Sabtu, 22 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Serius nih... TPM Umno dituduh menipu... haha...

Posted: 22 Jan 2011 10:33 AM PST

Rupanya isu novel subjek sastera Interlok belum reda dan jauh dari jalan penyelesaian. Malah wakil MIC mahukan novel tersebut ditarik balik lantas menafikan kenyataan TPM Umno, Muhyiddin Yassin bahawa wakil wakil yang hadir telah bersetuju novel itu baik dan patut digunakan adalah satu pandangan yang berbeza sama sekali.

Kenyataan ni serius kerana Muhyiddin ni TPM Umno, bukan sebarangan orang.

Bekas presiden Hindu Sangam Malaysia, Dr. A. Nagappan berkata, kesemua enam wakil MIC telah menzahirkan pendirian sebulat suara bahawa novel itu tidak wajar dibenar untuk digunakan sebagai teks sastera atas alasan kandungannya tidak sesuai bagi tujuan memupuk integrasi dan semangat 1 Malaysia.

"Kami telah mengetengahkan satu pendirian bersama... pendirian kami, wakil MIC (dalam pertemuan minggu lalu) ialah novel ini wajar ditarik balik, tiada cadangan lain daripada kami selain meminta ia tidak digunakan di sekolah," kata bekas pensyarah maktab perguruan ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Oleh itu satu perkara (novel patut digunakan) yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin (gambar) tidak benar," katanya.

Apa hal pulak ngan mak cik ni

Posted: 22 Jan 2011 05:51 AM PST

Tak pasai pasai mak cik ni melatah apa hal? Kerengga masuk kain ka hapa? Perjuangan Umno untuk wanita apanya? Lagi banyak anak luaq nikah yang tentunya terbit dari wanita bawah penguasaan hangpa selaku penguasa... takkan dok tak sedar lagi.

Apa yang Umno buat untuk julang maruah wanita? Tutup aurat sendiri pun failed, tok sah cakap la nak jaga maruah kaum wanita yang lainnya.... piiraahhh...


**************************************

Shahrizat: Cikgu Mala jadi calon PAS hasil perjuangan Umno

Beliau juga berkata, pemilihan Normala Sudirman, 38, sebagai calon PAS-Pakatan Rakyat adalah hasil perjuangan Wanita Umno selama ini.

"Saya nak kata sebenarnya apa yang berlaku di pembangkang (pemilihan wanita) adalah hasil perjuangan Wanita Umno selama ini.

"Dulu PAS tidak benarkan wanita bertanding, kalau pergi ke pasaraya juga minta asing lelaki dan wanita, jadi apabila PAS memilih wanita ia adalah satu pengiktirafan kepada perjuangan Wanita Umno selama ini," katanya ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis di sini. - MI

Ramainya LUNCAI di Selangor... haha...

Posted: 22 Jan 2011 02:10 AM PST

Apabila KSN diluncaikan — Subky Latif

Langkah kerajaan Selangor mempertikai perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dikira oleh pentadbiran tinggi pusat sebagai mempertikai dan memperleceh penjawat awam atau PTD seluruhnya.

Menteri-menteri beranggapan begitu. Maka begitulah juga pendirian sekalian penyerokong Umno seluruhnya.

Bahkan itulah reaksi awal Istana Selangor atas reaksi awal kerajaan Selangor atas perlantikan itu. Kira-kira reaksi istana itu ialah jangan pertikai perlantikan Khusrin kerana ia boleh merendahkan penjawat awam.

Kesimpulan dari keadaan itu telah menjadikan semua pihak di Selangor — dari istana ke gobok usang, dari kerajaan dan pejabat Menteri Besar hingga ke rakyat jelata telah diluncai oleh keadaan.

Siapa yang menjadikan semuanya luncai?

Mari kembali kepada pemikiran Perdana Menteri Dr. Mahathir ketika berlaku kejadian 11 September ke atas menara kembar Pusat Dagangan Dunia di New York. Presiden George W. Bush mengecam ia angkara keganasan Islam. Reaksi Dr. Mahathir ialah jangan mudah menyalahkan keganasan tetapi salahkan dulu punca keganasan. Apa puncanya? Carilah punca itu.

Beramok Bush dan Dr. Mahathir atas persoalan itu. Dan rasionalnya ada di pihak Dr. Mahathir.

Maka apabila penjawat awam di Selangor dan sekaliannya telah diluncai, apa puncanya dan siapa puncanya?

Puncanya ialah Ketua Setiausaha Negara. KSN telah jadi luncai yang pertama. Dia diluncaikan oleh penguasanya iaitu Perdana Menteri Najib. Perdana Menteri itu ada politiknya. Justeru politiknya dia meluncai KSN dan seluruh sistem pentadbiran awam 1Malaysia.

Apabila merojok kepada pentadbiran awam 1Malaysia, maka ia satu pentadbiran luncai. Tindakan KSN dalam melaksanakan kuasanya mengikut undang-undang yang ada, telah meluncaikan perlantikan Khusrin. Ia dibuat mengikut undang-undang tetapi tindakannya tidak bijaksana. Undang-undang adalah satu hal tetapi kebijaksanaan adalah hal yang lain.

Gara-gara mengikut undang-undang semata-mata tetapi mengenepikan aspek bijaksana menjadikan SUK Selangor yang baru Luncai yang kedua.

Khusrin diluncaikan oleh Luncai pertama iaitu KSN. Reaksi kerajaan Selangor yang dikira meluncaikan penjawat awam telah menambahkan suasana luncai Khusrin.

Gara-gara reaksi kerajaan Selangor itu telah terbongkar Khusrin bukanlah pegawai PTD jusa yang ada kelas. Kelas jusa Khusrin belum layak jadi SUK. SUK jusa kelas tinggi.

Bukan senang untuk jadi jusa dari satu kelas ke satu kelas. Mesti melalui ujian. Mesti lulus ujian dulu.

Ramai lagi penjawat awam di Selangor yang sudah ada kelayakan jusa bagi menjadi calon SUK itu. Tetapi mereka tidak dipilih oleh KSN. KSN memilih pegawai jusa yang lebih rendah. Ini bererti penjawat awam seluruhnya, bukan sekadar di Selangor saja, telah diluncaikan oleh pentadiran luncai itu.

Di mana letak moral jusa kelas tinggi hendak duduk di bawah ketua jusa kelas rendah? Tidakkah mereka sudah dikartunkan iaitu sudah diluncaikan?

Inilah yang melambatkan Presiden Jerman dulu dalam melantik Hitler untuk menjadi Censelor. Hitler adalah bekas koperal tentera, sedangkan Presiden itu adalah pesara Fieldmarshal. Bagaimana Presiden yang berpangkat panglima hendak mendengar nasihat Censelor yang hanya seorang koperal?

Oleh kerana politik itu begitu, panglima terpaksa menerima kperal menjadi penasihatnya iaitu ketua kerajaannya. Censelor Jerman itu ada kedudukan politik. SUK Selangor bukan jawatan politik. Ia jawatan awam.

Hanya dalam suasana luncai saja seorang penjawat awam boleh dilantik menjadi SUK seperti melantik penjawat politik.

Bukan sekadar maruah Khusrin dipersoal dan direndahkan, tetapi maruah penjawat awam yang layak tetapi diketepi juga ikut terleceh. Semua menerima malu. Bukan Khusrin saja malu, habis semua orang lain malu sama. Ada yang malu kerana tidak terpilih dan ada yang malu kerana status jusya telah diluncaikan.

Apabila marauh sudah tercemar, bayangkan bagaimana anak Khusrin hendak berdepan dengan kawan-kawannya? Kawan-kawannya tahu, inilah anak orang yang perlantikannya telah dipertikai. Isterinya yang hendak menghadiri majlis rasmi yang dihadiri sama oleh isteri lain. Mereka akan merenung wajah isteri yang suaminya dikata begitu dan begini.

Apa masing-masing hendak kata apabila melihat Raja yang terperangkap dalam politik luncai itu?

Seronokkah KSN dengan tindakannya yang mengikut undang-undang tetapi tidak bijaksana? Dia sepatutnya bersara dalam suasana aman tetapi menjelang persaraannya dia menempuh alam luncai. Itulah pentadbiran 1 Malaysia. — harakahdaily.net

Kempunan aku nak tengok KITA menang di Tenang... kahkahkah...

Posted: 21 Jan 2011 11:39 PM PST

Dah confirmed, pertandingan satu lawan satu di DUN Tenang. Pilihan raya kecil DUN Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu, antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS. Maaf, KITA tak dan bangun tidor lagi.

BN menurunkan bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39, sebagai calon menggalas misi besar bagi mengekalkan penguasaan BN yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 lalu. Pada masa sama, PAS meletakkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calonnya.

Najib tidoq tak lena, DAP Penang hina Islam... kahkahkah...

Posted: 21 Jan 2011 08:15 PM PST

Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat yang majoritinya diterajui oleh DAP dengan berketua menterikan Lim Guan Eng telah meluluskan penubuhan Yayasan Islam Negeri Pulau Pinang tetapi lokasinya belum dipastikan lagi.

Ini telah disahkan oleh Timb Ketua Menteri 1, Mansor Othman. Namun berapa peruntukan belum lagi dinyatakan dengan jelas kerana ia dalam proses mengenal pasti tanah dan perbelanjaan keseluruhan.

Masyarakat Islam Penang sekali lagi menerima berita gembira tapi Najib sakit kepala. Habis lah Melayu Pulau Pinang merana dibawah Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP... kahkahkah...

Pertarungan bermula...

Posted: 21 Jan 2011 07:30 PM PST

Calon bagi pilihanraya Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim (BN), 39, (kanan) dan calon PAS Normala Sudirman, 38, melambaikan tangan kepada jurugambar selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon bagi pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N.09) di Majlis Daerah Labis pada Sabtu. Pilihanraya kecil 30 Jan ini, berlangsung berikutan kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. - Foto foto dari Bernama dan BH Online

Tiada ulasan: