dipertikai. Lebih karut apabila bekas Ahli Parlimen Labis itu menyifatkan kejayaan BN sebagai penolakan jelas masyarakat Cina terhadap idea PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Semasa kempen Soi Lek banyak menimbulkan isu kontroversi yang menyinggung perasaan umat Islam seperti mempersenda sikap calon PAS memakai sarung tangan ketika bersalam dengan lelaki bukan muhrim.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Naib Presiden KeADILan, Tian Chua turut berpandangan sama, sambil menekankan: "MCA gagal menakutkan pengundi Cina dengan isu negara Islam."

Namun begitu, pemimpin PAS harus memandang berat jika terbukti memang benar isu negara Islam dan hal-hal berkaitan, seperti isu salam itu, membuatkan sebilangan pengundi Cina keliru dan salahfaham. Tidak sukar dibayangkan bahawa dalam setiap kali pilihan raya kecil membabitkan PAS di kawasan mengundi majoriti Cina, isu-isu "sensitif" kerap dimanipulasi secara besar-besaran.

Tanggapan bahawa semasa PAS semakin mendapat sambutan di kalangan orang Cina, maka ia perlahan-lahan kehilangan sokongan pengundi Melayu juga harus diteliti. Persepsi politik perkauman di negara ini masih tebal dan tidak boleh diremehkan, apatah lagi apabila mesin propaganda Umno melalui Utusan Malaysia dan siaran berita televisyen begitu intensif memainkan sentimen itu di kalangan orang Melayu, terutama pengundi di kampung tradisi dan masyarakat Felda.

POST-MORTEM PUNCA KEKALAHAN

Dalam pada itu, saya tetap melihat siri pengalaman pilihan raya kecil sebagai cukup bermanfaat untuk membantu persiapan PRU13 dan menilai kelemahan yang ada. Apatah lagi di kawasan yang menyaksikan kemerosotan undi Pakatan, iaitu di kerusi penyandang BN seperti di Bagan Pinang, Batu Sapi dan kali ini di Tenang. Dan tumpuan istimewa, dengan melakukan post-mortem menyeluruh, mesti diberikan kepada kerusi Pakatan yang terlepas kepada BN, misalnya di Galas dan Hulu Selangor.

"Ia juga (keputusan Tenang) bagus untuk Pakatan agar tidak dibuai mimpi," kata seorang bekas wartawan kanan politik. "Cuma saya musykil apakah benar siri PRK selepas Najib jadi Perdana Menteri lebih memihak BN, kecuali Sibu, atau kebetulan ia diadakan di kubu kuat BN? Walaupun saya tidak meramalkan trend kini menuju situasi politik seperti pilihan raya 2004, tetapi Pakatan mesti berhati-hati dan jangan ambil mudah," tambahnya.

"Di Kelantan sendiri, sudah ada sungutan wakil rakyat tidak menghiraukan masalah pengundi. Jangan sampai fenomena 2004 berulang apabila ramai pengundi memprotes dan hasilnya PAS hampir tumbang," kata seorang peniaga kecil di Ketereh. Beliau ternyata bimbang PAS bersikap selesa di kubu kuatnya, manakala pengaruh di luar wilayah tradisi masih belum berjaya ditingkatkan sebaiknya.

Ramai juga mengingatkan, kawasan majoriti Melayu seperti Felda dan kampung tradisi memerlukan perhatian khusus -- kalau pun tidak formula baru -- PAS. Pengaruh media baru seperti internet dan akhbar alternatif mesti dinilai di kawasan berkenaan selain beberapa persepsi kuno terhadap PAS harus dipecahkan segera. Bukan saja keputusan Tenang perlu post-mortem mendalam tetapi prestasi Pakatan di seluruh negara wajar diteropong.

KESAN INTERNET MASIH TERBATAS

"Sepatutnya Tenang dijadikan kajian kes secara sistematik menilai keberkesanan pengaruh internet kepada masyarakat Melayu luar bandar," kata seorang blogger politik Pro-Pakatan.

"Tidak banyak gunanya kita berbangga dengan kejayaan revolusi Tunisia dan kebangkitan rakyat Mesir melalui laman-laman sosial internet sekiranya di negara sendiri, Malaysia, yang lebih maju berbanding rantau Arab, kesan kuasa siber masih terbatas di kalangan masyarakat terpelajar dan kawasan kota dan pinggir

bandar," tambahnya.

Tiada ulasan: