Jumaat, 14 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERHIMPUNAN BANTAH KHUSRIN PADA 23 JAN INI

Posted: 14 Jan 2011 10:00 PM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Seramai 10,000 orang dijangka akan berhimpun di Stadium MPPJ di Kelana Jaya pada 23 Januari ini, bagi membantah perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.

Perhimpunan tersebut dirancang oleh sebuah kumpulan pendesak baru yang dikenali sebagai Hormati Suara Rakyat Selangor (HSRS), bertujuan untuk memberikankan tekanan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya menarik balik perlantikan Khusrin.

Presiden HSRS, Haris Ibrahim menjelaskan, pihaknya berharap agar dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 10,000 orang ke perhimpunan itu yang akan diadakan pada jam 4.00 hingga 7.00 petang.

Menurut beliau, perlantikan Khusrin adalah kemuncak percubaan kerajaan persekutuan BN bagi menggagalkan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam melaksanakan dasar dan programnya.

Katanya, dalam kes perlantikan SUK yang baru, faktanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menerima senarai nama yang disyorkan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tetapi tiba-tiba Khusrin yang diumumkan memegang jawatan itu.

"Tindakan itu jelas bertentangan dengan undang-undang dan ketetapan konvensyen. Oleh itu, Sidek perlu membatalkan kembali perlantikan Khusrin itu kerana ia dibuat dengan tidak mengikut peraturan," katanya pada sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan China KL-Selangor, di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memerintah negeri itu atas pilihan atau mandat rakyat (menerusi PRU Ke-12) lalu. Oleh itu, seluruh rakyat Selangor berhak mendapatkan perkhidmatan terbaik dari kerajaan pilihan mereka.

"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pusat itu jelas menafikan hak Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Jadi, ia sebenarnya samalah juga seperti menafikan dan mengabaikan hak-hak seluruh rakyat Selangor," jelasnya.

Rakyat Selangor, katanya, tentunya amat kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pusat itu, sedangkan sebelum ini kerajaan Pusat telah banyak melakukan tindakan sabotaj terhadap dasar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menerusi pegawai-pegawai yang bersekongkol dengannya.

Oleh itu, beliau berharap agar orang ramai dan rakyat Selangor akan datang beramai-ramai pada perhimpunan itu bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pusat ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Pada perhimpunan itu, pihaknya akan turut mendedahkan pelbagai penindasan dan penyelewengan kerajaan Pusat terhadap rakyat Selangor yang melibatkan JKR, polis, Syabas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan perumahan.

Antara isu yang akan dibangkitkan itu termasuklah, pengabaian kerajaan Pusat kepada kumpulan yang layak menerima bantuan kebajikan, pengabaian kerajaan Pusat terhadap langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, menggugurkan projek yang tidak sepatutnya digugurkan.

Akan turut dibangkitkan juga, penolakan kerajaan Pusat terhadap cadangan Majlis Kerajaan Tempatan untuk menyediakan polis tambahan bagi kepentingan penduduk serta mengurangkan jenayah di Selangor, bekalan air, penindasan ke atas peniaga dan penjaja.

HSRC ditubuhkan pada 11 Januari lalu dengan dianggotai beberapa pertubuhan lain termasuk Bersih, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Conpac, CGG, GEL, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Civil Right Commitee, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assambely Hall, LLG Cultural Development Centre Bhd dan Malaysian Civil Liberties Movement. /Harakahdaily

ISU AZAN - ADA CUBAAN UNTUK MEMPOLITIKKANNYA?

Posted: 14 Jan 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU bunyi Azan di Masjid Kg Kerinchi mencetuskan kemarahan umat Islam. Ini adalah kerana adanya manusia yang tidak beradab dan tidak sensitif dengan isu agama. Meskipun Azan bukan Wajib hukumnya, tetapi ianya merupakan Syiar yang amat dituntut oleh Islam. Menjadi kewajipan kepada semua umat Islam mempertahankan syiar ini dan menentang sesiapa sahaja yang cuba untuk meruntuhkannya.

Tindakan seorang bukan Islam yang menyentuh soal Azan ini adalah satu perbuatan yang serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkuasa. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa di dalam hal ehwal agama Islam mesti menyiasat di mana puncanya isu ini dan jangan mengambil tindakan secara melulu. Saya bersetuju dengan kenyataan MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang berkata Islam menuntut umatnya mencari kebenaran secara beradab. Islam juga menekankan soal keadilan.

Perlu disiasat samada benarkah Azan di masjid tersebut mengganggu ketenteraman? Adakah pihak berkuasa agama menetapkan sebarang garis panduan di dalam hal ini? Ini amat penting untuk menunjukkan bahawa segala amal ibadat di dalam Islam tidak pernah mengganggu ketenteraman orang bukan Islam. Jangan isu ini dijadikan modal politik sepertimana seorang pemimpin pertubuhan telah bertanya apakah tindakan dan komen dari YB Nurul Izzah. Mengapa ditanya kepada YB Nurul Izzah di dalam isu ini? Mengapa tidak ditanya kepada pihak berkuasa agama yang menetapkan segala peraturan di dalam hal ehwal agama? Namun begitu YB Nurul Izzah telah memberikan jawapan yang bijak dan betul seperti yang beliau katakan di atas tadi.

Adalah diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan bijak. Sekiranya terbukti pihak ini sengaja untuk memperlekehkan Azan yang disyariatkan oleh Islam, maka tindakan tegas mestilah diambil oleh pihak berkuasa tanpa mengira dari fahaman politik mana sekali pun./wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH PAS - KERAJAAN PR SELANGOR SEMAKIN POSITIF

Posted: 14 Jan 2011 08:45 AM PST

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH dan syabas kita ucapkan kepada YB Dr Hassan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Exco Agama Selangor. Ucapan ini saya ucapkan kepada beliau kerana beliau telah melaksanakan tugas dan amanahnya sebagai orang Islam, pemimpin PAS serta Exco yang bertanggungjawab menasihati Kerajaan Negeri Selangor terutamanya di dalam isu yang melibatkan Islam.

Meskipun kita sedar bahawa Kerajaan Negeri Selangor ditadbir oleh PR iaitu dari PKR, namun PAS sebagai salah satu sekutu PR mestilah turut memainkan peranannya. Di dalam isu di mana Majlis Perbandaran Subang Jaya telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras ianya telah mendapat sokongan kuat dari PAS Selangor. Walaupun larangan tersebut ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu namun bagi saya isu tersebut belum berakhir.

Apa yang penting, PAS telah pun berperanan di Selangor. Ini bukti jelas bahawa PAS tidak membelakangkan dasar parti tersebut. Kita yakin, apa yang diminta oleh PAS dan kita semua akhirnya akan terlaksana walaupun mengambil sedikit masa. Buktinya, terbaru MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah meminta agar diadakan tabung khas dan jawatankuasa khas bagi mencari dana atau alternatif agar semua pekerja Islam yang masih bekerja di kedai penjualan arak di Selangor dapat ditugaskan ke tempat lain yang halal bagi mereka.

Ini satu pendekatan positif daripada tidak melakukan apa jua sepertimana kerajaan Umno/Bn memerintah. Pendekatan dakwah juga terus berjalan agar setiap umat Islam disedarkan tentang pencarian rezeki secara halal. Amat baik sekali jika semua negeri di bawah PR melakukan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Kita yakin, jika perbincangan dan dialog terus dilakukan di antara PAS dan Kerajaan Negeri maka apa yang terbaik akan dapat dihasilkan. Peraturan larangan bekerja di kedai penjualan arak mahupun judi kepada orang Islam sebenarnya tidak merugikan sesiapa. Justeru itu, sewajarnya Kerajaan Negeri Selangor menerima peraturan ini. Tahniah buat PAS Selangor./wfauzdin.blogspot.com

ISU KERJA KILANG ARAK - SYABAS SELANGOR, PENDEKATAN BIJAK

Posted: 14 Jan 2011 06:00 AM PST

S'gor bantu orang Islam henti kerja di premis arak

Jan 14, 11

Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

NONEMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.

Rezeki halal

Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

NONE"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

NONEJika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.

Tindakan wajar

"Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

NONE"Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan media.

Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan "kerajaan negeri tidak menyedarinya."

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu," katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu./Malaysiakini

CABARAN DEBAT KJ DISAMBUT, TOKOH YANG LAYAK UNTUK KJ BUKAN ANWAR

Posted: 14 Jan 2011 04:00 AM PST

KEADILAN Tawarkan Rafizi Bahas Dengan Khairy

Parti Keadilan Rakyat kecewa dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak pelawaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan sama ada Kerajaan mampu melaksanakan Program 100 Hari Pakatan Rakyat atau tidak.

Pelawaan Anwar dibuat bagi membolehkan rakyat menilai dakwaan Najib bahawa Program 100 Hari yang dimuatkan dalam Buku Jingga adalah populis dan akan memufliskan negara. Dalam pelawaan Anwar, beliau turut mendedahkan bagaimana implikasi perbelanjaan kira-kira RM19 bilion untuk Program 100 Hari adalah kecil berbanding dengan subsidi korporat untuk penjana kuasa bebas (IPP), syarikat tol serta wang yang hilang melalui pembaziran, kebocoran dan rasuah yang berjumlah kira-kira RM51 bilion setiap tahun.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan tawaran Anwar kepada Najib masih terbuka dan Pakatan bersedia menimbang syarat-syarat yang ditetapkan oleh Najib untuk perbahasan tersebut. Pada masa yang sama, KEADILAN menerima jemputan daripada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin kepada Anwar untuk membahaskan Program 100 Hari. Pelawaan asal Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN dan Ketua Pembangkang adalah kepada Najib. Namun atas semangat mengadakan wacana umum bagi menilai tawaran Pakatan, KEADILAN menawarkan Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli untuk berbahas dengan Khairy.

Rafizi selaku pemimpin muda adalah regu sesuai untuk Khairy. Beliau juga merupakan jurutera dan akauntan bertauliah dan pernah menjadi Pengurus Kanan di Petronas dan Pengurus Besar di Pharmaniaga. KEADILAN berharap Khairy bersetuju dan perbahasan tokoh-tokoh muda ini menjadi pembuka tirai kepada perbahasan antara Najib dan Anwar.

Diharapkan lebih banyak wacana politik berbentuk ilmiah dan intelektual dapat diadakan bagi memberikan peluang rakyat membuat penilaian sewajarnya. Sudah tentu amalan sebegini lebih baik berbanding amalan membakar buku yang menjadi-jadi akhir-akhir ini.

DR MUHAMMAD NUR MANUTY
KETUA PENERANGAN
PARTI KEADILAN RAKYAT

PORTAL PRO UMNO KURANG SENANG ISU ANWAR TERUS DIMAINKAN

Posted: 14 Jan 2011 02:00 AM PST

Nama Anwar terus disebut ..

Written by Webmaster
Friday, 14 January 2011

Kadang kala kita yang mempopularkan nama Anwar Ibrahim untuk terus kekal dalam persada politik tanah air. Kita yang mengekalkan populariti Anwar Ibrahim lantas menjadikan beliau satu nama politik yang sentiasa disebut. Kita ulang dan terus mengulangi isu-isu Anwar dan ini menjadikan namanya semakin meniti nama di media tempatan dan antarabangsa.

Hari ini Umi Halfida pula timbul untuk terus meletakkan nama Anwar Ibrahim dalam media dengan saman beliau terhadap Anwar Ibrahim. Ikhlas kita lihat bahawa impaknya amat negatif pada UMNo kerana nama UMNO akan terus di heret sebagai dalang di belakang Umi Halfida. Percayalah ini akan berlaku dan ini tidak akan membantu UMNO. Malah terpapar muka Umi Halfida di media Utusan sendiri akan menjadi bahan untuk mengekalkan penyokong pembangkang dengan alasan bahawa ini tidak politik.

Nama Anwar Ibrahim ini akan terus meniti zaman. Dari zaman hujung 90an kini sudah masuk zaman 20an. Dari generasi sepatutnya sudah melupakannya kini melarat kepada generasi baru. Saman Umi Halfida ini memberi ruangan baru dalam menyuburkan nama Anwar Ibrahim. Umi Halfida tidak diterima oleh pembangkang dan namanya telah di busukkan oleh media Internet dan politik pembangkang. Kehadirannya akan hanya menimbulkan spekulasi beliau hanya saluran UMNO. Yang buruk UMNO juga..spekulasi atau tidak ia memberi kesan negatif kepada UMNO sungguhpun Umi Halfida mungkin melakukan atas kapasiti diri.

Kerana itulah saya pernah bertelagah dalam satu siri perjumpaan dengan bekas kepimpinan UMNO yang masih terikat dengan perang saraf lama – mahu isu Anwar dan kes liwatnya terus dimainkan untuk tujuan politik. Satu strategi usang dan lapuk./Umno-reform2

Tiada ulasan: