Isnin, 21 Februari 2011

Addin

Addin


PRK Merlimau : Negeri Maju Konon...Piirahhh!!

Posted: 21 Feb 2011 07:09 AM PST

Melaka maju 2010 konon...piirahh!! Ini ade satu kes, macha ni doh 25 tahun duduk dengan keluarganya kat estet di Kampung Paya Yoki, Merlimau katanya, tapi  takde bekalan lektrik dan bekalan air..kesian..Melaka Maju 2010 kononnya.. Dah bertahun-tahun mohon bekalan lektrik dan air pun tak dapat-dapat, akhirnya terpaksalah macha ni panjat tiang sendiri,cucuh kat mana-mana tiang lektrik..mujur tak mati kering..sia-sia je hidup...

Tapi yang kawan puji macha ni adalah setia...bukan setia pada isterinya..tapi Be End. Walaupun Be End memperbodohkannya tahap gaban sekali pun..dia tetap sokong Be End..Hey macha, awok ingat kalu tak kerja ade Be End bagi makan free capati ke? tosai ke kat? kalu mati kebulur pun..ini Be End takde ambik kisah punya..Yang penting 'money', 'kroni' & 'bini'...Tapi kawan tok heran sebabnya spesis-spesis seperti macha nilah yang menjadikan Be End berkuasa sehingga sekarang..Hey macha...teruskan undi Be End sehingga terbarai dan terburai...Pak Ali, sijil OECD doh dapat ke? wakaka!!

Artikel asal :-
Menunggu bekalan air, elektrik di negeri 'maju' - Malaysiakini

Beberapa bulan lalu, Melaka diisytiharkan sebagai 'negeri maju' oleh ketua menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

NONEBagaiamanapun, C Ragunathan tidak bersetuju.

Rumahnya yang berusia lebih 25 tahun terletak di atas sebidang tanah milik swasta di sebuah estet kelapa sawit di Kampung Paya Yoki, kira-kira 6km dari pekan Merlimau dan kira-kira 500 meter dari kawasan kejiranan yang paling hampir.

Hanya lima tahun lalu Ragunathan mendapat sambungan bekalan elektrik ke rumahnya, itupun bukan melalui cara yang sepatutnya.

Selepas bertahun-tahun permohonannya asyik ditolak, beliau membayar RM30,000 kepada seorang juruteknik bagi membuat penyambungan 'haram' bagi mendapatkan bekalan elektrik. Ini dilakukan dengan pemasangan tiang ke rumahnya dari grid tenaga yang terletak kira-kira 2km jaraknya.

Namun, bagi rumahnya yang didiami oleh lebih 10 orang itu, mereka masih tidak menikmati bekalan air bersih.

Ragunathan, ayah kepada tiga anak itu berkata, bekalan air harian kini diperolehi menerusi sebuah kolam di belakang rumah mereka. Bagi air minuman, bekalan diperolehi dari sebuah perigi.

merlimau"Saya masih bertanya kepada pihak berkuasa bila boleh dapat bekalan air paip. Malah, sehingga hari ini, saya terus telefon mereka," katanya ketika ditemui.

"Mereka (pihak berkuasa) kata tidak dapat bekalkan keperluan itu kerana tidak ada orang tinggal di kawasan ini tetapi, bukankah kita juga orang?"

Terdapat lebih kurang 20 pemilik tanah yang masih tinggal di kawasan yang sama. Ada yang telah berpindah kerana terlalu sukar bagi meneruskan kehidupan tanpa keperluan asas.

Menjelang pilihan raya kecil ini, Ragunathan berharap masalahnya dapat diselesaikan.

merlimauAwal bulan ini, pembantu ketua menteri Melaka melawat kawasan itu bersama pegawai Tenaga Nasional Bhd, dan berjanji masalah mereka akan diselesaikan sebelum pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

"Saya telah undi dacing (logo BN) sejak beberapa pilihan raya lalu, dan ini kali pertama ada orang yang bertanyakan mengenai kehidupan kami.

"Keluarga saya ada 12 undi… kita akan lihat apa yang berlaku pada pilihan raya kecil nanti," kata Ragunathan, yang juga mendakwa dirinya sebagai penyokong MIC.

PRK Kerdau : PAS Telah Pilih Calon, Dato' Tuan Ibrahim Calonnya?

Posted: 20 Feb 2011 09:49 PM PST

Kuala Lumpur, 21 Feb - Kepimpinan tertinggi PAS telah memilih calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau pada mesyuarat di ibu pejabat parti di sini hari ini, kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata nama calon itu bagaimanapun akan hanya diumum oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kerdau pada Khamis.

"Kami telah memilih calon itu semasa mesyuarat Dewan Harian (jawatankuasa pengurusan) hari ini. Ia akan hanya diumum serentak dengan calon Merlimau Khamis ini," katanya, Ahad. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa parti itu telah memilih naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ketua bahagian PAS Kuala Krau untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Spekulasi itu timbul selepas tugasnya sebagai pengarah parti untuk pilihan raya kecil Merlimau digantikan dengan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang sama hari ini. Pada pilihan raya umum lepas, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN kawasan Jengka.Pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan Merlimau. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pencalonan pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 6 Mac. Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, dari Barisan Nasional, pada 12 Feb./Bernama

Tiada ulasan: