Khamis, 17 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TEMBAKAN TEMBAKAN MAHADHIR SUPAYA UMNO TIDAK TUMBANG...

Posted: 17 Feb 2011 11:41 AM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar tidak melupakan tanggungjawab kepada rakyat sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
"Jangan lupa tanggungjawab kepada rakyat, kalau lupa mereka akan jatuhkan kerajaan, sebab itu saya cakap kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada keharmonian dan kepentingan rakyat.
"Kalau kerajaan lupa kepada rakyat, mereka akan jatuhkan kita," kata beliau pengerusi BN ini.
Merujuk kepada amalan demokrasi negara, bekas perdana menteri itu berkata, ia bukan satu jaminan BN akan terus kekal menjadi parti pemerintah walaupun sudah menguasai tampuk pemerintahan negara selama 53 tahun.
"Adakah ini kata kita bukan demokrasi walaupun hanya satu parti sahaja yang berkuasa? Kalau tiada demokrasi kita tak akan lihat parti lawan duduk di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen . . . kadang-kadang ramai, kadang-kadang kurang, pada 2004, 90 peratus ia dikuasai satu parti tapi pada 2008 kita kalah lima negeri dan tak dapat dua pertiga dalam Parlimen.
"Ini menunjukkan rakyat boleh pilih, demokrasi kita memang tepat . . . kuasa diberi kepada rakyat untuk tentukan siapa jadi pemerintah," katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.
Jelas Dr Mahathir, rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan mana-mana pemerintah yang tidak disukai termasuk BN.
"Di negara kita ada demokrasi, walaupun 53 tahun ia dikuasai hanya sebuah parti sahaja dan parti lain tak dapat kalahkan parti ini selama 53 tahun.
"Kalau rakyat tak suka dengan pemerintah, ia boleh jatuhkan pemerintah. Di Malaysia ia bukan mustahil tapi di negara lain ia mustahil," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya merampas empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah kepimpinan PAS.
Bagaimanapun Perak jatuh ke tangan BN ekoran tindakan melompat keluar tiga Adun Pakatan Rakyat.
Mengakui sistem demokrasi negara tidak sempurna, Dr Mahathir berkata, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu menerima hakikat dan jangan bertindak lebih dari yang sepatutnya.
"Demokrasi bukan sistem yang sempurna, kita beri kuasa kepada rakyat cuma kadang-kadang mereka tak cekap, yang majoriti selalu pilih tak kena.
"Sebab itu kita harus terima hakikat dan usaha setakat yang mampu, lebih daripada itu tak boleh," katanya.
Tambah Dr Mahathir, amalan demokrasi negara tidak seperti sesetengah negara lain yang hanya satu parti berkuasa.
"Ada negara yang saya tak nak sebut nama tapi boleh teka, yang sejak merdeka pada 1965 hanya diperintah oleh satu kerajaan. 
"Kalau ada pemimpin pembangkang yang boleh mencabar mereka akan dihadapkan ke mahkamah kerana hasutan, kalau dapat masuk dalam Parlimen pun tak dibenarkan bercakap," katanya.

KATA SAIFUL MELAWAN:MENGAPA SAIFUL YG KELUAR AIR MANI?

Posted: 17 Feb 2011 06:27 AM PST

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.
NONESemalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.
Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.
Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."
NONEDoktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.
Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.
Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG
4.10pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga pagi esok apabila mendapati carta DNA yang dibekalkan kepada pihak pembelaan tidak mencukupi.
3.35pm: Mahkamah rehat seketika bagi membolehkan pihak pembelaan membandingkan carta DNA.

3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu "Lelaki Y".

3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.

"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur," katanya.

Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.
3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: "Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6," kata Dr Seah.

Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai "lelaki Y".
2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

2.40pm:
Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.
1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.
12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.

Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm:
Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm:
Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.
12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.
12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.
12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi, AP Mohan.
12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.
11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.
11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.
11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.
11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.
11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.
11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.
Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.
11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.
"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.
sodomy trial anwar ibrahim desa damansara condominium signboard10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.
10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.
10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.
NONE9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.

9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.

Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.
9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.
Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.
Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.
Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.

NONE9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.
Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.
8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.
Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.
Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.
8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.
Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.

AZMIN KENA TEMBAK NGAN MTAPA

Posted: 17 Feb 2011 04:51 AM PST

Isu kerusi: PAS minta Azmin Ali tutup mulut

February 17, 2011
KUALA LUMPUR, 17 Feb — PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.
Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.
Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.
"Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Kata Mustafa, beliau merasakan perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Azmin dipetik sebuah portal berkata PKR sedang menghadapi rundingan sukar apabila PAS mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
Dalam laporan semalam memetik Azmin, The Malaysian Insider menyebut bahawa PKR akan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sekitar April ini.
Azmin berkata, kepimpinan negeri dikehendaki menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP.
"Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Azmin yang dilantik semula sebagai pengarah pilihan raya baru-baru ini susulan pemilihan parti berkata, ada kemungkinan pertukaran kerusi-kerusi ditandingi memandangkan PAS juga mahu memberi tumpuan di bahagian-bahagian yang mempunyai pengundi campuran.
Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.
PKR juga berhadapan dengan masalah beberapa wakil rakyatnya, termasuk di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar parti sejak awal 2009 dan terbaru bulan lalu.
Dengan arah aliran pengundi Melayu mengalami kemerosotan, PAS akan memastikan ia mempertahankan bilangan wakil rakyatnya dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang kurang pengundi Melayu.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno.
Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai di mana 10 peratus pengundi orang Melayu bergerak kepada pembangkang semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009.
Bagimanapun Azmin berkata, PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina

SELUAR AIR MANI DAN BULU SAIFUL DIBAWA KEMAHKAMAH MUA HA HA..

Posted: 17 Feb 2011 12:58 AM PST

Jika pada perbicaraan kes fitnah I Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak pendakwa mengusung tilam ke mahkamah, perbicaraan terbaru yang dihadapi Ketua Umum Keadilan itu menyaksikan pihak pendakwa 'mengusung' bulu, seluar dalam dan cadar ke mahkamah.
Semua barang-barang tersebut dibuka oleh Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong untuk ditandakan sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Bahan bukti tersebut termasuk helaian bulu yang dikatakan sebagai 'bulu kemaluan'. Peguam Sankara Nair ketika melihat bukti itu mempersoalkan mengapa ia tidak disebut sebagai 'rambut sahaja' kerana ia kelihatan seperti helaian rambut. Hakim Zainal Abidin Mohd Diah berkata Sankara boleh menyoal balas Dr Seah kemudian.
Sehelai seluar dalam kepunyaan pengadu Mohd Saiful Bukhari turut dikemukakan sebagai bahan bukti kes. Seluar dalam tanpa jenama itu sebelum ini didakwa saksi terdapat kesan air mani Saiful.
Sehelai permaidani berwarna warni juga turut dijadikan sebagai 'saksi' pendakwaan, yang dikatakan disita dari Jabatan Kimia. Selain itu, kain cadar berwarna kelabu turut ditanda sebagai bahan bukti.
Sepasang seluar hitam tanpa jenama, kameja biru dan kolar putih berjenama Ralph Lauren serta baju hijau jenama G2000 kepunyaan Saiful juga dikemukakan di mahkamah sebagai bukti kes.

TIDUR HOTEL MEWAH ELAK DIKESAN CINTA TERLARANG

Posted: 16 Feb 2011 09:13 PM PST

KUALA LUMPUR: "Demi cinta, saya sanggup menggunakan hampir keseluruhan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk berseronok bersama kekasih.
"Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang," kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.

Nur, 24, yang baru menamatkan pengajiannya penghujung tahun lalu kini menyesal.
Katanya, atas dasar cinta terhadap lelaki yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu, dia bukan saja sanggup berhabisan wang ringgit, malah sanggup menggadaikan maruah dirinya.

"Kami kerap menghabiskan masa bersama dengan pergi ke restoran mewah atas permintaan dia yang lebih gemar berjumpa di tempat tertutup dan kurang pengunjung bagi mengelak daripada bertemu dua isterinya.

"Saya akan menuruti setiap permintaannya termasuk kerap menginap di hotel bagi membuktikan rasa kasih dan sayang kepadanya, walhal pada masa sama perasaan takut sentiasa menyelubungi diri jika terjadi perkara tidak diingini," katanya.

Nur berkata, semua perbelanjaan setiap kali keluar bersama teman lelakinya itu termasuk bayaran makan dan minyak kenderaan akan menggunakan wangnya menyebabkan dia semakin terdesak untuk mendapatkan duit.

"Dia kerap memberi alasan gaji bulanannya habis digunakan untuk menampung dua isteri dan anak-anak membuatkan saya terharu dan membelanjakan semua wang saya untuk dirinya

Sikapnya yang penyayang dan usia yang matang menjadi faktor saya terlalu cintakan dia selain dia berjanji menjadikan saya isterinya. Disebabkan itu, saya terlalu menyayanginya walaupun menyedari dia suami orang," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, hubungan cinta mereka dihidu isteri kedua teman lelakinya yang pernah datang ke rumahnya memberi amaran selain mengugut untuk melakukan sesuatu terhadapnya sekiranya hubungan itu diteruskan.

"Saya tak gentar diugut, malah lebih bersemangat untuk mempertahankan hubungan cinta kami kerana terlalu percaya janji dan kata-kata manis diungkapkannya yang mahukan saya bersabar dengan semua dugaan," katanya.

Nur berkata, hubungan mereka berjalan lancar hingga satu ketika teman lelakinya itu mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan dia seolah-olah gila hingga sanggup mencederakan dirinya sendiri.

"Ketika itu, saya seperti mayat hidup kerana tidak mempercayai dia sanggup meninggalkan saya yang banyak berkorban terutama memberikan wang dan menuruti setiap permintaannya. Mujur mak dan abah banyak membantu dan memberikan semangat," katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana berjaya menamatkan pembelajarannya dengan sempurna baru-baru ini walaupun pernah melalui perjalanan hidup malang kerana diperdaya lelaki yang bersikap mengikis dan mempermainkan cintanya.

"Kini, saya bersyukur kerana berjaya melupakannya hasil bantuan dan semangat keluarga dan rakan-rakan selain berusaha memulakan perjalanan hidup baru ke arah lebih baik.

"Saya pernah bodoh disebabkan cinta dan selepas ini berazam untuk lebih berhati-hati memilih teman lelaki bagi mengelak mengulangi kesalahan lalu," katanya.

Sementara itu, ibu bapa Nur yang dihubungi berkata, mereka mengetahui mengenai masalah yang dihadapi anak mereka dan sudah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam untuk memulihkan semangat Nur.

Ibunya dikenali sebagai Samiah berkata, masalah yang dihadapi Nur diketahui melalui rakan-rakannya.

"Mak cik mengesyaki sesuatu kerana dia jarang balik dan sering minta wang. Selain itu dia pernah mencuri barang kemas saya," katanya.

Selepas ini, menurutnya dia akan cuba memastikan dan menasihatkan Nur supaya tidak salah memilih teman lelaki.

KERAJAAN UMNO MIRIP MUBARAK AKAN PASTIKAN MUSUH POLITIKNYA LENYAP?

Posted: 16 Feb 2011 08:01 PM PST

Kerajaan 'ala Mubarak' tidak akan gugur kes saya, dakwa Anwar

TERKINI @ 07:20:47 AM 17-02-2011
February 17, 2011
GOMBAK, 17 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya tidak mungkin akan digugurkan walaupun wujud bukti baru menunjukkan tiada unsur penetrasi sebagaimana didedahkan di mahkamah semalam.
Ini kerana menurut Anwar, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menjurus kepada corak pemerintahan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, yang akan "mengorbankan" sesiapa sahaja demi kepentingan sendiri.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, bukti terbaru yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah semalam, jelas membuktikan beliau tidak terlibat tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Saiful ada memaklumkan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Anwar telah "cuba" untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.
Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor  HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.
"Tapi saya didakwa meliwat bukan cubaan meliwat, dunia mana pun kes seperti ini sudah dibuang," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang mengulangi kesnya harus ditarik balik.
"Tapi dalam kes (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ala Mubarak tidak boleh," kata Anwar pada majlis pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor di sini malam tadi.
Ekoran bukti baru itu, Anwar mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan.
Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan kes liwat dan beliau seringkali mendakwa tuduhan ke atasnya bermotifkan politik.
Perbicaraan disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.
Semalam, Karpal berkata hanya Peguam Negara yang ada kuasa untuk menarik balik tuduhan ke atas anak guamannya.
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mendakwa langkah kerajaan menswastakan saman ekor melalui Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik (AES) adalah untuk menampung perbelanjaan Umno-Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata pelaksanaan sistem AES yang diserahkan kepada dua syarikat iaitu Commerical Circle (M) Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd akan memberikan satu tekanan kepada rakyat.
"Saya berkeyakinan dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Umno-BN dan sudah pasti hasil keuntungan yang akan diperoleh nanti akan diberikan kepada parti ini, sudah pasti keuntungan yang berjuta ringgit ini pasti ada pihak yang dapat keuntungan.
"Sudah tentu ada habuan yang akan dibayar kepada Umno-BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, sebab itu kita bantah saman ekor dan bantah penswastaan saman ekor," katanya pada majlis pelancaran kempen itu.
Tambah Mahfuz, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai dua syarikat yang diberikan kuasa untuk melaksanakan AES itu.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan pimpinan Najib terpaksa bergantung kepada hasil wang saman ekor berbanding hasil negara.
"Kerajaan sekarang begitu kejar rakyat sampai ke lubang cacing semata-mata untuk cekik darah rakyat untuk menampung perbelanjaan negara.
"Hasil negara sudah tidak mencukupi kerana ia hilang begitu sahaja disebabkan pembaziran, ketirisan dan rasuah yang berlaku," katanya.
Sesi penerangan tersebut akan menjelajah ke seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada mangsa saman ekor.
Sebelum ini PAS telah melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang diketuai Mahfuz dalam usaha membela nasib rakyat yang menjadi mangsa saman ekor.
Anwar pula berkata langkah terbaru Umno-BN itu menunjukkan mereka semakin terdesak untuk menambah perbelanjaan negara.
"Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN, dalam pilihan raya umum ke-13 nanti Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan," katanya.
Turut hadir sama Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

UNDI MELAYU PADA UMNO DAN BAHAYANYA POLITIK MASA DEPAN

Posted: 16 Feb 2011 05:09 PM PST

Keputusan PRK Tenang secara jelas menunjukkan undi Melayu kembali ke Barisan Nasional.  Namun, adakah keputusan ini cukup untuk dijadikan sebagai petanda bagi seluruh negara?  Mungkin tidak.  Tenang pada asalnya adalah kubu BN, dan terletak di Johor, negeri yang merupakan kubu paling kukuh bagi UMNO.  Secara perbandingannya, PAS mungkin belum bertapak di kawasan itu selama ini.
Lebih-lebih lagi, ia adalah satu pilihan raya kecil.  BN menumpukan segala sumber untuk menyerang satu kawasan yang memang dikuasai jaringan tempatannya.  Tambahan pula, terdapat kawasan FELDA yang menjadi gedung undi BN.  Oleh itu, bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila BN merangkul kebanyakan undi Melayu.
Sesungguhnya, seandainya PRK Tenang sekadar "kes terasing" antara pilihan raya kecil yang lalu, maka ia tidak begitu jelas sebagai petanda untuk menunjukkan pola di mana undi Melayu telah kembali ke pangkuan BN.  Namun, seandainya pengalaman PRK lalu menunjukkan pola undi Melayu kembali ke BN, maka PRK Tenang mungkin menjadi satu lagi kes yang mengesahkan pola ini.
Undi Melayu mempengaruhi kawasan campuran
Pola undi Melayu di Semenanjung Malaysia tidak semestinya sama di mana-mana saja.  Perbezaan antara bandar-desa, kedudukan geografi, pengaruh parti politik di tempatan, faktor tempatannya dan sebagainya, bakal mempengaruhi pola tersebut.  Namun, ketika kenyataan "undi Melayu kembali ke BN" dibangkitkan, ia sebenarnya merujuk kepada keputusan PRU ke-12.
Untuk penduduk di Semenanjung, tsunami politik pada 8 Mac 2008 adalah hasil daripada gelombang ketidakpuasan dari seluruh negara.  Jelas, undi Cina memihak kepada parti politik yang kemudiannya membentuk PR.  Namun demikian, di bawah sistem pilihan raya kita, tidak banyak kawasan pengundian yang berubah keputusannya hanya perubahan pola pengundian Cina.  Pada kebanyakan masanya, undi Cina mungkin hanya berperanan untuk meningkatkan undi majoriti di sesetengah kawasan.
Antara yang istimewa dengan PRU ke-12 adalah, kawasan campuran yang dahulunya dimenangi BN dengan mudah, kini jatuh ke tangan PR.  Pola pengundian yang berubah di kawasan campuran bukan hanya dijuruskan undi Cina, tetapi undi Melayu yang juga berperanan penting.  Seandainya undi Melayu kembali ke BN, maka kawasan campuran yang asalnya dimenangi PR, atau lebih tepat, kawasan pengundian di "pinggiran" dengan margin yang tipis - akan menjadi genting (untuk PR).
Risiko kembalinya politik lama
Seandainya PR tewas di "kawasan pinggiran" ini, maka 8 Mac 2008 adalah fenomena yang muncul hanya sekelip mata dalam sejarah.  Politik lama "sebelum 8 Mac" akan kembali menjelma.  Maka, BN pasti akan menggunakan "suara rakyat" untuk menekan suara bantahan (misalnya mengetatkan akta zalim yang menyekat kebebasan bersuara); malah mungkin menggunakan majoriti dua pertiga dalam parlimen untuk mengukuhkan kuasa selama-lamanya, di samping meleraikan kuasa pembangkang.
Analisa sedemikian sememangnya pesimis, namun bukan sesuatu yang sukar untuk dibayangkan oleh mereka yang berprihatin terhadap politik tanahair.  Kuncinya, apakah perkembangan seterusnya.
Walaupun perjumpaan antara Najib dengan wakil rakyat BN, dan Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara, tidak semestinya mengisyaratkan bahawa langkah pilihan raya umum semakin hampir, namun apa yang pasti, ia menunjukkan bahawa Najib sedang berada dalam peringkat persediaan untuk PRU akan datang.
3 kategori pengundi Melayu
Pada hakikatnya, pengundi Melayu yang menolak BN dalam PRU ke-12 mungkin boleh terbahagi kepada tiga kategori: Pertama, pengundi muda yang mendahagakan politik baru; Kedua, pegundi Melayu yang tidak berpuas hati dengan Abdullah Ahmad Badawi yang lemah, berubah-ubah dasarnya, dan kepimpinan yang tidak terserlah; Ketiga, mereka yang tidak mendapat sumber dalam UMNO, atau mereka yang mahu menjatuhkan sekta Abdullah untuk mengolak selangkah ke atas tangga dalam UMNO.
Setelah Abdullah Ahmad Badawi berundur, pengundi kategori kedua hilang alasan untuk terus menyokong PR.  Pengundi kategori ketiga pula, mungkin telah menyesal sebaik sahaja keputusan PRU ke-12 diumumkan.  Mereka mungkin menyesal kerana "hukuman yang dijatuhkan" terlalu berat sehingga UMNO kehilangan kuasa di Selangor yang kaya dengan sumber, malah menggugat kuasa kerajaan persekutuan.  Projek mega yang digerakkan Najib menandakan lebih banyak sumber yang bakal diagihkan kepada anggota dalam parti.  Oleh itu, kembalinya sokongan kepada BN dari pengundi kategori ketiga kelihatan sudah menjadi satu kemestian.
Pengundi muda kategori pertama masih tidak jelas kecenderungannya.  Sebahagian pengundi dalam kategori ini mungkin telah menjadi, dan akan terus menjadi asas sokongan PR.  Namun, mereka yang menaruh harapan tinggi terhadap politik baru juga mungkin lebih mudah kecewa terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR (terutamanya PKR), dan berputus asa untuk menyokong PR.
Namun pengundi kategori ini tetap harapan terakhir untuk PR.  Seandainya PR tidak mahu ranap sepenuhnya dalam PRU akan datang, maka PR perlu menumpukan tenaganya untuk menjangkau pengundi kategori ini (pengundi muda Melayu) - selain kedua-dua parti pembangkang yang lama, PAS dan DAP yang perlu mengukuhkan asas sokongan masing-masing.  Apa yang menarik, gerak geri BN baru-baru ini turut menyasarkan pengundi kategori ini.
*Lim Yew Chien pernah menjadi pengacara rancangan forum isu semasa, juga kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

AKU PERCAYA ADA BOMOH ORANG POLITIK

Posted: 16 Feb 2011 03:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Feb: "Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa Dun Perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri Perak telah dijampi oleh bomoh tersebut," tegas Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim.
Beliau telah menerima surat rasmi daripada Setiausaha Dun Perak bertarikh 7 Februari lalu dan diminta hadir untuk memberi keterangan dalam sesi soal jawab kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada 25 Februari, jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak aras 2, Bangunan SUK Ipoh.
"Saya dikhendaki memberi keterangan dalam  sesi soal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan berhubung dengan isu bomoh yang saya bangkitkan pada persidangan ketiga mesyuarat ketiga pada penggal ketiga Dewan Negeri Perak yang kedua belas pada 2 Disember 2010," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri dipanggil kerana dikaitkan dengan usul mengikut standing order di bawah fasal 36(3)(b) ke atasnya kerana sewaktu berbahas di Dun Perak telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang telah membawa masuk bomoh ke dalam Dun Perak sebelum sidang 7 Mei 2009 yang menyaksikan kerusi Speaker Sivakumar dirampas.
Dalam sidang tersebut, beliau menyebut terdapat seorang Adun yang telah membawa bomoh untuk masuk ke dalam dewan.
"Apabila saya enggan mendedahkan nama Adun berkenaan lalu saya diusulkan untuk disiasat oleh jawatankuasa berkenaan," jelasnya.
Beliau akan mengadakan sidang media khusus berkenaan surat panggilan tersebut dan akan memberi reaksi mengenai surat itu.

HEBATNYA PERKAUMAN UMNO?.. PAKATAN PULA JAUHO BLOGGER?

Posted: 16 Feb 2011 02:28 PM PST

Meskipun kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengakui sokongan Melayu mula terhakis, namun bagi Tan Sri Khalid Ibrahim, tiada kejadian seumpama itu di Selangor.

"Saya tak percaya orang Melayu tidak menyokong kerajaan sekarang ini," kata Khalid pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di Shah Alam, hari ini.

NONEKatanya, masyarkat Melayu yang merupakan kira-kira 50 peratus daripada penduduk di Selangor menerima baik program dan inisiatif kerajaan negeri.

"Apa yang penting adalah kita memerintah negeri ini untuk semua (kaum)," kata menteri besar itu.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mendakwa sokongan masyarakat Melayu di negeri itu mula terhakis kerana propaganda Umno melalui media arus perdana.

Namun, Pakatan Rakyat berkeyakinan di sebalik kemerosotan sokongan Melayu, mereka mampu mempertahankan Pulau Pinang daripada tumbang di tangan Umno. Mereka kini mempergiatkan inisiatif bagi memperbetulkan persepi di kalangan orang Melayu.

Khalid juga menepis soalan berhubung kemungkinan rombakan dibuat ke atas barisan exco sambil menambah tidak ada perkara seumpama itu dan media akan dimaklumkan jika ada rombakan exco.

Pada sidang media itu, Khalid juga menggesa kerajaan persekutuan membantu pelajar, terutama dari Selangor yang dibawa pulang dari Mesir yang ingin kembali ke negara Asia Barat itu bagi menyambung semula pengajian mereka.

Tambahnya, menjadi kewajipan kerajaan bagi memastikan mereka yang dibawa pulang boleh kembali ke universiti masing-masing dan kerajaan seharusnya menubuhkan dana bagi tujuan berkenaan.

"Namun, jika kerajaan persekutuan berpendapat negeri juga harus tanggung bersama kos itu, kita bersedia," kata Khalid.

Tiada ulasan: