Selasa, 15 Februari 2011

Era Pasca

Era Pasca


Nak jaga hal jubur..mandi pun idak...

Posted: 15 Feb 2011 01:32 AM PST


Nak jaga hal jubur..mandi pun idak...
mamalia..dari planet mana..sifool ini...?


Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini didedahkan dengan keterangan yang bercanggah oleh saksi pihak pendakwaan berhubung jumlah hari Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya.

Dalam keterangan terdahulu, saksi pihak pendakwaan menjelaskan Mohd Saiful tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya selama empat hari, tetapi hari ini hanya dinyatakan selama dua hari sahaja.

Pakar jagaan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Nizam menjelaskan, Saiful tidak mandi, tidak membuang air besar dan tidak mencuci punggungnya selama dua hari disebabkan kesakitan pada bahagian anusnya.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan peguambela S N Nair sebagai sebahagian bukti Saiful benar-benar diliwat oleh seseorang yang didakwa oleh Saiful seorang tokoh terkemuka, Anwar Ibrahim, dalam perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini

Sementara sebelum itu, peguam pasukan pembela kes liwat Anwar menegaskan tiada bukti air mani dikesan pada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana tiada ujian yang sewajarnya dijalankan untuk memastikan perkara tersebut.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata, meskipun keputusan makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan adanya kesan air mani, tetapi tiada ujian-ujian yang standard dijalankan untuk mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau, laporan kimia juga tidak mengambil kira ujian-ujian standard yang harus dijalankan untuk menentukan sebarang kehadiran air mani.
(baca selanjutnya ....)

Dalam soalannya kepada ahli patologi forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng, beliau berkata, di peringkat antarabangsa terdapat ujian-ujian yang standard seperti itu yang diamalkan seperti PSA 'antigen' dan RSID yang akan memberi gambaran tepat mengenai air mani.

Dengan merujuk kepada laporan kimia, Sankara berkata, laporan kimia juga menunjukkan bahawa kesan air mani sendiri ada ditemui pada seluar dalam dan seluarnya.

"Bagaimanapun perkara ini tidak dicatatkan oleh anda?" soal Sankara yang turut diakui oleh Dr Siew bahawa beliau memang tidak mengambil catatan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan hari ini menetapkan perbicaraan akan disambung pada hari Rabu ini mulai jam 8.30 pagi.

Turut hadir dalam perbicaraan hari ini peguam Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Peguam Sankara ketika bercakap kepada pemberita kemudian berkata, keterangan yang bercanggah dari saksi pendakwaan mengenai jumlah hari Saiful tidak mandi atau tidak mencuci badannya itu, pasti akan memudahkan pihaknya mengemukan hujah-hujah lebih konkrit dalam perbicaraan akan datang.

SEMPENA BIRTHDAY RASULULLAH dan Era Pasca, aku nak belanja dodol...

Posted: 14 Feb 2011 11:36 PM PST

Tak sangka...! segala yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk dari baginda sendiri... Dalam tak sedar aku dok memblogkan diri kini Era Pasca dah masuk 2 tahun... huhu YEAY!!

dan tak sangka jatuh tarih yang sama dengan MAULUD NABI... semogo baginda mendapat hidayah dari ALLAH swt! AMIIINNN!!!

so sempena MAULUD NABI aku nak ucapkan selamat menyambut MAULIDUR RASUL kepada seluruh umat Muhammad...

dan

Ingin mengucapkan selamat hari lahir E.Pasca.. kepada para pembaca yang tak jemu-jemu dengar sembang kosong aku kat blog nih.. heheeh terima kasih jugak kepada skuad2 penulis Era Pasca yang secara tak langsung menyumbang idea-idea cergas.... 

Di harap bersama-sama lah dengan aku untuk menjatuh kan rejim Barisan Nasional dan menjatuh kan REGIM yang ZALIM di muka bumi MESIA ini!!.. InsyaALLAH!

Seperti tahun2 lepas aku tetap ngan jamuan aku bila EP menyambut ulang tahun nya saban tahun iaitu membelanja para pembaca makan dodol... dodol ini spesel pasal bukan calang2 orang masak.... Najib pun masak tau... hahaha

so TERIMALAH!

Mehmehmeh! sat no kene tunggu lama sikit no... Dodol belum siap lagi.. nih semua wakil-wakil rakyat tengah berkhidmat nih.. sabar ye teman-teman... Tapi tadi aku soh masak dodol tapi depa masak ape nih lam periuk? ngeee...! tak boleh harap tul depa nih.. Jap lagi aku soh depa masak lagi...

p/s:
terima kasih kepada penulis-penulis tamu Era Pasca yang selama ini banyak membantu...
terima kasih kepada pembaca-pembaca Era Pasca yang selama ini banyak membaca...
terima kasih kepada pengkritik-pengkritik Era Pasca yang selama ini banyak mengkritik...
terima kasih kepada semua lah.. malas nak tulis panjang-panjang lagi...

TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN pada ERA PASCA yer... skang aku dah up sikit.. dah ada FB... so pada sape yang minat tu mintak-mintak lah joint.. heheh

sebab sejak 2 menjak nih agak kecewa sikit dengan politik tanah air Pembangkang mahupun Kerajaan, so aku ada joint satu pages dan aku nak tegakan pendirian di page ini, terimalah pages AMBPK


sokongan para pembaca sekalian amatlah di hargai... sekian... ty! -jangan marah bro ISA... benci tapi mahu... iskiskisk

http://www.facebook.com/pages/Anak-Muda-Benci-Politik-Kotor-AMBPK/120633101340485

Tiada ulasan: