Khamis, 20 Januari 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TERKINI MERLIMAU PULA PILIHANRAYA KECIL

Posted: 19 Jan 2011 11:47 PM PST

Tarikh PRK DUN Merlimau ditentukan dalam 10 hari

20/01/2011 3:11pm

PUTRAJAYA 20 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut.

Anwar bertegas mahu debat dengan PM

Posted: 19 Jan 2011 11:27 PM PST

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mahu agensi berita Bernama menarik balik laporan bahawa beliau tidak mahu berbahas secara terbuka dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata, beliau memandang serius laporan berkenaan yang didakwa memetik satu kenyataannya di Alor Setar, Kedah semalam.

Dalam laporan itu, Anwar antara lainnya dipetik sebagai berkata bahawa beliau hanya mempelawa perdana menteri untuk mengadakan perbincangan.

Tidak puas hati dengan laporan itu, Anwar meminta agensi berita berkenaan menarik balik laporan tersebut melalui satu kenyataan bertajuk 'Debat Diteruskan, Laporan Bernama Mengelirukan.'

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa perdana menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata Anwar lagi.Kenyataan berkenaan dikeluarkan biro komunikasi PKR awal pagi ini.

Tiada ulasan: