Khamis, 17 Februari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bukan RM1000 tapi RM 2000 Bantu Pelajar Mesir Pulau Pinang!

Posted: 17 Feb 2011 04:11 AM PST



GEORGE TOWN 17 FEB: Kira-kira 318 orang pelajar kelahiran Pulau Pinang yang menuntut Mesir akan diberi imbuhan oleh kerajaan negeri untuk menyambung kembali pelajaran apabila keadaan di sana kembali stabil.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman (gambar sedang makan nasi di atas)di sini.


Pemberian ini menunjukkan Kerajaan Negeri sangat prihatin kepada semua isu permasalahan masyarakat dan rakyat negeri ini.

Sehingga kini ada 318 pelajar di mana 111 orang adalah pelajar bagi bidang perubatan manakala 207 orang lagi adalah pelajar bidang syariah.

"Ada 318 orang pelajar kesemuanya. Kerajaan negeri telah bersetuju dalam mesyuarat Exco yang lepas bahawa kita akan memberikan sedikit imbuhan untuk mereka pulang semula ke Mesir. Kita akan memberi RM 2,000 kepada seorang pelajar.

"Ini untuk membantu mereka bagi memberi tiket penerbangan balik dan mengurangkan bebanan keluarga. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin kepada masalah yang dihadapi masyarakat dan rakyat," katanya.

Wang imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah RM 1,000 dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) juga memberikan sejumlah RM 1,000.

Bantuan kewangan ini diberikan bagi meringankan bebanan keluarga pelajar selain membantu membeli tiket untuk pulang semula ke negara itu.

Mengulas perkara sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Kerajaan Persekutuan juga memberi sedikit bantuan bagi pelajar-pelajar ini.


TVS

Jejantas KLCC bertaraf dunia, sebab itulah ianya mahal.

Posted: 17 Feb 2011 01:55 AM PST

Oh!! Patutlah mahal.. bertaraf dunia rupanya.. dan setanding dengan jejantas di Singapura dan Hong Kong,tapi... bahan binaan dan tenaga kerja itu adakah datangnya dari Hong Kong dan juga Singapura?

Pada 8 Februari lalu, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

Dibawah ini jawapan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.


Jejantas KLCC-Hotel Impiana bertaraf dunia

KUALA LUMPUR: Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana KLCC merupakan sebuah jejantas yang memiliki standard antarabangsa, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

Beliau memberitahu pemberita hari ini bahawa jejantas berharga RM10 juta itu, yang pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh anak syarikat Petronas, KLCC (Holdings) Sdn Bhd, setanding dengan jejantas di Singapura dan Hong Kong.

Merujuk kepada kritikan oleh sesetengah pihak terhadap projek itu, Ahmad berkata mereka perlu membandingkan pembinaan jejantas yang serba moden ini, yang mempunyai ciri keselamatan dan keselesaan,dengan jejantas yang dibina oleh kerajaan sebelum ini, dan bukan dengan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.

Beliau berkata jejantas sepanjang 152 meter itu bukan sahaja bertujuan menghubungkan kedua-dua lokasi tersebut tetapi turut berhawa dingin dan mempunyai kamera litar tertutup yang dihubungkan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia.

Jejantas itu turut mengambil kira keperluan warga emas dan orang kelainan upaya dan cacat penglihatan, katanya.

- Bernama

Semoga Mahathir dapat hidayah

Posted: 17 Feb 2011 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

"Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini," tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

''Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

''Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk 'Jawapan Kepada Nik Aziz' di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

"Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


Harakahdaily

Oooo.. Polis rupanya yang mahukan ISA.. bukan Mahadet

Posted: 16 Feb 2011 11:18 PM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun, bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

Tapi.. kalau ditanya pula, Polis yang mana? jawapannya pula pasti "saya tidak boleh ingat" kerana Melayu mudah lupa...


Saya memang mahu mansuh ISA tapi ditolak polis, kata Mahathir

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.


Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

"ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

"Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak," kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam penangkapan dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.


Lebih dikenali sebagai Ops Lalang, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan penggantungan dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain kedua-dua Lim, turut ditahan ialah Dr Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Datuk Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

Dalam perbahasan hari ini, Dr Mahathir berkata beliau hanya menentang penyalahgunaan ISA seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat yang mana menahan individu yang disyaki pengganas tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo.

"Di Teluk Guantanamo, terdapat 500 tahanan yang ditahan tanpa perbicaraan dan mereka juga turut diseksa.

"Mereka yang mengkritik ISA tidak pernah menjadi perdana menteri, sebab itu mereka tidak tahu," jelas bekas perdana menteri itu.

Beliau juga menjelaskan tidak mempunyai kuasa menghalang penangkapan pemimpin pembangkang kerana ia adalah kehendak polis.

ISA merupakan satu akta yang ditubuhkan untuk menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan diperkenalkan pada 1960 sebagai undang-undang pencegahan untuk menentang pemberontakan komunis ketika itu.

Minggu lalu Dr Mahathir berhadapan dengan kritikan Kit Siang dan beberapa pemimpin yang pernah ditahan di bawah ISA pada 1987.

Misalnya, sambil mendakwa Dr Mahathir memilih untuk menjadi "mangsa amnesia" tiga tahun lalu, Kit Siang menasihatkan bekas perdana menteri agar "berusaha keras" untuk mengingati kembali dakwaan bahawa pernah ada pertemuan "mengejutkan" dengan pembangkang sebelum Ops Lalang.

Dalam kenyataan ketiganya berhubung pandangan Dr Mahathir menyentuh operasi itu yang membawa kepada tahanan di bawah ISA kelmarin, Kit Siang berkata, bekas presiden Umno dan bekas menteri dalam negeri itu memang terkenal dengan sikapnya memilih untuk menjadi "mangsa amnesia kerana sebab-sebab politik" ketika sesi inkuiri suruhanjaya diraja berhubung isu klip video Datuk V.K. Lingam pada Januari 2008 apabila mengatakan "saya tidak boleh ingat".

Dr Mahathir memilih untuk berkata "saya tidak boleh ingat" bagi soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh suruhanjaya.

"Adakah mungkin beliau ada menemui anggota pembangkang dan memberi jaminan tidak akan ditahan, tetapi beliau tidak ingat wajah-wajah mereka kecuali saya atau di bila, di mana atau siapa lagi di pihak dia yang hadir atau pihak kepada pertemuan itu?" kata beliau.

"(Oleh itu), Mahathir harus tampil dengan saksi-saksi pertemuan," kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim juga menambah tiada sebab bagi pemimpin pembangkang harus menyembunyikan kebenaran mengenai pertemuan itu dan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan sekiranya benar ia berlaku.

Dr Mahathir membuat kenyataan bahawa beliau ada berjanji kepada barisan pembangkang bahawa mereka tidak akan ditahan tetapi polis memutuskan untuk menahan mereka.
Kenyataan itu dibuat dalam buku terbaru "Doctor M: Operation Malaysia — Conversations with Mahathir Mohamad" tulisan Tom Plate.


"ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

"Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak," kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam penangkapan dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.


Lebih dikenali sebagai Ops Lalang, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan penggantungan dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain kedua-dua Lim, turut ditahan ialah Dr Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Datuk Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

Dalam perbahasan hari ini, Dr Mahathir berkata beliau hanya menentang penyalahgunaan ISA seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat yang mana menahan individu yang disyaki pengganas tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo.

"Di Teluk Guantanamo, terdapat 500 tahanan yang ditahan tanpa perbicaraan dan mereka juga turut diseksa.

"Mereka yang mengkritik ISA tidak pernah menjadi perdana menteri, sebab itu mereka tidak tahu," jelas bekas perdana menteri itu.

Beliau juga menjelaskan tidak mempunyai kuasa menghalang penangkapan pemimpin pembangkang kerana ia adalah kehendak polis.

ISA merupakan satu akta yang ditubuhkan untuk menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan diperkenalkan pada 1960 sebagai undang-undang pencegahan untuk menentang pemberontakan komunis ketika itu.

Minggu lalu Dr Mahathir berhadapan dengan kritikan Kit Siang dan beberapa pemimpin yang pernah ditahan di bawah ISA pada 1987.

Misalnya, sambil mendakwa Dr Mahathir memilih untuk menjadi "mangsa amnesia" tiga tahun lalu, Kit Siang menasihatkan bekas perdana menteri agar "berusaha keras" untuk mengingati kembali dakwaan bahawa pernah ada pertemuan "mengejutkan" dengan pembangkang sebelum Ops Lalang.

Dalam kenyataan ketiganya berhubung pandangan Dr Mahathir menyentuh operasi itu yang membawa kepada tahanan di bawah ISA kelmarin, Kit Siang berkata, bekas presiden Umno dan bekas menteri dalam negeri itu memang terkenal dengan sikapnya memilih untuk menjadi "mangsa amnesia kerana sebab-sebab politik" ketika sesi inkuiri suruhanjaya diraja berhubung isu klip video Datuk V.K. Lingam pada Januari 2008 apabila mengatakan "saya tidak boleh ingat".

Dr Mahathir memilih untuk berkata "saya tidak boleh ingat" bagi soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh suruhanjaya.

"Adakah mungkin beliau ada menemui anggota pembangkang dan memberi jaminan tidak akan ditahan, tetapi beliau tidak ingat wajah-wajah mereka kecuali saya atau di bila, di mana atau siapa lagi di pihak dia yang hadir atau pihak kepada pertemuan itu?" kata beliau.

"(Oleh itu), Mahathir harus tampil dengan saksi-saksi pertemuan," kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim juga menambah tiada sebab bagi pemimpin pembangkang harus menyembunyikan kebenaran mengenai pertemuan itu dan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan sekiranya benar ia berlaku.

Dr Mahathir membuat kenyataan bahawa beliau ada berjanji kepada barisan pembangkang bahawa mereka tidak akan ditahan tetapi polis memutuskan untuk menahan mereka.
Kenyataan itu dibuat dalam buku terbaru "Doctor M: Operation Malaysia — Conversations with Mahathir Mohamad" tulisan Tom Plate.


The Malaysian Insider

Tuduhan Liwat : Bulu dan Seluar Dalam Saiful menjadi bukti..

Posted: 16 Feb 2011 10:57 PM PST



Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.

Semalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.


Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."

Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.


LAPORAN LANGSUNG

1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.

12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.

Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm: Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm: Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi,AP Mohan.

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.

9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.

9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.

Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.

9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.

Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.

Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.

Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.

9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.
Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.

8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.

Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.

Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.

8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.

Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.

Malaysiakini

Tuduhan Liwat : Laluan sukar buat Anwar..

Posted: 16 Feb 2011 10:44 PM PST

GOMBAK : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berdepan laluan sukar dalam kes pertuduhan liwat yang dihadapinya walaupun mempunyai kejutan baru dalam prosiding perbicaraan semalam.

Menurut Anwar jika kes pertuduhan liwat itu berlaku di negara lain ia pasti digugurkan.

Anwar mendakwa perkara itu wujud kerana sistem pemerintahan Barisan Nasional (BN) umpama Mesir dibawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi segala-galanya.

"Malaysia dengan Mesir ada persamaan dari segi sistem iaitu satu parti berkuasa yang sombong. Siapa yang kaya raya? Anak isteri mereka.


"Hari ini (semalam) ada kejutan baru apabila dalam laporan borang pro forma (nota awal) disebut tiada tuduhan liwat. Hanya cubaan meliwat tetap saya didakwa meliwat.

"Dunia mana pun kes ini akan dibuang tetapi Najib, Rosmah ala Mubarak ini mahu kes diteruskan," dakwa beliau ketika ditemui pada

Majlis Pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor (KASE) di sini malam tadi.

Ketika perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Anwar "cuba" untuk meliwatnya.

Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

Disebabkan bukti terbaru itu, Anwar mendesak agar pertuduhan liwat ke atasnya digugurkan.

Menyentuh mengenai penswastaan saman ekor Anwar menyifatkan tindakan itu sebagai terdesak untuk menambah perbelanjaan negara.

"Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN, dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Saman tampung PRU13?

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mendakwa langkah penswastaan saman ekor melalui Sistem Penguatkuasaan

Secara Automatik (AES) hanya untuk menampung perbelanjaan Umno-BN dalam menghadapi PRU-13.

Mahfuz mendakwa dua syarikat yang menggendalikan sistem AES iaitu Commerical Circle (M) Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd wujud kepentingan tertentu dalam kerajaan.

"Saya yakin dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Umno-BN dan mustahil mereka beri kepada syarikat yang tidak kenal. Malah keuntungan yang diperoleh akan diberikan kepada parti, dan sudah tentu ada pihak mendapat keuntungan hasil wang jutaan ringgit," katanya.

"Sudah tentu ada habuan yang akan dibayar kepada Umno-BN bagi menghadapi PRU-13," dakwa beliau.

Tambah Mahfuz, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai dua syarikat yang diberikan kuasa untuk melaksanakan AES itu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kerajaan kini terpaksa bergantung kepada hasil wang saman ekor berbanding hasil negara.

"Kerajaan sekarang kejar rakyat sampai ke lubang cacing semata-mata untuk cekik darah rakyat untuk menampung perbelanjaan negara.

Menjelaskan mengenai kempen, Mahfuz berkata sesi penerangan akan menjelajah ke seluruh negara bermula Januari dan tumpuan kepada hampir empat juta mangsa saman ekor.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor Dr Badrul Amin Baharon.

KASE ditubuhkan oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS sejak Ogos tahun lalu bagi menggiatkan kempen bagi membantah penguatkuasaan saman melalui pembuktian fotografi.

Malah kempen giat dijalankan sejak Ogos lalu membabitkan pengedaran risalah, kutipan 1 juta tandatangan dan memo kepada Yang Dipertuan Agong bagi menentang saman ekor tersebut.


Free Malaysia Today

Kau ni gundik Anwar ke Nik Aziz?

Posted: 16 Feb 2011 08:26 PM PST

KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai 'Nora Reformis' kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.

"Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi 'makanan' kami dalam penjara.

"Mereka turut bertanya kepada saya, 'Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?" kata Nora menceritakan pengalamannya .

Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.


Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.

Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat 'lompat bintang' berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.

Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.

"Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?

"Kalau saya sebagai warga Malaysia pun diperlakukan begitu, apa lagi warga asing," jelasnya yang turut melihat seorang wanita warga Indonesia dipukul di kepala oleh seorang pegawai penjara.

Dalam pada itu, Nora memaklumkan keadaan di dalam penjara sangat sesak dengan tahanan. Selain terpaksa berkongsi bersama 14 orang tahanan di dalam satu sel, penyediaan makanan dan tempat tidur adalah sangat mendukacitakan.

"Kami hanya diberi selimut untuk mengalas tempat tidur di atas lantai. Hanya sepasang pakaian penjara yang diberikan sepanjang tiga hari. Untuk makanan yang sedikit baik, kami terpaksa membelinya. Bahkan tuala wanita untuk tahanan wanita terpaksa dicatu," jelasnya.

Nora menambah, ketika beberapa orang rakan datang ingin melawat, pegawai penjara meminta beliau untuk menukar pakaian dan merapikan keadaan dirinya.

"Semasa sesi pertemuan bersama penjamin saya di sebuah bilik khas, percakapan kami diintip. Ini membuatkan saya terpaksa untuk 'berlakon' di depan mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Saya juga diarahkan oleh pegawai untuk mengatakan bahawa kes saya adalah kes mencuri. Bukannya kes perhimpunan aman.

"Saya bimbang jika saya berterus terang ketika itu, saya akan 'dihukum' pula oleh mereka ketika dibawa masuk ke dalam sel" tambahnya.

Nora memaklumkan dia masih ingat nama dan wajah kesemua pegawai-pegawai penjara tersebut. Beliau akan berbincang dengan ahli keluarga dan peguam sebelum mengambil tindakan susulan berikutan layanan buruk diterima sepanjang penahanannya.

Perbicaraan kes 'Perarakan Aman Menentang Kenaikan Harga Minyak 2008′ akan disambung semula pada 28 Februari ini. Antara tokoh politik yang turut didakwa dalam kes tersebut termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu dan 42 yang lain.


Keadilandaily

Pili bomba jadi penyangkut coli?.. Loklarq sungguh orang Alor Setaq

Posted: 16 Feb 2011 07:45 PM PST

Loklarq ialah perkataan yang digunakan diutara bermaksud tidak senonoh.. err betuika?

Sinar Harian baru-baru ini mendapati satu pili bomba di hadapan Kompleks Perniagaan Utama dijadikan sebagai penyangkut untuk 'mempamerkan' coli.


Pili bomba jadi penyangkut coli

ALOR SETAR - Tidak bertanggungjawab, itulah sikap yang dapat digambarkan terhadap individu yang tidak menjaga kemudahan awam dengan baik.

Sinar Harian baru-baru ini mendapati satu pili bomba di hadapan Kompleks Perniagaan Utama dijadikan sebagai penyangkut untuk 'mempamerkan' coli.

Pekerja syarikat swasta di bangunan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Adnan berkata, dia melihat coli itu digantung selama dua hari.

Katanya, terdapat pakaian di dalam beg yang ditinggalkan di situ yang diselerakkan sekitar pili bomba berkenaan.


Menurutnya, coli yang disangkut pada pili bomba itu bukan sahaja memberikan imej buruk pada bangunan berkenaan malahan boleh mengganggu keadaan sekiranya berlakunya kebakaran.

"Sikap vandalisme ini perlu dikikis kerana menyakitkan mata orang ramai yang mengunjungi bangunan di kawasan yang menempatkan beberapa syarikat swasta dan berhampiran jalan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Idris Mydin berkata, sikap meletak coli di pili bomba itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia alat keselamatan yang harus dijaga dengan baik.

Menurutnya, sikap tiada kesedaran sivik itu mampu menimbulkan kesukaran kepada anggota bomba apabila bekalan air di pili bomba itu hendak digunakan.

Beliau berkata, mereka yang melakukan kerosakan ataupun vandalisme terhadap pili bomba yang disediakan, denda sebanyak RM100 boleh dikenakan sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

Menurutnya, kini pihak bomba mengadakan kempen Teman Pili Bomba bagi kawasan perumahan dan bangunan kedai untuk memastikan pili bomba yang disediakan dijaga dengan baik.

"Orang ramai boleh datang ke balai bomba yang berhampiran bagi mendapatkan sijil untuk menyertai kempen ini demi keselamatan semua pihak.

"Teman Pili Bomba ini seolah-olah menjadi anak angkat kepada mereka kerana apabila berlaku kerosakan atau vandalisme pada pili bomba itu mereka boleh menjadi pelapor," katanya.

Idris berkata, kempen ini mula diperkenalkan kepada orang ramai menerusi kempen mencegah kebakaran yang diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan.


Sinar Harian

My Balik Pulau : Kerajaan Negeri terlibat?

Posted: 16 Feb 2011 07:23 PM PST

Nak komen pasal isu ni.. aku bacapun tak habis lagi 'My Balik Pulau' tu pasal baru saja dapat risalah tu..

Baru dapat semalam.. itupun aku pergi ambil di tingkat 52 Komtar tu.. pejabat TKM1 Pulau Pinang.. tak apa korang baca dulu berita di bawah ni..

Yang aku warnakan dengan warna merah tu.. rasanya ada yang tak betul..

'Kerajaan Negeri terlibat'

GEORGETOWN - Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia mendakwa mempunyai bukti bahawa Kerajaan Negeri terlibat dengan penerbitan risalah yang menimbulkan kontroversi sekarang ini, MyBalik Pulau.


Pengerusinya, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, bukti itu disertakan dalam surat yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

"Kami mengambil keputusan menyerahkan surat ini kepada pemimpin terbabit bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan mengadakan siasatan yang adil selain mengambil tindakan sewajarnya berhubung risalah MyBalik Pulau.

"Surat ini turut disertakan bukti menunjukkan Kerajaan Negeri memang terlibat secara langsung dengan penerbitan risalah ini. Ia tidak pernah didedahkan oleh sesiapa sebelum ini," katanya kepada media selepas bertemu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob di pejabatnya semalam.

Dalam pertemuan itu, beliau menyerahkan tiga surat kepada Ayub untuk disampaikan kepada Najib, Muhyiddin dan Ismail.

Mohamed Ghani turut mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya mengadakan dialog dengannya bagi menafikan dakwaan itu kerana beliau bersedia mendedahkan bukti mengenai pembabitan Kerajaan Negeri di sebalik penerbitan risalah kontroversi itu.

"Saya memang alu-alukan kalau Guan Eng nak berdialog dengan saya, malah sesiapa sahaja yang nak berdialog mengenai kandungan risalah ini, saya bersedia kerana ada cukup bukti mengenainya. Saya tidak takut," katanya.

Terdahulu, banyak pihak menggesa pengharaman risalah MyBalik Pulau yang didakwa mengandungi fakta sejarah yang salah selain ada unsur menghina orang Melayu asal Pulau Pinang.

Risalah MyBalik Pulau mengandungi 12 muka surat dan diterbitkan oleh Arts-ED, sebuah Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang yang ditaja oleh Penang Education Council (PEC) dan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang serta dibantu oleh beberapa individu dan organisasi lain.

Bagaimanapun, Kementerian Pelancongan sudah menafikan sebarang penglibatan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang termasuk daripada segi penajaan untuk menerbitkannya.


Sinar Harian

Tiada ulasan: