Selasa, 15 Februari 2011

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


ANALISA KPRU TERHADAP BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT

Posted: 15 Feb 2011 06:45 AM PST

ANALISA KPRU TERHADAP BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT: ISU INFLASI DAN PENDAPATAN BOLEH GUNA


Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.

Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:

BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL
Banyak pihak bersetuju bahawa Malaysia berdepan dengan masalah inflasi yang semakin menghimpit kehidupan harian rakyat. Jadual Indeks Harga Pengguna (IHP) dirujuk bagi membuat keputusan belian seseorang. Berikut ialah Jadual IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini;[1]
Jenis Barangan Jan – Nov 2010 / 2009 (%)
Makanan dan Minuman Bukan Alkohol 2.4
Minuman Alkohol dan Tembakau 3.7
Pakaian dan kasut -1.4
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan api lain 1.1
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan isi rumah 0.7
Kesihatan 1.6
Pengangkutan 1.4
Komunikasi -0.2
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 1.7
Pendidikan 1.7
Restoran dan hotel 1.9
Pelbagai barangan dan perkhidmatan 2.8

Berdasarkan jadual di atas, KPRU merumuskan bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%) sejak setahun lalu. Bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan miskin tidak terkawal dek menampung perbelanjaan makanan harian yang semakin meningkat. Buktinya, sub kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan harga drastik seperti beras, roti dan bijirin lain (0.9%), daging (2.9%), sayur-sayuran (8.1%), gula, jem, madu, coklat dan manisan (10.2%)[2] merupakan antara makanan-makanan yang kerap dibeli oleh rakyat dan dihidang di atas meja makan rumah.

Di luar Jadual IHP, kadar kenaikan harga cukup menggerunkan dan sering diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dalam proses pembuatan dasar. Umpamanya, harga bawang merah yang biasanya dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat berkali-kali ganda kepada RM13 sekilogram di Sarawak.[3] Manakala, dilaporkan bahawa harga minuman teh tarik meningkat sebanyak 10 sen mulai awal tahun ini.[4]

KPRU berpendapat, kerajaan melaksanakan skim kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah struktur ekonomi secara keseluruhannya. Timbul persoalan, apakah peruntukan Program Pengedaran Barang Perlu seperti minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel sebanyak RM200 juta[5] sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan Negara 2011 akan menjadi suatu lagi pembaziran wang rakyat?  Jelas, KPRU melihat kadar kenaikan harga yang berlaku di luar Jadual IHP adalah lebih pantas berbanding angka-angka purata yang dikumpulkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan mempersoalkan keberkesanan skim kawalan harga dalam menyelesaikan masalah.

Baca Selanjutnya.....

The Wisdom of Bapa Malaysia

Posted: 15 Feb 2011 06:16 AM PST


Tunku Abdul Rahman
1st Prime Minister of Malaysia


"In my time we had a Cabinet of 13 ministers. Even then they didn't have enough work. What they do now with 45, I don't know" - Tunku Abdul Rahman, 1983

"In the old days people never bothered about what others did, so long as they were free to do what they liked themselves. Today, one cannot sneeze without being corrected, let alone enjoy oneself. That's what politics have done to our society" - Tunku Abdul Rahman , 1975

Ahhhh...the good old days.
-bloggers report-


{Get Paid To Read Emails. Free To Join Now http://www.emailcashpro.com/?r=thatguy
{Gunakan Raudhah FOOTPATCH untuk menghilangkan toksin dalam badan}

Bukan salah kalau Jebat derhaka lagi!

Posted: 14 Feb 2011 08:04 AM PST



Pagi masih awal.  Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan.  Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi.  Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan.  Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata.  Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga.  Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini.  Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.

Sumber Gambar: Reuters
Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh.  Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup.  Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya!  Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera".  Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.

Demonstrasi adalah pesta demokrasi.  Seorang teman saya melawak.  Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip.  Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat.  Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!

Ruang untuk terus berkuasa semakin suntuk buat regim Hosni Mubarak.  Kerajaan Mesir melalui Timbalan Presidennya Omar Sulaiman cuba berkompromi dengan para demonstran tetapi menemui jalan buntu.  Malah, lebih ramai rakyat dan kesatuan-kesatuan pekerja turun ke jalan raya bersama yang lain.  Mereka terdiri dari pekerja-pekerja sektor elektrik, mekanikal, keretapi, pekerja bas, pekerja kilang tekstil, tidak terkecuali para doktor dan sebagainya.

Menurut agensi berita AP, kehadiran semakin ramai demonstator ke jalan raya adalah disebabkan mereka "termotivasi" dengan maklumat terkini yang menyatakan jumlah harta terkumpul keluarga Mubarak!  Mubarak dipercayai manusia paling kaya di dunia.  Menurut laporan The Guardian; harta keluarga diktator itu bernilai sekitar USD70 billion!  Sekiranya di Malaysia; orang Melayulah yang paling suka pemimpinnya kaya walaupun dia hidup melarat.  Katanya "...asal Melayu tak apa..."
Baca Selanjutnya.....

Tiada ulasan: