Jumaat, 25 Februari 2011

Addin

Addin


PRK Merlimau : Ini Bukan Kubu Kuat UMNO..

Posted: 25 Feb 2011 10:04 AM PST

PAS tidak menganggap calon BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad, 44, sebagai cabaran besar bagi parti pembangkang itu untuk merampas kerusi berkenaan pada 6 Mac ini.Sebaliknya, PAS yakin calon mereka iaitu Yuhaizad Abdullah, 38, memiliki kelebihan tersendiri selain merupakan anak tempatan yang mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang berkesan. 

Pengarah Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, masing-masing ada kekuatan tersendiri yang dapat diketahui pada hari pemilihan nanti."Ia bukan satu cabaran bagi kami meskipun calon BN adalah keluarga ahli politik popular di sini. "Kami juga tidak menganggap Merlimau sebagai kubu kuat UMNO kerana pengalaman PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12, kita berjaya mengurangkan hampir 3,000 undi BN. 

Tiada istilah kubu kuat BN atau Umno dalam mana-mana proses pilihan raya kecil. "Kalau kubu kuat boleh hilang sampai 3,000, saya rasa tiada masalah untuk mengurangkan lagi pada PRK ini," katanya kepada pemberita di Markas Induk PAS, di sini, Jumaat. PAS mempertaruhkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad manakala BN mencalonkan Roslan yang juga anak bekas ADUN Sungai Rambai dan Ahli Parlimen Jasin, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin.

Tiada ulasan: