Ahad, 2 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SAHIH - ADUKA TARUNA DAN BATU-API MENENTANG KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS

Posted: 02 Jan 2011 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DUA Blogger pro PR bertembung, paling menariknya kedua-duanya amat anti dengan UG atau Kerajaan Perpaduan. Blogger Aduka Taruna melalui blognya di sini, mencabar Batu-Api untuk berdebat berkaitan isu UG yang semua tahu telah ditolak oleh Muktamar PAS yang lalu.

Batu-Api@FireStone pula merasa pelik mengapa perlu debat diadakan kerana beliau juga tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan di antara Umno - PAS. Debat hanya boleh diadakan jika salah seorang bersetuju atau menyokong UG. Tulisan Batu-Api di sini.

Aku tidak mahu mengulas salah faham di antara kedua-dua Blogger ini. Aku cuma merasa bangga kerana masing-masing amat tidak menyokong Kerajaan Perpaduan di antara Umno-PAS. Berbeza pendapat itu biasa, mungkin ada salah faham atau kurang tahu apakah matlamat atau tujuan pertemuan yang dikatakan telah berlaku di antara pemimpin PAS dan Umno sebelum ini. Sebab itulah sebelum ini aku ada menulis betapa sewajarnya media rasmi parti memberikan jawapan atau maklumat berkaitan pertemuan yang didakwa ada berlaku itu.

Jika tidak diberikan maklumat, maka bukan sedikit yang tidak faham atau menaruh perasaan curiga mencurigai. Ada juga yang berpendapat tidak semua strategi parti boleh didedahkan. Ya, jika itu satu strategi eloklah dirahsiakan. Tetapi, adakah kita fikir strategi seperti itu menguntungkan parti atau pihak musuh?

Seandainya pertemuan itu adalah pertemuan biasa yang melibatkan pemimpin sesama Melayu dan Islam, elok rasanya pemimpin dari PKR juga dijemput apatah lagi Ketua Pembangkang juga adalah Melayu dan Islam. Itu pun mesti dimaklumkan kepada rakan kita dari DAP matlamat atau tujuan pertemuan diadakan agar rakan kita tidak berasa hati atau merasa terpinggir.

Aku tidak tahu sehingga sekarang benar atau tidak adanya pertemuan itu, lebih-lebih lagi apakah tujuan pertemuan itu jika benar ianya telah diadakan. Kesemua ini aku harapkan ada penjelasan yang boleh melegakan kita semua.

Kepada Aduka Taruna dan Batu-Api, syabas kepada anda berdua kerana menunjukkan kepekaan terhadap isu UG ini. Marilah kita tentang usaha untuk merealisasikan UG ini jika ada. Jika tiada, Alhamdulillah./wfauzdin.blogspot.com

KEEPER UTAMA MSIA BERMAIN UNTUK MANCHESTER UNITED?

Posted: 02 Jan 2011 08:00 PM PST

Jan2,2011

Khairul Fahmi bakal bermain untuk Man U?
Sebuah laman web rasmi Manchester United, memetik ucapan pengurus pasukan itu, Sir Alex Furguson yang memuji penjaga gawang Harimau Malaya, Khairul Fahmi yang memainkan peranan penting di dalam membawa pasukan bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 menewaskan Garuda Indonesia. Malah beliau turut mengiktiraf Khairul Fahmi sebaris dengan penjaga gol terkemuka dunia seperti Buffon, Cassilas dan Ven Der Sar.

Selain itu Furguson turut menamakan Khairul Fahmi sebagai seorang calon yang layak buat masa ini untuk menggantikan Van Der Sar, penjaga gol Manchester United yang telah menyatakan hasrat untuk bersara. Apapun ini merupakan satu berita yang membanggakan untuk Khairul Fahmi dan seluruh peminat Harimau Malaya. Tidak mustahil Khairul Fahmi bakal terpilih, memandangkan pengurus pasukan itu sememangnya gemar menaikkan anak-anak muda untuk menjadi bintang bola sepak terkenal.
Khairul Fahmi is one of the important characters in the success of the Malaysia Team in AFF Suzuki Cup 2010. His success in keeping the Malaysia goal from indonesia attack in the early minutes of the game attracted a manager of Manchester United. Sir Alex Ferguson said "he is one of the best goalkeepers ever be produced, and if given the chance he could be a row of Buffon, Cassilas and Van Der Sar .

"Van Der Sar is one of the best goalkeeper we ever have, but when he says the desire to retire, we need someone who can keep the goal and he (Khairul Fahmi) is the best candidate we have for the time being" said Sir Alex Ferguson.
Rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kemajuan sukan bola sepak tanah air. Mungkin ini rezeki Khairul Fahmi. Apapun tahniah kerana telah mengharumkan nama Malaysia.

Source: Khairul Fahmi bakal bermain untuk Man U? - MiLo SuaMhttp://milosuam.blogspot.com/2011/01/khairul-fahmi-bakal-bermain-untuk-man-u.html#ixzz19uQOyWZG

1 Malaysia Alat Untuk Serang Pakatan Rakyat - Azmin Ali

Posted: 02 Jan 2011 05:00 PM PST

02/01/2011


SHAH ALAM 2 JAN : Menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) menggunakan slogan 1 Malaysia sebagai 'alat' retorika politik nafikan usaha Pakatan Rakyat membentuk negara yang mementingkan kebajikan rakyat.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata sepanjang tahun 2010 menyaksikan Umno-BN terus mempergunakan kuasa yang ada dengan menekan, mengeliru dan menakut-nakutkan rakyat daripada turut sama menuntut perubahan. Beliau dalam ucapan sempena tahun baharu 2011 berkata untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang harmoni, negara memerlukan muafakat baru di antara kaum bagi menuntut perubahan dan tidak tergelincir ke jurang kehancuran.

"Kita berhadapan dengan pelbagai bentuk halangan dan ranjau dari rejim penguasa yang sudah terlalu lama bekerja dengan cara lama, menindas suara dan tuntutan rakyat yang dahagakan perubahan," ujar beliau. Menurutnya lagi, pelbagai bentuk kepalsuan telah dikilangkan dengan memutar belitkan fakta, memasung perbezaan pendapat dan mengadu domba permusuhan dikalangan rakyat berbilang kaum untuk menggagalkan politik baru. "Serangan demi serangan menggunakan slogan dan retorika politik berubah ini muncul dari luar dan dalam bertujuan melemahkan keazaman dan fokus perjuangan kita.

"Idea-idea bernas serta dasar-dasar yang baik telah dirancang dan dibahaskan secara mendalam demi mengangkat martabat dan mutu kehidupan rakyat oleh Pakatan Rakyat terus dipinggirkan dan dibungkam oleh Umno-BN bagi mengekalkan hegemoni kuasa politik sempit mereka. "Kita harus akur dan berlaku jujur bahawa tuntutan perubahan ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan dalam menguruskan perubahan (managing change) "Kita wajar mengambil langkah-langkah dan tindakan untuk memperbaiki kelemahan kita serta belajar dari pengalaman agar organisasi kita menjadi lebih kukuh, efektif dan berdaya saing," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Tegasnya, perjuangan jerih PKR, PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat tidak berlandaskan kebencian dan kemarahan bahkan ia didukung atas dasar mahu melihat setiap rakyat diberi peluang mendapatkan mutu kehidupan yang lebih baik. "Saya ingin menyeru kepada semua ahli-ahli parti, pendukung dan pimpinan agar memperkukuhkan perpaduan diantara kita.

"Perbezaan pendapat adalah proses biasa yang harus kita tempuh untuk merungkai sesuatu masalah. Kendati demikian, saya yakin semangat kebersamaan kita dalam perjuangan ini mengatasi perbezaan yang ada," ujar beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa./TVNews

BAYANGKAN JIKA NAJIB TIDAK DIMAKLUMKAN PERLANTIKAN KSN - MB SELANGOR

Posted: 02 Jan 2011 11:13 AM PST

Isu SUK: Kjaan tetap berfungsi, kata MB

Jan 2, 11
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini masih bertegas bahawa isu pelantikan Datuk Khusrin Munawai sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu masih diperbincangkan.

"Isu lantikan setiausaha negeri masih dibincangkan oleh pimpinan. Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap berfungsi sepenuhnya," katanya.

Semalam, kerajaan Selangor dilaporkan kesal dengan sikap ketua setiausaha negara yang didakwanya dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Khusrin

Setakat ini, walaupun pelantikan Khusrin tidak dipersetujui kerajaan negeri, Istana Selangor telah menggeluarkan jemputan untuk majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis ini.

Menulis di laman Twitter miliknya pagi, dalam nada mengeluh dan sinis, Khalid turut membandingkan pelantikan itu dengan jawatan ketua setiausaha negara yang merupakan lantikan kerajaan pusat.

"Bayangkan jika perdana menteri sendiri tidak terlibat atau dirujuk dalam lantikan ketua setiausaha negara," tulisnya ringkas, ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak./Malaysiakini

MALANG BUAT YB GOBALA.....

Posted: 02 Jan 2011 09:58 AM PST

KISAH SALAK MENYALAK N GOBALAKRISHNAN

Sebelum ini,N.Gobalakrishnan adalah antara pemimpin India dalam PKR yang popular berbanding mereka yang lain.Selain Bala,pemimpin berpotensi PKR berketurunan India adalah Michael Jeyakumar (Adun Sri Andalas) dan YB Manickavasagam (MP Kapar).Kepopularan Bala dalam politik adalah berkebetulan dengan sikapnya yang sering terkehadapan dalam protes, termasuk di Parlimen.

Bagi mencuba nasib dirinya dalam politik,beliau telah mengambil langkah berani bertarung dalam jawatan Naib Presiden PKR,berkemungkinan mencuri satu kerusi untuk pemimpin India dalam jawatan tertinggi parti.Walaubagaimanapun, beliau gagal memenangi kerusi tersebut setelah mendapat undi yang sedikit berbanding Nurul Izzah,Mansor Othman,Tian Chua dan Fuziah Salleh.

Apapun,beliau dilihat masih berharap untuk menjadi Naib Presiden PKR melalui tiga lagi kuota lantikan terhadap jawatan tersebut.Pun begitu,harapannya berkecai apabila lantikan Naib Presiden PKR daripada kalangan orang India diberikan kepada N.Surendran,seorang peguam muda selain Chua Jui Meng dan Baru Bian.

Semenjak itu,beliau seolah-olah menyalak seperti orang yang mabuk kuasa apabila menyerang peribadi Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan N.Surendran itu sendiri.Malah,beliau menggambarkan Anwar sebagai anti Hindu setelah menutup Kuil Sivan di Bukit Gasing,walhal kuil tersebut ditutup kerana masalah struktur tanah oleh MBPJ.Ternyata,rentak beliau mula dinilai oleh orang ramai,melihat sejauh mana keikhlasan beliau dalam berpolitik.

Terbaru,beliau menyerang kepimpinan kerajaan Pas Kedah kerana melucutkan jawatan enam ketua kampung PKR tanpa alasan.Berita ini masih belum ada kepastian,namun ianya mungkin isunya kecil yang diperbesarkan oleh mereka yang seolah meroyan gilakan kuasa.

Yang Berhormat,tidak terlantiknya yang berhormat ke kerusi Naib Presiden PKR bukannya bererti PKR anti India atau Hindu,sedangkan N.Surendran juga seorang India.Adakah dengan perangai yang berhormat sebegini difikirkan layak menjadi Naib Presiden?Mirror yourself la..../kamisokongpas

Tiada ulasan: