Isnin, 21 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


RAKYAT KELANTAN SUKA MEROGOL?

Posted: 21 Feb 2011 08:15 AM PST

KOTA BHARU - Polis Kelantan mendapati kes rogol yang melibatkan pasangan berumur 18 hingga 28 tahun termasuk pelajar sekolah di negeri itu membimbangkan, kata Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Mazlan Lazim.
Katanya, apa yang lebih membimbangkan lagi ialah mereka yang menjadi mangsa jenayah seksual itu terdiri daripada kanak-kanak berumur serendah 12 tahun.
Berdasarkan perangkaan, sebanyak 41 kes rogol termasuk 38 kes melibatkan remaja bawah umur 17 tahun berlaku di seluruh negeri dari bulan lepas hingga semalam.
Jumlah ini meningkat 7.89 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya (38 kes) dan ia agak membimbangkan kita, katanya ketika merasmikan Majlis Pelantikan Badan Wakil Pelajar dan Lembaga Disiplin Pelajar Sesi 2011 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Tumboh, di sini, hari ini. - Bernama

SALAH GUNA FACEBOOK UNTUK POPULAR?

Posted: 21 Feb 2011 06:27 AM PST

LAMAN sosial seperti Facebook dan juga Twitter pada hari ini amat penting bagi setiap individu untuk menyuarakan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran masing-masing.
Bagi golongan artis, laman itu menjadi tempat untuk mempromosikan produk dan menyalurkan maklumat mengenai diri masing-masing.
Malah ia juga dapat dijadikan sebagai medan komunikasi di antara mereka dan juga peminat.
Dengan adanya medium komunikasi baru itu, ia membolehkan para peminat mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat apabila mereka berpeluang membaca apa juga komen yang ditulis oleh setiap artis.
Sayangnya, kemudahan dan juga kemajuan yang dihasilkan itu sering disalahgunakan apabila terdapat segelintir selebriti pada hari ini menjadikannya sebagai tempat meluahkan perasaan dengan menulis perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.
Lebih parah lagi apabila segelintir artis yang gagal mengawal emosi menempelak rakan mereka, menceritakan masalah rumah tangga, pergaduhan dengan kekasih, memaparkan gambar-gambar menjolok mata dan sebagainya.
Kes melibatkan pelakon Ifa Raziah adalah antara contoh apabila laman sosial itu disalahgunakan apabila pelakon itu menyindir Safura dengan perkataan yang kurang enak membabitkan kes mahkamah di antara mereka.
Pelakon Abby Abadi juga pernah mencetuskan kontroversi apabila dia meluahkan perasaan tidak puas hati menerusi akaun Facebook miliknya terhadap pelakon Memey Suhaiza dengan menuduh pelakon itu sebenarnya tinggal serumah dengan Norman Hakim.
Dalam pada itu pelakon Scha Al-Yahya juga pernah terjerumus dengan kontroversi apabila dikatakan memberi komen menyamakan seseorang dengan monyet melalui Twitter miliknya.
Fasha Sandha turut mengejutkan dunia hiburan apabila meluahkan perasaan bengang terhadap Tiz Zaqyah selepas pelakon itu dikatakan mengganggu kekasihnya.
Keadaan yang berlaku itu memperlihatkan satu fenomena baru sedang melanda di kalangan artis apabila mereka yang menjadi perhatian masyarakat menggunakan medium media baru iaitu Internet bagi memperkatakan sesuatu tanpa memikirkan implikasi yang bakal ditanggung dengan perbuatan itu.
Mingguan mStar mendapatkan komen selebriti Zed Zaidi, Erra Fazira serta Pensyarah Kanan Jabatan Media, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah mengenai pengaruh laman sosial yang disalahgunakan di kalangan artis.

NI SATU LAGI CARA UMNO NAK KEBAS WANG RAKYAT?

Posted: 21 Feb 2011 05:39 AM PST

NUTP bantah penswastaan sekolah

February 21, 2011
KUALA LUMPUR, 21 Feb — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.
Beliau berkata penswastaan bidang lain akan "melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin".
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.
Lok berkata bantuan sektor pendidikan seharusnya merangkumi pembiayaan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.
Bagaimanapun, kesatuan itu mahu pentadbiran, sukatan pelajaran dan pengajaran diselia oleh Kementerian Pelajaran tanpa sebarang campur tangan daripada rakan daripada sektor swasta.
Terdapat 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar. — Bernama

NAJIB SUDAH ADA PENGIKUT SETIA:TENGOKLA

Posted: 21 Feb 2011 02:04 AM PST

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bilangan peminat Facebook beliau sudah mencecah 560,000 orang manakala Twitter sebanyak 80,000 orang.
Perdana Menteri berkata beliau sendiri menjawab semua pertanyaan rakan online apabila mempunyai masa terluang terutamanya ketika dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kuala Lumpur dan pada waktu malam. "Saya terpaksa ikuti komunikasi moden seiring dengan perubahan dunia termasuk rakyat Malaysia yang mengikuti cara hidup baru dengan kaedah komunikasi moden antara satu sama lain. Jadi sebagai pemimpin negara, saya tidak boleh lari daripada komunikasi tanpa sempadan dan bilangannya semakin meningkat setiap hari," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap dalam Jamuan Petang 1Malaysia dan Sesi Dialog Bersama Rakan Internet, kira-kira 600 orang berusia 16 hingga 72 tahun dari seluruh negara, di pekarangan Seri Perdana, di sini pada Ahad.
Selain menjawab segala pertanyaan rakan internet, beliau juga menggunakan media baru Facebook dan Twitter itu untuk memaklumkan pengumuman antaranya maklumat mengenai penubuhan Dana Belia 1Malaysia yang bernilai RM20 juta, demi kepentingan belia di negara ini.
Perdana Menteri berkata pengumuman berkenaan projek itu akan dibuat mulai bulan depan dengan belia-belia sendiri mencadangkan projeknya.
Bagi mengetahui pandangan, idea dan cita rasa belia, Najib berkata beliau sedia berjumpa dengan rakan Internet ketika mengadakan lawatan di seluruh negara.
"Kita boleh adakan mesyuarat kecil di lapangan terbang apabila saya tiba atau sebelum saya berlepas, mesyuarat di dewan majlis daerah. Apa yang penting ialah saya akan aturkan lebih banyak pertemuan dan sesi perjumpaan dengan rakan Internet dalam masa terdekat nanti," kata Najib.
Katanya ribuan rakyat Malaysia juga sudah menandatangani program "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" program terbaru yang digariskan Perdana Menteri dan akan diperluaskan di seluruh negara dalam masa terdekat.-BERNAMA

PRU MENIPU:UMNO JUGA SUDAH LAYAK DITURUNKAN

Posted: 21 Feb 2011 12:12 AM PST

Mubarak jatuh kerana rakyat tolak pilihanraya tipu
Mohamed Zainal Abidin Hussin   
KOTA BHARU 20 Feb: Antara faktor penting kejatuhan regim Hosni Mubarak di Mesir adalah disebabkan penolakan rakyat terhadap pilihanraya-pilihanraya penuh penipuan.

Setiap kali pilihanraya, pihak pemerintah sentiasa mendapat kemenangan luarbiasa sedangkan hak sebenar rakyat dalam proses itu dinafikan.

Demikian dinyatakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis makan malam anjuran Keadilan Kelantan di PUTIK kelmarin.

Meskipun dalam bentuk berbeza, keresahan rakyat berkait perkara yang sama di negara ini bukan sesuatu yang harus dipandang mudah.

Rakyat yang semakin sedar dan mengikuti secara dekat tuntutan rakan-rakan mereka di Asia Barat perlu menuntut hak supaya pihak pemerintah tidak terus menerus mempermainkan rakyat dengan pelbagai kesangsian dalam proses ini.

"Rakyat boleh terima siapa kalah, siapa menang tapi rakyat tidak harus kompromi jika terang-terang pilihanraya dikendalikan dengan cara tidak adil dan berat sebelah, kata Anwar.

Perbahasan berkaitan pelbagai kes meragukan dalam pilihanraya di negara ini memang telah berlanjutan setiap kali pilihanraya berjalan.

Dari perkara paling asas, daftar pemilih hingga soal hak semua calon di media dan sokongan berat sebelah jentera kerajaan kepada calon parti pemerintah terus menerus dipertikaikan.

Proses pendaftaran pengundi di negara ini amat aneh dan meragukan. Pendaftaran pengundi dijalankan oleh SPR melalui ejen badan itu sendiri atau melalui parti-parti politik.

Menurut SPR sendiri, begitu ramai rakyat tidak mendaftar. Manakala ramai yang terdaftar sebenarnya tinggal di kawasan lain.

Bila berlaku pilihanraya, jumlah mereka yang boleh mengundi amat kecil berbanding jumlah sebenar rakyat.

Sebahagian besar mereka yang ada dalam senarai di sesebuah lokasi pengundian pula datang dari kawasan lain, sama sekali tidak di kenali penduduk setempat.

Keadaan ini menimbulkan satu isu dipanggil "pengundi hantu" di mana setiap kali pilihanraya, terutama pilihanraya kecil menjadi gawat dan tegang.

Pada pilihanraya ke 12 lalu SPR dalam perundingan dengan sebuah badan yang menuntut pilihanraya adil, BERSIH, SPR bersetuju untuk menggunakan dakwat cat jari bagi mengurangkan keserahan pihak-pihak yang bertanding.

Malang dan mengejutkan, SPR membatalkan persetujuan ini di saat akhir selepas sejumlah besar perbelanjaan telah pun dibuat membeli dakwat dari negara asing.

Lebih besar dan mengelirukan ialah berkenaan hak semua calon untuk berkempen dalam media massa milik kerjaan atau pihak lain yang dilesenkan.

Calon-calon yang dikemukakan parti pemerintah akan diberi ruang tanpa batas dalam semua media sedangkan calon-calon lain seperti tidak bertanding atau "pengacau" kalau liputan media sama diperhati.

Lebih teruk ialah penggunaan wang rakyat melalui egensi-agensi yang dibiayai rakyat dalam menyokong calon-calon yang sebakul dengan pemerintah.

Dalam kes terbaru di plihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini adalah satu contoh malapetaka kepada demokrasi. Sejak Awal lagi secara terbuka jabatan pelajaran Johor, di peringkat negeri mahupun peringkat daerah Labis bekerja lebih keras dari jentera parti Umno dalam menyokong calon Barisan Nasional.

Sepanjang kempen, tidak perlu diceritakan lagi bagaimana pelbagai agensi diperalat secara bogel memihak calon parti kerajaan. Lebih mengejutkan kali ini jetolak celorong celoreng (milik tentera) turut datang membaiki longkang di kampung yang terlibat dengan pengundian.

Ini semua hanya yang jelas dilakukan dan boleh dilihat semua orang. Ramai yang bercerita tentang pelbagai pelbagai sogokan dalam gelap yang dilakukan. Inilah mungkin sebab dalam pilihanraya kecil, parti kerajaan enggan meletakkan calon wanita walaupun begitu serius di desak.

Seperti kata Anwar, kalau benar negara ini mahu muncul sebagai negara dan bangsa bermaruah, semua ini mesti dihapuskan. Kalah menang adat pertandingan, tapi kalau terang-terang padang senget sebelah, mana ada pasukan yang boleh berkompromi.

MEMBUNUH DIRI DENGAN MELOMPAT?

Posted: 20 Feb 2011 11:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Seorang pakar forensik polis memberitahu suruhanjaya siasatan bahawa beliau tidak menemui sebarang bukti yang dapat menunjukkan Teoh Beng Hock telah terjun dari tingkat 14 Plaza Masalam, sekali gus membawa kepada kematiannya dua tahun lalu.
Prosiding hari ini diberitahu oleh Cif Inspektor Mazli Jusoh bahawa beliau tidak menemui apa-apa bukti yang dapat menunjukkan Teoh ada memegang bingkai tingkap ataupun duduk pada ruang tingkap plaza berkenaan sebelum ditemui mati di tingkat sembilan.
"Anda tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah bertindak keluar dari tingkap?" soal peguam Majlis Peguam  Christopher Leong pada inkuiri hari ini.
"Tidak, tidak ada apa-apa (kesan)," jawab Mazli

HASIL DIDIKAN UMNO?:BUANG BAYI MERATA RATA

Posted: 20 Feb 2011 10:09 PM PST

PETALING JAYA: Seorang pemancing yang mengambil dan membuka satu bungkusan beg plastik yang ditemui di tebing Sungai Kayu Ara, di sini untuk dijadikan bekas mengisi hasil tangkapannya terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat serta sudah berbau busuk, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam beg plastik berwarna putih yang disimpul rapi dan dipercayai dibuang di tebing sungai itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Mohd Rizal Ramli yang sering memancing di sungai berhampiran Sri Pentas TV3, Bandar Utama itu tidak mengesyaki bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi walaupun ia berbau busuk dan dikerumuni lalat.

"Bayi berkenaan dibungkus dengan empat beg plastik. Tiga lapisan pertama beg plastik putih dan ketika membuka lapisan terakhir plastik berwarna hitam saya terperanjat melihat ada bayi didalamnya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed yang turut meninjau lokasi penemuan mayat bayi itu berkata, bayi terbabit dipercayai sudah mati agak lama kerana sudah berbau, namun dipercayai dibuang dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui. 

Menurutnya, tiada kecederaan ditemui pada tubuh bayi malang yang berkulit agak cerah itu dan ia dilahirkan cukup sifat.

"Kita percaya bayi itu sudah mati terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik berkenaan dan dibuang ke tebing sungai. Mayat bayi itu akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya.

Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan kelmarin, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Labohan Dagang, Banting, awal pagi kelmarin.

Ketika ditemui kira-kira jam 6.45 pagi itu, bayi itu dipercayai baru dilahirkan.

Bayi itu dibawa pemilik rumah berkenaan ke Hospital Banting untuk rawatan
DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing.
DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing.

MAAF!!LUCAH SEDIKIT..BONTOT INI MANA SATU PILIHAN ANDA

Posted: 20 Feb 2011 06:53 PM PST

MAAF..SELALUNYA ORANG UMNO SUKA DENGAN PERMAINAN BONTOT INI SEBAGAI CONTOH KES SAIFUL TULA...TAPI YANG INI BONTOT BETUL..YANG BANYAK KENA TANGKAP KHALWAT DAN MAIN TUNCIT NGAN BINI ORANG MACAM KAT PUCHONG TEMPO HARI JUGA DILAPORKAN ORANG UMNO BETULKAH..

POLITIK UMNO DALAM UNIVERSITY KETERLALUAN?

Posted: 20 Feb 2011 05:52 PM PST

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjadi
antara orang yang pertama dalam kerajaan BN yang mengingatkan supaya diambil iktibar daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

NONEJika pihak berkuasa menekan suara golongan muda - sedang mereka
mereka dapat mengikuti perkembangan politik di seluruh dunia - Saifuddin (kanan) berkata, tenaga mereka yang tidak dapat dibendung, akan hanya melimpah ke jalanan.

Senario pertama telah berkali-kali berlaku apabila mahasiswa
berdemonstrasi berhubung hak mereka terhadap pilihan raya kampus yang bebas dan adil.

Manakala minggu lalu, seratusan mahasiswa Universiti Malaya (UM) memecahkan pintu pejabat timbalan naib canselor kerana membantah penolakan calon daripada bertanding dalam pilihan raya kampus esok.

Dalam wawancara melalui emel dengan Malaysiakini, Saifuddin mengakui bahawa mahasiswa mahu suara mereka didengar.

"Ini adalah hak asas dan sejagat. Pihak berkuasa harus melayani hak pelajar. Jika pihak berkuasa menafikan hak-hak ini, maka pihak berkuasa tidak seharusnya menyalahkan pelajar jika mereka bertindak dengan cara yang boleh dradikal, dan sebagainya," kata Saifuddin.

Tiada ulasan: