Isnin, 21 Februari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gambar : 15 Orang saja mendengar ceramah Anwar di Kerdau?

Posted: 21 Feb 2011 08:38 AM PST

Sebelum itu.. Berita dan gambar yang disiarkan dalam entry ini adalah hasil kerja seorang sahabat yang telah ditukarkan dari Permatang Pauh ke Mentakab, Pahang kerana telah terlibat menyokong perjuangan Pakatan Rakyat..

Oleh WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI





KERDAU- DS Anwar Ibrahim semasa berucap di Kerdau di hadapan lebih 15000 orang yang hadir telah memberi amaran kepada PM Najib Razak berhubung dengan kejatuhan kerajaan di Mesir dan Tunisia.

Beliau mengingatkan kepada pimpinan Umno bahawa jangan ingat rakyat tidak sedar dan mengambil iktibar sebagaimana kejadian yang berlaku di Negara arab yang sedang menuju kepada perubahan.





Turut hadir dalam ceramah berkenaan ialah Dato Chua Jui Meng,Dato Fauzi Abdul Rahman ,YB Tian Chua,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,YB Syed ADUN Semantan,YB Leong Ngah-Ngah ADUN Triang, dan Timbalan PKR Negeri Sdr Mohd Nizam Hamid, serta Tn Hj Suhaimi Said,serta pimpinan PAS negeri dan kawasan..

"Umno harus melihat bahawa ada dikalangan pimpinan Umno yang hanya tahu mengganguk tetapi tidak mahu membela rakyat. Malahan kejadian rasuah, system kehakiman yang semakin teruk,harga barang yang semakin meningkat serta tiadanya peningkatan kenaikan gaji.Sedangkan pemimpin di berikan kontrak berbillion ringit.

Menurut Anwar , bulan lalu Mubarak di sanjung . Pemerintah hanya ingin supaya kuasa terus berada di tangan mereka. Maka langkah demi langkah di buat bagi mengatasi masalah yang berlaku.

Bermula dengan pemecatan menteri, perlantikan naib presiden dan sebagainya diambil regime Mubarak ,bagi membolehkan mereka terus berkuasa dan merompak harta kekayaan Negara.Rakyat sedar semua kejadian yang berlaku dan maka kerana itulah tercetusnya tentangan di jalanraya.





Beliau juga mengingatkan pimpinan Umno bahawa rakyat telah celik dengan perkara yang berlaku di dalam Negara ini.Ianya bukan sahaja berkaitan dengan kenaikan paras harga barangan keperluan, namun ianya juga adalah berkaitan dengan banyaknya berlaku rasuah namun tiada sebarang tindakan jelas yang di ambil.

Baik isu komisyen kapal selam yang sedang di siasat di Negara Perancis dan sehinga kepada komisyen dan kematian model mongolia,namun tidak ada pun tindakan yang diambil pemerintah.Begitu juga dengan lain-lain rasuah yang terbukti di simpan dan tidak ada tindakan jelas yang diambil pmerintah.

Selain itu juga menurut Dato Sri Anwar lagi, jika pemerintah cuba memanipulasikan suruhanjaya pilihanraya dimana berlakunya kejadian penipuan dalam pilihanraya, maka pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan teragak-agak akan mengerakkan jentera rakyat secara besar-besaran.

"Saya ingin mengingatkan dan meberikan amaran keras kepada Dato Seri Najib supaya mengadakan pilihanraya yang adil dan telus ,jika kamu menggunakan suruhanjaya pilihanraya kita akan gerakkan rakyat untuk membantah habis-habisan" demikian ucapan Anwar di sambut dengan laungan takbir dan tepukan gemuruh ribuan rakyat yang hadir di markas PAS Kerdau semalam.










lagi gambar sila lihat di SINI

Air mani Saiful dikesan di dubur sendiri?

Posted: 21 Feb 2011 05:25 AM PST

Mani Saiful didubur sendiri?? Macam mana budak Saiful ni buat tu.. Semakin haru-biru dah skrip liwat kali ni..



KUALA LUMPUR, 21 Feb – Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini "dikejutkan" dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful (gambar) memandangkan profil DNA "12, 13" adalah lebih dominan berbanding profil DNA "Lelaki Y".


"Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri," kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.

Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.

"Ya, meskipun profil DNA Saiful '12, 13' dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.

"DNA Saiful bukanya penyumbang utama dalam kes ini, tetapi ia juga dikesan dalam kedua-dua ekstrak," kata seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair kepada The Malaysian Insider kemudian.

Terdahulu pagi tadi, peguam-peguam Anwar meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Seah dengan meminta beliau mengulas mengenai kesahihan laporan kimia.

"Anda mempunyai situasi di mana pancutan (air mani) ke dalam dubur adalah 56 jam sebelum laporan (dibuat). Adakah anda menduga untuk melihat kemerosotan kualiti sperma dan DNA?" soal Ramkarpal.

Menjawab soalan itu, Dr Seah berkata, tidak perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menentukan kemerosotan kualiti meskipun air mani berada dalam dubur selama 56 jam.


The Malaysian Insider

Gobala!! Satu Pergi.. 200 Mari...

Posted: 21 Feb 2011 05:01 AM PST


Wakil dari Ranting Sembilang Pantai yang baru ditubuhkan.

SEBERANG JAYA: Keadilan Pulau Pinang menerima kemasukan 200 ahli baru ke dalam parti itu dari kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Penyertaan itu juga mneyaksikan dua ranting baru KEADILAN turut ditubuhkan di Kampung Pelet dan Sembilang Pantai, Seberang Jaya.



Ini yang menarik..



Borang kemasukan tersebut diterima Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika program ceramah di padang awam Sembilang Pantai, di sini, 19 Februari lalu.





Wakil dari Ranting Kampung Pelet juga sebuah Ranting baru..


Saudara Jalil menyerahkan 90 borang Ahli baru PKR




Saudara Ramli juga menyerahkan hampir 50 borang Ahli baru dari Tuna.

Berapa puluh orang yang meliwat Saiful ni?

Posted: 21 Feb 2011 02:51 AM PST

18 Feb lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.-sepenuhnya sila baca di SINI..

Hari ini pula..

Dua lagi DNA misteri ditemui pada tubuh Saiful

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur digemparkan dengan pendedahan peguam Anwar, Ram Karpal Singh bahawa pihaknya menemui dua lagi DNA misteri pada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jumlah itu, termasuk tiga DNA yang ditemui Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong, bersamaan jumlah hampir separuh pasukan bola sepak, kata Ram.

"Saya akan kemukakan kemudian terdapat sekurang-kurangnya DNA dua lagi lelaki misteri ditemui. Ia signifikan kerana ditemui pada tempat yang signifikan.


"Satu di kawasan berhampiran dubur (peri-anal), satu lagi di kawasan atas rektum. Dr Seah temui tiga, saya temui lagi dua (berdasarkan graf elektroferrogram)," kata Ram Karpal ketika di temui pemberita di luar mahkamah.

Sebelum ini, peguam Anwar memberitahu mahkamah berdasarkan kombinasi DNA yang ditemui, wujud kemungkinan terdapat 10 DNA lelaki ditemui pada tubuh Mohd Saiful.

Menjelaskan beliau perlu mengesahkannya sekali lagi, dua lagi DNA lelaki misteri tersebut ditemui pada seluar hitam milik Saiful dan calitan kapas kawasan bawah rektum yang ditandakan sebagai B9.

Berikut kronologi soal balas peguam Anwar terhadap Pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong berkisar mengenai penemuan DNA lelaki misteri ketiga pada tubuh Saiful.

14.45 petang – Dr Seah gagal menjelaskan peratusan ekstrak DNA dalam sampel B5, calitan putik kapas yang mengandungi DNA Saiful Bukhari, Lelaki Y dan seorang lelaki misteri sewaktu ditanya Ram Karpal.

"Berapakah peratusan kehadiran DNA pada B5?" tanya Ram Karpal.

"Saya tak dapat jawab tanpa rujuk hasil analisa saya," jawab Dr Seah.

"Ada bawa hasil analisa?"tanya Ram Karpal lagi.

"Tiada," kata Dr Seah.

Pada ketika ini, pakar DNA Australia, Dr Brian McDonalds menggeleng-gelengkan kepala beliau.

14.20 petang – Peguam Anwar, Ram Karpal Singh menyambung soal balas Dr Seah.

14.19 petang – Mahkamah bersidang semula

14.16 petang – Marisa Regina Fernando, anak perempuan kepada Christopher fernando, peguam yang mewakili Anwar pada perbicaraan Fitnah I, dilihat hadir ke mahkamah.

12.07 tengahari- Mahkamah ditangguh untuk berhenti rehat dan bersambung semula jam 2 petang.

11.58 pagi – Ram Karpal minta mahkamah ditangguhkan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah arah mahkamah diteruskan sehingga 12.30 tengahari.

11.54 pagi- Ram Karpal bertanya kenapa DNA lelaki misteri ketiga tidak dianalisa Dr Seah. Menurut Ram Karpal, tidak mustahil DNA lelaki ketiga kepunyaan pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Pereira.

"DNA lelaki ketiga boleh jadi milik DSP Jude bukan?" tanya Ram Karpal.

Dr Seah hanya tersenyum simpul mendengar soalan Ram Karpal tersebut. Seterusnya, Ram berkata Dr Seah hanya menganalisa DNA berdasarkan sampel rujukan yang diberikan kepada beliau dan mengecualikan DNA yang tidak termasuk dalam sampel rujukan. Sampel rujukan yang dimaksudkan adalah B10, yang mengandungi darah Saiful Bukhari.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7312

Gambar : Puluhan Ribu Hadir mendengar Ceramah Ummi Hafilda

Posted: 20 Feb 2011 11:51 PM PST

Ceramah yang menampilkan Ummi Hafilda sebagai pemidato utama ini telah menarik hampir 100,000 orang pendengar yang menantikan pendedahan atau peluru berpandu yang akan dilancarkan oleh Ummi Hafilda terhadap Anwar dan juga Abang kandungnya Azmin..

Saksikanlah.. sejarah telah tercipta..





Ceramah yang bertajuk Jom Bongkar Agenda Buruk Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh adik kepada Azmin Ali, Ummi Hafilda tidak mendapat sambutan.. Ceramah itu hanya dihadiri oleh kira 200 orang sahaja walaupun ceramah ini telah di war- warkan di seluruh Perak..



Ceramah itu diadakan di Arena Square, Batu Gajah.. Walaupun tempat itu boleh dipenuhi ribuan orang, namun hanya 'seciput' sahaja yang hadir. Sepatutnya ceramah itu disertai oleh Gobalakrisnan dan Rahimi Osman. Tetapi mereka tidak hadir. Hanya si puaka Hafilda yang hadir, beliau ditemani oleh Kak Midah Sungai Rapat.



Melayu Ultra antara peminat setia Ummi

Ceramah itu sepatutnya bermula jam 8.00 malam, namun atas sebab tidak ada orang, mereka menunggu kehadiran orang dan ceramah bermula jam 9.30 malam. Kesian Hafilda menunggu. Pada mulanya, mereka telah menyiarkan video berbaur perkauman yang melaga- lagakan DAP dan PAS.

Ummi Hafilda hanya berceramah menghentam dan memfitnah Anwar Ibrahim walaupun tiada bukti. Dia tu memang tak sedar diri. Ayahnya suatu ketika dahulu telah tidak mengakunya anak. Dia sudah dibuang keluarga. Apa motif dia kembali selepas 13 tahun menghilang. Kahwin pun belum. mungkin kocek sudah kosong.

Secarapa pandangan saya, orang langsung tidak percaya si Hafilda ini. Hanya puak-puak UMNgOK yang tengin. sudah-sudah la Ummi Hafilda.. Taubatlah!!!



Dia kata dia ni bekas ketua bahagian PKR mane ntah.. Padahal PKR guna istilah cabang.. haha..










Sumber dan lagi gambar sila lihat di SINI

Panas!! Ceramah Anwar tiada sambutan..

Posted: 20 Feb 2011 10:59 PM PST

Ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang dirakakamkan ketika Ceramah di Padang Awam Sembilang Pantai, Seberang Jaya yang telah berlangsung pada 19 Februari yang lalu..

Tiada sambutan?? ha..ha..ha.. ingat ceramah Ummi Hafilda ka??



DS Anwar Ibrahim, pemidato terakhir malam itu



Pengacara Majlis malam itu, Saudara Yusri


YB Yusmadi dengan pidatonya yang berapi sehingga terputus bekalan elektrik akibat overload


TKM1 Datuk Mansur merupakan pemidato ketiga, mengupas isu semasa di Pulau Pinang


Kehadiran pendengar mencecah 10,000 orang..




Non Cabai, pemimpin UMNO yang telah mencetus kontroversi dengan mengoyak gambar Koh Tsu Koon suatu masa lalu turut hadir.










Lagi gambar sila lihat di SINI

Kes Bunuh Sosilawati : Sarawanan, Suresh dipenjara 20 tahun

Posted: 20 Feb 2011 08:14 PM PST

SHAH ALAM: Dua pekerja ladang, K. Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain selepas Mahkamah Tinggi membuat semakan kehakiman terhadap hukuman mereka.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius.


Pada 15 Okt tahun lepas, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lepas manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama.


Bernama

49 Syarikat Taib Mahmud akan didedah

Posted: 20 Feb 2011 08:02 PM PST

SHAH ALAM 20 FEB: Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan, yang membela Masyarakat Asal di Sarawak bercadang mendedahkan 49 syarikat ada kaitan dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya yang dianggarkan bernilai berbillion ringgit di serata dunia.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian berkata ia adalah masa yang tepat untuk bertindak setelah sekian lama Taib Mahmud dan keluarganya mengaut keuntungan atas penindasan ke atas rakyat Sarawak.

"Masanya telah tiba, segala skandal Taib Mahmud dan keluarganya disebar dan dibuka,"katanya.


Menurut 'The Bruno Manser Fund' atau BMF, senarai tersebut akan diterbitkan minggu hadapan dengan meminta semua pihak berkuasa yang terlibat membekukan semua aset Taib bagi memulakan siasatan.

Senarai tersebut akan diterbitkan pada hari Isnin ini dengan memfokuskan kegiatan rasuah dan korupsi Taib Mahmud sepanjang tiga dekad mentadbir negeri Sarawak.

Namun, Baru mempersoalkan adakah pendedahan tersebut tersebut akan ditangani oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seadilnya.

"Kalau laporan ini dikeluarkan nanti, persoalannya adakah SPRM atau pemerintah akan mengambil berat laporan ini, terdahulu pihak kami ada membuat laporan berhubung harta Taib yang berbillion ringgit, sehingga sekarang tiada reaksi daripada SPRM," katanya kepada Tv Selangor.

Baru Bian berharap badan yang bertanggungjawan seperti SPRM mampu bertindak seadilnya tanpa pengaruh mana-mana kepentingan politik.

Mengulas kebangkitan rakyat Sarawak sejak kebelakangan ini, Baru Bian menyeru rakyat Sarawak khususnya masyarakat Orang Asal di negeri itu untuk membuat pilihan yang bijak dalam menangani masalah Tanah Adat Bumiputera (NCR).

Katanya, dasar kerajaan Umno-BN yang mengenepikan hak rakyat harus dihentikan segera dan kini sudah sampai masanya, perubahan benar-benar diperlukan di bumi Sarawak.

TVS

Pegawai MPPP tipu 30 peniaga

Posted: 20 Feb 2011 07:39 PM PST

JALAN PERAK – Dipercayai seorang Pegawai Kesihatan Awam (PKA) dari Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) didapati menipu 30 peniaga di Pasar Jalan Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Gantian Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong (gambar) berkata, perkara itu diketahui pihaknya setelah menerima aduan daripada peniaga berkenaan.

Menurutnya, pegawai berkenaan dipercayai menjalankan kerja penipuannya secara bersendirian dengan mengutip wang sewaan daripada peniaga-peniaga.

"Tugas PKA ialah setiap bulan dia akan berjumpa penyewa tapak penjaja sementara (TPS) dan pasar untuk menyerahkan bil hasil daripada bayaran sewa mereka setiap bulan, tetapi sebaliknya peniaga pula yang menyerahkan wang sewaan kepada PKA berkenaan dengan niat supaya PKA akan membayar untuk mereka di pejabat MPPP.


"Tetapi diam tidak diam secara tiba-tiba rupa-rupanya PKA itu tidak membuat sebarang bayaran kepada MPPP, dan dipercayai dia mula mengutip dari peniaga sejak November 2010 hingga Februari 2011," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Pasar Jalan Perak yang terletak di Jalan Perak itu disewa peniaga daripada MPPP dan mempunyai TPS dan juga pasar.

Bagi bayaran sewa bulanan untuk TPS ialah sebanyak RM15 setiap unit dan gerai pula terbahagi kepada beberapa jenis dengan bayaran daripada RM16, RM18 dan juga RM36.

Menurutnya, peniaga mula menyedari mereka ditipu apabila bayaran sewa untuk gerai mereka tertunggak.

Ada peniaga yang terus datang ke Bahagian Perlesenan dan membuat pemeriksaan serta terkejut apabila mendapati sememangnya mereka sudah ditipu apabila wang yang dibayar saban bulan kepada PKA tidak diberi kepada MPPP.

"Kita sudah mengenal pasti PKA ini dan sebelum ini dia menjadi pegawai di tempat lain dan sebab-sebab dia ditukarkan ke Pasar Jalan Perak kita masih tidak tahu, setiap satu kawasan hanya ada satu pegawai sahaja yang menyelia bahagian ini jadi mereka mudah dikenal pasti.

"Peniaga-peniaga juga telah membuat aduan di balai polis dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan," katanya.

Sementara itu bagi pihak MPPP sendiri, sekiranya pegawai berkenaan didapati bersalah dia akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan juga disiplin.

Keputusan juga bergantung kepada pihak yang bertanggungjawab sama ada individu yang bersalah itu akan diberhentikan kerja ataupun digantung kerja sementara waktu.

Ah Teong juga menasihatkan kepada semua peniaga yang menyewa tapak penjaja ataupun gerai MPPP hanya membuat bayaran sewa di Bahagian Perlesenan tanpa menggunakan orang tengah walaupun pegawai MPPP sendiri.

Disebabkan kealpaan peniaga juga menyebabkan kes sebegini terjadi dan ia adalah pertama kali kes penipuan wang sewa itu berlaku.

"Saya tidak pasti berapa lama pihak polis akan siasat kes ini dan bergantung kepada mereka bagaimana bentuk siasatannya dan ingin saya tegaskan lagi kepada peniaga jangan menggunakan orang tengah.

"Kami juga sudah memberikan notis kepada semua PKA MPPP dan memberikan amaran kepada mereka jangan mengambil bayaran sewa daripada peniaga, kerana sewa hanya perlu dibayar di Bahagian Perlesenan MPPP Jalan Padang Kota Lama sahaja," katanya.


Sinar Harian

RM2.45 Bilion Kontrak dianugerah kepada Kroni UMNO

Posted: 20 Feb 2011 05:47 PM PST


PULAU PINANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN). Ketua Umum KEADILAN itu tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah," katanya.


Kira-kira 10,000 penduduk setempat mengikuti ceramah Anwar di Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau memberi penerangan berkenaan beberapa isu semasa dalam negara kepada penduduk di Pulau Pinang diselang-seli 'usikan' kepada pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).

Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ceramah itu, Ketua Pembangkang itu mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji Buku Jingga kepada rakyat termasuk mengurangkan harga minyak serta merta apabila mentadbir Putrajaya.

Beliau juga memberi jaminan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Umno pula, tidak akan ditindas mahupun dipenjarakan seperti amalan parti pemerintah itu terhadap pimpinan pembangkang.

"Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia," kata Anwar disambut sorakan meriah dan tepukan gemuruh daripada hadirin.

Anwar juga mendedahkan gelagat Datuk Seri S Samy Vellu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, betapa Menteri Kerja Raya itu sentiasa mendesaknya menaik tol.

"September 1998, saya dipenjarakan, Oktober tol naik. Tak lama lagi, mungkin menteri berkenaan dianugerah Tun, Tun Tol," kata Anwar disambut sorakan hadirin.

Kecelaruan Fitnah II

Anwar turut menyentuh kecelaruan pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes Fitnah II yang sedang berlangsung antara 14 Februari lalu hingga 25 Mac depan.

"Pendakwa sekarang bercelaru dengan bukti mereka sendiri. Pertama, muka surat laporan lain. Yang dia bagi saya dengan yang ada pada mereka, tak sama.

"Kedua, bukti tambahan. Mula-mula dalam laporan, bukti ditanda sampai B11. Tiba-tiba hari bicara, jadi B12 pula," kata Anwar.

Beliau yakin kecelaruan itu adalah berkat doa rakyat yang menolak fitnah jahat pemimpin Umno BN kepadanya.

'Ahli Parlimen BN tak perlu pandai'

Dalam nada seloroh, Anwar mengulas pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN baru-baru ini.

Katanya, Najib memperuntuk masa tiga minit setiap seorang untuk sekadar memastikan mereka menyebut 'setuju' atau 'tidak' sahaja atas hal diusul Perdana Menteri itu.

"Kerja Ahli Parlimen BN tak payah pandai sangat, cuma kena pandai cakap 'setuju'.

"Sebab itu bincang dengan Ahli Parlimen tiga minit, cuma kena tengok pandai sebut setuju atau tidak sahaja," kata Anwar disambut hilai tawa daripada hadirin.

Ceramah Anwar berlangsung selama lebih sejam tamat menjelang pukul 12 malam. Sebaik tamat ceramah itu, hadirin berpusu-pusu berebut bersalaman dengan Anwar.


Tiada ulasan: