Tukar Tiub |
- RAMALAN TEPAT DARI TUKAR TIUB
- LIHAT DAN FAHAMI
- PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHANRAYA
- HARI HARI AKHIR FIRST LADY MESIR
- SELAMAT KAN MALAYSIA DARI FLOM
- TUKAR TIUB PEMECAH BERITA
Posted: 31 Jan 2011 06:39 PM PST RAKYAT MESIR NAIK MINYAK nota: bila harga minyak naik di mesir rakyat mesir naik minyak bila harga gamdun naik di mesir rakyat mesir masih naik minyak HARGA PETROL RON97 NAIK 10 SEN - meloya Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Zulkifli Mokti. Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini. "Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… BETUL TAK… TEPAT RAMALAN TIKAR TIUB ….kah kah kah kah kah kah… YANG MENGUMUMKAN BUKAN MENTERI TAPI TOWKAY KEDAI MINYAK… kah kah kah.. woit… TAK KAN TAK FAHAM FAHAM…. kah kah kah.. kah kah kah…..GEROMBOLAN NAK LARI DARI TANGGUNG JAWAB… kah kah kah.. ALASAN: 1 – ini harga pasaran 2 – harga minyak naik 3 – harga minyak di sweden lagi mahal 4 – harga minyak di malaysia termurah di asean kah kah kah woit… ESOK BILA HARGA MINYAK MENTAH TURUN…. HARGA MINYAK TURUN TAK?... kah kah kah..kah kah kah MAK CIK DAN PAK CIK FELDA KENA LEBONG LAGI!!! nota: kah kah kah kah kah kah kah kah kah |
Posted: 31 Jan 2011 06:29 PM PST PERTEMPURAN ANAK MUDA KE DATARAN MERDEKA nota: dipukul undur dipukul - berkumpul lagi mara ke hadapan di pukul lalu undur kemudian mara ke hadapan mara hingga menang DENGAR DAN BELAJAR nota: dengar penernagan anak muda mesir ini bagaiman akum buruh telah lebih awal bergerak melancarkan mogok terhadap mahafiraun. apa yng berlaku hari ini adalah sambungan perjuangan yang belum selesai |
PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHANRAYA Posted: 31 Jan 2011 06:14 PM PST SILA TEKA FAT LADY DARI MANA? SATU LAGI FAT LADY nota: fat fat lady ini semua ada satu kesukaan mereka suka bershopping kah kah kah FAT LADIES FROM BANGLA DAN MESIR FAT LADY OF MALAYSIA RAKYAT MESIR PILIH JALAN RAYA BUKAN PILIHANRAYA kebencian rakyat mesir terhadap mahafiraun dan para kroni telah memuncak kebencian rakyat mesit terhadap first lady baru pulang bershopping telah memuncak kebencian rakyat mesut terhadao anak mahafiraun telah memuncak hari ini BERHIMPUNAN SATU JUTA rakyat telah bangun rakyat tidak mahu dibodoh bodohkan dengan pilihazn raya rakyat memilieh jalan raya tentera telah membuat kenyataan tentera tidak mahu jadi barua mahafiraun yang mengganas ialah polis yang mengganas ialah mukhabarat minggu lalu mahafiraun telah melantik timbilan presiden baru ini dengan harapan rakyat akan tertipu malam tadi ketika kita di malaysia tidoor mahafiraun telah membuat rombakan kabinet kah kah kah first lady mesir dikata telah mula mengumpul barang barang rompakan untuk diterbangkan ke luar ke mana? paris? malta? kuwait? hantarkan keluarga ini ke falujah tau ke kandahar kah kah kah HARI KE TUJUH EGYPT SET FOR MASS PROTEST ASD ARMY RULES OUT FORCE – guardian london Egypt's army gave a powerful boost to the country's opposition last night by announcing that it would not use force to silence "legitimate" demands for democratic reforms in the Arab world's largest nation. On the eve of a million-strong protest planned for today and amid multiplying signs that the US is moving steadily closer to ditching its long-standing ally, Egypt's president, Hosni Mubarak, now has few options left. Last night, in an apparent attempt to soften popular anger, the Egyptian vice-president said Mubarak had asked him to start a dialogue with all the country's political parties. According to state TV, Omar Suleiman said it would involve constitutional and legislative reforms. |
HARI HARI AKHIR FIRST LADY MESIR Posted: 31 Jan 2011 08:09 AM PST WASPADA MUKA INI RAKYAT MESIR masuk hari ke enam - 150 warga mesir telah gugur. mahafiraun masih bertahta. isreal sedang menyokong mahafiraun. israel takut jika mahafirain jatuh maka penjanjian damai mesir/israel akan dibatalkan. amerika masih memainkan peranan untuk memperlukuh mahafiraun tidak ada berita tentang first lady mesir. minggu lalu bershoping di dubai. firaun kecil awal lagi telah diberitakan lari mahafiraun cuba membuat taktik sengan melantik omar sulaiman sebagai timbalan presiden. ini taktik lama. telah digunakan oleh madey. madey menarik diri dan merlantik mat zzzz. kalau tidak gerombolan bungkus. anak anak mda mesir telah bangun mereka telah berjaya menduduki Tahrir Square/Dataran Merdeka dan mereka tidak akan meningalkan dataran ini. mahafiraun juga telah menggunakan taktik lama: 1 – para mukabharat/sb telah membunuh 11 orang kampong 2 - mukhabarat memakai topeng dan merompak 3 – mukhabharat memakai topeng dan bersenjata merompak kereta di jalan raya 4 – merompak kawasan perumahan 5 – memecah muzium mesir semua ini dilakukan dengan niat jahat ini agar orang ramai akan ketakutan dan menuduh para demonstran sebagai punca semua ini dengan menggunakan taktik ini maka mahafiraun dan para sb nya berharap warga mesir akan membenci demonstrasi kerana menggangu jalan raya dan warung dan kedai ditutup INI BERITA EKONOMI DUNIA KECAR KACIR – SAHAM DUNIA JATUH KERANA MESIR - guardian london The political protests in Egypt have sent world stock markets falling and pushed up the oil price again. In London, the FTSE fell by 37 points to 0.6% to 5843 this morning, a seven-week low. International Airlines Group, formed by the merger of British Airways and Iberia, fell by nearly 4%, and holiday firms including Tui Travel and Thomas Cook also dropped. The Japanese stock market had earlier fallen by 1.18% to close at its lowest level in a month. There were also losses in Hong Kong and South Korea as the prospect of widespread disruption hit the markets. Gary Jenkins, head of fixed income research at Evolution Securities, believes the Middle East has now replaced the eurozone debt crisis as the primary concern in investors' minds. BERITA BERGAMBAR PERJUANGAN WARGA MESIR |
SELAMAT KAN MALAYSIA DARI FLOM Posted: 31 Jan 2011 08:06 AM PST TOLAK SEKATAN INTERNET, MANSUH AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITA , AKTA HASUTAN Kami merupakan kumpulan masyarakat madani yang amat bimbang mengenai niat kerajaan persekutuan untuk menyekat Internet, mengikut laporan akhbar baru-baru ini yang mengungkap pegawai kanan kementerian berkenaan "peraturan hasutan siber" dan perluasan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk meliputi media dalam talian. Kami membantah sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya memansuhkan akta ini berserta Akta Hasutan dan undang-undang lain yang terlalu menyekat dan yang tiada tempatnya dalam masyarakat moden dan demokratik yang menjadi cita-cita negara kita. Keberkesanan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dalam membelenggui akhbar selama berdekad-dekad begitu nyata, amat mengerikan jika peruntukan drastiknya dikenakan terhadap penerbitan dalam talian, justeru menyebarkan kesan 'seram' yang sama kepada ruang Internet. Tidak mustahil bahawa permit disyaratkan untuk laman sesawang berita, seperti yang berlaku di negara China. Dan melihat kepada jumlah buku yang diharamkan setiap tahun di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, besar kemungkinan penulisan dan bahan multimedia yang tertentu dalam Internet dicop 'penerbitan yang tidak diingini', manakala pengguna Facebook dan Twitter pula dituduh menyebarkan 'berita palsu'. Ciri Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang paling membimbangkan ialah kekurangan sekatan dan imbangan – terutamanya peruntukan yang menyatakan keputusan Menteri adalah muktamad, berbanding dengan Akta Komunikasi dan Multimedia yang sekurang-kurangnya mengandungi rujukan penghakiman. Jika Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dikenakan kepada Internet, ruang siber kita akan menjadi lembab dan ia mungkin meradikalkan pendapat yang berbeza. Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata pindaan tersebut masih di tahap perbincangan dan masih 'terlalu awal' untuk dipersoal oleh pihak media dan orang awam. Namun bagi kami, kekurangan ketelusan dan rundingan awam juga merupakan sebahagian daripada masalahnya. Kami membantah sekeras-kerasnya pendekatan kerajaan yang tidak telus dalam memperkenalkan undang-undang dan pindaan dengan mendedahkan sedikit sahaja maklumat mengenai intipatinya, justeru menimbulkan kerunsingan orang awam. Ketiadaan rundingan awam dalam perkara-perkara yang memberi kesan yang besar terhadap masyarakat menunjukkan bahawa hal-hal ini besar kemungkinannya bermasalah, namun kerajaan masih berkeras mahu meneruskannya tanpa mengendahkan pendapat orang awam. Justeru, kami percaya bahawa ancaman kawalan Internet memang wujud, seperti yang nyata dengan tertubuhnya kumpulan merentasi kementerian – yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim; Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz; and Peguam Negara Abdul Gani Patail – yang menumpu kepada sekatan kebebasan ekspresi dalam talian. Tujuannya ketara – untuk mengawal media bebas yang terakhir. Kebangkitan isu ini ketika seluruh negara menanti-nanti pilihanraya umum yang dijangka pada tahun ini menunjukkan motivasi politik wujud di sebaliknya kerana Internet dikatakan faktor penyumbang kepada keputusan pilihanraya kerajaan persekutuan yang paling teruk dalam empat dekad pada tahun 2008. Malah, kerajaan persekutuan nampaknya mencontohi negera jiran seberang selat, di mana kerajaan yang dipimpini Parti Tindakan Rakyat meningkatkan gangguan dan kawalan terhadap media dalam talian menjelang pilihanraya. Kami ingin memperingatkan kerajaan bahawa sebarang pelanggaran jaminan "tiada sekatan Internet", yang diwar-warkan kepada pelabur asing supaya mereka menyertai projek Koridor Raya Multimedia sejak ia dilancarkan pada tahun 1996, akan memburukkan nama Malaysia dan memudaratkan pelaburan. Sebarang percubaan untuk menyekat kebebasan Internet akan mendesak kumpulan masyarakat madani dan orang awam untuk membawa isu ini ke pilihanraya. Kami menyeru masyarakat, yang sudah lama dikekang dari segi kebebasan akhbar, berpersatuan dan berhimpun, untuk bangkit dan mempertahankan sempadan terakhir untuk kebebasan ekspresi – pastikan suara anda didengari dalam ruang bebas yang masih ada atau tunjukkan bantahan anda di peti undi. Kenyataan bersama ini diusahakan oleh: Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (Centre for Independent Journalism) Charter 2000-Aliran Writers Alliance for Media Independence 1 Muted Malaysia Dan disokong oleh: 1. All Women's Action Society (AWAM) 2. Civil Rights Committe of KL-Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH) 3. Civil Society Committee of Lim Lian Giok Cultural Development Centre 4. Coalition of Anti-Genetically Modified Mosquitoes 5. Community Action Network 6. Community Development Centre (CDC) 7. Gabungan NGO Kelantan(Coalition Of NGOs Of Kelantan) 8. Health Equity Initiatives 9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) 10. Lawyers for Liberty 11. Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA) 12. Pekan Frinjan 13. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) 14. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS) 15. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) 16. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM 17. Women's Aid Organisation (WAO) |
Posted: 31 Jan 2011 03:20 AM PST SELAMAT MENYAMBUT NAIK HARGA MINYAK inilah hadiah untuk warga tenang kah kah kah harga ron97 naik lagi 10 jadi 2.50 sen kerana gerombolan amat gumbira atas undi yang didapati di tenang. waspada ! kalau gerombolan dan flom masih lagi di putra jaya sesudah pru 13 lihat dan saksikan pesta naik barang. nota: malam ini hashim tuan punya shell satation di chow kita akan memberi pengumuman tak caya tengok! memteri dah lari kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan