Rabu, 19 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Berdebat tak berani, berbincang lagi takut

Posted: 19 Jan 2011 11:00 AM PST

Anwar Ibrahim ni betoi betoi tak paham bahasa, dah Najib tu jenih penakut... hang dok ajak buat apa lagi... Berdebat tak berani, berbincang bincang ni lagi la dia takut.... wakaka...

Anwar hari ni berkata beliau tidak pernah mengajak Piem Umno, Najib Razak, untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang, sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik membabitkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

"Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Anwar berkata, menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya, beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi. - BERNAMA

Gempa bumi kuat melanda Pakistan

Posted: 19 Jan 2011 05:35 AM PST

Penduduk membersihkan sisa runtuhan rumahnya berikutan kejadian gempa bumi di bandar Dalbandin hari ini. Gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter itu mencemaskan penduduk yang lari meninggalkan rumah mereka ketika gegaran dirasai sehingga di India dan Teluk. - Foto AFP

Kata hebat, budak sekolah saja yang hangpa dapat...

Posted: 19 Jan 2011 04:11 AM PST

Sekali Najib turun padang, orang mesti kena bagi ramai. Tak kira secara paksa atau suka takrela. Macam tu la yang terjadi ketika lawatan Najib ke Felda Cempelak Segamat. Sehinggakan budak budak sekolah tingkatan empat dan lima pun depa sapu, janji kerja jalan.. orang penuh padang.

Seorang peneroka mendakwa ada pelajar sekolah yang terlibat dalam kempen di Tenang, Johor. Peneroka tersebut membuat laporan polis mendakwa sekumpulan pelajar sekolah tingkatan empat dan lima terlibat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. Norzaidi Rahamat mendakwa beliau mendapati perkara itu apabila ternampak kumpulan itu menunggu bas untuk ke Felda Cemplak Segamat - tempat lawatan Datuk Seri Najib Razak semalam - untuk berkempen.

Dalam kejadian kira-kira jam enam pagi itu, Norzaid, 43,i yang juga ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) - NGO yang rapat dengan PAS - menjelaskan beliau ketika itu sedang pulang dari masjid.

Anak bekas ADUN Tenang calon BN... cari undi simpati lah tuu...

Posted: 19 Jan 2011 03:48 AM PST

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azhar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.

Azhar (kiri) juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang sebelum ini.

Dalam pilihan raya kecil pada 30 Januari ini, Azhar bakal ditentang oleh ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman yang merupakan bekas guru berkelulusan dari Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan.

Kerusi DUN Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.- Malaysiakini

Pilihanraya lagi kat Pelabuhan Klang... kahkahkah...

Posted: 19 Jan 2011 12:33 AM PST

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi. - Malaysiakini

Sama sama kita berdoa...

Posted: 18 Jan 2011 10:16 PM PST

Sebahagian penduduk Jafarabad, kira-kira 300 kilometer di utara Quetta, Pakistan berdoa di luar rumah mereka selepas kejadian gempa bumi kuat 7.2 magnitud melanda negara itu, awal pagi tadi. Gegaran gempa itu dilaporkan dirasai sehingga ke sempadan India, Afghanistan dan Asia Barat. - Foto AP

Tharmendran diarah bebas

Posted: 18 Jan 2011 10:15 PM PST

Pulak dahh... lagi menarik cerita nih, lagi panas kes hilang enjin jet nihh...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan angkatan tentera membebaskan N Tharmendran daripada tahanan di Kem Batu Cantonment.

Hakim, Datuk Su Geok Yiam dalam penghakimannya berkata angkatan tentera gagal mematuhi peraturan yang sewajarnya selepas menahan sarjan tentera udara itu pada 25 November tahun lalu.

Katanya ketika membacakan keputusannya berhubung permohonan habeas corpus Tharmendran, angkatan tentera tidak mengikuti peraturan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972.

Menurut Su, tindakan angkatan tentera menangkap Tharmendran semula atas alasan tidak hadir bertugas adalah sah, namun mereka gagal membawanya ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam, seperti yang digariskan oleh Akta Angkatan Tentera.Tharmendran akan dibebaskan di Kem Batu Kentomen serta merta selepas writ habeas corpus itu dikemukakan oleh mahkamah.

Samseng jenih tak dak teloq, ganas bukan pilihan kita...

Posted: 18 Jan 2011 10:10 PM PST

MP Serdang terima 'ugutan bunuh'

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima ugutan ke atas keselamatannya hari ini.

Menurut pembantunya, Chen Fan Dao, pada jam sekitar 8 pagi, pejabatnya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa seekor ayam tergantung di luar pejabat pusat khidmat DAP di Sungai Chua, Kajang.

"Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh.

Di luar pagar juga tergantung poster yang tertera 'Ingat!!! Ini satu Peringatan,Teo Nie Ching, Tentera Jihad', " katanya.

Sehubungan itu, Chen berkata ahli parlimen Serdang itu akan membuat laporan polis di ibu pejabat daerah Kajang, tengahari nanti.

Katanya, mereka akan meminta pihak berkuasa meningkat kawalan keselamatan.

"Jadual Teo tidak akan terjejas dan beliau akan menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa," katanya.

KITA: Dah agak dah, muka buat kacau bilau ni laa...

Posted: 18 Jan 2011 08:05 PM PST

Parti dirasmi: KITA tidak lagi berseorangan
PartiKesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahimdirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripadapelbagai parti.

Antaramereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnandan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snapdan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, DatukSalahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat PJenapala juga hadir.

"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Beliauyang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu denganalasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.

Zaidmengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan,Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luarbiasa parti berkenaan pada Disember lalu.

Rezeki, boleh hilang pertimbangan diri...

Posted: 18 Jan 2011 05:17 PM PST

Riuh rendah pesta ditengah tengah lebuhraya, kejadian berlaku di kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat Seremban.

Jalan yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu. Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW. Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling. Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Tiada ulasan: