Khamis, 17 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Nik Aziz - Dr. Mahathir Gagal

Posted: 16 Feb 2011 08:17 PM PST

Nik Aziz: Allah Maha Besar, bukan Melayu, Cina, India

Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.

"Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.

"Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan "Allahu Akbar", maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India," kata Nik Abdul Aziz (kiri).


Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.

Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.

Sambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara.

"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama," kata Nik Aziz.

Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa "kegagalan" dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana.

"Kenapaa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" soal Nik Aziz.

Dr Seah Akui Beri Laporan Berbeza Kepada Peguam Anwar(TERKINI)

Posted: 16 Feb 2011 08:06 PM PST

KUALA LUMPUR 17 FEB : Perbicaraan bermula pukul 8.54 pagi, keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong mendedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berbeza dengan laporan yang dikemukakan di mahkamah.

Kesilapan itu dikesan melalui label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

Menurut Seah pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Peguambela Anwar, Ram Karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia.


Ram Karpal menyatakan mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti.

Bagaimanapun, Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden berkata perkara (kesalahan menanda bahan bukti) tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut tidak boleh diterima mahkamah.

Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Mahkamah hari ini turut menerima kehadiran wakil daripada kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini iaitu Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Pas Bantai Azmin Ali

Posted: 16 Feb 2011 07:32 PM PST

Kerusi campur: Azmin silap, kata PAS

Sepatutnya timbalan presiden PKR itu membicarakannnya dalam ruang yang betul dan tidak mengungkit perkara itu secara terbuka.

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa PAS turut berminat dengan kerusi PKR menimbulkan rasa kurang senang kepada Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bahawa PAS berminat dengan kerusi kawasan bercampur sebagai tidak tepat dan dibuat di tempat yang salah.

"Sepatutnya Azmin membicarakannnya dalam premis yang betul. Kita (Pakatan Rakyat) tidak membincangkan perkara ini.


"Bagaimanapun, saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin bahawa "tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. "

"Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur," kata Azmin seperti dilapurkan.

Keadaan ini boleh menyukarkan rundingan komponen Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, PAS dan DAP menentukan pembahagian kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata jika PAS berminat bertanding di kawasan bercampur ia merupakan fenomena semasa berikutan sokongan pengundi bukan Melayu, terutama pengundi Cina, kepada parti itu.

Tambahnya, fenomena ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kata bekas Ketua Pemuda PAS itu, parti Islam itu mempunyai penyokong setia di kalangan pengundi Melayu.

"Kalau pilihanraya umum 2008 dijadikan ukuran, pengundi Melayu masih memberi sokongan kepada PAS," katanya.

Sementara itu, Salahuddin menjelaskan PAS belum membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Katanya, keputusan tersebut akan dibuat dalam mesyuarat PAS.

Pilihanraya kecil Kerdau akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 akibat serangan jantung Sabtu lalu.

Sumber di sini

Najib: Malaysia capai sasaran pertumbuhan enam peratus 2010

Posted: 16 Feb 2011 07:24 PM PST

Najib enggan mendedahkan angka sebenar pertumbuhan tahun lalu. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Ekonomi negara menjangkaui sasaran pertumbuhan enam peratus yang dijangkakan bagi tahun lalu, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Kerajaan menyasarkan kadar pertumbuhan akan melepasi paras enam peratus meskipun berhadapan dengan kelembapan pada separuh kedua tahun lalu.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mendedahkan angka sebenar tetapi menegaskan ia bukannya dua digit.

Karpal Dan Lim Kit Siang Ingin Ditahan Dibawah ISA

Posted: 16 Feb 2011 06:36 PM PST

HATI HATI DENGAN LAKONAN PEMBANGKANG

Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ini kerana, ia hanya helah supaya kerajaan mengenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka.

Menurut beliau, jika perkara itu berlaku, Kit Siang dan Karpal serta pemimpin pembangkang lain akan menggunakan isu penahanan ISA sebagai umpan meminta simpati rakyat.


"Ia amalan biasa pembangkang. Mereka akan cuba mencari peluang untuk menjolok kerajaan dengan isu-isu sensitif.

"Kalau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan yang dikeluarkan, inilah peluang mereka untuk menghentam kerajaan bagi mencari simpati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan keadaan sebegini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai serangan Kit Siang dan Karpal terhadap Dr. Mahathir bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada 1988.

Kenyataan dua pemimpin DAP itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan desperado'bagi menutup kelemahan pembangkang.

Beliau turut mencabar kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut supaya bertanyakan mengenai isu Ops Lalang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak ketinggalan menghentam Karpal sebagai orang yang tidak layak menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong dalam kes liwat Anwar.

Mengulas lanjut, Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR berkata, pembangkang terutama Kit Siang dan Karpal sebenarnya sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam melemahkan kerajaan dan perkara yang dilakukan itu hanya untuk publisiti murah.

"Sudah tiada isu, mereka akan bangkitkan pula isu-isu lama. Inilah kerja mereka," katanya.

Beliau menyokong cabaran Zulkifli agar Kit Siang dan Karpal merujuk kepada Anwar berhubung Ops Lalang.

Mengulas isu sama, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, Kit Siang dan Karpal perlu 'mencermin' diri sebelum menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong.

Menurutnya, Dr. Mahathir bukan 'kaki pembohong' dan tidak akan mereka-reka cerita seperti yang didakwa dua pemimpin pembangkang itu.

"Perkasa memandang serius tuduhan Kit Siang dan Karpal. Kita tuntut mereka ini mohon maaf kepada Dr. Mahathir.

"Karpal sendiri pun boleh dipertikaikan terutama dalam isu liwat membabitkan Anwar. Dulu dia pernah dedahkan perlakuan liwat Anwar, kini membela Anwar pula," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar memberitahu, apa yang dilakukan oleh Kit Siang dan Karpal hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kononnya mereka handal dalam semua perkara.

"Apa yang penting, mereka asyik hendak mencari jalan untuk bergaduh. Itu sahaja matlamat mereka. Sudah tidak ada modal, mereka cari apa jua isu yang boleh dibuat bergaduh.

"Kalau hendak tunjuk handal pun, kenalah profesional. Jangan bersikap seperti budak-budak atau orang sudah nyanyuk

kamal

Pegawai Penjara Bertindak Kejam Dan Zalim

Posted: 16 Feb 2011 06:13 PM PST

"Kau ni gundik Anwar ke Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau ...?" kata pegawai penjara pada 'Nora Reformis'

KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai 'Nora Reformis' kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.

"Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi 'makanan' kami dalam penjara.

"Mereka turut bertanya kepada saya, 'Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?" kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.

Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.


Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.

Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat 'lompat bintang' berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.

Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.

"Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?

"Kalau saya sebagai warga Malaysia pun diperlakukan begitu, apa lagi warga asing," jelasnya yang turut melihat seorang wanita warga Indonesia dipukul di kepala oleh seorang pegawai penjara.

Dalam pada itu, Nora memaklumkan keadaan di dalam penjara sangat sesak dengan tahanan. Selain terpaksa berkongsi bersama 14 orang tahanan di dalam satu sel, penyediaan makanan dan tempat tidur adalah sangat mendukacitakan.

"Kami hanya diberi selimut untuk mengalas tempat tidur di atas lantai. Hanya sepasang pakaian penjara yang diberikan sepanjang tiga hari. Untuk makanan yang sedikit baik, kami terpaksa membelinya. Bahkan tuala wanita untuk tahanan wanita terpaksa dicatu," jelasnya.

Nora menambah, ketika beberapa orang rakan datang ingin melawat, pegawai penjara meminta beliau untuk menukar pakaian dan merapikan keadaan dirinya.

"Semasa sesi pertemuan bersama penjamin saya di sebuah bilik khas, percakapan kami diintip. Ini membuatkan saya terpaksa untuk 'berlakon' di depan mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Saya juga diarahkan oleh pegawai untuk mengatakan bahawa kes saya adalah kes mencuri. Bukannya kes perhimpunan aman.

"Saya bimbang jika saya berterus terang ketika itu, saya akan 'dihukum' pula oleh mereka ketika dibawa masuk ke dalam sel" tambahnya.

Nora memaklumkan dia masih ingat nama dan wajah kesemua pegawai-pegawai penjara tersebut. Beliau akan berbincang dengan ahli keluarga dan peguam sebelum mengambil tindakan susulan berikutan layanan buruk diterima sepanjang penahanannya.

Perbicaraan kes 'Perarakan Aman Menentang Kenaikan Harga Minyak 2008′ akan disambung semula pada 28 Februari ini. Antara tokoh politik yang turut didakwa dalam kes tersebut termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu dan 42 yang lain -

Keadilan Daily

Detik Malang Buat Kebebasan Besuara Malaysia

Posted: 16 Feb 2011 03:38 PM PST

Bersama Din Binjai a.k.a Sharpshooter di Mahkamah Tinggi kes saman Rais

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah bertindak mengambil tindakan u/undang bg menghalang Amizudin Ahmat pengendali Blog http://sharpshooter.blogspot.com utk menyiarkan tulisan mengaitkan beliau dgn kejadian atau tuduhan 'rogol amah' yg terkandung dlm satu laporan ngo migrant care.

Hari ini (17feb) jam 9pg Amizudin Ahmat dan di iringi che'GuBard serta aktivis SAMM akan hadir ke Mahkamah Tinggi Malaya,K.Lumpur utk urusan fail balas afadavit.

Dijemput teman media, pimpinan dan khususnya rakan2 bloggers utk hadir sama melakukan liputan dan memberikan sokongan..


Pertanyaan +60164695343

Meneliti artikel yg dimaksudkan ia sama sekali tidak terkandung fitnah malah cuba melaporkan maklumat yg ada.

Proses tindakan saman sivil ini dilihat cubaan mengalih isu. Sepatutnya PDRM tampil dgn hasil siasatan bersihkan nama Rais. Malangnya selaku menteri beliau melakukan saman sivil dari meminta polis menyiasat dan umumkan hasil siasatan utk membersih nama.

Tindakan ini juga dilihat satu ugutan kepada blogger progresif yang berani mutaakhir ini.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Di mana silapnya Pakatan P. Pinang

Posted: 16 Feb 2011 05:01 AM PST

Persepsi bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu, telah membawa akibat yang tidak diingini terhadap pakatan itu yang membentuk kerajaan negeri.

Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff (kanan) berkata, mereka yang kecewa, kini cenderung mempercayai propaganda Umno.

Katanya, walaupun ianya tidak benar dan palsu, tetapi propaganda tersebut memberi tanggapan bahawa Pakatan telah gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

Sambil menegaskan bahawa persepsi adalah kritikal dalam politik, Yusmadi berkata masa akan menentukan sama ada ia betul-betul ada kebenarannya.


Yusmadi, yang merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR pusat, turut membidas BN ketika merujuk kepada pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu di Balik Pulau.

Parlimen Balik Pulau mempunyai tiga DUN - Betong, Teluk Bahang dan Bayan Lepas - yang semuanya diwakili ADUN dari Umno.

Menurutnya, kerajaan BN dan Pakatan kerajaan telah gagal memahami keperluan di kawasan dominasi masyarakat Melayu.

Cepatnya Parti Mesra BN Diluluskan Pendaftaran

Posted: 16 Feb 2011 04:51 AM PST

ROS beri parti Kita pimpinan Zaid lampu hijau

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim telah menerima kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk bergerak atas nama dan perlembagaan baru ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan tahun ini.

The Malaysian Insider difahamkan sekretariat parti itu menerima notis kelulusan hari ini.

"Notis kelulusan diterima sebentar tadi, pucuk kepimpinan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya dalam waktu terdekat," kata pegawai Kita kepada The Malaysian Insider.

Menurut pegawai, kelulusan itu berkuat kuasa hari ini.

Permohonan mendapatkan kelulusan berhubung nama dan perlembagaan baru dikemukakan kepada ROS Kelantan 11 Januari lalu.


Sebelum ini parti itu dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti politik yang beribu pejabat di Kota Baru.

Akim dalam mesyuarat agung tahunannya pertengahan Disember lalu telah menukar namanya menjadi Kita dan mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan menukar nama, logo dan perlembagaan.

Sejak itu parti itun diterajui oleh Zaid (gambar) yang keluar PKR November lalu.

Mesyuarat agung luar biasa parti itu, yang pertama kali diadakan di luar Kelantan Disember lalu. telah bersetuju untuk menukar Akim dengan nama baru Kita.

Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan calon timbalan presiden dalam pemilihan PKR tahun lalu mengambil alih jawatan baru itu daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa itu.

Beliau telah meninggalkan PKR pada 16 November lalu kerana kecewa dengan proses pemilihan kepimpinan parti itu dijalankan yang didakwanya mengandungi unsur-unsur tidak telus dan berat sebelah.

Beliau bertanding sebagai timbalan presiden dalam pertandingan tiga penjuru menentang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub tetapi menarik diri atas alasan itu.

Zaid menganggotai PKR Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno.

Kita hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri.

Sebelum ini Zaid berkata, beliau memilih untuk menyertai Akim kerana proses menubuhkan parti baru kerana ia akan memakan masa yang lebih cepat. - MI

Tiada ulasan: