Selasa, 15 Februari 2011

.

.


Ulusan Isu

Posted: 14 Feb 2011 02:39 AM PST

Media Baru: Dimana Kesilapan Pembangkang?

SATU dekad ini semua orang bercakap fasal media baru yang serba canggih dan mengesankan. Fasal internet; fasal blog, fasal fb, fasal twitter, you-tube dan sebagainya. Keriuhan ini seolah-olah media konvensional, media cetak; akhbar, buku tenggelam dan semakin hanyut.

Benarkah dan tepatkah kenyatan ini? Akhbar cetakan makin hari makin merosot. Apa lagi kalau akhbar membodek dan pengampu kerajaan. Kadar edarannya menurun. Mendukacitakan lagi kalau akhbar berbahsa Melayu. Akhbar berbahasa Inggeris dan Cina kekal pada tahap menggembirakan kalau pun tidak melonjak.

Akhbar India yang pembacanya sekitar setengah juta juga bertahan. Buktiknya kalau akhbar itu merosot masakan ia boleh terus diterbitkan. Sehingga hari ini akhbar berbahasa Tamil terus diterbitkan dan tidak ada satu pun yang dihentikan penerbitan kecuali yang digantung permitnya oleh pemerintah.

Sebaliknya juga akhbar tabloid yang pro pembangkang masih bertahan. Walaupun berlaku penurun tetapi ada 'cerlaknya' ia naik mendadak. Kenapa? Bila ia melibatkan akhbar bahasa Melayu dan Melayu dikaitan dengan bangsa Melayu menunjukkan Melayu lemah. Dalam hal ini orang Cina dan India lebih baik dari orang Melayu?

Orang Melayu tidak pandai hendak memperdagangkan akhbar dalam bahasa mereka. Orang Melayu tidak mempunyai semangat solidariti dan sedia membantu sesama sendiri. Ini tidak pelik. Ini kerana sikap Melayu suka menunjuk-nunjuk dan melawa juga adalah puncanya. Orang Melayu tidak gemar membaca akhbar Melayu. Tetapi mereka juga ada alasan kenapa mereka tidak suka akhbar Melayu. Akhbar Melayu tidak ada nilai. Tidak krtikal, hanya membodek dan mengampu. Macam tv Rais Yatim sahaja bodek dan usung pemimpin 27 jam sehari semalam.

Berbalik kepada mauduk hendak dibiacarakan mengenai kemeriah media baru ini. Tiba-tiba sahaja kemunculan media baru memberi kelebihan kepada pembangkang. Kalau suara pembangkang sebelum ini terhad disekat tetapi dengan munculnya media baru ini menyebabkan suara mereka boleh bergerak luas. Semua pihak dapat menjangkau suara dan pandangan pembangkang menerusi media baru ini.

Hakikat ini diakui. Ombak refomasi tahun 1998 dibantu oleh kemunculan media baru ini. Media baru inilah menjadi agen menyampaikan maklumat dan berita benar kepada rakyat. Sekaligus media ini menjadi agen atau prapagator menentang kerajaan.

Mana-mana maklumat yang tidak dapat diakses menerusi media konvensional (tv dan akhbar) dapat dijumpai menerusi internet. Segala rahsia kerajaan, penyelewengan dan skandal pemimpin juga dimuatkan dalam media baru ini. Maka keburukan dan kebusukan kerajaan dapat diketahui dengan lebih luas dan jelas.

Keberkesanan media baru ini diakui dan diikhtiraf oleh pembangkang dan kerajaan juga bahawa ia memberi kesan. Rasa benci rakyat kepada kerajaan ialah kerana maklumat dari media baru ini. Pihak pembangkang yang selama ini dinafikan menggunakan media awam, mendapat rahmat dengan kehadiran media baru ini.

Pada satu peringkat kemunculan dan peranan media baru ini sesuatu membimbangkan kerajaan. Sudah ada riak cemas dan kegelisahan dari pihak parti kerajaan. Kerajaan tidak boleh bertindak untuk menyekat atau menghalang kemunculan ini kerana ia bertentangan dengan kemajuan dunia. Dalam era langit terbuka kerajaan tidak akan undur ke belakang untuk menutup pintu langit. Makanya untuk mengatasinya kerajaan terpaksa mencari jalan mengatasinya.

Satu masa ia memperlihatkan kerajaan dalam keadaan terjempit. Kemenangan atau penguasaan media baru ini sudah berpihak kepada pembangkang. Hakikat ini dapat dilihat semasa era reformasi, berapa banyak laman web yang pro pembangkang wujud. Paling merujakan kewujudannya semua atas inistif individu tanpa sebarang upah. Malahan ada yang berkorban untuk membiayai laman web tertentu asalkan ianya menyerang kerajaan.

Serangan atau kegilaan kepada media baru ini menyebabkan laporan di media cetak dan tv tidak menarik langsung. Ia juga memberi natijah laporan media konvensional itu sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Seharusnya pembangkang mengekalkan kekuasaan dan sokongan media baru ini kepada mereka. Namun tidak begitu jadinya. Setelah pembangkang menang besar dalam tahun 2008, mereka melupai peranan media baru ini. Mereka tidak melakukan sesuatu untuk mengekalkan media ini berfungi seperti biasa. Momentum ini dibiarkan berjalan sendiri tanpa diurus. Ini satu kesilapan!

Paling malang lagi kalau pun ada individu di dalam kerajaan menyedari akan kepentingan media baru ini dan cuba membelanya, malangnya pula pembelaan itu diberikan kepada golongan yang tidak sepatutnya. Dan ada juga pembela yang tertipu dengan profesional seseorang pengamal media baru tanpa menilai sejauh mana ketulusan dan keikhlasan. Walhasil pengamal media baru berkenaan menerkam diri individu berkenaan. Bersambung... [ttdi.kl.7:00 pm 12/02/11]

Tiada ulasan: