Ahad, 6 Februari 2011

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Presiden Mubarak terus didesak letak jawatan segera.

Posted: 06 Feb 2011 07:33 PM PST


KAHIRAH: Kumpulan pembangkang terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam), semalam mengadakan rundingan bersejarah dengan pemerintah Mesir untuk cuba menamatkan krisis politik di negara itu yang telah berjalan hampir dua minggu.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut menekankan dengan jelas bahawa ia masih mendesak agar Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatannya dengan segera.

Keputusan kumpulan itu, yang telah diharamkan sejak 1954 tetapi menawarkan calonnya sebagai calon bebas, dibuat sedang kepimpinan Mesir cuba mencari jalan untuk meredakan pemberontakan besar-besaran - kini memasuki hari ke-13 - Ikhwanul Muslimin mengusulkan beberapa langkah pembaharuan, tetapi masih belum bersedia memenuhi permintaan para pembantah supaya Presiden Mubarak meletakkan jawatannya.

Presiden Mubarak berkata beliau tidak akan meneruskan jawatannya untuk tempoh selanjutnya tetapi para pembantah mahu beliau meletakkan jawatannya sekarang.

Rundingan kali pertama diadakan antara pihak pemerintah Mesir dengan para pemimpin Ikhwanul Muslimin sejak bertahun-tahun lamanya itu menandakan satu perubahan dasar yang mengejutkan kerana sudah bertahuntahun juga rejim Mesir yang disokong pihak Barat itu mengenakan tindakan keras terhadap kumpulan tersebut.

Ia juga menimbulkan kemungkinan bahawa kumpulan berkenaan sedang menuju ke arah pengiktirafan peranan utamanya dalam masyarakat Mesir secara rasmi.

Selain Ikhwanul Muslimin, beberapa pemimpin pembangkang lain dan pemimpin pembantah turut diundang mengadakan rundingan dengan pemerintah Mesir itu.

Awal dari itu, Ikhwanul Muslimin, dalam satu kenyataannya, berkata para wakilnya akan bertemu dengan Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman, untuk mendesak 'permintaannya yang sah dan adil'.

Suleiman pernah menuduh Ikhwanul Muslimin, para peniaga dan warga asing yang tidak dikenal pasti, sebagai bertanggungjawab ke atas beberapa insiden mencuri dan kebakaran yang terjadi di negara itu pada hujung minggu lalu, selepas pasukan keselamatan memutuskan untuk berundur dari jalan-jalan raya.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, secara berhatihati turut mengalu-alukan penglibatan Ikhwanul Muslimim dalam rundingan politik di Mesir itu, sambil berkata Washington akan 'menunggu dan melihat' bagaimana perkembangan rundingan tersebut.

'Hari ini (semalam) kami diberitahu bahawa Ikhwanul Muslimin telah memutuskan untuk menyertai (rundingan itu), yang menunjukkan mereka kini sekurang-kurangnya mahu terlibat dalam dialog yang kami galakkan,' kata Clinton kepada sebuah stesen radio, National Public Radio (NPR), di Munich, Jerman.

'Kami akan menunggu dan melihat bagaimana ia berkembang, tetapi kami amat jelas tentang apa yang kami jangkakan,' tambahnya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, pula berkata beliau prihatin akan suasana pergolakan di Mesir yang mungkin mempunyai 'kesan serius' terhadap proses damai Timur Tengah.

Ban, yang turut hadir dalam satu sidang keselamatan tahunan di Munich, memberitahu sekumpulan wartawan di hotelnya bahawa Presiden Mubarak dan pemerintah Mesir telah memainkan peranan penting dalam rundingan antara Palestin dengan Israel.

'Itu sebabnya kami berasa bimbang.

'Mesir telah memainkan peranan amat strategik dalam proses damai Timur Tengah; Presiden Mubarak ialah antara satu pemain utama dalam percubaan untuk memudahkan penyelesaiannya,' jelas Ban. -- Agensi

Tiada ulasan: