Rabu, 12 Januari 2011

wartamaya

wartamaya


Ayam ini takut berdebat

Posted: 12 Jan 2011 07:28 AM PST




Hologram ubat jantan

Posted: 12 Jan 2011 07:10 AM PST


Wakakak !!!
Hologram untuk pastikan ubat kuat itu original
Dengan hologram batang jadi selaras ... wakakak !!!
Apesal hologram .. .nak buat apa dengan hologram ...
Apesal tak berani guna dakwat jari ...
Lagi lagi kelentong .. kita dah jemu dengan kelentong
Wakakakk !!!

---------------------------
SHAH ALAM 12 JAN : Badan pemantau pilihanraya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya menumpukan kepada penggunaan dakwat hitam yang menurutnya lebih memberikan kesan ke atas perjalanan pilihanraya yang diadakan.

Kata Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh penambahbaikan SPR memperkenalkan pelekat hologram kepada setiap peti undi sebagai langkah yang baik, tetapi turut meminta supaya tuntutan atas perkara dasar sebelum ini dapat dilaksanakan.[ lagi ]

Si bodoh saja yang layak kena tipu .. wakakak !!!

Posted: 12 Jan 2011 07:06 AM PST


Nik Aziz Tuntut Janji PRK BN Di Kelantan
KUALA LUMPUR 12 JAN: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penjelasan berhubung projek sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas yang dijanjikan ketika pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005.

Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, janji berkenaan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang pada waktu itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sambil mengingatkan janji ini masih diingati oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir.

Selain itu, beliau turut menuntut janji projek jambatan yang menuju ke Manek Urai Lama yang dijanjikan pada tahun 2009 sewaktu pilihanraya kecil Manek Urai. "Khabarnya papan tandanya hanya didirikan sewatku pilihanraya kecil Galas yang lepas. Jangan pula papan tandanya rebah ke bumi sebelum sebutir batupun tiba!

"Apa pula perkembangan projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur di Galas, Gua Musang baru-baru ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri? Jika BN tewas di Manek Urai menjadi alasan janji tidak dilaksanakan,apa pula alasan BN di Galas?," soal beliau.[ lagi ]
----------------------------
Wakakak .. !!!
Sapa kena tipu ... .
Siapa yang mudah kena gelembong ...
Siapa yang mudah kena kelentong ...
Sekarang mana janji ?
Susah la nak rampas Kelantan PRU 13 nanti ....
YB dah ada .. tapi kantoi .. tak dapat nak tunai janji ..
Wakakakka !!!

Raba buah dada ...

Posted: 12 Jan 2011 07:01 AM PST


Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.[ lagi ]
-----------------------------
Mari teka .. .!
Kalau berita lambat keluar
Kalau berita tiada nama
Kalau berita tak sensasi

Kita tau siapa yang raba raba ... wakakak !!!
Bila ada kuasa ... mula pegang dada .. mula raba raba ...
Teka siapa.... wakakakak !!!

1,000 vs ciput

Posted: 12 Jan 2011 06:52 AM PST


"Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.[ lagi ]

Wakakak ... nak berapa ramai?
Nak ramai lagi?
Cakap bila nak kumpul ....
Mari kita tengok berapa ramai pulak Umngok boleh kumpul?
Kita tengok berapa nasi bungkus untuk kumpul manusia ....
Kita berapa bas tambang free untuk kumpul rakyat ...
Wakakakak !!!

Banyak la alasan ....

Posted: 12 Jan 2011 06:48 AM PST


Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.[ lagi ]

Takut kantoi ... wakakak !!!

Apesal pulang gelaran?

Posted: 12 Jan 2011 06:45 AM PST


Wakakak !!!
Pulang gelaran wat apa?
Nape tak pulangkan wang dan duit rakyat ... Wakakakak !!!
Pulangkan duit balkis ...
Pulangkan duit belanja disneyland ..
Aduhai wak .... !

Siapa pengecut?

Posted: 11 Jan 2011 08:03 PM PST


Anwar cabar Najib ... tiada jawapan, Keputusannya .. Najib pengecut.
Kali ini Nazri cabar Anwar ... Keputusannya .. sedang di nantikan ...
-------------------------
Nazri Cabar Anwar Debat Isu Apco
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

"Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu," kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. [lagi]
-----------------------------------
Debat sambil mendedahkan .. Kita tengok sapa kantoi ..
Teringat aku masa Shabery dan Anwar berdebat dulu ... Wakakak Shabery Kantoi ....
Debat debat gak .. kena letak syarat .. Jangan nanti ayam jaguh lari lintang pukang keluar pagar ... Wakakak !!!

Masih ada yang tak bertamaddun

Posted: 11 Jan 2011 05:26 PM PST

(Ini gambar kereta aku yang dilanggar belakang semalam ... cehhhh ... gambar hiasan je)

Laporan hari ini ...
Hari ni di jalanraya agak ok .. ramai yang seperti bertamaddun.
Tapi aku pasti sangat bahawa nilai kemataddunan itu akan naik dan turun.
Mungkin hari ini semua bangun awal untuk mengurangkan jumlah pengguna kenderaan dalam satu satu masa.
Tidak macam semalam yang menunjukkan kenaikan jumlah pengguna jalan raya semasa sehingga melahirkan jumlah phyco kronik jalan raya meningkat secara mendadak.

Namun tidak pelik kalau masih ada saki baki orang gila semalam yang terkeluar awal pagi ini sehingga menyebabkan beberapa kenderaan yang menekan 'honk' pada mereka yang terleka ketika memandu.

"Phoooonnnnnnkkkkkkkk" ... aku terkejut dengan bunyi kenderaan di sebelah ..

Aku tengok mukanya .... dan dalam hati, "Ni mesti gaduh dengan bini".

Namun menjadi usul kekal bahawa pengguna jalanraya kena belajar dari Indonesia, Thailand dan Indonesia untuk menjadi pengguna jalanraya yang modern dan bertamaddun.

Jangan dok kutuk negara lain, sedangkan kita seperti binatang di dalam zoo yang tak pakai baju tapi masih beranggapan, kita sudah canggih.

Pooraahhhhhh !!!

Tiada ulasan: