Ahad, 2 Januari 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KUTUK MAJIKAN PUN KENA....HA UTUSAN MELOYA....

Posted: 02 Jan 2011 08:30 PM PST


Kelantangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya membawa padah apabila beliau dipanggil menjalani siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media. Menurut Hata, menurut surat daripada bahagian sumber manusia Utusan, beliau dikehendaki hadir bagi sesi itu di ibu pejabat syarikat penerbitan akhbar itu di Cheras pada 6 Januari. "Saya dibenarkan melantik seorang wakil dalaman bagi berhujah bagi pihak saya," katanya. Beliau dituduh menyindir pengurusan dan memburukkan imej syarikat ekoran komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT

Posted: 02 Jan 2011 08:24 PM PST


PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim agar melakukan 'Sumpah Laknat' di Masjid Negara atau melalui RTM jika beliau benar-benar tidak melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007.

Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mencabar Rais bagi membersihkan namanya yang didakwa melakukan jenayah rogol tetapi disembunyikan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Memandangkan Rais masih berada dalam Kabinet Malaysia, maka saya mencabar beliau untuk membuat 'Sumpah Laknat' bagi membersihkan nama Malaysia kerana pindaan Undang-Undang Seksyen 376 Kanun Keseksaan dilakukan ketika Rais menjadi Menteri Kehakiman," ujar Zainuddin yang memuji tindakan berani media mendedahkan kelakuan pemimpin UMNO yang lembut gigi daripada lidah.

Bagi PKR kata Zainuddin, tidak pernah berniat serong untuk mendedahkan keaiban pemimpin BN terutama Menteri Kabinet Najib selepas Pak Lah meninggalkan 'saka' yang bersiluman di dalam tubuh menteri yang mengkhianati amanah rakyat.

"Kita tidak mahu Malaysia terpalit dengan pelbagai Skandal Seks kerana dunia mengetahui Malaysia ialah Negara Islam dan Negara Hukum. Menyembunyikan perbuatan jenayah rogol dan melindungi penjenayah adalah perbuatan terkutuk. Jika ingin Malaysia terus dihormati oleh dunia, jalankan siasatan dan hukuman setimpal," ujar Zainuddin yang berkata Rais masih berpeluang membersihkan namanya dengan meletakkan jawatan dan bersedia tampil di mahkamah atau melakukan 'Sumpah Laknat'.

Undang-undang di Malaysia kata Zainuddin tidak pernah membezakan kasta, hanya pemimpin dan pihak berkuasa yang sering menyalahgunakan kuasa untuk melindungi diri mereka daripada menerima hukuman dunia; namun sebagai manusia yang beragama sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman di akhirat.

Tegas Zainuddin lagi, menurut undang-undang Islam, jika didapati bersalah Rais dan mereka yang bersubahat boleh direjam sehingga mati, namun undang-undang sekular mungkin akan menyelamatkan Rais di Malaysia.

'PEOPLE POWER PRU13' BN AKAN TUMBANG

Posted: 02 Jan 2011 03:54 AM PST

Share



Oleh: HALIK ZAMAN

BAHANG pilihanraya semakin terasa kini. Serangan demi serangan, tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Kenapa dan mengapa ia berlaku? Mungkin kerana BN sudah tidak mampu menahan gelombang reformasi yang kini sedang kuat melanda di seluruh Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita harus mempertahankan Malaysia dari terus 'dijajah' oleh BN yang begitu rakus memperjudikan kehidupan rakyat Malaysia demi kepentingan para pemimpin UMNO itu sendiri.

Kenaikan harga petrol sekaligus membawa kepada kenaikan kos sara hidup rakyat, yang menanggung derita dan kepayahan adalah rakyat. Para menteri dan kepimpinan tertinggi BN tidak merasa semua kesukaran rakyat kerana hidup mereka senantiasa di limpahi kemewahan duniawi sebab kepentingan mereka lebih banyak percuma dari menggunakan wang sendiri.

Rakyat Malaysia di pedalaman terus-menerus menikmati kehidupan yang sukar walau pun setelah merdeka selama 47 tahun. Kerana apa? Kerana kepimpinan mengamalkan dasar 'endah tak endah' kepada keperluan rakyat luar bandar dan pedalaman. Mereka hanya asyik menjaga kepentingan sendiri serta kroni-kroni di bawah 'belaan' mereka.

Harus diingatkan bahawa akan sampai suatu masa BN akan memerlukan 'kuasa undi rakyat' sebagai penentuan nasib mereka. Perlu juga disedarkan bahawa telah terjadi dalam sejarah politik Malaysia, tsunami politik hebat melanda PRU 12.

BN hampir-hampir tumpas di tangan Pakatan Rakyat. Namun kerana masih ada segelintir lagi rakyat yang masih mengharapkan 'belanja' RM300 untuk selama 5 tahun, maka sebab itulah ada lagi undi yang 'tersedekah' kepada BN. Kalau mereka diberi kuasa lagi oleh rakyat maka tidak mustahil mereka akan pergunakan kuasa atasan lagi untuk menjajah fikiran rakyat.

Tsunami politik ini hebat bergelora ekoran kembalinya Anwar ke persada politik negara ini. Kelantangan Anwar menentang dasar Kerajaan benar-benar memberikan tamparan hebat kepada kepimpinan BN. Oleh kerana itulah Anwar diperlekehkan, dijatuhkan maruah, diaibkan dan dipermainkan dengan taktik kotor kepimpinan BN. Semua ini dilakukan semata-mata untuk mengurangkan persepsi serta sokongan rakyat terhadap insan yang bernama Anwar Ibrahim serta menghindarkan lebih banyak sokongan dan pengaruh terhadap Pakatan Rakyat.

BN gentar dengan kejayaan untuk menyatukan fahaman di antara PAS dan DAP. BN begitu kecut melihatkan tiga gagasan gergasi ini bersatu di bawah panji-panji Pakatan Rakyat. Penyatuan ini umpama trauma bagi BN. Maka bak kata pepatah Inggeris, 'By Hook Or By Crook' Anwar harus 'di simpan' kembali di balik jeriji besi

Anwar dan PKR harus dipecah-belahkan untuk mengelak rakyat Malaysia dari terus-menerus menyokong kepimpinan Anwar dan PKR. Maka timbullah pelbagai fitnah yang dihadiahkan khas untuk Anwar. Walau banyak percanggahan dalam bukti, namun BN gagahi juga segala tohmahan ini kerana selagi insan yang bernama Anwar Ibrahim bebas, selagi itulah BN seringkali tidak lena diulit mimpi-mimpi ngeri akan kejatuhan empayar Barisan Nasional.

Segala-galanya bergantung kepada kuasa rakyat 'people power' dalam PRU13. Semua kuasa akan tunduk kepada kuasa undi rakyat.

Tiada ulasan: