Sabtu, 19 Februari 2011

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Awek2 dan Pakwe2 AIKOL UIA yg cun2 dan hensem2 dihrap dapat mengundi Pakwe pada 22 Februari 2011 ini supaya jadi ahli MPP!!Undi jangan tak undi!!

Posted: 19 Feb 2011 09:27 PM PST

haaaaaa hari ini berita harian tk de cerite laaa..

oleh itu aku amik kesempatan..

untuk berkempen..

pilihanraya kampus majlis perwakilan pelajar uia..

aku nk korang..aikolian...semua student Ahmad Ibrahim kuliyyah of laws..

untuk mengundi aku sbagai perwakilan konstituensi aikol ..

ok..

manifesto aku...

diperingkat kulliyyah...

mintak kelas sampai hari khamis..

spesial day kokurikulum untuk aikolian sampai pada hari khamis ...mcm budak2 engin jugak..

di peringkat universiti..mintak uia sediakan wifi tip top kat stiap mahallah...terutama mahallah ali..

dan menguatkan undang2..supaya awek2 uia jangan pakai sluar..nampak aurat siottttttt..

nampak la kaki masing2 ..kalau yg mantap tk pe..ni suma kaki2 jamban..harharhar..

pisahkan mahallah salahuddin..perh syiok siot awok2 kat situ..blok jantan ngn blog betina dekat2..ini buat aku jeles ni..dan ini adalah tidak ISLAMIK!!!!!!

di peringkat antara student dan government..

mintak mereformasikan ptptn..

student yg dah keje je yg diwajibkan mmbayar..

ptptn juga patut bersedia bertindak sbagai pengrekemen student untuk mendapatkan kerje..kira macam lorong kerje la untuk graduated mahasiswa..

itu preliminary manifesto..ada banyak lg..dalam pala hotak..

so undilah PAKWE TIZ ZAQYAH..

ahahahaha aku berangan je..mana boleh bertanding la..aku first year..

uia skang dengar cite pro M dah secure 13 kerusi dah..sbb aspirasi tk letak calon..

tapi aku suke calon2 yg brkopiah ni...pandai berkempen..

datang pintu ke pintu...

ada la sorang calon tu budak human science..

macam hantar surat layang nk berkempen..main sorong bawah pintu...

eeeeeeeeehh..tau la o level n a level dekat netherlands..

ahli kelab sahabat satu malaysia plak tu.. ahahahaha..anak didik rosmah la ni..dan ahli gabungan pelajar mantat semelaysia..gpms

sooooo..ada 4 calon aikol ni..

mana nk pilih ni..kalau ada awek yg bertanding serius aku undi awek punye la..

tapi ke 4-4 mereka adalah awok..

aku dah secure dah undi sorang tu..

ada gak spesis budak2 poyo..konon tk nk undi la..tk telibat pulitik2..

wei bla la...

harharharharhar..

bak ayat yg aku baca kat blog dolah yankee..

politic is like sex..if u think it is dirty..so u r not good at it..

agak threatnening ayat dia..tapi bg aku logik gak...

kesimpulannya..

aku minat politik...so...aku good in sex la..

harharharhar...

HIDUP PAKWE!!!!!!!!!!!!

(syarat nk jadi calon mpp uia kena Islamik..well..aku ni tk la Islamik sangat...harharharhar..)

Najib rasuah guru-guru agama di dalam masjid yang dirahsiakan lokasinya(pendedahan ketiga rocky beruk)

Posted: 19 Feb 2011 03:19 AM PST

sila baca berita harian...najib tak rasuah pun..

najib announce guru takmir kat surau2 dan masjid2..

dinaikkan kepada rm800 sebulan..

wooooooooohoooooooo

amacam???

ini rasuah ke hape??

nak sebarkan Islam..nak ajar Islam secara tk formal..

pun nk pakai duit ke???

smpai rm800..

lain la kalau pendidikan formal..cikgu2 skolah agama mmg patut dinaikkan gaji..

ini guru takmir..

alahai...

nnti orng umno gak yg ckp..

guru2 takmir ni puak2 pas...

harharhar..taupun..

tengok la pm korang yg bodoh tu..lagi mau undi ka..

ini aku copy n paste dari berita harian siap ngn komen2..

ada yg komplen..elaun kaki tangan awam hampeh gak tk naik..

anak bini nk disuap jugak..

taupun..

ha undilah la lagi rosmah mansor sekeluarga..

aku kata pengundi malaysia bodoh karang..marah...

ah..bijak sngt kan..dipersilakan...

harharharhar

WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:48
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 19 Februari 2011
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
Nasional

Elaun RM800 lonjak guru takmir
Oleh Rohaniza Idris
bhnews@bharian.com.my
2011/02/19

3,692 pengajar di masjid, surau nikmati faedah berkuat kuasa Januari

KUALA LUMPUR: Seramai 3,692 guru takmir iaitu guru agama yang mengajar di masjid dan surau di seluruh negara menerima kenaikan elaun sebanyak RM800 sebulan berkuatkuasa bulan lalu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Multaqa Guru Takmir Kebangsaan dan Sambutan Jubli Perak ke-25 Program Takmir Masjid dan Surau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Sebelum ini, elaun guru takmir ialah RM480 sebulan atau RM40 bagi setiap sesi dan kini dinaikkan kepada RM100 bagi setiap sesi. Biasanya, guru takmir mengajar lapan sesi pengajian di masjid dan surau. Sebanyak 6,119 masjid dan surau mengadakan 29,333 kelas takmir yang dimanfaatkan 1.5 juta umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, dengan pemberian elaun berkenaan, imej guru takmir dapat ditingkatkan sesuai dengan martabat guru berkenaan yang menyebar dan mengembangkan lagi syiar Islam di negara ini.

Katanya, guru takmir adalah satu kumpulan yang sangat penting dalam membangunkan Islam dan umatnya di negara ini kerana mereka merujuk kepada kumpulan mengimarahkan dan memakmurkan masjid dan surau.

"Memakmurkan masjid berkait rapat dengan usaha membangunkan insan yang berkualiti sesuai dengan usaha membangunkan umat Islam dan maju selaras dengan proses transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya.
Najib turut mencadangkan supaya program takmir yang diadakan di masjid dan surau diberi pendekatan yang dapat menarik golongan muda menyertainya kerana kini hanya kira-kira lima peratus remaja saja mengikutinya.

"Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti alat multimedia akan dapat mengajak lebih ramai generasi muda menyertai program berkenaan seterusnya dapat menghasilkan modal insan yang sangat diperlukan untuk program transformasi yang dijalankan kerajaan kini," katanya.

Kajian Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mendapati 65 peratus peserta program takmir adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Sementara itu, ditanya mengenai pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir, katanya kerajaan kini sedang mengkaji beberapa alternatif untuk menentukan nasib pelajar berkenaan berikutan keadaan di negara berkenaan masih tidak selamat walaupun demonstrasi rakyat sudah berakhir.

Antara alternatif yang sedang difikirkan kerajaan termasuk mengadakan peperiksaan dan sebahagian pengajian di dalam negara, dan membawa pensyarah dari Mesir ke negara ini.

"Kalau keadaan di Mesir pulih kita akan buat persiapan secepat mungkin menghantar mereka, kalau keadaan masih berpanjangan dan tidak berubah, kita buat pertimbangan dan alternatif lain. Kita kaji pelbagai aspek lagipun kita tidak tahu bentuk kerajaan baru di sana dan bagaimana proses pemerintahannya sama ada keadaan akan aman dan stabil kembali," katanya.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

taboh
kakitangan awam lain pn nk jgk naik gaji..kos sara hidup dh makin tinggi..gaji thp lama lg..harga susu naik, minyak naik..tolong2 laa sama kakitangan awam bawahan nie...
ABDUL MANAF BOHARI
Kita kerap dengar elaun, imbuhan atau lain berkaitan guru asyik naik. Ini suatu yang kurang menyenangkan kakitangan awam yang lain. Situasi ini seolah-olah mengambarkan guru begitu diberikan perhatian berbanding dengan kakitangan lain. Misalnya, baru2 ini guru besar dan guru berkenaan yang berjaya menaikan prestasi sekolah dapat imbuhan terbaru pula. tetapi, kakitangan awam lain yang juga berbakti menaikkan prestasi jabatan tidak mendapat imbahan tambahan. Saya fikir, pihak kerajaan perlu berpada-pada menghebahkan kenaikan atau pemberian imbuhan kepada pada guru kerana ia kurang menyenangkan hati penjawat awam yang lain, apatah lagi bila guru hanya bertugas jam 7am hingga jam 1:00thari, manakala cuti sekolah dan cuti sabtu dan ahad, tidak dibenarkan melaksanakan kerja berkaitan sekolah.
tok guru,,,
tuan2 sekalian..biar jelah elaun tu naik..dorang bkn cikgu2 kmenterian,,,dorang pak2 imam & ustaz2 pondok yang mengajar agama...x de sumber pendapatan lain dah...sokong la sikit org nk mngajar agama...jng asyik nk dengki jer....
Penjawat awam yg Hairan..
heran lahh...asyik guru, kalau bukan guru POLIS,TENTERA.. saja yg kena bagi kenaikan..jasa2 penjawat awam yg lain mcm di anak tirikan saja..
jebon
asyik@ elaun guru2 je yg naik....elaun kakitangan awam lain x nak bagi naik ker?....contohnya elaun kritikal bagi juruteknik.
Shahri Abu Seman
Kekalutan Peningkatan Gaji.

Salam editor, pihak kerajaan persekutuan amat cenderung dalam menaikkan gaji pekerja terutama pekerja-pekerja diperingkat bawahan, justeru itu, apa ironinya kenaikan ini dapat memberi sokongan jitu kepada pihak kerajaan sekarang. Harus diingat, kekalutan menaikkan gaji itu dan ini, memberi reaksi berbeza daripada pihak swasta yang ingin mengekal tahap gaji sekarang. Pihak kerajaan wajar mengunakan kaedah lain yang lebih proaktif seperti mengurangkan harga barangan seperti pengurangan kadar tol, cukai kereta, barangan makan dan sebagainya. rakyat harus digalakkan bergantung kepada pembelian kereta, kerana rata-rata rakyat mengunakan lebih separuh daripada pendapatan mereka untuk tujuan pembelian dan pengunaan kenderaan.

Tiada ulasan: